Dalam kedinginan musim sekarang ini, mulut mula menggatal nak makan itu ini. Tiba-tiba perut cakap, dia teringin nak makan kek. Mulalah melilau mencari resipi yang simple asalkan namanya K.E.K..
Abang Cik godek-godek dalam google, jumpa 1 resipi kek dengan menggunakan pemanggang ajaib. Pemanggang ajaib? Apa tu? Ala, yang dalam rancangan RTM Pelik Tapi Sedap bersama Zaibo tu..
Jom tengok kek cincai boncai yang berjaya dihasilkan.
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung gandum*1 cawan=250ml
1 sudu kecil baking powder
1 cawan gula kastor
1 cawan marjerin
4 biji telur
Sedikit esen vanila
Pewarna yang disukai
Cara-caranya:
1. Gula kastor yang dah diayak dipukul bersama marjerin sehingga creamy.
2. Masukkan telur sebiji dan putar sampai sebati, baru masukkan telur..dan telur..dan telur.. + esen vanila.
3. Tepung gandum dan baking powder yang telah diayak dimasukkan sedikit demi sedikit.
4. Dah siap satu adunan kek. Aku sengaja nak kek tu berwarna warni, jadi adunan tadi dibahagikan 3 bahagian dan dimasukkan 3 pewarna iaitu, merah, oren dan merah jambu.
5. Disebabkan aku menggunakan pemanggang ajaib, aku lenserkan sedikit marjerin dikeliling pemanggang. Panaskan sekejap dalam 5 minit. Tuangkan adunan tadi ke dalam pemanggang.
Alertlah dalam masa 15 minit tu, sentiasa check dengan cake tester sebab seriously dengan menggunakan pemanggang ni, masa memasak kek sangat cepat! Jangan hangitss sudah..
*Tips: untuk mengelakkan hasil yang rentung sedikit dibawah kek, aku sarankan lapik dengan kertas minyak.
Kalau nak bakar dengan menggunakan oven pula, macam biasa panaskan oven dalam 15 minit. Masukkan adunan dalam bekas pembakar yang dilapik dengan kertas minyak dan dilenser marjerin. Bakar di suhu 180C selama 45 minit atau sehingga masak*ikut ketuhar masing-masing
Dapat makan sekeping kek pun dah lega, teruk betul mengidam, mengalahkan orang preggy pulak. Selamat mencuba!
p/s: sedapnya makan ais-krim walaupun hujan :)
wah..hebak! pemanggang nih memang ajaib hehe..untunglah pandai masak..nak je boleh buat..hehe..share2 la sikit yang dah masak tuh..nak buat sendiri takut x jadi..
ReplyDeleteuih, timm mna pndai msak..tpi timm suka mncuba..klau luqman dduk area kulim ni, dah lma timm share..haha!
Deletewahh..baru tahu boleh bakar kek dalam nih..terbaiklah..:)
ReplyDeletetimm tau pun dr buku instruction dia..
Deletememang ajaib betul pemanggang tu, siap boleh bake cake lagi. hehe
ReplyDeletehihi..nma pun pemnggang ajaib kan..hik3..
DeleteTerbaiklah cik Tim...memaksimakan penggunaan panggang ajaib ni...
ReplyDeletesaja nak try kak..
DeleteTeringin pula nak buat kek :)
ReplyDeletetry la zumal..simple je..nak rsa lemak lgi, jgn guna marjerin, guna buttercup..
DeleteOwh macam tu yer Timm. Terima kasih atas info yer :)
Deletesharing is caring..
Deletepemanggang tu saya buat panggang ikan je cik timm..
ReplyDeletetak terpikir pulak nak baked dlm tu..
hehe ;D
tgk dalam video diorg kasi time beli tu hah :)
Deleterajinnya cik timm kita ni..
ReplyDeletedduk rumah xtau nk buat apa g :)
Deletehebatnya boleh masakkek dalam pemanggang ajaib jugak :D
ReplyDeletecantik kek tu tapi sis x de pemanggan ajaib ...
ReplyDeleteNampak sedap ja kek tu...
ReplyDeleteMacam-macam boleh buat dengan periuk ajaib ni kan..