Friday, October 17, 2014

Resipi: Daging Paprik Simple


daging paprik, paprik
Bahan-bahannya:
Bahan A
Daging secukupnya (dah direbus)
1 batang lobak merah
4 kacang panjang
1 biji cili merah
1 labu bawang besar
1 biji tomato*sebab tak ada sos tomato

Bahan B (sos)
1 sudu makan sos tomyam
1 sudu makan kicap manis
2 sudu makan kicap masin*guna kicap manis dan masin sebab tak ada kicap pekat
5 sudu makan sos cili
3 sudu sos tiram
1 batang serai*diketuk
5 biji cili api*diketuk
3 ulas bawang putih*diketuk
1/2 cawan air
Minyak masak

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih + serai sampai naik bau.

2. Masukkan daging dan goreng sekejap.

3. Masukkan lobak merah + sos + kicap tadi dan biarkan mendidih.

4. Masukkan kacang panjang + cili merah + cili api + air dan kacau rata.

5. Apabila mendidih, optional daun limau purut*aku terlupa letak + bawang besar + tomato. Kacau rata dan pastikan semuanya terpalut. Kalau suka masin, boleh tambah dengan garam.

Memang sedap kalau dimakan dengan nasi putih panas-panas. Terangkat! Dulu zaman study selalu beli di warung kalau nak makan. Sekarang dirumah dah boleh buat sendiri. 
Selamat mencuba @kathy r'bain

p/s: seronok tengok kawan-kawan berkonvo

21 comments:

  1. Ermmmmmm...sedapnya......nanti nak cuba buat la...

    ReplyDelete
  2. Salam Jumaat cik Tim...bestnya...trus lapar tengok cik tim punya daging paprik ni..

    ReplyDelete
  3. memang simple masakan ni cik timm.. rasa malas nak turun kedai, bukak peti masak je apa yg ada..

    ReplyDelete
  4. Lapar pula....belanje sepinggan =)

    http://seronoknyermelukis.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. klu mkn luar , suka order ni . mmg sedap dan ringkas jer .

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju! klau order ni semua ada..sayur ada, dging pun ada..

      Delete
  6. Thanks Timm, zumal suka paprik tapi tak tau resepi jadi dah jumpa resepi nie kena try...

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang je zumal..campak2 + kasih syg confim jadi^^

      Delete
    2. Zumal pasti try. Terliur tengok paprik tu ^_^

      Delete
  7. x pernah masak lagi...leh try resipi nih

    ReplyDelete
  8. thanks for sharing...nnt nak try la...al-maklumlah...jadi penganggur terhormat kat rumah..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. samo la kita..penanam anggur yg berjaya..hehe..

      Delete
  9. Replies
    1. timm pun lapo tgk resipi ni dlm buku..tu yg teringin^^

      Delete
  10. woww, boleh kahwin dah ni. sedapnya tengok. ^_^

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com