Tuesday, March 31, 2020

KFC & PIZZA HUT Melaksanakan Penghantaran 'Contactless' and Pilihan 'Self-collect'

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hi semua!

Seperti yang anda tahu dengan situasi sekarang, PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) atau RMO (Restriction Movement Control) yang ni mati-mati Cik Timm ingat Ringgit Malaysia kosong, aduyai..



Orite, disebabkan korang tak boleh keluar atau malas kita ada DELIVERY! Pilihan yang ada Food Panda, Grab Food, etc. Untuk kampung Cik Timm ada Food Panda, kepci, mcD, Dominos & pizza hut delivery jer. Grab Food belum ada lagi, lainlah waktu stay dekat Penang tu, macam-macam ada!
Btw, Cik Timm nak share dengan korang salah satu inisiatif dari pihak QSR Brands. Memandangkan PKP kita dilanjutkan lagi sehingga 14 April 2020, kadang-kadang tekak teringin nak makan KFC atau Pizza Hut pulak, tapi susah nak keluar?

“Our primary concern is the health and safety of all Malaysians. To address this, KFC & Pizza Hut Malaysia will introduce a new option to enable ‘contactless delivery’ that allows customers to transact in an entirely contact-free manner, reducing the risk of virus spreading. Along with our Takeaway and Drive-Thru options, Malaysians will be able to continue enjoying safe-to-eat, delicious fried chicken and pizza from their homes.”

“We have also enhanced our stringent food-safety and hygiene standards further; introducing measures such as increased cleaning and sanitisation frequency, disinfecting of high touchpoint surfaces, provision of hand sanitisers, health checks and training of new procedures for all our team members. Keeping people safe and delivering hygienic, safe-to-eat food is our priority,”

-Nechal Khanna, Managing Director, QSR Brands (M) Holdings Bhd-

Selain dari delivery, take-away dan drive-thru, pihak mereka juga telah memperkenalkan beberapa sistem baru untuk membantu ada membuat pembelian dengan lebih mudah dan seiring dengan perintah kerajaan untuk mengelakkan diri dari wabak Covid-19.



Proses ‘Contactless Delivery’ dan Take-away:

1.        Contactless Delivery

·         Pesanan melalui talian menerusi fungsi ‘Contactless Delivery’ menerusi apps (KFC/Pizza Hut) atau di online check-out.
·         Pembayaran juga menerusi talian atau cashless payment.
·         Semasa Rider dalam perjalanan, mereka akan menghubungi anda untuk bertanya lokasi untuk meletakkan makanan anda.
·         Rider akan meletakkan makanan dan melakukan penjarakkan sosial.
·         Apabila makanan diterima pelanggan, penghantaran akan direkod selesai.

2.        KFC ‘Self-Collect’ atau Pizza Hut ‘Tapau’ Takeaway

·         Tempahan dibuat secara atas talian melalui fungsi di aplikasi masing-masing (KFC/PIZZA HUT) atau di halaman pembayaran online.
·         Bayaran perlu dibuat secara online sahaja.
·         Pelanggan sendiri akan mengambil pesanan mereka di kedai selepas mengesahkan pesanan.

3. Walk-in Takeaway

·         Para pelanggan yang ingin take-away biasa boleh walk-in ke restoran yang berdekatan dengan anda.
#StaySafe 
#StayAtHome
Read More

Wednesday, March 25, 2020

Teka Perisa Misteri Pringles untuk Hadiah Wang Tunai RM20,000!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Jajan Pilihan Cik Timm



Siapa yang tak suka jajan atau junk food? Cik Timm akan craving keropok dan coklat waktu BENDERA JEPUN BERKIBAR, asyik nak mengunyah snek je. Kalau ke pasaraya memang cari Pringles dulu. The best thing tentang PRINGLES ni keropok dia bukan sekadar angin. Memang puas hati kalau makan berbanding jenama lain yang penuh oksigen je. Haha! Selain itu, keropok Pringles ni rangup dan tidak berminyak pada jari dan mulut. Perisa pun bermacam-macam ada mengikut selera masing-masing yang sukakan masam, cheesy, manis atau pedas.

Cabar Citarasa anda Dengan Perisa Misteri Serba Baru Edisi Terhad



Kali ni Cik Timm nak share dengan semua berita baik dari Pringles! Buat pertama kalinya di Malaysia, Pringles mengeluarkan Perisa Misteri baharu dan hanya boleh didapati pada masa yang terhad bermula 1 Mac sehingga 30 April 2020. Perisa misteri ini didatangkan khas dalam tin putih. Pringles perisa misteri boleh didapati di kedai runcit, pasaraya & laman e-dagang di seluruh Negara. Hanya seorang sahaja pemenang  bertuah akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM20,000 jika Berjaya meneka perisa misteri dengan betul!



“Pringles telah diperkenalkan kepada rakyat Malaysia lebih 40 tahun lalu. Hari ini, ia telah menjadi salah satu kerepek kegemaran Malaysia untuk dijadikan kudapan. Sekali anda makan, keseronokan tidak akan berhenti! Ini sebabnya kami terus mencipta dan mengeluarkan perisa baharu kerepek Pringles untuk menjadikan setiap pengalaman snek menyeronokkkan bagi seisi keluarga.”

“Kini terdapat 8 perisa, perisa klasik seperti asli dan krim masam & bawang, serta kombinasi lain yang lazat seperti keju cheesy, pedas dan banyak lagi. Kami juga mempunyai perisa untuk masa yang terhad atau bermusim yang diidamkan oleh rakyat Malaysia sepanjang tahun. Mulai 1 Mac, kami akan melancarkan Perisa Misteri yang menyeronokkan dan meriangkan semasa menikmatinya. Sekarang, anda boleh menyertai permainan meneka bersama rakan dan keluarga serta mendapat ganjaran dengan MENEKA perisa dengan betul. Walaupun anda tidak dapat memberi jawapan yang betul, anda akan berseronok bersama dengan orang yang tersayang sambil mencuba meneka perisa Pringles!” kata Bose Sanjib, Pengarah Pemasaran Kellogg di Asia Tenggara.

Cara untuk Menyertai Peraduan “Meneka Perisa Misteri”!

-          BELI mana-mana 2 tin kerepek Pringles (jangan lupa untuk menyimpan bukti pembelian anda).

-          Log masuk ke laman web Pringles Malaysia di www.pringles.com.

-          TEKA Perisa Misteri & maklumkan kepada kami perisa misteri kegemaran anda tidak lebih daripada 25 patah perkataan.

-          Dan anda berpeluang untuk MEMENANGI hadiah wang tunai berjumlah RM20,000!

Untuk memudahkan anda, Pringles Malaysia akan memberi satu petunjuk setiap dua minggu di halaman Facebook mereka. Ada empat petunjuk untuk dikumpulkan, jadi jangan lupa Like & Subscribe Facebook Pringles Malaysia untuk mendapatkan clue dan membantu anda meneka dengan betul.



Dapatkan kerepek Pringles Perisa Misteri hari ini dan sertai cabaran “Guess The Flavour” untuk merebut peluang memenangi hadiah wang tunai RM20,000!

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari;

https://www.pringles.com/my/mystery-flavour/home.html

atau


#Pringles #PringlesMysteryMY
Read More

Tuesday, March 17, 2020

Ringkasan: Winter Trip ke Seoul Tanpa Tourguide

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai guys! Kali ni Cik Timm nak share cerita travel bulan Februari lepas di Seoul, Korea Selatan.


Tarikh: 6 – 12 Februari 2020
Lokasi: Seoul, Korea Selatan
Anggota: Kak Sue & Cik Timm jer


Yes guys, kami travel berdua je. Semuanya diuruskan sendiri oleh kami sebab kami tak ambil pakej. Rancangan nak bercuti ke Korea ni bermula dari tahun lepas. Daripada ramai-ramai, tinggal kami berdua sahaja yang memang eager nak bercuti ke sana. So, kami start buat itinerary, check harga tiket, survey tempat tinggal, dalam masa 3-6 bulan macam tu. Nak tahu tak total berapa yang korang betul-betul kena spend kalau nak bercuti di sana kalau bercuti sendiri tanpa pakej? Total semua RM2600+ SAHAJA! Itu pun dah include tiket flight dan travel insurans! Berbaloi sangat, kalau nak tau Cik Timm plan macamana boleh teruskan pembacaan sebab Cik Timm akan cerita detail khas untuk membantu korang yang nak bercuti di sana! Untuk first info, korang boleh ke entry ini 8 TIPS PERSEDIAAN SEBELUM ANDABERCUTI DI KOREA SEMASA WINTER.


Untuk entry ini Cik Timm nak share dulu itinerary kami selama seminggu ni. Kalau korang nak template itinerary ni korang boleh pm je. Cik Timm pun dapat template dari twitter. Bagus golongan twitter tau, tak lokek nak share info. Hahaha!


TARIKH
DESTINASI
RM/KRW per pax
05.02.2020(WED)
Penang-Kuala Lumpur (AIRASIA)
RM184.24


Sewa portable 4G WIFI (ROAMING MAN)
RM48
06.02.2020(THUR)
Kuala Lumpur-Icheon (AIRASIA)

RM515.50


T-Money kad dari Seoul Discovery Pass
RM209
G-Star Guesthouse (3hari 2malam)
78,850KRW
07.02.2020(FRI)
Gyeongbokgung Palace
FREE
Masjid Itaewon
08.02.2020(SAT)
Namsan Tower (cable car)
9,500KRW
Ewha Womans University

CLOSED
Namdaemun Street

09.02.2020(SUN)
Vivaldi Ski Park
RM103.25
Blue Mountain Myeongdong
(3hari 2malam)
RM257.25
10.02.2020(MON)
Nami Island, Gangchon Rail Bike & Garden of Morning Calm
RM218.85
11.02.2020(TUE)
Dongdaemun Street

12.02.2020(WED)
Icheon-Kuala Lumpur (AA)
RM660.16
Kuala Lumpur-Penang (AA)
RM140.00


Pakej dari KLOOK


KLOOK apps dalam phone.



Seriously korang wajib download apps ni. Memang Cik Timm beli semua pakej dari sini. Kad T-Money, Vivaldi Ski Park, Nami Island dengan portable Wifi sewa di KLOOK. Senang dan banyak pilihan. KLOOK ni bukannya hanya untuk ke Korea je, semua negara plus percutian dalam Malaysia pun ada! Sangat-sangat recommended. Itu pun partner travel yang kenalkan. Boleh klik dekat banner di bawah ni untuk KLOOK 👇




T-Money dari Discovery Seoul Pass


Maps Icheon Airport


Cari je kiosk ni



T-Money Cik Timm beli dan ambil di kaunter kiosk SK Telecom Roaming Center di Icheon Airport. Kiosk ni ada di Level 1F diantara Exit 5 dan Exit 6. Sampai kiosk cuma tunjuk QR code yang pihak KLOOK hantar setelah membuat tempahan. Kad ni ada 3 jenis, untuk 24, 48 dan 72 jam. Apa yang dimaksudkan dengan hours tu? Ok, dengan pass ni kita boleh masuk beberapa tempat pelancongan dengan FREE mengikut jam yang dah ditentukan. Cik Timm beli yang 72jam (3hari). Apa lagi yang Cik Timm dapat dengan pass ni? Cik Timm naik AREX dan Namsan Tower FREE!


Dengan pass ni korang akan dibekalkan dengan kad macam Touch & Go. Dan 1 maps untuk memudahkan korang untuk discover Seoul without using tourguide. Lagi satu, selepas dapat pass ni terus korang boleh download apps ni dalam phone, android dan apple store pun ada.


AREX voucher, masukkan kod tu sewaktu membeli tiket AREX.



Selepas download dan register pass, nanti apps tu akan provide AREX voucher. Lepas tu boleh beli tiket AREX, mesti beli dulu tiket guna duit sendiri. Sampai di Seoul Station, baru tukarkan dengan duit. Dekat sini semua kena guna mesin tau. So, mata dengan otak kena cepat tangkap informasi yang ada. Di Seoul Station bolehlah topup pass tu dekat recharge machine atau mana-mana convenient store. Sama je macam korang dok topup Touch & Go dekat Malaysia.


Ni tiket AREX, dari airport ke Myeongdong Station.


Untuk lebih info;




Portable Wifi dari Roaming Man


Portable Wifi Roaming Man



Cik Timm guna portable wifi untuk dikongsi dua orang. Portable wifi ni pun ditempah dari KLOOK. Modem Cik Timm ambil di Roaming Man booth di KLIA2. Jangan risau, waktu korang tempah boleh letak tarikh dan lokasi untuk pick-up dan drop. Haritu Cik Timm punya planning sampai je dari flight Penang terus ambil modem. Diorang dah siap cas untuk korang. Dia bagi sekali beg, modem, charger dengan manual book. Nak terus guna selepas dapat pun boleh, Cuma limited je. Cik Timm ambil yang 4G unlimited data, Alhamdulillah semasa guna di sana tak ada masalah. Semua tempat ada line. Wifi di Korea memang tak ada masalah, kami guna portable wifi waktu jalan-jalan je. Balik guesthouse guna free wifi diorang, lagi laju. Sehari sebelum balik Malaysia pun diorang email peringatan untuk pemulangan modem.


Roaming Man drop box



Balik dari Korea, Cik Timm drop je modem tu dalam kotak yang disediakan. Sehari selepas kita pulangkan modem, diorang email bahawa mereka dah terima.


Pakej Nami Island dan Vivaldi Ski Park





Dua tempat ni kami ambil dari KLOOK. Dua tempat ni jauh dari kota Seoul, jadi kami ambil pakej untuk memudahkan perjalanan kami. So, dalam 2 aktiviti tu, setiap pagi kami akan ke check-point yang diberikan. Be punctual untuk setiap aktiviti supaya tak menyusahkan orang lain. Transport kami ialah bas dan ada seatbelt untuk setiap penumpang. Masuk bas memang tidur je, explanation dari tourguide pun dalam bahasa Korea & Cina. Kalau ada informasi yang penting baru diorang explain dalam bahasa inggeris untuk kami berdua.


Di Gangchon Rail Park, cantik sangat tempat dia!



Untuk pakej Nami Island, sarapan dan makan tengahari dibekalkan. Makanan tengahari berkonsepkan makan macam di Mr. Dalgakbi, no worries sebab HALAL. Dekat situ kitorang shopping seaweed yang premium untuk jimat & share 2 orang murah sikit. Selepas lunch kami bertolak ke Gangchon Rail Bike, Nami Island dan terakhir ke Garden of Morning Calm. Sekejap sangat masa ke Nami Island, rasa tak puas sebab tak sempat nak pusing semua. Kecil je pulaunya, tapi famous sebab tempat penggambaran drama Winter Sonata. Macam rugi je ke Garden of Morning Calm sebab macam padang jarak padang tekukur. Sesuai datang waktu malam sebab ada lampu macam i-city. Waktu kami dah kalut nak balik ke bas baru lampu dibuka, aduh memang spoil.


Waktu ni tengah beratur nak balik Seoul.



Vivaldi Ski Park pun jauh dari kota Seoul. Dekat sini kami bebas untuk lepak dekat sini sampai ke petang. Tak rushing sangat, disebabkan pakej kami cuma di Snowyworld je bukannya untuk main ski. Cuma bosan sikit, kami cuma main salji, nasib baik ada juga game-game yang disediakan di Snowyworld. The best thing toilet diorang ada air, so bolehlah nak melabur dengan selesa. Untuk pakej ni tak include makan, tapi dekat Vivaldi Ski Park dah ada restoran makanan halal, Dongmoon Ekspress. So, kami lepak je dekat sini sembang-sembang sementara tunggu bas petang ke Seoul.


Tempat Tinggal di Seoul


Kitorang stay di guesthouse je sebab lebih murah. Urusan tempat tinggal diuruskan partner Cik Timm. Semuanya ditempah di Agoda. Kami stay di 2 guesthouse, G-Star Guesthouse dan Blue Mountain Myeongdong. So, taklah bosan sangat sebab kami stay seminggu dekat sini. Kebanyakan guesthouse dekat sini ada pantry. Boleh masak dan filter water memang sentiasa ada sebab ada mesin air macam Cuckoo tu.





Di G-STAR Guesthouse kami tempah dulu, waktu check-in baru bayar. Guesthouse ni dekat sangat dengan Namsan Tower. Memudahkan flow itinerary kitorang, Alhamdulillah. Guesthouse ni kecik je, dia konsep bentuk rumah. Dalam ada dalam 4-5 bilik. Sewaktu kami stay situ, 2 bilik tu memang orang Malaysia. Kalau bercuti ke sana setiap ceruk jumpa orang Malaysia jer. Bilik kitorang memang kecik dan sempit tapi ada provide toilet dan bilik mandi dekat dalam. Lagi satu heater dia tuan rumah yang control, memang kitorang agak menggigil kesejukan dalam bilik tu sebab heater dia tak rasa. Contruction pun ada sebelah rumah tu untuk besarkan guesthouse agaknya. Tapi guesthouse ni ada 2 kucing gemuk, sepasang jantan & betina, memang milik tuan rumah. Lagi satu, untuk check-in guesthouse korang ke Miss Korea Guesthouse depan dia je. So, segala urusan di kaunter korang kena ke situ. Bagi Cik Timm macam leceh sikitlah.


Guesthouse kedua kitorang lebih selesa, bilik pun besar iaitu di Blue Mountain Myeongdong. Guesthouse ni memang berdekatan je dengan Myeongdong street. Untuk guesthouse ni kami dah siap bayar dah. Memang sesuai kalau nak shopping sakan or spend time di area Myeongdong street yang penuh dengan kedai makan, kosmetik, street food, kiranya malam-malam tak terlalu sunyi macam di G-Star Guesthouse. Bilik selesa sebab heater berfungsi dengan baik dan kitorang boleh control sendiri. Cik Timm recommend guesthouse ni, TETAPI kena teruk sikit angkat luggage naik tingkat 2. Jadi sadolah sekejap waktu mula-mula sampai sebab kena angkat luggage tu, selain tu selepas pukul 11pm pintu masuk entrance akan berkunci. Ada password dekat kunci bilik korang. Kalau G-STAR Guesthouse tu memang tak berkunci langsung. Kitorang suka hati je keluar masuk.


Travel Insurans dengan Etiqa


Cik Timm beli insurans dari Etiqa. Thanks to Group Facebook Road to Korea. Dalam tu banyak info yang diorang share, memang banyak membaca dari situ. Perlukah travel insurans ni? Sangat perlu, andai kata apa-apa terjadi sepanjang korang bercuti macam ada berlaku luggage hilang atau rosak ke, berlaku bencana alam atau wabak penyakit ke,korang cedera ke dekat sana at least ada insurans. Tapi korang kena pilih juga, ada insurans yang korang kena hulurkan duit sendiri, nanti baru claim. Kalau boleh elakkan, ambil insurans yang serta merta boleh cover tak perlu guna duit sendiri. Sebab tu Cik Timm pilih Etiqa. Dalam Etiqa pun ada bermacam pelan untuk dipilih. Cik Timm ambil insurans International Tripcare 360 Takaful, pelan Gold berharga RM61.60 untuk tempoh seminggu di sana. Nanti diorang akan emailkan semua butiran lanjut dan bolehlah korang baca untuk lebih detail.


Kalau korang nak boleh contact Leena dari OLA Agensi;


Whatsapp: +6013-2067818


Btw, Cik Timm cuma nak share dengan korang. Buat masa sekarang please stay dalam Malaysia dan jaga diri tau dengan kes Covid-19 yang semakin membimbangkan okey!
Read More

Malaysia dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Hi semua, disebabkan Covid-19 kes semakin meningkat di negara kita, bermula dari 18 Mac sehingga 31 Mac 2020 Malaysia akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan.

Antara Perintah Kawalan Pergerakan ini adalah;

1.  Larangan pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, social & budaya. Semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit & kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan seharian. Khusus untuk umat Islam, penangguhan aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang bersidang pada 15 Mac 2020.

2.       Sekatan semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan kuarantin secara sukarela selama 14 hari.

3.       Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.

4.       Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti.

5.       Penutupan semua institusi pendidikan tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) serta institut latihan kemahiran di seluruh negara.

6.       Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara, seperti air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan & bekalan makanan.

Sumber: Astro Awani

Diingatkan sekali lagi, ini bukanlah perintah berkurung tau. BUKAN PERINTAH BERKURUNG, so korang just stay at home. Selalu mencuci tangan dan jaga kesihatan masing-masing ya. Please stop PANIC BUYING jugak tau.
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com