Jajan Pilihan Cik Timm
Siapa yang tak suka jajan atau junk food? Cik
Timm akan craving keropok dan coklat waktu BENDERA JEPUN BERKIBAR, asyik nak
mengunyah snek je. Kalau ke pasaraya memang cari Pringles dulu. The best thing
tentang PRINGLES ni keropok dia bukan sekadar angin. Memang puas hati kalau
makan berbanding jenama lain yang penuh oksigen je. Haha! Selain itu, keropok
Pringles ni rangup dan tidak berminyak pada jari dan mulut. Perisa pun
bermacam-macam ada mengikut selera masing-masing yang sukakan masam, cheesy,
manis atau pedas.
Cabar Citarasa anda Dengan Perisa
Misteri Serba Baru Edisi Terhad
Kali ni Cik Timm nak share dengan semua berita
baik dari Pringles! Buat pertama kalinya di Malaysia, Pringles mengeluarkan
Perisa Misteri baharu dan hanya boleh didapati pada masa yang terhad bermula 1
Mac sehingga 30 April 2020. Perisa misteri ini didatangkan khas dalam tin
putih. Pringles perisa misteri boleh didapati di kedai runcit, pasaraya &
laman e-dagang di seluruh Negara. Hanya seorang
sahaja pemenang bertuah akan membawa
pulang hadiah wang tunai bernilai RM20,000 jika Berjaya meneka perisa misteri
dengan betul!
“Pringles telah diperkenalkan kepada rakyat Malaysia lebih 40 tahun lalu. Hari ini, ia telah menjadi salah satu kerepek kegemaran Malaysia untuk dijadikan kudapan. Sekali anda makan, keseronokan tidak akan berhenti! Ini sebabnya kami terus mencipta dan mengeluarkan perisa baharu kerepek Pringles untuk menjadikan setiap pengalaman snek menyeronokkkan bagi seisi keluarga.”
“Kini terdapat 8 perisa, perisa klasik seperti asli dan krim masam & bawang, serta kombinasi lain yang lazat seperti keju cheesy, pedas dan banyak lagi. Kami juga mempunyai perisa untuk masa yang terhad atau bermusim yang diidamkan oleh rakyat Malaysia sepanjang tahun. Mulai 1 Mac, kami akan melancarkan Perisa Misteri yang menyeronokkan dan meriangkan semasa menikmatinya. Sekarang, anda boleh menyertai permainan meneka bersama rakan dan keluarga serta mendapat ganjaran dengan MENEKA perisa dengan betul. Walaupun anda tidak dapat memberi jawapan yang betul, anda akan berseronok bersama dengan orang yang tersayang sambil mencuba meneka perisa Pringles!” kata Bose Sanjib, Pengarah Pemasaran Kellogg di Asia Tenggara.
Cara untuk Menyertai Peraduan
“Meneka Perisa Misteri”!
-
BELI mana-mana 2 tin kerepek Pringles (jangan lupa untuk menyimpan bukti
pembelian anda).
-
TEKA Perisa Misteri & maklumkan kepada kami perisa misteri kegemaran
anda tidak lebih daripada 25 patah perkataan.
-
Dan anda
berpeluang untuk MEMENANGI hadiah
wang tunai berjumlah RM20,000!
Untuk memudahkan anda, Pringles Malaysia akan
memberi satu petunjuk setiap dua minggu di halaman Facebook mereka. Ada empat
petunjuk untuk dikumpulkan, jadi jangan lupa Like & Subscribe Facebook
Pringles Malaysia untuk mendapatkan clue dan membantu anda meneka dengan betul.
Dapatkan kerepek Pringles Perisa Misteri hari
ini dan sertai cabaran “Guess The
Flavour” untuk merebut peluang memenangi hadiah wang tunai RM20,000!
Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari;
https://www.pringles.com/my/mystery-flavour/home.html
atau
#Pringles #PringlesMysteryMY
Seronok ni main teka-teka perisa. Hadiah pun menarik. Siapa suka makan pringles kena join ni.
ReplyDeleteWow, lumayan..
ReplyDeleteKena Cari ni. Boleh la makan sambil main game
ReplyDeletecurious niiii. goodluck !!!
ReplyDeletenak kena cuba ni. cik puteri suka pringles. menang 20 k boleh beli banyak-banyak
ReplyDelete