Tuesday, March 17, 2020

Ringkasan: Winter Trip ke Seoul Tanpa Tourguide

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai guys! Kali ni Cik Timm nak share cerita travel bulan Februari lepas di Seoul, Korea Selatan.


Tarikh: 6 – 12 Februari 2020
Lokasi: Seoul, Korea Selatan
Anggota: Kak Sue & Cik Timm jer


Yes guys, kami travel berdua je. Semuanya diuruskan sendiri oleh kami sebab kami tak ambil pakej. Rancangan nak bercuti ke Korea ni bermula dari tahun lepas. Daripada ramai-ramai, tinggal kami berdua sahaja yang memang eager nak bercuti ke sana. So, kami start buat itinerary, check harga tiket, survey tempat tinggal, dalam masa 3-6 bulan macam tu. Nak tahu tak total berapa yang korang betul-betul kena spend kalau nak bercuti di sana kalau bercuti sendiri tanpa pakej? Total semua RM2600+ SAHAJA! Itu pun dah include tiket flight dan travel insurans! Berbaloi sangat, kalau nak tau Cik Timm plan macamana boleh teruskan pembacaan sebab Cik Timm akan cerita detail khas untuk membantu korang yang nak bercuti di sana! Untuk first info, korang boleh ke entry ini 8 TIPS PERSEDIAAN SEBELUM ANDABERCUTI DI KOREA SEMASA WINTER.


Untuk entry ini Cik Timm nak share dulu itinerary kami selama seminggu ni. Kalau korang nak template itinerary ni korang boleh pm je. Cik Timm pun dapat template dari twitter. Bagus golongan twitter tau, tak lokek nak share info. Hahaha!


TARIKH
DESTINASI
RM/KRW per pax
05.02.2020(WED)
Penang-Kuala Lumpur (AIRASIA)
RM184.24


Sewa portable 4G WIFI (ROAMING MAN)
RM48
06.02.2020(THUR)
Kuala Lumpur-Icheon (AIRASIA)

RM515.50


T-Money kad dari Seoul Discovery Pass
RM209
G-Star Guesthouse (3hari 2malam)
78,850KRW
07.02.2020(FRI)
Gyeongbokgung Palace
FREE
Masjid Itaewon
08.02.2020(SAT)
Namsan Tower (cable car)
9,500KRW
Ewha Womans University

CLOSED
Namdaemun Street

09.02.2020(SUN)
Vivaldi Ski Park
RM103.25
Blue Mountain Myeongdong
(3hari 2malam)
RM257.25
10.02.2020(MON)
Nami Island, Gangchon Rail Bike & Garden of Morning Calm
RM218.85
11.02.2020(TUE)
Dongdaemun Street

12.02.2020(WED)
Icheon-Kuala Lumpur (AA)
RM660.16
Kuala Lumpur-Penang (AA)
RM140.00


Pakej dari KLOOK


KLOOK apps dalam phone.



Seriously korang wajib download apps ni. Memang Cik Timm beli semua pakej dari sini. Kad T-Money, Vivaldi Ski Park, Nami Island dengan portable Wifi sewa di KLOOK. Senang dan banyak pilihan. KLOOK ni bukannya hanya untuk ke Korea je, semua negara plus percutian dalam Malaysia pun ada! Sangat-sangat recommended. Itu pun partner travel yang kenalkan. Boleh klik dekat banner di bawah ni untuk KLOOK 👇




T-Money dari Discovery Seoul Pass


Maps Icheon Airport


Cari je kiosk ni



T-Money Cik Timm beli dan ambil di kaunter kiosk SK Telecom Roaming Center di Icheon Airport. Kiosk ni ada di Level 1F diantara Exit 5 dan Exit 6. Sampai kiosk cuma tunjuk QR code yang pihak KLOOK hantar setelah membuat tempahan. Kad ni ada 3 jenis, untuk 24, 48 dan 72 jam. Apa yang dimaksudkan dengan hours tu? Ok, dengan pass ni kita boleh masuk beberapa tempat pelancongan dengan FREE mengikut jam yang dah ditentukan. Cik Timm beli yang 72jam (3hari). Apa lagi yang Cik Timm dapat dengan pass ni? Cik Timm naik AREX dan Namsan Tower FREE!


Dengan pass ni korang akan dibekalkan dengan kad macam Touch & Go. Dan 1 maps untuk memudahkan korang untuk discover Seoul without using tourguide. Lagi satu, selepas dapat pass ni terus korang boleh download apps ni dalam phone, android dan apple store pun ada.


AREX voucher, masukkan kod tu sewaktu membeli tiket AREX.



Selepas download dan register pass, nanti apps tu akan provide AREX voucher. Lepas tu boleh beli tiket AREX, mesti beli dulu tiket guna duit sendiri. Sampai di Seoul Station, baru tukarkan dengan duit. Dekat sini semua kena guna mesin tau. So, mata dengan otak kena cepat tangkap informasi yang ada. Di Seoul Station bolehlah topup pass tu dekat recharge machine atau mana-mana convenient store. Sama je macam korang dok topup Touch & Go dekat Malaysia.


Ni tiket AREX, dari airport ke Myeongdong Station.


Untuk lebih info;




Portable Wifi dari Roaming Man


Portable Wifi Roaming Man



Cik Timm guna portable wifi untuk dikongsi dua orang. Portable wifi ni pun ditempah dari KLOOK. Modem Cik Timm ambil di Roaming Man booth di KLIA2. Jangan risau, waktu korang tempah boleh letak tarikh dan lokasi untuk pick-up dan drop. Haritu Cik Timm punya planning sampai je dari flight Penang terus ambil modem. Diorang dah siap cas untuk korang. Dia bagi sekali beg, modem, charger dengan manual book. Nak terus guna selepas dapat pun boleh, Cuma limited je. Cik Timm ambil yang 4G unlimited data, Alhamdulillah semasa guna di sana tak ada masalah. Semua tempat ada line. Wifi di Korea memang tak ada masalah, kami guna portable wifi waktu jalan-jalan je. Balik guesthouse guna free wifi diorang, lagi laju. Sehari sebelum balik Malaysia pun diorang email peringatan untuk pemulangan modem.


Roaming Man drop box



Balik dari Korea, Cik Timm drop je modem tu dalam kotak yang disediakan. Sehari selepas kita pulangkan modem, diorang email bahawa mereka dah terima.


Pakej Nami Island dan Vivaldi Ski Park





Dua tempat ni kami ambil dari KLOOK. Dua tempat ni jauh dari kota Seoul, jadi kami ambil pakej untuk memudahkan perjalanan kami. So, dalam 2 aktiviti tu, setiap pagi kami akan ke check-point yang diberikan. Be punctual untuk setiap aktiviti supaya tak menyusahkan orang lain. Transport kami ialah bas dan ada seatbelt untuk setiap penumpang. Masuk bas memang tidur je, explanation dari tourguide pun dalam bahasa Korea & Cina. Kalau ada informasi yang penting baru diorang explain dalam bahasa inggeris untuk kami berdua.


Di Gangchon Rail Park, cantik sangat tempat dia!



Untuk pakej Nami Island, sarapan dan makan tengahari dibekalkan. Makanan tengahari berkonsepkan makan macam di Mr. Dalgakbi, no worries sebab HALAL. Dekat situ kitorang shopping seaweed yang premium untuk jimat & share 2 orang murah sikit. Selepas lunch kami bertolak ke Gangchon Rail Bike, Nami Island dan terakhir ke Garden of Morning Calm. Sekejap sangat masa ke Nami Island, rasa tak puas sebab tak sempat nak pusing semua. Kecil je pulaunya, tapi famous sebab tempat penggambaran drama Winter Sonata. Macam rugi je ke Garden of Morning Calm sebab macam padang jarak padang tekukur. Sesuai datang waktu malam sebab ada lampu macam i-city. Waktu kami dah kalut nak balik ke bas baru lampu dibuka, aduh memang spoil.


Waktu ni tengah beratur nak balik Seoul.



Vivaldi Ski Park pun jauh dari kota Seoul. Dekat sini kami bebas untuk lepak dekat sini sampai ke petang. Tak rushing sangat, disebabkan pakej kami cuma di Snowyworld je bukannya untuk main ski. Cuma bosan sikit, kami cuma main salji, nasib baik ada juga game-game yang disediakan di Snowyworld. The best thing toilet diorang ada air, so bolehlah nak melabur dengan selesa. Untuk pakej ni tak include makan, tapi dekat Vivaldi Ski Park dah ada restoran makanan halal, Dongmoon Ekspress. So, kami lepak je dekat sini sembang-sembang sementara tunggu bas petang ke Seoul.


Tempat Tinggal di Seoul


Kitorang stay di guesthouse je sebab lebih murah. Urusan tempat tinggal diuruskan partner Cik Timm. Semuanya ditempah di Agoda. Kami stay di 2 guesthouse, G-Star Guesthouse dan Blue Mountain Myeongdong. So, taklah bosan sangat sebab kami stay seminggu dekat sini. Kebanyakan guesthouse dekat sini ada pantry. Boleh masak dan filter water memang sentiasa ada sebab ada mesin air macam Cuckoo tu.





Di G-STAR Guesthouse kami tempah dulu, waktu check-in baru bayar. Guesthouse ni dekat sangat dengan Namsan Tower. Memudahkan flow itinerary kitorang, Alhamdulillah. Guesthouse ni kecik je, dia konsep bentuk rumah. Dalam ada dalam 4-5 bilik. Sewaktu kami stay situ, 2 bilik tu memang orang Malaysia. Kalau bercuti ke sana setiap ceruk jumpa orang Malaysia jer. Bilik kitorang memang kecik dan sempit tapi ada provide toilet dan bilik mandi dekat dalam. Lagi satu heater dia tuan rumah yang control, memang kitorang agak menggigil kesejukan dalam bilik tu sebab heater dia tak rasa. Contruction pun ada sebelah rumah tu untuk besarkan guesthouse agaknya. Tapi guesthouse ni ada 2 kucing gemuk, sepasang jantan & betina, memang milik tuan rumah. Lagi satu, untuk check-in guesthouse korang ke Miss Korea Guesthouse depan dia je. So, segala urusan di kaunter korang kena ke situ. Bagi Cik Timm macam leceh sikitlah.


Guesthouse kedua kitorang lebih selesa, bilik pun besar iaitu di Blue Mountain Myeongdong. Guesthouse ni memang berdekatan je dengan Myeongdong street. Untuk guesthouse ni kami dah siap bayar dah. Memang sesuai kalau nak shopping sakan or spend time di area Myeongdong street yang penuh dengan kedai makan, kosmetik, street food, kiranya malam-malam tak terlalu sunyi macam di G-Star Guesthouse. Bilik selesa sebab heater berfungsi dengan baik dan kitorang boleh control sendiri. Cik Timm recommend guesthouse ni, TETAPI kena teruk sikit angkat luggage naik tingkat 2. Jadi sadolah sekejap waktu mula-mula sampai sebab kena angkat luggage tu, selain tu selepas pukul 11pm pintu masuk entrance akan berkunci. Ada password dekat kunci bilik korang. Kalau G-STAR Guesthouse tu memang tak berkunci langsung. Kitorang suka hati je keluar masuk.


Travel Insurans dengan Etiqa


Cik Timm beli insurans dari Etiqa. Thanks to Group Facebook Road to Korea. Dalam tu banyak info yang diorang share, memang banyak membaca dari situ. Perlukah travel insurans ni? Sangat perlu, andai kata apa-apa terjadi sepanjang korang bercuti macam ada berlaku luggage hilang atau rosak ke, berlaku bencana alam atau wabak penyakit ke,korang cedera ke dekat sana at least ada insurans. Tapi korang kena pilih juga, ada insurans yang korang kena hulurkan duit sendiri, nanti baru claim. Kalau boleh elakkan, ambil insurans yang serta merta boleh cover tak perlu guna duit sendiri. Sebab tu Cik Timm pilih Etiqa. Dalam Etiqa pun ada bermacam pelan untuk dipilih. Cik Timm ambil insurans International Tripcare 360 Takaful, pelan Gold berharga RM61.60 untuk tempoh seminggu di sana. Nanti diorang akan emailkan semua butiran lanjut dan bolehlah korang baca untuk lebih detail.


Kalau korang nak boleh contact Leena dari OLA Agensi;


Whatsapp: +6013-2067818


Btw, Cik Timm cuma nak share dengan korang. Buat masa sekarang please stay dalam Malaysia dan jaga diri tau dengan kes Covid-19 yang semakin membimbangkan okey!

3 comments:

  1. Okeh nanti dah abeh reda segala covid movid ni, boleh jalan p Korea. Guide kat sini lengkap dah! Jemput singgah: Resepi Fluffy Souffle & Dalgona Coffee

    ReplyDelete
  2. Tq share CikTimm. Next time ada rezeki boleh jejak Korea. Harap cepatlah virus covid-19 ni pupus. aaminnn

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com