Friday, June 18, 2021

First Time Makan Tongmo

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hai semua!
Kejadian ini sebelum pkp 3.0 ya. Tak tau sama ada gerai tu buka ke tidak sepanjang pkp terbaru ni. Beli pun sekadar untuk mengunyah dalam kereta sebab husband suka beli gerai-gerai tepi jalan ni. Kongsi rezeki dengan peniaga kecil katanya. Tak silap gerai ni dah berpindah  di depan pasar awam Padang Serai. 


Mak buyung ni teringin nak melepak di tepi pantai, Pantai Merdeka je yang ada dekat Kedah ni. Nak ke Pulau Pinang memang tak lepaslah ceritanya. Singgah di Tasty Tongmo gerai tepi jalan di Padang Serai depan LH Motor.

Tongmo?


Dulu viral jugak ‘Tongmo’ ni. Lepas tu, biasa-biasa je sambutannya. Dah habis hype baru Cik Timm nak rasa. Tongmo ni makanan tradisional dari Kemboja. Daging cincang yang diperap dengan rempah dan disumbat dalam usus nipis lembu. Selalu dijual bergantung-gantung je macam sosej. Nanti diorang akan grill untuk kita. 


Cik Timm try Daging Biasa dengan Ayam Blackpepper. Satu SET RM10. Dalam satu set ada daging, sayur dan sos pun ada. Memang sedap makan panas-panas. Surr sangat, memang akan repeat kalau jumpa lagi. Husband memang peminat daging, dia memang suka betul. 

Hampa dah pernah try tongmo? Sedap tak? 
Read More

Tuesday, June 08, 2021

Sedapnya Mochi Durian dari Wall's!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hi semua!
Dah lama tak tengok youtube makan-makan atau mukbang. Antara mukbanger yang Cik Timm minat Shedot ASMR dari Malaysia dengan Dorothy dari Korea. Paling suka mukbanger korean sebab diorang makan sopan je. Mungkin sebab pakai chopstick kot nampak makan beradap dan tertib jer. 

Seronok tengok ada episod Shedot makan mochi, eh macam sedap pulak. Ronda-ronda cari barang di Tesco (eh, dah tukar nama LOTUS!). Jumpa ada mochi dari Wall's. Ada flavour durian dan strawberry. 


Wall's Mochi Durian 


Datang dalam paket kuning, dalam tu ada 4 ketul mochi. Saja beli perisa durian, macam teringin pulak nak rasa durian yang dah di'mochi'kan. Sedap! Satu rumah bau durian selepas gigit mochi tu. Selepas keluarkan dari fridge, biarkan dulu dekat luar, tunggu lama sikit baru lembut mochi tu. Selalu makan mochi dekat sushi memang dah lembut dah. 


Lepas ni nak cuba flavour strawberry pulak. Haritu beli rasa murah sikit dari harga tu sebab ada offer rasanya. Sentiasa membeli benda merapu untuk mengunyah kalau shopping barang runcit ni. Tambah kalau nak dekat period sentiasa nak makan manis-manis atau junk food. 


Ada penggemar mochi dekat sini? Bolehlah beli dekat Tesco kalau teringin. Dekat kedai sushi pun ada yang jual mochi. Kalau rajin pulak boleh buat sendiri. Tengok ramai juga yang share buat mochi sendiri. Macam senang tapi Cik Timm tak rajinlah nak buat sendiri sebab nak makan pun seketul dua je. Hehe..
Read More

Friday, June 04, 2021

Beli Biji Benih dari Eco Shop

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hai semua!
Memandangkan PKP dah bermula, encik suami pun PDPR je dekat rumah. Dia dah mula bosan sebab asyik duduk rumah jer. Rajin pulak bawa kita pi Kedai Eco dan beli perkakas untuk menanam. Teringin nak menanam katanya..


Beli barang ni dah lama, sebelum raya lagi dah beli. Kitorang beli 2 bekas plastik hitam untuk pasu dia, tanah 2 pack, dengan 2 jenis biji benih. Punya lama beli minggu ni baru cuba tanam. Konon nak lawan siapa yang lebih pandai menanam. Emm, kita jugak yang tanam semua..


Macam-macam biji benih yang dijual dekat Kedai Eco ni. Saja Cik Timm pilih Ketumbar dengan Salad. Dekat rumah ni memang kalau beli salad laju je habis. Habuan untuk mencuba menanam. Cik Timm tak pernah tanam pokok kecuali pokok tauge dari kacang hijau, itu pun sebab eksperimen zaman sekolah rendah dulu. Mak je pandai menanam, jenis tangan tanam apa pun semua menjadi. Orang tua-tua kata tangan sejuk..



So, kita testing tengok tangan Cik Timm ni macamana ya. Dekat kotak biji benih ni pun dah ada arahan bagaimana untuk menanam dan juga tempoh masa biji benih akan bercambah. Kita tengok lagi perkembangan yang akan datang sama ada bercambah atau tak. Kalau naik, kita ada tempoh harvest pokok yang berjaya membesar. 


Dengan cuaca sekarang yang agak panas dan tak menentu ni, tak taulah sama ada berjaya naik tunasnya atau tidak. Orang kata sekali kau berjaya tanam, lagi semangat kau nak menanam bermacam benda. 

Kita tengoklah hasilnya nanti ya. Korang pernah beli juga biji benih dekat Kedai Eco? Cer share jadi tak pokoknya?
Read More

Thursday, June 03, 2021

Diffuser Cantik dan Murah dari Shopee

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua!


Cik Timm nak share satu diffuser yang murah je dekat Shopee. Beli gara-gara racun TT jugak tapi memang berguna juga sebab Cik Timm mengalami alahan mengandung yang agak teruk di awal kehamilan. Memang lega juga bila pasang diffuser dalam bilik, letak wangian yang menenangkan pulak, senang tidur dan rasa lebih tenang.

Diffuser


Setiap kali kita tonton K Drama selalu kita tengok dalam bilik diorang ada diffuser. Tambah pulak kalau dalam scene orang sakit. Ada je berkepul-kepul wap tepi katil. Lepas tu, makin ramai pulak orang kita guna diffuser jugak. 

Lama juga dok cari diffuser, kawan-kawan pakat dok suggest Young Living. Emm, tapi hargaya, out of budget. So memang dah reject awal-awal. Sorry ya. Kenapa kita perlu bayar lebih kalau boleh dapat yang sama fungsi tapi dalam harga yang rendah. Sorry tak condem sapa-sapa tau, Cik Timm bagi pendapat sendiri jer.

Diffuser Cantik dari Shopee

Tak silap Cik Timm, Cik Timm dapat cari diffuser ni dari Twitter rasanya. Memang puas hati sebab rekabentuk dia cantik, warna dia pun matching dengan perabot bilik. Dah macam satu set, memang grab terus. 

Shopee: hiqili.official

Remote Ultrasonic Air Humidifier Aroma Diffuser FREE 10ML Peppermint Aromatherapy Humidifier Ultrasonic 3-Pin Plug


Korang boleh copy je nama atas ni lepas tu cari di Shopee. Harga dia Cik Timm beli RM69.90 sahaja. Dapat diffuser, remote dan juga peppermint aromatherapy. Minyak dia ni Cik Timm titis sekali dekat mask waktu pi kerja sebab tak tahan dengan bau yang lain. Bau ni je yang kena dengan hidung masa tu. 

Diffuser ni boleh setting untuk guna selama sejam, 3 jam ataupun 6 jam. Asalkan letak air dia di paras yang betul. Saiz dia yang tak terlalu besar atau kecil sesuai letak dalam bilik. Boleh jadi hiasan lagi sebab corak kayu dia matching dengan perabot bilik.

Selepas Penggunaan Selama 6 Bulan

Masih ok lagi diffuser ni, tak ada rosak lagi. Berbaloi beli, kadang-kadang tak guna diffuser dia, guna lampu sahaja pun boleh. Cuaca sekarang ni panas betul. Bilik memang jadi terkepam dan panas. So, adanya diffuser ni sejuk sikit bilik sebab kalau nak guna aircond je selalu parah nak bayar bil. Tapi semenjak dah nak masuk 3rd trimester ni, Cik Timm selalu mengadu panas dekat husband. Panas dia memang tak boleh bincang, lepas mandi pun berpeluh. Akhirnya duduk je dalam bilik sebab sejuk sikit. 

Cik Timm check balik dekat Shopee, malangnya dah habis yang style Cik Timm beli ni. Tapi ada je diffuser lain yang lawa dekat shop ni. Korang korek je, macam-macam jenis ada! Happy Shopping korang!
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com