Friday, June 18, 2021

First Time Makan Tongmo

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hai semua!
Kejadian ini sebelum pkp 3.0 ya. Tak tau sama ada gerai tu buka ke tidak sepanjang pkp terbaru ni. Beli pun sekadar untuk mengunyah dalam kereta sebab husband suka beli gerai-gerai tepi jalan ni. Kongsi rezeki dengan peniaga kecil katanya. Tak silap gerai ni dah berpindah  di depan pasar awam Padang Serai. 


Mak buyung ni teringin nak melepak di tepi pantai, Pantai Merdeka je yang ada dekat Kedah ni. Nak ke Pulau Pinang memang tak lepaslah ceritanya. Singgah di Tasty Tongmo gerai tepi jalan di Padang Serai depan LH Motor.

Tongmo?


Dulu viral jugak ‘Tongmo’ ni. Lepas tu, biasa-biasa je sambutannya. Dah habis hype baru Cik Timm nak rasa. Tongmo ni makanan tradisional dari Kemboja. Daging cincang yang diperap dengan rempah dan disumbat dalam usus nipis lembu. Selalu dijual bergantung-gantung je macam sosej. Nanti diorang akan grill untuk kita. 


Cik Timm try Daging Biasa dengan Ayam Blackpepper. Satu SET RM10. Dalam satu set ada daging, sayur dan sos pun ada. Memang sedap makan panas-panas. Surr sangat, memang akan repeat kalau jumpa lagi. Husband memang peminat daging, dia memang suka betul. 

Hampa dah pernah try tongmo? Sedap tak? 

12 comments:

  1. Pernah nampak rula bentuk tangmo . Tapi tak pernah makan . Lama tenung tangmo fikir nak beli ke tidak . .akhirnya xbeli . Hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. rupa dia agak scary kan, dgn gantung2 gitu, rupanya sedapp..

      Delete
  2. Sosej Kemboja ni memang best. Pernah makan tahun lepas. Makan panas-panas cicah dengan sos.

    ReplyDelete
  3. Boleh geng dgn hubby la suka daging. Hahaha makan puas2 mak buyung

    ReplyDelete
  4. busyra pernah nampak banyak kali dh tongmo ni.. tp x beli2 lg. hehe

    ReplyDelete
  5. Pernah makan..akak suka yang version daging...

    ReplyDelete
  6. Tak pernah jumpa kat KL ni. Entahla tekak boleh terima tidak usus lembu, tapi teringin gak try

    ReplyDelete
  7. Tak pernah lagi rasa tongmo. Mungkin juga tak akan makan sebab tak makan usus tu.

    ReplyDelete
  8. X pernah try.. br jugak dgr tongmo ni seminggu 2 ni di medsos.. tp kt tmpt akak di kuching ni mmg xde lg nmpk tongmo dijual

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com