Thursday, September 02, 2021

Cik Timm Dah Beranak!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua! 
Tak sangka entry Sakit Contraction Bermula ini merupakan entry terakhir sebelum Cik Timm ke hospital sebab betul-betul tak tahan sakitnya. 

22.8.2021 (Ahad)
Makin kuat contraction, setiap 5 minit asyik sakit. Terus kejutkan Mr Roy untuk ke Hospital Kulim pukul 3am. Cik Timm genggam kuat lengan Mr Roy tu sambil jalan masuk mendaftar di Dewan Bersalin. Selepas diperiksa dengan doktor di situ dan diseluk, Cik Timm dah kena admit sebab dah ada bukaan 2cm. 


Sementara menunggu result swab test & mendaftar masuk Wad 9, kami tunggu je depan kaunter tu. Dekat situ Cik Timm rasa lain macam. Makin sakit dan rasa nak berak! Waktu tu rasa nak maki je semua sebab rasa lambat gila. So, nurse tengok macam teruk sangat, nurse nak check lagi sekali. Rupanya dah 7cm! Nurse tolak masuk dalam Labour Room no. 3. Allahu, waktu tu dah pukul 8.30am. Lama betul waktu yang berdetik time tu. Sempat bagitau Mr Roy dah masuk LB. 

Nightmare juga pengalaman sakit nak bersalin ni. Baju terus ditukar pakai gaun biru. Naik atas katil bersalin, besi tepi tu memang mangsa untuk Cik Timm genggam tiap kali sakit. Allahu, Cik Timm cakap nak berak, doktor cakap berak jer. Pundi kencing pun dikosongkan. Baby sebenarnya masih di atas, Cik Timm nak teran pun tak pandai lagi. Doktor suruh push, Cik Timm main push je until nurse cakap ‘Ya, PUSH macam tu!’. Owh baru tau cara tu betul, keep going pushing tapi bantuan vakum diperlukan. Allahu..

Waktu tu Cik Timm tak tahu apa benda yang jadi dekat bawah tu yang penting Cik Timm nak push keluar je, sampailah boleh dirasakan kepala baby dan bahu keluar. Lega sangat bila seketul kentang ni keluar! Hilang semua sakit! 

Kena gunting pun Cik Timm tak rasa, waktu jahit pun dah tak rasa apa. Siap boleh bersembang dengan doktor dengan tenangnya. Adoi rasa malu pulak dengan diri sendiri waktu sakit tadi. Disebabkan wad 9 masih penuh, Cik Timm dan baby stay je dalam LB tu. Lunch pun dalam tu, nak tidur pun tak selesa sebab dalam tu memang bising. Cik Timm takut Mr Roy risau sebab tak ada berita. Rupanya nurse dah call husband selepas kita dah selamat melahirkan. 


Tengahari baru Cik Timm update Mr Roy, bersusah payah turun dari katil ambil phone bawah troli baby. Petang dalam pukul 3pm baru dapat masuk wad. Nurse suruh husband tunggu depan pintu Dewan Bersalin untuk azan baby & ambil uri. Happy sangat dapat tengok muka Mr Roy depan mata. Lagi macam tak percaya kami officially dah jadi parents!

Masuk wad benda pertama nak buat, buang air. Dok tahan je dalam LB tu. Waktu ni bergerak cergas lagi. Rasa macam eh tak sakitnya beranak normal. Terus Cik Timm mandi bersihkan diri baru rasa segar. Lepas settle semua, agaknya kesan ubat dos dah habis baru terasa adoi bisanya. Nak duduk pun tak selesa, susah betul nak cari posisi yang selesa. 


Alhamdulillah baby dah berak dan kencing. Tinggal semalaman sahaja di wad. Esoknya dah boleh discharged setelah diperiksa dengan nurse dan doktor. Lega sangat dan memang tak sabar nak balik rumah! 

Pengalaman yang tak akan dilupakan sampai bila-bila. Welcome to the world my #azfaridzki . Dengan rasminya Cik Timm dah jadi ibu 👶🏼.

#StaySafe semua!

Btw, Cik Timm berehat sekejap dari blog ya, jumpa nanti ya bila Cik Timm dah habis berpantang! 

Read More

Saturday, August 21, 2021

Sakit Contraction Bermula!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hai semua, rasa macam lama tak buka blog dan blogwalking. Maaf ya semua, Cik Timm dah mula sakit contraction, Allahu, macam ni rupanya sakit dia. Rasa dia sebijik macam senggugut, sakit yang menangkap pinggang dengan perut. Selalu dulu waktu period second day (heavy flow) ataupun nak keluar yang ketul tu memang sakit dia macam ni. Sekarang Cik Timm faham orang yang senggugut teruk sampai kena warded atau MC. 

18/8/2021 (Selasa)
Malam tu (17/8) dah rasa tak sedap hati. Cik Timm kemaskan lagi sekali 2 beg untuk dibawa ke hospital. Ada lagi beberapa barang Cik Timm yang belum dimasukkan. Beg baby memang dah siap awal. Bekalan makanan belum masukkan, stokin pun belum. 

Malam tu Cik Timm tak berapa lena tidur, terasa nak pakai pad malam tu. Rasa perut mengeras semacam jer. Memulas macam sakit perut. Boleh dikatakan setiap satu jam mesti terjaga. Mr Roy yang masih tengok tv sampai ke subuh pun Cik Timm sedar. Mak mertua bangun untuk sahur pun Cik Timm sedar. Bangun pagi untuk mandi dah mula ada lendir kuning melekat. 

Kebetulan pulak, nurse call Cik Timm untuk buat pemeriksaan pada hari ini jugak. Kalau ikutkan 20/8 baru buat daily checkup untuk check jantung baby. Bagus jugak, boleh tanya nurse terus sebab hari ni dah mula keluar tanda-tanda bersalin. Siap-siap terus ke KK, check HB, memang cantik dah bacaannya, alhamdulillah! Tapi waktu dah habis pemeriksaan, tetiba badan peluh pucat nak pitam! Duduk sekejap lama sikit baru ok..nurse cakap gemuruh sangat kot, fikiran dok fikir tentang beranak je, dah macam panic attack dah, adoii..

Petangnya nak mandi, keluar lagi lendir tapi warna coklat! Cik Timm dah install Contraction Tracker, rasa sakit je terus tekan butang dalam tu..

19/8/2021 (Rabu)
Nightmare lagi, Cik Timm tak boleh tidur. Contraction dah mula dirasa, Mr Roy memang tak lena juga. Sambil-sambil bersembang sampai pukul 4am baru tertidur sebab contraction dah hilang. Dapat lena sekejap sampai ke pagi. 

Bangun pagi untuk mandi dah mula ada lendir yang bercampur pink pulak. Waktu siang contraction tak ada pun, tapi kalau tengah malam sakan contraction datang. Jadi waktu siang baru dapat tidur lena, dah macam burung hantu.  

Kalau diikutkan tarikh, Cik Timm patut beranak hari ni. Tapi nampak gayanya lambat lagi walaupun tanda-tanda dah ada. Bermula dari semalam Cik Timm sentiasa bersiap andaikata kalau emergency. Kakak-kakak yang berpengalaman pun dah pesan awal, sentiasa mandi, shampoo rambut, bersiap sedia je sentiasa. 

Macam dah makin panjang entry ni, macam cerpen dah. Sambungan cerita Cik Timm story dalam next entrylah ya. Pinggang pun macam nak tercabut je ni. 

Btw, Cik Timm nak memohon ampun kepada semua rakan blogger seandainya ada terkasar bahasa, tersilap komen, atau apa-apa sahajalah yang buat sesiapa terguris hati sepanjang kita berkawan dalam media sosial ni. 

Terima kasih juga untuk ucapan dan doa baik-baik dari kalian. Semoga Allah sahaja yang dapat membalasnya..

Stay SAFE Semua!
Read More

Wednesday, August 18, 2021

Cik Timm di Fasa 40 Minggu Pregnant

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hari ini usia kandungan dah mencecah 40 minggu. Macam sekejap je rasa, macam baru je tengok result kit ujian kehamilan. Tau-tau dah tengah tunggu masa nak beranak.


Family memang hari-hari tanya khabar, tanya dah beranak belum? Kak Yu paling excited, mana tidaknya anak kami sepatutnya lahir sama-sama tahun ini. Tapi tak ada rezeki beliau. Tak apa, anak Cik Timm pun anak Kak Yu juga! Lepas ni, dalam keluarga memang Cik Timm sahajalah penyumbang nak meramaikan lagi cucu-cucu arwah Pak Ngah Omar & Mami Norizan (mak mertua) ni. Keluarga Cik Timm sekarang ni cucu dah berjumlah 13 orang, belah Mr Roy pulak baru seorang! Memang excitedlah mak mertua dengan cucu baru ni.

Bermula dari semalam Cik Timm ke tandas tak berhenti. Asyik membuang air kecil je, agaknya sebab cuaca sejuk kot. Lagi satu, Cik Timm dah mula rasa perut yang makin sempit. Perut makin turun ke bawah, scan pun #azfajunior dah masuk ke posisi yang betul. Memang menunggu masa je nih. Nurse dah pesan kalau ada 3 tanda ni, cepat-cepat terus ke hospital,

Tanda-tanda Beranak;

1. Keluar air ketuban - air ketuban tiada bau, tiada warna
2. Keluar lendir atau darah - tak keluar banyak macam cerita movie tu, keluar sikit pun kena terus cepat-cepat ke hospital
3. Sakit contraction yang berlanjutan - nurse bagitau perut rasa mengeras, kawasan bawah pelvis rasa sakit, pinggang pun rasa nak tercabut

  Buat masa ni memang Cik Timm sentiasa pantau tanda-tanda ni. Belum ada lagi, 19 Ogos ni kalau Cik Timm belum beranak lagi 20 - 24 Ogos kena check jantung baby di Klinik Kesihatan. Kalau belum beranak juga lagi, 25 Ogos dah kena serah diri di Hospital Kulim. 

Sepanjang Cik Timm mengandung ni, mencari ilmu-ilmu tentang mengandung dari buku, nurse dan group dalam Facebook je. Group FB yang korang boleh join;

Kelab Ibu Mengandung Malaysia (KIMM)

Banyak juga persoalan dari ibu-ibu yang blur macam Cik Timm. Jawapan yang diberikan pun sangat membantu. Antara kelab yang sangat aktif membantu para ibu walaupun kadang-kadang soalan yang sama je ditanya. Hahaha! So, untuk ibu-ibu dekat luar sana yang nak tambah ilmu boleh join group dekat atas tu ya. 

Apa Perubahan Fizikal yang Cik Timm Alami Selama Mengandung?

1. Orang tak tahu langsung Cik Timm mengandung sampailah kandungan usia mencecah 7 bulan, baru perut membesar dengan jayanya seperti ibu mengandung yang lain. Faktor badan Cik Timm yang kecil ni pun memainkan peranan juga rasanya.

2. Cik Timm 1st time kena buasir! Tak teruk sangat, cepat-cepat beli ubat sapu dekat farmasi. Alhamdulillah tak pedih dah, kalau tak nak duduk pun sakit. 

3. Kulit kaki terlalu kering, tambah dekat tumit. Jenuh letak bio-oil pun tak jalan juga. Sebelum ni tak pernah pulak kaki jadi kering teruk sampai keras betul tumit tu. 

4. Badan cepat berpeluh dan rasa macam badan berbau! Cik Timm sentiasa rasa panas sampai kena tidur dekat lantai nak rasa selesa. Badan berbau tu nurse cakap perkara biasa sebab orang pregnant tak datang period, jadi darah kotor tu tak keluar. Nak wangikan badan boleh mandi dengan daun pandan, serai wangi ataupun daun berangan.   

5. Perut gatal-gatal yang teramat! Punya tahan tangan ni dari menggaru. Garu nanti luka perut, garu dengan kain jer yang mampu. Kakak-kakak pesan sapu je losyen atau minyak zaitun. Lagipun dapat mengurangkan kesan stretchmark nanti. Harap-harap tak adalah kesan stretchmark selepas bersalin nanti.

Itu sahajalah antara perubahan yang Cik Timm nampak semasa mengandung ni. Fasa muntah-muntah hanya semasa di trimester pertama sahaja. Masuk trimester kedua dah makin ok, kadang-kadang je nak muntah sebab tak tahan bau ubat. Masuk trimester ketiga asyik nak makan. Mak mertua pun sumbat macam-macam takut nanti waktu berpantang teringin nak makan. 

Stay Safe semua!
Read More

Sunday, August 15, 2021

Reject Lagi Vaksin Kali Ke-2

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua! Sekarang ni kawasan Kulim dan sewaktu dengannya asyik hujan je menjelang tengahari sampai ke petang. Semalam seronok betul Cik Timm lena selepas Asar walaupun tak elok ya. Letih menolong mak mertua buat aiskrim Malaysia. Over sangat, bukannya tolong ikat pun, sebab tak lulus lagi nak ikat aiskrim batang tu. 



Tiba-tiba dapat notifikasi dari My Sejahtera. Cik Timm punya tarikh vaksin dischedule semula pada 18 Ogos 2021. Aduhai, terpaksa cancel lagi sebab tarikh dekat sangat dengan tarikh bersalin. Sepatutnya dekat column kenapa kita tak nak divaksin pada tarikh tu perlu ditambah dua lagi, "Sedang Mengandung Kurang Dari 14 Minggu' atau "Sedang Mengandung Lebih Dari 33 Minggu". Senang kan untuk dischedule semula. Kesian dekat orang lain yang masih menunggu slot vaksin. 

Semalam sempat berzoom meeting dengan kawan-kawan PALAPES Airforce di zaman universiti. Setelah sekian lama tak berjumpa. Masing-masing dah berkeluarga ni semuanya pakat sibuk. Ada yang di utara, ada yang di selatan, semua tempat ada. Tak semua pun yang dapat join, jadilah dapat berjumpa dengan yang ada pun. Rindu betul dengan hampa semua. 

Dalam skuad Cik Timm ni, tak ramai dah bujang yang tinggal. Ada juga yang berjodoh dengan sesama skuad, ada yang berjodoh dengan senior. Lawak bila teringat balik zaman universiti dulu. Nasib baiklah Covid-19 tak jadi waktu zaman kami study dulu. Jenuh juga sebab zaman tu Android baru sahaja diperkenalkan. Telefon bimbit pun tak sepintar macam sekarang ni, jenuh nak PDPR. Confirm Cik Timm tak balik kampung stuck dekat Sarawak. 

Cik Timm dulu, masuk Semester 2 baru berkemampuan untuk beli laptop. Jenuh semua assignment disiapkan di makmal komputer fakulti. Banyak bahan rujukan cari di perpustakaan, gigih meminjam buku tebal-tebal. Seronok sebenarnya bila dikenangkan kembali zaman kampus. Rindunya Sarawak especially UNIMAS! 
Read More

Friday, August 13, 2021

Air Soya Amir Soya Lemak Famous di Kulim

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pernah dengar tak orang cakap kalau ibu mengandung minum air soya nanti anak dalam kandungan berkulit putih. Orang tua-tua punya petua katanya, haha! Tapi Cik Timm minum sebab teringin je. 


Minggu lepas waktu ikut Mr. Roy vaksin di Padang Serai dah nampak gerai air soya ni dari jauh. Balik memang singgah terus dekat situ. Rupanya air soya Amir ni famous dekat kulim. Cik Timm tak taulah pula. Diorang selalu buka gerai dekat pasar malam. Tapi terkesan dengan Covid-19 ni, diorang buka gerai kecil je tepi jalan.


Cik Timm ambil yang saiz besar, RM5. Memang besar gedabak, Cik Timm sorang minum soya tu dari petang sampai ke malam. Ais dah cair pun air soya dia sedap dan manis lagi. Punya minum sebab teringin dalam cuaca panas macam tu. Air soya mestilah sedap kalau digabungkan dengan gula merah. 

Selain dari air soya, taufu fa dengan cendol pun ada. Semuanya kita boleh pilih antara gula merah atau gula putih. Kalau warga Kulim yang mencari air soya yang sedap berlemak ni boleh cari di depan Taman Lobak, jalan ke Paya Besar, Lunas. 

Tiba-tiba teringin taufu fa pula, bayangkan taufu fa yang lembut tu masuk dalam tekak, sedapnya! Emm, nanti nak mengecek Mr. Roy untuk belikan taufu fa sementara belum meletup lagi ni. Hihi.

Stay Safe semua!
Read More

Wednesday, August 11, 2021

Resepi: Sup Cendawan & Garlic Bread Simple ft. Salted Anchor Butter

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Dulu Cik Timm suka share beberapa resipi simple dalam ni kan, sekarang dah kurang dah sebab sekarang ni memang suka masak campak-campak bahan yang ada. Kadang jadi, kadang tak jadi, mangsa yang selalu terkena dengan eksperimen Cik Timm semestinya Mr. Roy. Sabar je dia makan kalau tak sedap. 

Tapi kalau makanan western, memang serah je dekat Cik Timm alhamdulillah selalu menjadi. Jom Cik Timm nak share dua resepi ringkas, Mushroom Soup dan juga Garlic Bread. Bertambah sedap bila Cik Timm menggunakan butter jenama Anchor!


Bahan-bahannya;

Sup Cendawan Simple
1 bungkus Shitake Mushroom
1 labu besar bawang Holland
5 ulas bawang putih
2 sudu besar serbuk lada hitam kasar
3 cawan air
1 1/2 cawan susu
2 sudu besar Salted Anchor butter 
2 kiub pati ayam
Secubit garam

Garlic Bread
Roti baugette
3 sudu besar Salted Anchor butter 
5 ulas bawang putih
Sedikit serbuk oregano

Cara-caranya;

Sup Cendawan 
1. Ambil setengah bungkus shitake mushroom, setengah labu bawang holland dan bawang putih diblend dengan 1 cawan air.

2. Setengah lagi shitake mushroom dan bawang holland dipotong dadu.

3. Panaskan periuk dan masukkan Anchor butter. Masukkan bawang holland dan tumis seketika sampai bawang layu.

4. Lepas tu, masukkan bahan yang telah diblend. Tumis sekejap, dan boleh masukkan air ikut kepekatan yang korang suka. Masukkan juga shitake mushroom dadu dan kiub pati ayam. 

5. Masak seketika, masukkan susu, kalau rasa nak sup yang lebih cair boleh tambahkan lagi air. Cik Timm suka pekat-pekat! Boleh tambahkan secubit garam untuk lebih lemak. 

6. Dah mendidih boleh tutup api dan sedia dihidangkan!

Garlic Bread
1. Potong roti bougette menyerong.

2. Panaskan kuali dan masukkan Anchor butter dan bawang putih yang dikisar kasar. 

3. Masukkan juga sedikit oregano. Cik Timm suka bawang putih tu garing-garing sikit.

4. Lepas tu, golekkan roti bougette dalam kuali untuk dia serap butter dan rangupkan roti.


Siap! Cik Tim kalau betul-betul malas semua bahan terus blend dan masak je terus. Tak ada tumis-tumis dah. Ni kira versi rajin sikit tumis untuk naikkan bau dulu. Sedap guna Anchor butter ni rupanya, wangi je waktu kita masak dia. Selepas ni boleh beli lagi butter jenama ni di lain masa. Nak tengok video masak boleh tengok di TikTok or Reels Cik Timm ya.


Btw, korang yang rajin buat video masak-masak boleh sertai pertandingan #SmoothLikeAnchorButterChallenge  . Cuma buat video memasak berdurasi 30seconds  menggunakan Anchor butter secara kreatif dan upload di Intagram Reels atau Tiktok. Anda berpeluang untuk memenangi cash prizes berharga RM8,500! Jangan lupa masukkan juga hashtag #DairyliciousMY #AnchorDairyMalaysia #SmoothLikeAnchorButterChallenge 

Good Luck!
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com