Saturday, August 17, 2019

Breakfast di Roti Canai Transfer Road yang Viral

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Cik Timm nak share lagi satu tempat breakfast yang best di Pulau Pinang ni. Tempat dia memang famous pun, semua sebut-sebut suruh try kalau bercuti di Pulau Pinang. 

Roti Canai Transfer Road


Disebabkan Cik Timm naik motor je dengan dua housemate, senang kami nak parking dekat sini. Penang ni satu je masalahnya, jalan sempit lepastu sesak. Pengangkutan paling sesuai kalau hampa masuk Penang ni memang motosikal pilihan tepat. Alahai acah-acah macam pelancong, tapi stay dekat Georgetown je pun, hehehe. 
Ada pepatah mengatakan 'Breakfast Like A King', maka kami bedal nasi lemak, teh tarik & roti canai dia yang paling famous. Roti canai dia ada ayam seketul! Besaq pulak tu penuh pinggan, isi pun lembut jer. Saat entry ini ditulis Cik Timm dah lupa harga makanan dia berapa, maaf yeh!
Nice pekena dengan teh tarik!
Lokasi dia tak jauh dari tempat breakfast entry sebelum ini
Senang naik moto, parking tepi jalan gitu je..
Bagi Cik Timm ok saje kalau hampa nak try, kuah dia biasa je cuma yang unik tu paha ayam seketul atas roti canai. Agak rare la kan? Kedai makan dia pun kecik ke tepi jalan, meja ada dua baris panjang. Memang agak sempit dan kena cepat-cepat makan sebab orang lain pun nak makan jugak, tapi kami bedal je duduk lama-lama sebab housemate sorang lagi order lagi roti goyang. Nice jugak, sedap! 
Meh Cik Timm sertakan maps untuk memudahkan hampa semua yang nak try Roti Canai Transfer Road ni;

Roti Canai Transfer Road
Waktu Operasi:
7.00am-12.00pm

Selamat Mencuba!!

6 comments:

  1. nanti kak Ana maii, lanjer naa :)

    ReplyDelete
  2. wahhh semua nampak sedap.. berliur tengok haha terus lapar

    ReplyDelete
  3. kalau nak ke penang time sabtu ahad mau menangis jugak ni, haha. dah la kami tak besa bawak keta kot belah pulau. haha

    ReplyDelete
  4. Pernah mai breakfast kat sini masa pi penang dulu. rare kan, siap ayam seketul. puas hati makan.. hehe

    ReplyDelete
  5. Yummy, yummy nampak sedap betui, tengok pun dah leleh

    ReplyDelete
  6. confirm meriah pagi-pagi kat sini. syoknya meriah macam ni

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com