Thursday, June 18, 2015

Top Commentator Jun 2015

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 
Jari Manis | Khairin Anies | Dunia Zumal | Gee Lion | SalbiahM | Eka Tikah | Maria Firdz | Asha Lya | Amanina Mads | Syida Muhajir
 
 Terima kasih semua!
Sedangkan sekarang ni nak bukak lappy pun pemalas nauzubillah. Inikan pula nak mengupdate blog. Adoi, makin berhabuklah blog kesayangan ni.

Btw, Selamat Menyambut Ramadan & Selamat Berpuasa semua!
Read More

Sunday, June 07, 2015

Day 3: A Journey with a Train..again..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


4 Mei 2015
Bangun pagi, owh..aku masih lagi dalam mood bercuti. Seronokya hidup kalau macam ni hari-hari. Aktiviti hari ini adalah untuk menghantar 2 orang anak sedara ke SBPI Gopeng, Perak. 
Rindu dengan Lulu, cucu mama Dottie ni. Makin menggebu setelah di'kasi'. Hahaha! Makin berkembang legasi Dottie ni. 

Dalam tengahari kami dah bertolak ke Gopeng.
Seronok tengok sekolah zaman sekarang, semua ada kemudahan, cantik, mesti lagi semangat nak belajar. Patutlah sekarang ramai bebudak sekolah pandai-pandai ya..

Sebelum balik singgah makan dulu di Tuu Dia...Pak Tam di perhentian. Sedap jugak makanan situ, ala-ala macam Kepsi gitu hah..
 
Malam pulak dah bersiap-siap untuk hantar aku dengan Bang Cik ke Stesyen KTM Tanjung Malim. Kali ini kami naik coach yang boleh tidur. Selesalah sikit walaupun tingkat bawah semuanya dah penuh! Tinggal tingkat atas ja..
Selepas tiket dah kena check, baru kami ambil angin di kantin. Saja gedik-gedik duduk situ. Kalau siang bestlah sebab dapat tengok pemandangan. Kalau malam memang gelap gelita.
Walaupun badan letih, tidur pun sekadar tidur-tidur ayam. Dari pukul 11pm lebih kami menaiki keretapi, subuhnya dalam pukul 5am kami dah sampai ke Stesyen KTM Butterworth.

..bersambung ke Penang pulak :)..

Day 1: Ke Melakakah Kita?
Day 2: Kenduri Akikah Amni aka Baby Koala
Day 2: Bandaraya Melaka, Wau!

Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com