Monday, July 27, 2020

Bersteamboat & Oden Homemade Dengan Besties

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


26 Julai 2020

Hai korang!
Hari tu waktu bercuti di PD, member minta nak buat steamboat nak testing grill steamboat yang dia beli dekat Shopee. Nak bersteamboat di rumah Cik Timm waktu cuti Hari Raya Haji ni sebab dia balik bercuti di sini. 

Dari empat orang, tiga orang je yang join. Lawaknya main terjah je 'esoklah buat steamboat'. Tak planning pun, kasi redah je. Pagi pukul 10am kami berjumpa di Tesco untuk shopping barang. Cari punya cari ada barang yang tak ada, so kitorang shopping barang ke Giant pulak. 

Lagi banyak barang untuk steamboat dan grill dekat Giant berbanding Tesco. Daging dengan ayam pun lebih banyak pilihan. Barang-barang frozen untuk oden pun kami beli di Giant. 

Menu;
Oden (fishcake/sosej cocktail/taufu faa/enoki mushroom/mee maggi)
Daging
Ayam (chicken wings/breast/marinated chicken thigh)
Sayur salad 
Aiskrim soda
Aiskrim vanila

Homemade steamboat

Barang semua bawak dekat rumah Cik Timm. Patutnya kerja marinate-marinate ni member sorang lagi, hilang pulak dia. Haha! So Cik Timm tolong hentam je marinatekan ikut suka hati. Frozen items untuk oden pun kawan tolong cucuk dengan lidi. 

Ayam dan daging perapan

Lepas maghrib baru kami start. Cik Timm dah masakkan kuah oden awal-awal guna resipi dari Khairul Aming. Marinated chicken thigh yang kami beli siap marinate Cik Timm panggang dulu guna pan panggang sebab besar sangat ayamnya takut tak masak pulak kalau grill. 

Cucuk-cucuk frozen dah siap masuk fridge balik, malam japgi baru keluarkan.

Memang steamboat grill yang kawan beli dari Shoppe tu terbaik dan berfungsi. Sangatlah berbaloi beli walaupun online je. Kawan pun dah terlupa dah berapa harga dia beli. Tapi dia memang beli waktu viral semua orang beli pemanggang steamboat. Saiz pun memang macam kedai makan steamboat juga. Tengah-tengah untuk kita buat oden! 

Makan sambil bersembang sampai pukul 1pagi. Bachelorette Party sangat! Si Q ni esoknya nak kerja tapi bersembang punya pasal lupa tengok time. Si Tul ni oklah sebab cuti di Kulim sampai raya ke-2. Cik Timm oklah sebab memang tak kerja pun. Tiba-tiba hujan lebat membasahi bumi Kulim ni. Basahlah hampa dua waktu nak balik. 

Nampaknya minggu ni asyik makan je kerja. Minggu ni pun hari Khamis atau Jumaat ni bersteamboat juga dengan keluarga sendiri. Kakak sendiri, Kak Yu pun beli juga pemanggang steamboat dari Shopee. Baru nak testing juga untuk Raya Haji ni. Oklah boleh tambah kalori sikit sebab Cik Timm tengah mengemas bilik kakak yang penuh dengan anai-anai. Nanti Cik Timm kongsi transformasi bilik kepada ala-ala Pinterest. Itupun kalau jadi! Susah sikit nak buat bilik dalam rumah kampung ni. 
Read More

Thursday, July 23, 2020

KEPSI Si Kucing Berkaki 3

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hai korang!

20 NOVEMBER 2019

Cik Timm nak share dengan korang seekor stray cat yang Cik Timm selamatkan tahun lepas. Waktu tu Cik Timm makan-makan dengan kawan dekat KFC Pekan Kulim. Sambil teman kawan buat kerja sikit. Hujan renyai-renyai malam tu.

Kami pun nak balik setelah selesai semua. Tiba-tiba Cik Timm dengar bunyi anak kucing kuat sangat. Ada anjing tepi jalan pun menyalak kuat dekat kereta kami. Cik Timm memang tak sedap hati. Minta kawan patah balik ke depan KFC sebab situ cerah sikit. 

Cik Timm pusing-pusing jenguk bawah kerata, bukak bonet enjin depan tak nampak apa pun. Tapi bunyi lagi, nasib baik ada seekor kucing dewasa ni cium-cium bawah tayar kanan. Guess what? Memang ada anak kucing bawah tu dan tangan dia tersepit dalam disc brake. Allahu memang nampak isi tulang tangan dia. Cik Timm memang dah panik tau tahu nak buat apa. Anak kucing tu hidup lagi tau sebab dia masih berbunyi dan sedar.

Cik Timm mintak kawan undur kereta tapi makin kuat dia bunyi dan memang Cik Timm tak berani nak buat sendiri. So, baru teringat boleh call bomba. YES! Cik Timm minta kawan call bomba. Selepas diberi semua detail, baru bomba datang. Datang dengan lori dia yang besar tu dengan satu van kecil. 

Orang ramai dah depan KFC tu dengan semua staff  KFC pun tengok sekali sebab diorang tengah closing. Patutlah diorang ni dipanggil HERO! Diorang cuma tolak kereta tu sikit dan pusing je tayar tu baru boleh keluarkan anak kucing tu. Memang hidup lagi walaupun tangan dia dah nak putus!

Abang bomba tu tanya, nak buat macamana dengan kucing ni. Cik Timm memang tak sampai hati nak tinggal dia. Cik Timm cakap, saya ambil dia, esok saya bawak ke klinik haiwan. So, abang bomba tu keluarkan First Aid Kit dia dan balut tangan kecil dia dengan kayu macam batang aiskrim tu. 

Waktu tu siapa pun tak berani nak pegang anak kucing tu. Cik Timmlah yang pegang dia yang terkulai tu sambil abang bomba cuci sikit luka dia dan balut. Staff KFC pun bagus sangat, diorang kasi kotak untuk aku letak dia dalam kereta. Settle semua aku cuci tangan yang penuh darah tu dalam KFC. Thanks korang!


Dalam kereta otw balik Cik Timm dok fikir macamana nak bagitau mak. Bukannya apa, 3 ekor yang dah ada dekat rumah ni pun jenuh jaga. Kita redah sajalah dan berserah je. Mak tengok je memang kesian sangat keadaan dia waktu tu, bunyi je non-stop. Bagi makan pun dia taknak, tidur pun taknak. Esoknya aku dah nak balik Penang sebab kerja. Mak suruh Cik Timm rehat dulu. 


Esok pagi Cik Timm ke Klinik Haiwan di Kelang Lama. Cik Timm orang pertama sampai untuk dapatkan rawatan. Waktu isi kad nama dia, Cik Timm memang letakkan nama dia KFC aka Kepsi. Doktor tu check dan buka balutan tu, tangan dia memang tak boleh nak diselamatkan lagi. Memang terpaksa potong, so Cik Timm memang proceed je dengan keputusan vet untuk potong je tangan dia. Tak silap kos pembedahan dia dalam RM250. Cik Timm tinggalkan dia di klinik.

21 NOVEMBER 2019

Abang Cik tolong settlekan Kepsi dan ambil dia dari klinik. Jadinya Cik Timm pantau dia dari jauh je. Abang Cik dengan maklah dok jaga dia. Kepsi still kena pakai wayar untuk salur air dekat dia. Doktor pesan kalau dia tak buang air besar kena inform. Doktor bagitau juga selepas operation tu dia tak bangun-bangun, so doktor bawak balik rumah untuk pantau dia. Sebab doktor dah pesan haritu before bedah, Kepsi ni kecik lagi untuk buat procedure macam tu. So, dia jadi 50-50. Cik Timm pun berserah je.



2 Disember 2019


Kepsi ke klinik untuk buka jahitan. Kepsi pun sihat dan aktif macam kucing lain, cuma dia KKU *kucing kurang upaya. Kak Ina pun ada war-warkan dekat member dia kalau ada yang nak bela Kepsi ni.

2020

Kepsi? Nak bagi orang? No way! Mak dan semua orang dah sayang dia. Dari kecik tapak tangan sekarang ni dah buncit dan mula menggatal. Dah mula nak kencing merata. So, dua hari lepas Kak Ina pulak bawak dia ke klinik untuk divaksin. Dulu tak boleh nak vaksin lagi sebab dia kurus sangat dan underweight. Sekarang ni badan dah macam dipam-pam. Hobi dia memang asyik menggigit orang je. Dari hari pertama sampai lagi dia suka menggigit. Masalah betul cara dia nak tunjuk sayang tu.


Lagi satu mak sayang dia sebab dia suka teman mak kalau berkebun. Memang a very good companianlah dengan mak ni. Alhamdulillah Kepsi sekarang ni sihat dan membesar dengan jayanya dekat rumah ni dan jadi kucing tetap dah dekat sini. Pastu favourite Kepsi ni stokin, dekat rumah ni kalau hilang stokin boleh cari dia, haha!


Kalau korang nak tengok lagi banyak video si Kepsi yang berkaki tiga ni korang boleh tengok dekat Highlight IG nama Kepsi. Memang cerita pasal dia jer, Tapi kan, Cik Timm rasa ada hikmah dan berkat bila Cik Timm selamatkan dia malam tu. Cik Timm dapat panggilan banyak panggilan SPA. Dapat join interview pun dah happy, cuma belum ada rezeki lagi. Dengan keadaan sekarang masih PKP. 


Kalau nak tahu, bela kucing ni kadang-kadang boleh bawa rezeki dekat kita tanpa sedar tau. Sama juga kalau korang kongsi makanan dengan kucing jalanan dekat luar sana. Mak kadang-kadang suka berleter dekat kucing dia, "Hampa doa-doalah bagi maktok dapat rezeki untuk bagi makan hampaaa..". So total kucing yang ada dekat rumah Cik Timm ni ada 4;

Dottie
Ayon
Bushi
Kepsi 

Tapi nak dijadikan cerita minggu lepas ada kucing yang tak sengaja terberanak dekat stor luar kami..
Nanti Cik Timm story pulak dalam next post, stay tuned!

Korang ada bela kucing juga? Jom share cerita kucing korang!

Read More

Wednesday, July 08, 2020

Mood Rajin Cuci Peti Ais

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hai semua! Cik Timm punya laptop makin teruk keyboardnya, sesuka hati tekan sendiri. Dah la baru lepas mengalami kejadian seram beberapa hari lepas. Sebelum ni dah pernah hantar repair tahun lepas. Nampaknya cuma bertahan setahun je ribbon keyboard ni. 

Minggu lepas, sambil korek-korek barang dalam peti ais untuk masak, tiba-tiba terkemas peti ais pulak. Sambil masak sambil kemas. Wah, sangat produktif hari itu ya. Niat nak lap sikit je sebab ada air daging yang meleleh dekat lantai peti ais tu. Sepatutnya cuci dari atas ke bawah, Cik Timm terbalik pulak dari bawah ke atas. 


Peti ais ni dah lama, pintu pun dah tak boleh tutup rapat. Kena beli skru asing untuk lekatkan pintu tu. Selagi boleh guna kita guna je sampai betul-betul rosak. Sambil-sambil cuci, terjumpa cicak yang dah kering & keras! Allahu, menjerit satu rumah sebab Cik Timm ingat tu tangkai buah anggur! Selamba je pegang dan tarik!


Bekas cecomel banyak dekat rumah. Semua Cik Timm guna letak barang-barang. Kemas sikit daripada simpan dalam plastik. Barang-barang yang dah expired semua buang je. Lepas tu Cik Timm cuci peti ais dengan sabun tangan, wangi jer. Ada yang bagi suggestion tinggal lemon dalam peti aislah, letak esen vanila la. Cik Timm tak buat pun, cuci semata-mata dengan sabun tangan tu jer.


Peti ais ni disebabkan pintunya yang tak tutup rapat, air dari freezer selalu cepat cair lepas tu meleleh ke bawah. Jadi memang bertabahlah akan becak dekat bawah. Semoga ada rezeki lebih untuk tukar peti ais yang baru. Hahaha! Eh, jangan disebut, nanti dari elok tu terus rosak. Jenuh nak simpan barang dalam tu. 

Selepas dicuci dan disusun, barang dalam tu tak banyak mana pun. Semangat sikit nak masak-masak lepas tu, mementang kita dah tau barang yang ada dalam tu. Iya, selepas dari PKP ni baru rajin masak ya. Waktu PKP jadi malas sebab susah nak keluar cari bahan untuk masak, sedangkan memang malas 🤣

Tetapi, tempat freezer tak cuci lagi sebab dah malas dan lapar. So, perut lapar memang tak ada mood, dah kenyang malas pulak. Buruk perangai anak dara sorang ni, jangan ikut yer. Korang dekat rumah tu selalu cuci peti ais tak? Selalu cuci berapa kerap ye? Cer share sikit pendapat korang dekat komen 🌸🌸🌸
Read More

Monday, July 06, 2020

Cerita Seram di Rumah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua!
Asyik entry review je, dah tak ada personal touch dah. Tak ada mood sebab laptop buat hal lagi. Hilang mood kite nak buat kerja. Entry ni pun ditaip dengan phone, memang tak puaslah ceritanya. 

Cik Timm nak share cerita seram yang jadi semalam. Alkisahnya weekend minggu ni agak meriah dekat rumah. Semua pakat-pakat balik kampung untuk beraya untuk sambut birthday mak jugak. Alhamdulillah mak dah 71 tahun dah tahun 2020 ni. 

Semalam semua pakat-pakat balik dah, Kak Pah balik ke Lembah Beringin, Kak Yu balik ke Pulau Pinang. Tinggallah kami 4 orang dekat rumah ni. Sunyi balik macam biasa..

Malamnya selepas Cik Timm mandi, nak sidai baju di beranda. Beranda ni macam bahagian rumah yang terbuka, dekat rumah ni beranda tempat untuk sidai baju-baju. Rumah Cik Timm ni rumah kampung, dua tingkat. Beranda tu dekat tingkat atas. Dah lama dah kami tak pasang lampu dekat atas ni sebab tak guna sangat pun. Lampu dekat dalam pulak rosak, so memang agak gelap dekat seminggu juga. Lampu yang ada pun samar-samar dari bilik Cik Timm atau Abang Cik.

Cik Timm bukak je pintu nak sidai baju, tiba-tiba dengar bunyi anak kucing. Pelik, tak macam bunyi kucing Cik Timm pun. Kucing-kucing Cik Timm kalau nak masuk rumah memang diorang akan masuk dari pintu ni. Tapi diorang tak bunyi, cuma akan cakar pintu minta kita bukakkan pintu. Lepas sidai baju, Cik Timm ushar kucing, eh diorang ni dalam rumah. 

So, Cik Timm pun suluhlah dengan torchlight dari phone sambil dok panggil-panggil. Suluhlah seluruh bumbung jenguk kalau ada anak kucing tersesat atas bumbung. Tapi tak ada pun. 

Cik Timm turun bawah pulak tanya mak, tanya kalau ada kucing sesat. Mak cakap adalah bapak kucing yang datang, bukannya anak kucing. So kami dua-dua cari pulak anak kucing dekat luar rumah. 
  
Bunyi dia dekat dengan tempat contruction. Btw, sebelah belakang rumah Cik Timm ni dah kena tarah semua pokok untuk buat rumah. Dah dekat seminggu juga diorang tarah semua pokok dan tambun tanah. Memang dari hutan dah jadi clean & clear.  

Dalam bulatan tu tempat contruction, sekarang dah clear dah. Tanah lapang je dengan pasir merah.


Cik Timm boleh pulak jalan keluar ke situ dekat bawah pokok durian*dekat anak panah tu. Bunyi betul-betul dari atas pokok durian. Suluhlah atas tu takut ada ank kucing sesat atas tu. RUPANYA!!!!

Bukan anak kucing! Tapi burung HANTU! Panggil mak untuk tengok, memang sah bunyi dari burung hantu tu. Aduhai..

Mak cakap dari siang dah berbunyi. Tapi tak sangka pulak dari burung hantu. Agaknya dulu sarang dia dari hutan sebelah tu kot. Lagipun semalam cahaya bulan agak terang. Dari seram jadi tertanya pulak, burung hantu memang berbunyi macam tu ke 😅

Korang pernah dengar bunyi burung hantu tak? Memang bunyi macam anak kucing ya??
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com