Sunday, August 18, 2013

Review: R.I.P.D.


Aktiviti : Menonton wayang
Cerita pilihan : R.I.P.D.

Lokasi : Big Cinema, Kulim Landmark Central

Antara tunggak pelakon yang terlibat :

Jeff Bridges (Roy Pulsipher)



Ryan Reynolds (Nick Walker)
Kevin Bacon (Bobby Hayes)
 
R.I.P.D membawa maksud Rest In Peace Department. Cerita ni lebih kurang macam Men In Black, cuma diorang kena tangkap hantu atau dikenali sebagai 'Deados'. Adventure cerita ini bermula apabila Nick mati ditembak rakannya sendiri kerana emas.
Selepas Nick mati, dia diserap masuk R.I.P.D. Semasa melaksanakan tugasannya untuk menangkap Deados disamping partner barunya yang sangat tak suka dengan dia ditambah mulut yang pot pet mereka perlu menyiasat tentang emas yang ditemui.
Paling kelakar apabila mereka masuk ke dunia manusia, mereka mempunya identiti yang berbeza. Nak tau?
Ha! Nak tau apa kena mengena depa ni, kena la tengok cerita ni.
Cerita ni terlalu banyak elemen kelakar sampai aku rasa selalu sangat orang dalam wayang ni huhahuha dok bergelak sakan. Termasuk la jugak dengan aku.
Selain itu, Nick juga menyiasat Bobby yang telah menembaknya semasa operasi. Bobby juga terlibat di dalam pencarian emas tersebut. Pelik sebab manusia biasa pun boleh tahu tentang emas yang hanya diketahui dunia mereka?? Ha..ada rahsia disebaliknya..
Emas tersebut merupakan elemen penting tentang hubungan antara manusia yang mati dan hidup. Paling sedih isteri Nick nyaris mati sebab dijadikan korban. 

Apa lagi, pi la serbu panggung wayang yang berdekatan dengan anda untuk menonton. Bagi pendapat aku, cerita ni biasa-biasa sahaja. Tapi, dapat mengubat hati yang berduka lara / sedih tau sebab asyik gelak ja. Tak rugi aku tengok cerita ni time tengah lagha ni hah. 

Terima kasih kepada cikgu-wanna-be sebab belanja. Lain kali aku pulak belanja eh!

Mo0d : Dok sengih-sengih sambil berfikir sesuatu yang buat aku sentap! Emm....
Read More

Thursday, August 15, 2013

Review: Jom Try Bio-Essence


Selamat Hari Raya semua! Rasanya tak lewat lagi nak ucap kan?
Kali ni aku nak buat review untuk satu produk yang agak mahal. TAPI! Sekarang ada sale Bio-Essence yang murah di Watson dan The Store. Serbu la sementara masih sale ni..

Bio-essence

Produk : Bio-Essence (ATP V Face Series)


Dalam seminggu ni aku nak try produk ni sebab dapat free sampel.



Untuk pengenalan, nama ATP tu sebenarnya Adenosine Triphosphate. Tanya ja adik-adik sains tulen yang belajaq Biologi, mesti depa tau. Dengan ATP, ia dapat membantu memperbaharui dan memperbaiki sel kulit.

Kandungan produk :
1. Bio Energy Fluid
Mengandungi mineral untuk pertumbuhan sel baru.

2. Bio Mineral Amino Acid Essence
Mengandungi protein, asid amino dan mineral untuk pertumbuhan sel.

3. Bio Rice Fermentation Essence
Menambahkan darah dan oxygen untuk menambah metabolism dan menguatkan pertumbuhan sel baru disamping memberi khasiat kepada sel kulit, dan menghapuskan kedutan.

4. Ginseng
Memperbaiki proses sel baru dan kulit yang kusam.

 Antara Produk:
Produk dia ada 9 semuanya. Tapi, dalam free sampel yang aku dapat ada 3 saja iaitu,

Deep Exfoliating Gel with ATP


Cara penggunaan: Urutkan di muka dan leher dalam gerakan memusing sehingga kulit mati dan kotoran keluar. Cuci dengan air.

Radiant Youth Essence with ATP

Cara penggunaan: Sapukan 2 kali sekali di muka dan leher, urut didalam gerakan memusing sehingga essence dapat diserap. Selain itu, boleh juga disapu di tangan atau kaki.

Face Lifting Cream with ATP


Cara penggunaan: Sapukan pada siang dan malam selepas memakai essence. Urut didalam gerakan ke atas untuk menghasilkan V kontur.

Seterusnya ada 6 lagi yang lain:

Deep Cleansing Milk with ATP

Pencuci muka, guna macam biasalah..

 Deep Cleanser with ATP


Pencuci jugak ni..

Silky Foaming Cleanser with ATP


Jenis pencuci yang ke-3.

Deep Nourishing Toner with ATP


Kalau nak guna toner, macam biasa lepas mencuci muka.

 Bio-cell Repair Rejuvenating Serum with ATP


 Serum boleh dipakai selepas toner.

Marvel Mask with ATP


Pakai mask ni dalam 2-3 kali seminggu untuk kasil yang lebih baik.

 Kepada pengguna luar sana yang dah cuba produk ni, cer bagi pendapat sikit. Keberkesanan produk ni aku nampak dekat abang aku la. Muka dia terbakar time awal posa hari tu, pastu dia pakai produk ni. Raya ni muka dia hensem balik macam dulu...*hopefully bang cik tak baca no, satgi perasan lebih pulak..

My only Bang Cik..
Read More

Saturday, August 03, 2013

Kotex Perisa Sirih


Oh my! Perut rasa meragam semacam ni. Tolonglah bukan 'red tide' *period. Puasa tahun ni alhamdulillah belum ponteng lagi sebab masalah perempuan. Tapi, ponteng sebab demam 4 hari. Ala, rugi betoi.

Tau tak Kotex *tuala wanita telah mengeluarkan produk yang baru. My sis guna produk ni. Aku jarang beli Kotex. Kadang-kadang kalau terpaksa saja. Hehehe.

Tapi, ada 1 produk yang menarik hati aku untuk mencuba iaitu:

 Pantyliners L&W Daun Sirih
Sangat wangi dan segar bila kita pakai. Jadi kepada wanita di luar sana bolehlah mencuba produk ni. Tak rugi seriusly! 

Produk baru yang lain pun ada, antaranya:

Kotex Luxe Ultrathin

Kotex Luxe Ultrathin Overnight

Kotex Luxe Ultrathin Overnight

Soft & Smooth Overnight
 
Soft & Smooth Overnight


 Kotex Fresh Plus-Ultra V-Care


Kotex Fresh Plus-Gentle Care


Selamat Mencuba!

Teringat pulak masa sekolah menengah, belajaq tajuk 'Reproduction'. Hahaha! Kelakar! Masuk matrikulasi lagi la mendalam. Amek hang! Malu-malu dalam dewan kuliah sebab lecturer sporting. =____="
Read More

Friday, August 02, 2013

Sale di Watsons!


 Sempena dengan Syawal yang bakal tiba ni, apa kata pompuan-pompuan luaq sana yang nak beli barang bershopping di Watsons. Jom! Ada promosi:  

Watsons Malaysia
=Semenanjung dari 18 Julai-2 September=
=Borneo dari 25 Julai-9 September=

Lebih beruntung kepada pengguna yang ada kad ahli. Boleh kumpul point banyak-banyak sambil bershopping. Nanti boleh la collect mata untuk tebus barang yang menarik!

Meh aku nak berkongsi pamplet barang-barangnya. Pasni boleh tengok sambil buat calculation nak shopping apa. Kan bagus kita senaraikan barang yang nak dibeli sebelum shopping supaya tidak membazir! *tapi, selalunya ada je yang terextra beli kan??

Klik [sini] Boleh lah anda semua download pdf dia tengok antara barangan yang ada SALE!

 Selain itu, ada Faizal Tahir boleh pi beraya ke rumah anda! Nak tau macamana?

Silalah ke laman web Watsons untuk keterangan yang lebih lanjut!

Read More

Thursday, August 01, 2013

Tupai Terbang


Hari ni dah masuk bulan Ogos? Cepat kan? Mana taknya tolak seminggu aku demam. Demam terkejut kot sebab bukak mata ada di rumah!

Yala, orang lain semua dah balik seminggu, aku baru tergedik-gedik balik dari Sabah. Seminggu gelong-gelong siapkan PTA untuk jilid. 

Ok, sudah-sudah jangan nak merepek. Nak cerita pasal "tupai terbang". Nak tengok?





90% badan dan appearence dia macam sugar-glider. Tapi dia berbeza sebab ekor, warna dengan telinga. Nama dia Sam!

Sebenarnya bukan beli pun, abang jumpa dia masuk dalam rumah.So, mak pun masukkan dalam sangkar kucing. Tiba-tiba dia macam masuk dalam kantung. Jadi mak pun buat la 3 kantung untuk dia. Kak pun sanggup beli sangkar baru yang warna purple ni. 

Sekarang Sam ni gedik suka panjat atas kepala orang. Tak senonoh kan? Dah la pernah membuang atas aku. Cess..

Selamat berkenalan dengan pet baru ni. *dah macam zoo dah rumah ni hah..
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com