Thursday, December 23, 2021

Kempen Kembali Ke Sekolah 'Cerahi Kehidupan Bersama TOP'!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kempen Kembali Ke Sekolah ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Muncul Semula Dengan Lebih Baik dan Besar Bagi Menyokong 333 Pelajar Sekolah Rendah 


Kuala Lumpur, December 13, 2021 – Kejerihan ibu tunggal dalam menguruskan keluarga bersendirian di Malaysia semakin meruncing ketika pandemik COVID-19. Lebih 150,000 ibu tunggal telah mendaftar untuk mendapatkan bantuan dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat . 

Satu kajian mendapati golongan ibu tunggal amat terkesan ketika pandemik ini memandangkan mereka merupakan individu utama punca pencarian, di samping memastikan kebajikan keluarga terus terpelihara. Bagi golongan ibu tunggal yang terkesan secara kewangan, musim kembali ke sekolah boleh menjadi tempoh yang sukar kerana mereka perlu mendapatkan keperluan bagi anak-anak bersekolah dengan perbelanjaan yang terhad. 

Menyedari keperluan ini, kempen kutipan amal Cerahi Kehidupan Bersama TOP (Brighter Future with TOP) kini kembali dengan lebih baik dan besar melalui kerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), AEON, dan Shopee. Kempen ini bermatlamat untuk memenuhi keperluan persekolahan bagi 333 kanak-kanak daripada keluarga ibu tunggal bagi tahun persekolahan 2022.   
 
JKM telah menyenarai pendek penerima bantuan kanak-kanak yang terdiri daripada keluarga ibu tunggal yang kini menerima bantuan daripada pihaknya. JKM turut menyenaraikan mereka yang menjadi penjaga bagi ahli keluarga yang terlantar sakit atau golongan Orang Kurang Upaya. Selain daripada itu, Pihak TOP juga mengenalpasti keluarga yang kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan pendapatan semasa pandemik melalui Media Massa. Keutamaan diberikan kepada keluarga yang mempunyai anak yang bakal memulakan persekolahan Tahun Satu pada 2022. TOP telah menghubungi ibu-ibu tunggal ini untuk mendapatkan butiran berkenaan saiz pakaian dan barangan keperluan bagi 333 kanak-kanak terlibat.   

Sebahagian daripada jualan produk sabun pencuci TOP tertentu di seluruh rangkaian AEON dan platform Shopee (melalui kedai rasmi Southern Lion) mulai 25 November hingga 26 Disember 2021 akan disalurkan untuk kelengkapan 333 pelajar sekolah rendah ini. 


Kelengkapan kembali ke sekolah ini kepada penerima ini termasuk uniform sekolah baharu, kasut, stoking, alat tulis, kotak pensil, dan pensil warna. Setiap keluarga juga akan menerima pek sabun pencuci TOP 2.3kg, sementara anak-anak menerima menerima mainan lembut dan buku ilustrasi eksklusif oleh penulis dan pengilustrasi terkenal yang telah merangkul pelbagai anugerah, Emila Yusof. Beliau telah menghasilkan lebih 40 buah buku kanak-kanak seperti siri Dina termasuk My Mother's Garden, My Mother's Kitchen, My Father's Farm dan terbaharu, Dina's Art Class. 

TOP akan menghantar pek peribadi kembali ke sekolah ini kepada JKM di 12 negeri untuk diedarkan kepada keluarga ibu tunggal terpilih pada tahun depan, sebelum sesi persekolahan yang baharu bermula. 

Sejak dimulakan pada tahun 2015, kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP telah menyumbang keperluan persekolahan kepada 2,880 pelajar daripada 85 komuniti di seluruh negara, selain sumbangan berupa sabun pencuci TOP kepada penjaga dan keluarga.

Bersempena kempen kembali ke sekolah, jenama itu memperkenalkan sabun pencuci cecair TOP Gentle Care Advanced Micro-Clean Tech yang boleh menghilangkan 99.9% virus (COVID-19 dan Influenza A) dan bakteria


TOP Gentle Care diformulasikan dengan Caring Touch Tech untuk penjagaan kulit yang menyeluruh. Dikuasakan dengan bahan aktif berasaskan tumbuhan yang bebas daripada lima perengsa yang menyebabkan kerengsaan kulit, ia sesuai digunakan untuk penjagaan kulit seluruh keluarga. Formula pH yang mesra kulit itu telah diuji secara dermatologi, dengan wangian sitrus yang harum berpanjangan. Sabun pencuci yang lembut kepada kulit ini menggunakan 3X Stain Busting Tech untuk menanggalkan kotoran degil secara berkesan dengan meresap jauh ke dalam serat fabrik bagi menghilangkan kotoran dan menghalangnya mencemari pakaian lain. TOP Gentle Care menggunakan Fibre Care Tech untuk melindungi pakaian dengan melembutkan fabrik pada peringkat serat bagi menjadikan pakaian tampak baharu dengan lebih lama.    

Semasa pandemik, TOP telah banyak membantu mengurangkan beban pelajar Orang Asli dan keluarga mereka, golongan ibu tunggal, petugas barisan hadapan, pemberi vaksin dan golongan gelandangan menerusi sumbangan produk berjumlah RM600,000. Jenama tersebut turut menaikkan semangat menerusi lagu bertajuk ‘Bebas Melangkah’. 


“Dalam kesukaran akibat pandemik yang melanda semua, rakyat Malaysia terbukti cekal dan mampu bangkit semula dengan menyokong mereka yang memerlukan. TOP berbangga untuk turut sama sebagai ahli Keluarga Malaysia ketika susah dan senang. Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP semakin penting buat masa ini kerana ia membantu mengurangkan beban keluarga ibu tunggal, dan menggalakkan kanak-kanak untuk menyesuaikan diri untuk kembali ke sekolah. Kami memahami terdapat kanak-kanak yang berdepan dengan kebimbangan untuk kembali ke sekolah selepas sekian lama di rumah, oleh itu kami sumbangan kami turut disertakan dengan mainan lembut dan buku berilustrasi yang cantik oleh artis, penulis dan pengilustrasi buku terkenal Emila Yusof bagi membimbing kanak-kanak mengenai cara yang betul untuk mencuci tangan sebagai persediaan untuk kembali ke sekolah,” kata Ling Ai Li, Pengurus Pemasaran Bahagian Penjagaan Fabrik di Southern Lion Sdn Bhd.  

Mengulas mengenai kerjasama tersebut, JKM mengucapkan terima kasih dan menyambut baik usaha murni pihak pengurusan TOP dalam menganjurkan  inisiatif Cerah Kehidupan ini yang dapat memberi manfaat kepada mereka yang terkesan semasa pandemik Covid 19.”

Bagi Emila Yusof, kerjasama dengan TOP membolehkan beliau menyampaikan panduan mengenai kesihatan dan kebersihan diri kepada kanak-kanak yang masih menyesuaikan diri dengan perubahan hidup akibat pandemik melalui kisah seorang gadis bernama Kiki, yang menceritakan perjalanan hidup sehari-harinya bersama ibunya yang sentiasa berpesan untuk mencuci tangan dan pakaian. 

“Kanak-kanak mengingati kisah sebelum tidur yang diceritakan ibu mereka sehingga mereka dewasa, dan ilustrasi bertindak sebagai peringatan visual bagi apa yang perlu mereka lakukan. Saya gembira apabila kerjasama dengan TOP mampu membantu menenangkan dan merapatkan hubungan ibu tunggal dengan anak-anak mereka,” kata Emila.    


Buku edisi terhad ‘Kiki Menentang Dunia Kuman’ oleh Emila Yusof akan dihadiahkan kepada semua penerima sumbangan Cerahi Kehidupan Bersama TOP. Orang awam boleh mendapatkan buku ilustrasi yang indah ini dengan membuat pembelian sabun pencuci TOP bernilai RM45 ke atas atau pencuci tangan Kirei-Kirei dalam satu resit di rangkaian AEON atau Kedai Shopee Southern Lion. Hantarkan bukti pembelian melalui Whatsapp ke 018-6688025 serta jawab satu soalan mudah. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.facebook.com/TOPdetergentMY.

“Ini adalah kali pertama kami bekerjasama dengan Shopee untuk kempen ini selepas kami menyedari semakin ramai pelanggan membeli produk secara dalam talian. Kami berharap ia akan dapat meningkatkan jumlah kutipan tabung bagi membolehkan lebih ramai kanak-kanak dibantu, selain 333 kanak-kanak yang dikenal pasti. Bantu kami untuk membantu lebih ramai ibu tunggal dan anak-anak mereka agar mereka dapat menikmati masa depan yang lebih cerah,” tambah Ling. 

Untuk mengetahui tentang produk TOP serta kempen ini dengan lebih lanjut, layari http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian perkhidmatan pelanggan 1800-88-0133. 
Read More

Thursday, November 11, 2021

1st Trip Dengan Baby Azfa

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

30.10.2021

Buat pertama kali berjalan jauh bawa Azfa. Kita tengok macamana perangai dia, senang atau susah?


Alhamdulillah Azfa sangat behave, tidur je. Bangun untuk menyusu je atau tengah pooping. Sabtu lepas Cik Timm ke rumah kakak sulung di Lembah Beringin, Hulu Selangor. Bayangkan lama betul tak jumpa. Last jumpa waktu Cik Timm bertunang dulu. Kahwin pun waktu PKP memang tak baliklah, tau-tau jumpa kali ni bawa baby 2 bulan dah. 


Kami bertolak dalam pukul 10am dah sampai sana pukul 2pm. Berhenti pun sekejap je di Hentian Tapah. Salin pampers Azfa pun dalam kereta je sebab bocor. Dah kena tukar baju lain. Banyak pulak Azfa berak sepanjang kami di sana sampai habis pampers yang dibawa. Lepas ni kena bawa EXTRA ya. Semua benda kena extra, contohnya baju salin. Baby ni tak boleh nak expect, selalu bocor atau tiba-tiba jeluak/muntah. So, dah kena take note. Biasalah Cik Timm tak ada pengalaman lagi bawa anak kecil travel. Selalu bawa diri sendiri je. 

Seronok pakat-pakat uli si Azfa ni sebab famili kami memang dah lama tak ada baby. Last, 4 tahun lepas, si Adam anak Kak Yu. Azfa pun sakan sebab ramai tukang mengasuh, pakat-pakat dukung. Dia dah la suka didukung, bolehlah ibu chillax sikit. Hahaha! 


Rumah Kak Pah dah direnovate, memang sangat berbeza dari dulu. Nampak lagi luas, mana tidaknya anak-anak semua besar panjang dah. Teringat zaman kami kecik-kecik dulu, selalu main sama-sama sebab anak saudara sama besar je dengan mak saudaranya. Makan pun pakat-pakat kena suap sekali dulu. 


Dapat tidur semalam sini pun rasa tak cukup. Nak stay lama pun En. Roy ni masih WFH walaupun sekolah tak buka lagi. Ada ja meeting kadang-kadang setiap minggu. I'allah bulan Disember ni Kak Pah sekeluarga akan turun Kedah. Yeay!
 

Petang Ahad dalam pukul 7am kami baru bertolak balik Kulim, sampai pun dalam pukul 10pm. Trafik pun lancar je menghala ke utara. Cuma ada sangkut sikit di terowong menora sebab ada lori besar rosak. Azfa sepanjang perjalanan tidur je, agaknya sebab suasana gelap ingat dalam buaian dia agaknya. Sampai rumah baru dia bangun nak minum susu. 

Azfa & Travel?

YES! Cuma selepas ni kena bawa EXTRA segala-galanya. Especially baju dan pampers! Emm, baru sorang, kalau bertambah umat lagi memang haru lagi banyak bag nak bawak. Keperluan sendiri dah tak fikir dah. Fikir barang anak je, sebab takut tertinggal benda penting dan buat dia meragam, lagi bertambah stress! 

Jom hampa share pengalaman & tips kalau nak bawa anak kecil travel!
Read More

Thursday, October 28, 2021

Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand 2021 di Kedah & Perlis

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Alor Setar, Oktober 18, 2021 - Pandemik COVID-19 merupakan satu tempoh yang sangat mencabar kepada semua, dengan organisasi-organisasi kebajikan merupakan antara pihak yang paling terkesan ekoran pengurangan sumbangan daripada sektor korporat dan masyarakat awam.


Ayam Brand merupakan satu jenama makanan sihat dan mudah dalam tin yang terkenal denga kualiti, tanpa penggunaan bahan pengawet dan MSG tambahan telah memberikan sokongan kepada rakyat Malaysia dengan penganjuran Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand 2021. Bertemakan #AyamBersamaMu, ia menggalakkan pilihan gaya hidup yang lebih sihat menerusi konsep 3S dalam Pinggan Sihat Malaysia, membantu kelangsungan hidup melalui program #AyamFutureCreator, juga pada masa sama menyumbang bekalan selama 2 bulan produk mereka kepada rumah-rumah amal yang mengambil bahagian.


Kempen yang diadakan dibuat secara maya dan mematuhi SOP bagi memelihara keselamatan dan kesihatan peserta. Turut dijemput adalah pakar-pakar pemakanan dari Hospital Pakar KPJ Damansara dan usahawan serta 'content creator' terkenal berusia 18 tahun, Arianna Natasya dari Arianna Kitchen untuk berinteraksi dengan kanak-kanak di seluruh negara.

Usaha ini membantu dan mendidik 1500 kanak-kanak dari 32 rumah amal di seluruh Malaysia, selain turut menyediakan 230 000 hidangan Ayam Brand. Antara penerima sumbangan berkenaan adalah 125 kanak-kanak dari Pusat Jagaan Teratak Rahmat, Perlis, Pusat Jagaan Superkids, Kedah dan Pertubuhan Kebajikan Rumah Mentari, Kedah. 


Menurut Pengurus Besar Ayam Brand, Cik Chin Lee Foon, kempen CSR yang kini memasuki tahun ke-14 itu telah menyumbang lebih 2 juta sajian sihat kepada 25 000 inidividu dari 539 rumah amal dan NGO. 

"Pandemik ini telah mengakibatkan perubahan besar dalam cara kita hidup, belajar, bekerja dan bermain. Terdapat penekanan lebih dalam menyediakan makanan kita sendiri, memberi tumpuan kepada kepentingan kesihatan tubuh dan mntal serta meneroka potensi keusahawanan dan memulakan perniagaan kecil khususnya menerusi media sosial. Pasukan Ayam Brand memberi pertimbangan terhadap faktor-faktor ini dalam membentuk kempen #AyamBersamaMu agar ia bertepatan pada masanya, bersifat relevan dan berguna kepada semua peserta dengan memberikan asas dalam amalan pemakanan yang sihat dan memberikan ilham agar berupaya menjadi pencipta kandungan yang bagus pada masa hadapan," ujar Cik Chin.

  Beliau menambah, "Menerusi kempen ini, kami memudahkan pemindahan ilmu dan kemahiran bermanfaat, memberikan kanak-kanak terlibat akses kepada latihan dan pementoran oleh pakar, dan pada masa sama menyediakan sokongan ketara menerusi sumbangan bekalan selama 2 bulan berupa produk-produk kami kepada setiap rumah amal yang mengambil bahagian. Selain itu, para peserta #AyamFutureCreator berpeluang untuk memenangi RM6000 dalam bentuk pelan simpanan SSPN Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)."

Setiap rumah amal yang mengambil bahagian menerima kit permulaan #AyamBersamaMu yang terdiri daripada peralatan dapur, aksesori pencahayaan dan rakaman serta produk Ayam Brand untuk membantu permulaan menjadi content creator. Bekalan produk Ayam Brand selama 2 bulan turut merangkumi pilihan kegemaran kana-kanak yang kaya dengan protein dan Omega-3 khasnya Tuna Mild dan Pedas Ayam Brand, Ayam Brand Saba Deli Natural serta Kacang Panggang Keju Ayam Brand. 


Pasukan Perkhidmatan Pemakanan KPJ Damansara mengelolakan bengkel maya berkenaan Pinggan Sihat Malaysia, atau juga dikenali sebagai #SukuSukuSeparuh, yang mengesyorkan setiap sajian terdiri daripada suku bahagian protein, suku bahagian karbohidrat kompleks dan separuh bahagian sayur-sayuran serta buah-buahan berdasarkan saiz tapak, genggaman dan cupak tangan. Panduan mudah ini boleh membantu amalan pemakanan sihat individu sepanjang hayatnya.

"Hospital Pakar KPJ Damansara amat berbangga kerana menjadi sebahagian daripada Kempen Prihatin Komuniti Ayam Brand 2021. Kami sentiasa percaya bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati. Oleh itu, kami komited dalam mendekati komuniti dan berkongsi pengetahuan kesihatan yang penting. Kita perlu mula mengajar golongan muda berkenaan amalan kehidupan sihat, khususnya ketika pandemik. #SukuSukuSeparuh mudah difahami dan diikuti golongan dewasa mahupun kanak-kanak untuk mereka menjalani hidup yang lebih baik. Kami dapati pendekatan secara maya acara ini membenarkan mereka yang pemalu untuk bertanya soalan di ruang chat, seterusnya memaksimumkan pemahaman mereka," kata Cik Rushada Adiba Ismail, Pakar Pemakanan Kanan di Hospital Pakar KPJ Damansara.

Pasukan Pemakanan KPJ Damansara juga mengadili pertandingan Pamerkan Pinggan Sihat Anda yang memperlihatkan pasukan-pasukan dari setiap rumah amal menyediakan hidangan sihat berpandukan konsep #SukuSukuSeparuh. Tiga pasukan teratas di setiap negeri akan menerima trofi kemenangan, sijil penyertaan  dan pek lunchbox peribadi.


Arianna Natasha, Pengasas Arianna Kitchen dan pencipta kandungan terkenal yang berusia 18 tahun, terbukti merupakan mentor yang terbaik untuk kanak-kanak terbabit. Dengan jarak usia yang tidak jauh daripada mereka, beliau telah menjadi contect creator selama 5 tahun dan mempunyai hampir 4000 pengikut atau followers di Instagram. Mempelajar kemahiran mencipta kandungan sendiri, Arianna telah memastikan bengkel #AyamFutureCreator menarik dan mudah diikuti para peserta muda. 

"Jika program seumpama ini ada ketika saya mula menjadi content creator, tentunya ia dapat membantu saya daripada membuat banyak kesilapan. Oleh itu, saya amat gembira untuk menjadi mentor kepada  content creator generasi baru dan usahawan menerusi program #AyamFutureCreator. Membentuk kandungan yang menarik melibatkan usaha keras yang memerlukan kemahiran, kesabaran dan kreativiti. Ia boleh menjadi permulaan kerjaya dan perniagaan bagi kanak-kanak ini, sekali gus membantu menjana pendapatan kepada mereka. Saya amat gembira melihat perkembangan mereka hari ini," ujar Arianna sambil memaklumkan bahawa sandwich Ayam Brand merupakan antara snek terawal beliau pelajari semasa kecil. 

Peraduan #AyamFutureCreator memerlukan kumpulan kanak-kanak menghasilkan sebuah video masakan selama 1 hingga 3 minit dengan menggunakan rangkaian produk Ayam Brand dan prinsip Pinggan Sihat Malaysi#SukuSukuSeparuh, berdasarkan tutorial oleh Arianna. Kanak-kanak terlibat perlu merakam, edit, tag, meletakkan tanda pagar dan mempromosikan video mereka di laman sosial untuk mengasah kemahiran sebagai pencipta kandungan. Arianna, pasukan Ayam Brand dan Pakar Pemakanan KPJ Damansara akan menentukan para pemenang yang berpeluang memenangi pelan simpanan SSPN PTPTN yang berjumlah RM6,000.

“Sebagai langkah mematuhi SOP yang ditetapkan, kami tidak menganjurkan sebarang acara sejak tercetusnya pandemik Covid-19. Tentunya kanak-kanak amat gembira apabila kami mengaturkan acara maya  #AyamBersamaMu. Mereka amat menyukai bengkel #SukuSukuSeparuh kerana dapat mempelajari perancangan pemakanan, para dewasa juga menyukainya. Mereka sukakan bengkel  #AyamFutureCreator kerana kesemuanya ingin menjadi pencipta kandungan yang terkenal suatu hari nanti. Kami berterima kasih kepada Ayam Brand™  kerana menyokong pihak NGO bertahun-tahun lamanya. Kami amat gembira kerana terpilih menerima bekalan produk Ayam Brand selama dua bulan, khasnya pada ketika ini sumbangan adalah amat terhad. Kami amat menghargai Ayam Brand™ kerana sentiasa bersama kami dan menjaga kebajikan komuniti,” jelas Cik Phoebe Tan dari Pusat Jagaan Superkids.


“Saya perlu memakan lebih sayur, buah-buahan, protein dan Omega-3 untuk jadi lebih sihat, tinggi dan kuat. Saya rasa saya mampu menang pertandingan #AyamFutureCreator dan memulakan perniagaan macam Kak Ary. Terima kasih Ayam Brand kerana membantu saya menjadi pencipta kandungan!” kata salah seorang peserta.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan kempen CSR #AyamBersamaMu dan program #AyamFutureCreator, layari laman https://www.ayambrand.com.my atau https://www.facebook.com/ayambrandmalaysia.



Read More

Thursday, September 23, 2021

Cik Timm Dalam Fasa Berpantang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Allahu, rindunya dengan blog. Lama tak buka since tengah berpantang sekarang ni. Tengah nak biasakan jadual sebagai ibu. Cik Timm salute betul dengan mak-mak luar sana yang bekerja. Bukan senang nak membahagikan masa. 

Life Baru Sebagai Ibu
Cik Timm tak pandai langsung nak salin pampers azfa waktu mula-mula dekat hospital. Nasib ada adik sebelah katil tu bagitau. Nampak sangat kekok waktu tu, nak angkat azfa pun takut-takut sebab dia lembik-lembik lagi. Cekalkan hati je angkat dia asalkan tak menangis. 

Nak menyusu pun tak pandai, asyik bagi cara baring je. Menyusu sebelah kiri pun tak reti dan kekok. Tak selesa juga kot sebab dalam wad di hospital. Balik dari hospital berpantang di rumah mak baru mula pandai menyusu cara duduk. Itu pun kak ipar ajarkan. Adoi, dalam seminggu tu macam-macam Cik Timm eksperimen dengan azfa.


Dah Hari Ke-30 Berpantang
Cabaran berpantang asyik teringin nak makan itu ini. Adoi, sedangkan sebelum beranak sakan juga makan macam-macam. Cik Timm ada ambil pakej berurut dari salah satu spa di Kulim. Lega berurut selama 5 hari. Cik Timm dah la tak pernah berurut, sakan juga keluar angin.

Bertungku memang setiap hari, mak bab bertungku memang dia jaga. Bayangkan mak yang dah tua-tua ni pun masih lagi bertungku. Itu rahsia mak masih kuat sampai sekarang kot walaupun umur dah mencecah 72 tahun! Kakak yang datang mengurut tu pun terkejut dengan mak yang masih kuat. 

Jomlah mak-mak blogger luar sana share juga pengalaman hampa di ruangan komen. Nak tahu juga, tambah-tambah yang baru dapat anak sulung. 

Buat masa sekarang masih dalam fasa nak sesuaikan diri dengan norma baru sebagai mak-mak. Boleh tahan nak mengempeng je azfa ni. Menyusu pun kuat betul, harap demam kuning dia makin berkurang sebab berak dan kencing pun sakan. Buat masa ni petua yang Cik Timm buat, memandikan azfa dengn buah manjakani dengan daun kucai. Nampak ada juga perubahan, kuning makin turun. Pagi-pagi pulak letak azfa tepi tingkap bilik bagi kena cahaya setiap pagi. 

Sekejap sangat masa berlalu, dah nak habis berpantang dah pun. Macam baru je beranak semalam. Tapi dah sebulan macam ni luka pun memang dapat rasa makin sembuh. Dapat duduk dan berjalan dengan selesa dah. Yeay! Lagi senang nak uruskan si kentang ni. 

#StaySafe semua!
Read More

Thursday, September 02, 2021

Cik Timm Dah Beranak!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua! 
Tak sangka entry Sakit Contraction Bermula ini merupakan entry terakhir sebelum Cik Timm ke hospital sebab betul-betul tak tahan sakitnya. 

22.8.2021 (Ahad)
Makin kuat contraction, setiap 5 minit asyik sakit. Terus kejutkan Mr Roy untuk ke Hospital Kulim pukul 3am. Cik Timm genggam kuat lengan Mr Roy tu sambil jalan masuk mendaftar di Dewan Bersalin. Selepas diperiksa dengan doktor di situ dan diseluk, Cik Timm dah kena admit sebab dah ada bukaan 2cm. 


Sementara menunggu result swab test & mendaftar masuk Wad 9, kami tunggu je depan kaunter tu. Dekat situ Cik Timm rasa lain macam. Makin sakit dan rasa nak berak! Waktu tu rasa nak maki je semua sebab rasa lambat gila. So, nurse tengok macam teruk sangat, nurse nak check lagi sekali. Rupanya dah 7cm! Nurse tolak masuk dalam Labour Room no. 3. Allahu, waktu tu dah pukul 8.30am. Lama betul waktu yang berdetik time tu. Sempat bagitau Mr Roy dah masuk LB. 

Nightmare juga pengalaman sakit nak bersalin ni. Baju terus ditukar pakai gaun biru. Naik atas katil bersalin, besi tepi tu memang mangsa untuk Cik Timm genggam tiap kali sakit. Allahu, Cik Timm cakap nak berak, doktor cakap berak jer. Pundi kencing pun dikosongkan. Baby sebenarnya masih di atas, Cik Timm nak teran pun tak pandai lagi. Doktor suruh push, Cik Timm main push je until nurse cakap ‘Ya, PUSH macam tu!’. Owh baru tau cara tu betul, keep going pushing tapi bantuan vakum diperlukan. Allahu..

Waktu tu Cik Timm tak tahu apa benda yang jadi dekat bawah tu yang penting Cik Timm nak push keluar je, sampailah boleh dirasakan kepala baby dan bahu keluar. Lega sangat bila seketul kentang ni keluar! Hilang semua sakit! 

Kena gunting pun Cik Timm tak rasa, waktu jahit pun dah tak rasa apa. Siap boleh bersembang dengan doktor dengan tenangnya. Adoi rasa malu pulak dengan diri sendiri waktu sakit tadi. Disebabkan wad 9 masih penuh, Cik Timm dan baby stay je dalam LB tu. Lunch pun dalam tu, nak tidur pun tak selesa sebab dalam tu memang bising. Cik Timm takut Mr Roy risau sebab tak ada berita. Rupanya nurse dah call husband selepas kita dah selamat melahirkan. 


Tengahari baru Cik Timm update Mr Roy, bersusah payah turun dari katil ambil phone bawah troli baby. Petang dalam pukul 3pm baru dapat masuk wad. Nurse suruh husband tunggu depan pintu Dewan Bersalin untuk azan baby & ambil uri. Happy sangat dapat tengok muka Mr Roy depan mata. Lagi macam tak percaya kami officially dah jadi parents!

Masuk wad benda pertama nak buat, buang air. Dok tahan je dalam LB tu. Waktu ni bergerak cergas lagi. Rasa macam eh tak sakitnya beranak normal. Terus Cik Timm mandi bersihkan diri baru rasa segar. Lepas settle semua, agaknya kesan ubat dos dah habis baru terasa adoi bisanya. Nak duduk pun tak selesa, susah betul nak cari posisi yang selesa. 


Alhamdulillah baby dah berak dan kencing. Tinggal semalaman sahaja di wad. Esoknya dah boleh discharged setelah diperiksa dengan nurse dan doktor. Lega sangat dan memang tak sabar nak balik rumah! 

Pengalaman yang tak akan dilupakan sampai bila-bila. Welcome to the world my #azfaridzki . Dengan rasminya Cik Timm dah jadi ibu 👶🏼.

#StaySafe semua!

Btw, Cik Timm berehat sekejap dari blog ya, jumpa nanti ya bila Cik Timm dah habis berpantang! 

Read More

Saturday, August 21, 2021

Sakit Contraction Bermula!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hai semua, rasa macam lama tak buka blog dan blogwalking. Maaf ya semua, Cik Timm dah mula sakit contraction, Allahu, macam ni rupanya sakit dia. Rasa dia sebijik macam senggugut, sakit yang menangkap pinggang dengan perut. Selalu dulu waktu period second day (heavy flow) ataupun nak keluar yang ketul tu memang sakit dia macam ni. Sekarang Cik Timm faham orang yang senggugut teruk sampai kena warded atau MC. 

18/8/2021 (Selasa)
Malam tu (17/8) dah rasa tak sedap hati. Cik Timm kemaskan lagi sekali 2 beg untuk dibawa ke hospital. Ada lagi beberapa barang Cik Timm yang belum dimasukkan. Beg baby memang dah siap awal. Bekalan makanan belum masukkan, stokin pun belum. 

Malam tu Cik Timm tak berapa lena tidur, terasa nak pakai pad malam tu. Rasa perut mengeras semacam jer. Memulas macam sakit perut. Boleh dikatakan setiap satu jam mesti terjaga. Mr Roy yang masih tengok tv sampai ke subuh pun Cik Timm sedar. Mak mertua bangun untuk sahur pun Cik Timm sedar. Bangun pagi untuk mandi dah mula ada lendir kuning melekat. 

Kebetulan pulak, nurse call Cik Timm untuk buat pemeriksaan pada hari ini jugak. Kalau ikutkan 20/8 baru buat daily checkup untuk check jantung baby. Bagus jugak, boleh tanya nurse terus sebab hari ni dah mula keluar tanda-tanda bersalin. Siap-siap terus ke KK, check HB, memang cantik dah bacaannya, alhamdulillah! Tapi waktu dah habis pemeriksaan, tetiba badan peluh pucat nak pitam! Duduk sekejap lama sikit baru ok..nurse cakap gemuruh sangat kot, fikiran dok fikir tentang beranak je, dah macam panic attack dah, adoii..

Petangnya nak mandi, keluar lagi lendir tapi warna coklat! Cik Timm dah install Contraction Tracker, rasa sakit je terus tekan butang dalam tu..

19/8/2021 (Rabu)
Nightmare lagi, Cik Timm tak boleh tidur. Contraction dah mula dirasa, Mr Roy memang tak lena juga. Sambil-sambil bersembang sampai pukul 4am baru tertidur sebab contraction dah hilang. Dapat lena sekejap sampai ke pagi. 

Bangun pagi untuk mandi dah mula ada lendir yang bercampur pink pulak. Waktu siang contraction tak ada pun, tapi kalau tengah malam sakan contraction datang. Jadi waktu siang baru dapat tidur lena, dah macam burung hantu.  

Kalau diikutkan tarikh, Cik Timm patut beranak hari ni. Tapi nampak gayanya lambat lagi walaupun tanda-tanda dah ada. Bermula dari semalam Cik Timm sentiasa bersiap andaikata kalau emergency. Kakak-kakak yang berpengalaman pun dah pesan awal, sentiasa mandi, shampoo rambut, bersiap sedia je sentiasa. 

Macam dah makin panjang entry ni, macam cerpen dah. Sambungan cerita Cik Timm story dalam next entrylah ya. Pinggang pun macam nak tercabut je ni. 

Btw, Cik Timm nak memohon ampun kepada semua rakan blogger seandainya ada terkasar bahasa, tersilap komen, atau apa-apa sahajalah yang buat sesiapa terguris hati sepanjang kita berkawan dalam media sosial ni. 

Terima kasih juga untuk ucapan dan doa baik-baik dari kalian. Semoga Allah sahaja yang dapat membalasnya..

Stay SAFE Semua!
Read More

Wednesday, August 18, 2021

Cik Timm di Fasa 40 Minggu Pregnant

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hari ini usia kandungan dah mencecah 40 minggu. Macam sekejap je rasa, macam baru je tengok result kit ujian kehamilan. Tau-tau dah tengah tunggu masa nak beranak.


Family memang hari-hari tanya khabar, tanya dah beranak belum? Kak Yu paling excited, mana tidaknya anak kami sepatutnya lahir sama-sama tahun ini. Tapi tak ada rezeki beliau. Tak apa, anak Cik Timm pun anak Kak Yu juga! Lepas ni, dalam keluarga memang Cik Timm sahajalah penyumbang nak meramaikan lagi cucu-cucu arwah Pak Ngah Omar & Mami Norizan (mak mertua) ni. Keluarga Cik Timm sekarang ni cucu dah berjumlah 13 orang, belah Mr Roy pulak baru seorang! Memang excitedlah mak mertua dengan cucu baru ni.

Bermula dari semalam Cik Timm ke tandas tak berhenti. Asyik membuang air kecil je, agaknya sebab cuaca sejuk kot. Lagi satu, Cik Timm dah mula rasa perut yang makin sempit. Perut makin turun ke bawah, scan pun #azfajunior dah masuk ke posisi yang betul. Memang menunggu masa je nih. Nurse dah pesan kalau ada 3 tanda ni, cepat-cepat terus ke hospital,

Tanda-tanda Beranak;

1. Keluar air ketuban - air ketuban tiada bau, tiada warna
2. Keluar lendir atau darah - tak keluar banyak macam cerita movie tu, keluar sikit pun kena terus cepat-cepat ke hospital
3. Sakit contraction yang berlanjutan - nurse bagitau perut rasa mengeras, kawasan bawah pelvis rasa sakit, pinggang pun rasa nak tercabut

  Buat masa ni memang Cik Timm sentiasa pantau tanda-tanda ni. Belum ada lagi, 19 Ogos ni kalau Cik Timm belum beranak lagi 20 - 24 Ogos kena check jantung baby di Klinik Kesihatan. Kalau belum beranak juga lagi, 25 Ogos dah kena serah diri di Hospital Kulim. 

Sepanjang Cik Timm mengandung ni, mencari ilmu-ilmu tentang mengandung dari buku, nurse dan group dalam Facebook je. Group FB yang korang boleh join;

Kelab Ibu Mengandung Malaysia (KIMM)

Banyak juga persoalan dari ibu-ibu yang blur macam Cik Timm. Jawapan yang diberikan pun sangat membantu. Antara kelab yang sangat aktif membantu para ibu walaupun kadang-kadang soalan yang sama je ditanya. Hahaha! So, untuk ibu-ibu dekat luar sana yang nak tambah ilmu boleh join group dekat atas tu ya. 

Apa Perubahan Fizikal yang Cik Timm Alami Selama Mengandung?

1. Orang tak tahu langsung Cik Timm mengandung sampailah kandungan usia mencecah 7 bulan, baru perut membesar dengan jayanya seperti ibu mengandung yang lain. Faktor badan Cik Timm yang kecil ni pun memainkan peranan juga rasanya.

2. Cik Timm 1st time kena buasir! Tak teruk sangat, cepat-cepat beli ubat sapu dekat farmasi. Alhamdulillah tak pedih dah, kalau tak nak duduk pun sakit. 

3. Kulit kaki terlalu kering, tambah dekat tumit. Jenuh letak bio-oil pun tak jalan juga. Sebelum ni tak pernah pulak kaki jadi kering teruk sampai keras betul tumit tu. 

4. Badan cepat berpeluh dan rasa macam badan berbau! Cik Timm sentiasa rasa panas sampai kena tidur dekat lantai nak rasa selesa. Badan berbau tu nurse cakap perkara biasa sebab orang pregnant tak datang period, jadi darah kotor tu tak keluar. Nak wangikan badan boleh mandi dengan daun pandan, serai wangi ataupun daun berangan.   

5. Perut gatal-gatal yang teramat! Punya tahan tangan ni dari menggaru. Garu nanti luka perut, garu dengan kain jer yang mampu. Kakak-kakak pesan sapu je losyen atau minyak zaitun. Lagipun dapat mengurangkan kesan stretchmark nanti. Harap-harap tak adalah kesan stretchmark selepas bersalin nanti.

Itu sahajalah antara perubahan yang Cik Timm nampak semasa mengandung ni. Fasa muntah-muntah hanya semasa di trimester pertama sahaja. Masuk trimester kedua dah makin ok, kadang-kadang je nak muntah sebab tak tahan bau ubat. Masuk trimester ketiga asyik nak makan. Mak mertua pun sumbat macam-macam takut nanti waktu berpantang teringin nak makan. 

Stay Safe semua!
Read More

Sunday, August 15, 2021

Reject Lagi Vaksin Kali Ke-2

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua! Sekarang ni kawasan Kulim dan sewaktu dengannya asyik hujan je menjelang tengahari sampai ke petang. Semalam seronok betul Cik Timm lena selepas Asar walaupun tak elok ya. Letih menolong mak mertua buat aiskrim Malaysia. Over sangat, bukannya tolong ikat pun, sebab tak lulus lagi nak ikat aiskrim batang tu. 



Tiba-tiba dapat notifikasi dari My Sejahtera. Cik Timm punya tarikh vaksin dischedule semula pada 18 Ogos 2021. Aduhai, terpaksa cancel lagi sebab tarikh dekat sangat dengan tarikh bersalin. Sepatutnya dekat column kenapa kita tak nak divaksin pada tarikh tu perlu ditambah dua lagi, "Sedang Mengandung Kurang Dari 14 Minggu' atau "Sedang Mengandung Lebih Dari 33 Minggu". Senang kan untuk dischedule semula. Kesian dekat orang lain yang masih menunggu slot vaksin. 

Semalam sempat berzoom meeting dengan kawan-kawan PALAPES Airforce di zaman universiti. Setelah sekian lama tak berjumpa. Masing-masing dah berkeluarga ni semuanya pakat sibuk. Ada yang di utara, ada yang di selatan, semua tempat ada. Tak semua pun yang dapat join, jadilah dapat berjumpa dengan yang ada pun. Rindu betul dengan hampa semua. 

Dalam skuad Cik Timm ni, tak ramai dah bujang yang tinggal. Ada juga yang berjodoh dengan sesama skuad, ada yang berjodoh dengan senior. Lawak bila teringat balik zaman universiti dulu. Nasib baiklah Covid-19 tak jadi waktu zaman kami study dulu. Jenuh juga sebab zaman tu Android baru sahaja diperkenalkan. Telefon bimbit pun tak sepintar macam sekarang ni, jenuh nak PDPR. Confirm Cik Timm tak balik kampung stuck dekat Sarawak. 

Cik Timm dulu, masuk Semester 2 baru berkemampuan untuk beli laptop. Jenuh semua assignment disiapkan di makmal komputer fakulti. Banyak bahan rujukan cari di perpustakaan, gigih meminjam buku tebal-tebal. Seronok sebenarnya bila dikenangkan kembali zaman kampus. Rindunya Sarawak especially UNIMAS! 
Read More

Friday, August 13, 2021

Air Soya Amir Soya Lemak Famous di Kulim

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pernah dengar tak orang cakap kalau ibu mengandung minum air soya nanti anak dalam kandungan berkulit putih. Orang tua-tua punya petua katanya, haha! Tapi Cik Timm minum sebab teringin je. 


Minggu lepas waktu ikut Mr. Roy vaksin di Padang Serai dah nampak gerai air soya ni dari jauh. Balik memang singgah terus dekat situ. Rupanya air soya Amir ni famous dekat kulim. Cik Timm tak taulah pula. Diorang selalu buka gerai dekat pasar malam. Tapi terkesan dengan Covid-19 ni, diorang buka gerai kecil je tepi jalan.


Cik Timm ambil yang saiz besar, RM5. Memang besar gedabak, Cik Timm sorang minum soya tu dari petang sampai ke malam. Ais dah cair pun air soya dia sedap dan manis lagi. Punya minum sebab teringin dalam cuaca panas macam tu. Air soya mestilah sedap kalau digabungkan dengan gula merah. 

Selain dari air soya, taufu fa dengan cendol pun ada. Semuanya kita boleh pilih antara gula merah atau gula putih. Kalau warga Kulim yang mencari air soya yang sedap berlemak ni boleh cari di depan Taman Lobak, jalan ke Paya Besar, Lunas. 

Tiba-tiba teringin taufu fa pula, bayangkan taufu fa yang lembut tu masuk dalam tekak, sedapnya! Emm, nanti nak mengecek Mr. Roy untuk belikan taufu fa sementara belum meletup lagi ni. Hihi.

Stay Safe semua!
Read More

Wednesday, August 11, 2021

Resepi: Sup Cendawan & Garlic Bread Simple ft. Salted Anchor Butter

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Dulu Cik Timm suka share beberapa resipi simple dalam ni kan, sekarang dah kurang dah sebab sekarang ni memang suka masak campak-campak bahan yang ada. Kadang jadi, kadang tak jadi, mangsa yang selalu terkena dengan eksperimen Cik Timm semestinya Mr. Roy. Sabar je dia makan kalau tak sedap. 

Tapi kalau makanan western, memang serah je dekat Cik Timm alhamdulillah selalu menjadi. Jom Cik Timm nak share dua resepi ringkas, Mushroom Soup dan juga Garlic Bread. Bertambah sedap bila Cik Timm menggunakan butter jenama Anchor!


Bahan-bahannya;

Sup Cendawan Simple
1 bungkus Shitake Mushroom
1 labu besar bawang Holland
5 ulas bawang putih
2 sudu besar serbuk lada hitam kasar
3 cawan air
1 1/2 cawan susu
2 sudu besar Salted Anchor butter 
2 kiub pati ayam
Secubit garam

Garlic Bread
Roti baugette
3 sudu besar Salted Anchor butter 
5 ulas bawang putih
Sedikit serbuk oregano

Cara-caranya;

Sup Cendawan 
1. Ambil setengah bungkus shitake mushroom, setengah labu bawang holland dan bawang putih diblend dengan 1 cawan air.

2. Setengah lagi shitake mushroom dan bawang holland dipotong dadu.

3. Panaskan periuk dan masukkan Anchor butter. Masukkan bawang holland dan tumis seketika sampai bawang layu.

4. Lepas tu, masukkan bahan yang telah diblend. Tumis sekejap, dan boleh masukkan air ikut kepekatan yang korang suka. Masukkan juga shitake mushroom dadu dan kiub pati ayam. 

5. Masak seketika, masukkan susu, kalau rasa nak sup yang lebih cair boleh tambahkan lagi air. Cik Timm suka pekat-pekat! Boleh tambahkan secubit garam untuk lebih lemak. 

6. Dah mendidih boleh tutup api dan sedia dihidangkan!

Garlic Bread
1. Potong roti bougette menyerong.

2. Panaskan kuali dan masukkan Anchor butter dan bawang putih yang dikisar kasar. 

3. Masukkan juga sedikit oregano. Cik Timm suka bawang putih tu garing-garing sikit.

4. Lepas tu, golekkan roti bougette dalam kuali untuk dia serap butter dan rangupkan roti.


Siap! Cik Tim kalau betul-betul malas semua bahan terus blend dan masak je terus. Tak ada tumis-tumis dah. Ni kira versi rajin sikit tumis untuk naikkan bau dulu. Sedap guna Anchor butter ni rupanya, wangi je waktu kita masak dia. Selepas ni boleh beli lagi butter jenama ni di lain masa. Nak tengok video masak boleh tengok di TikTok or Reels Cik Timm ya.


Btw, korang yang rajin buat video masak-masak boleh sertai pertandingan #SmoothLikeAnchorButterChallenge  . Cuma buat video memasak berdurasi 30seconds  menggunakan Anchor butter secara kreatif dan upload di Intagram Reels atau Tiktok. Anda berpeluang untuk memenangi cash prizes berharga RM8,500! Jangan lupa masukkan juga hashtag #DairyliciousMY #AnchorDairyMalaysia #SmoothLikeAnchorButterChallenge 

Good Luck!
Read More

Tuesday, August 10, 2021

Takziah Siti Sarah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Salam takziah diucapkan kepada seluruh keluarga arwah Siti Sarah Raisuddin. Sedih betul bila dapat perkhabaran ni waktu subuh semalam. Scroll punya scroll tertengok Shuib sendiri post perkhabaran ni di laman IG beliau.

Terkesan betul sebab arwah merupakan seorang ibu yang baru melahirkan anak yang ke-5. Teringat kejadian bulan lepas di mana kakak Cik Timm pun dimasukkan ke ICU untuk melahirkan baby ke-3 tapi bayi tak dapat diselamatkan sebab terlalu kecik. 

Semoga anak-anak arwah dan Shuib kuat untuk menghadapi dugaan ni. Semalam pun cuaca suram sahaja. Di media sosial pun semuanya cerita tentang arwah. Cik Timm pun mengalir air mata juga tengok semua video-video yang ada. 

Semoga arwah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman..

Btw, Covid-19 sebenarnya banyak memberi kesan kepada ibu-ibu yang mengandung. Ibu yang mengandung lebih senang terdedah dan boleh memberi kesan berganda-ganda berbanding dengan orang biasa. Sebagai salah seorang dari golongan yang berisiko ni, Cik Timm memang dah limitkan diri dari keluar ke mana-mana kecuali jika ada urusan penting macam temujanji kesihatan. 

Nurse pun dah pesan, jangan keluar ke mana-mana dalam masa ni ya. Cik Timm ni menunggu masa je untuk meletup sebenarnya, badan memang tak larat dan letih memanjang. Nak duduk untuk buka blog pun rasa tak mampu. Tapi hari ini ku gagahkan jua sebab rindu!

Doakan Cik Timm ya, ikut tarikh 19 Ogos, tapi kalau #azfajunior ni tak nak keluar lagi nurse bagi lagi masa sehingga 25 Ogos. Tak keluar lagi kena serah dirilah di hospital..
Read More

Thursday, August 05, 2021

Giveaway Road To 3M Mamapp

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hai semua! 
Jomlah join giveaway dari Mamapp, esok dah last day! Cik Timm ni pun kiranya penyertaan last minute dah ni. Semoga ada rezeki, btw selamat berkenalan Mamapp! 

Disebabkan penyertaan last minute, sempat join untuk Kategori 2 sahaja iaitu Inpods i12 tws untuk 5 pemenang bertuah. 

Cerita Hari Ini

Harini Cik Timm temankan Mr. Roy vaksin di Dewan Mahsuri, Padang Serai. Itu pun last minute petugas PPV call tengahari tadi. Kalut-kalut kami ke Padang Serai untuk divaksin. Cik Timm pun sengaja nak mengikut sebab bosan di rumah. Dapat juga angin di luar walaupun lepak dan dating dalam kereta je, hehe. 
Read More

Berbaloi Beli 3 Tier Rack Trolley Portable dari MR. DIY

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua!
Bumi Kulim sejuk dibasahi dengan hujan lebat. Tapi badan tetap rasa panas, siang-siang tak nak buka air-cond, nak jimat sikit. Terbeliak juga tengok bil elektrik 2 ke 3 bulan ni sebab rajin pasang air-cond. Dia punya panas tu sampai buat Cik Timm rasa badan lemau dan letih. Hari ni merapu terlena dari petang sampai Isyak! Allahu, sedar je Mr Roy dok kejut, tapi dok mamai tak nak bangun..


Hari ni nak share satu troli comel dari Mr. DIY. Memandangkan semua seksyen Mr. DIY dah buka, seronok sikit ronda pusing tengok barang yang ada. Sebelum ni kan ramai yang complain ada seksyen yang ditutup atau di seal dengan tape kuning. Ronda punya ronda berkenan dengan satu troli kecil ala-ala ikea juga. Tapi harga kemain, dekat Shopee murah lagi. Cik Timm beli dah hari tu tapi pos ke rumah Sungai Ular untuk letak barang-barang berpantang. 

Sakit mata tengok barang baby bersepah dalam bilik. Memang nak beli satu lagi troli, pusing punya pusing ada jumpa satu lagi troli kecil, RM50+ jer. Memang kenalah dengan budget, ambil terus. Warna pun cantik, warna putih dan sangat ringan. Nak pasang pun senang sangat. 


Senang dan memudahkan sebab dilengkapi dengan roda. Nak guna pun senang, sesuai sangat kalau nak letak barang baby. Boleh bawak kesana kemari, baby kan macam-macam kerenah nanti walaupun nak tukar pampers, tambah pulak parents yang blur macam kami ni sebab first time. Dah la dua-dua pun bongsu. Tak boleh bayang kalau #azfajunior ni keluar macamana kami nak handle.   

Tak banyak sebab barang-barang lain dah bawa balik rumah mak sebab berpantang di sana.

Btw, macam-macam lagi kegunaan troli ni kalau korang beli. Nak letak barang-barang dapur pun tak ada masalah sebab berjaring. Kalau nak susun botol-botol sos, nak letak bawang ke, semua boleh! Ada roda senang nak tolak, berbaloilah dengan harga dan kualitinya. Tapi Cik Timm jumpa warna putih ja, warna lain mungkin tiada stok ataupun memang datang dengan satu warna sahaja. 

Boleh tahan berbaloi juga ya barang-barang dari Mr. DIY ni sendiri. Rasanya banyak lagi barang-barang lain dari Mr. DIY macam sabun mandi, shampoo dan banyak lagilah barang dari Mr. DIY. Alang-alang semua seksyen dah dibuka, boleh serbu tengok semua barang. Yang penting sentiasa jaga SOP ya. selepas dok seronok membelek barang gunakan hand sanitizer di kaunter. Biasalah tangan tu asyik memegang macam-macam, tabiat yang susah nak buang setiap kali shopping.  
Read More

Sunday, August 01, 2021

Terpaksa Reject Vaksin

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hari tu punya excited nak vaksin macam orang lain juga. Rezeki minggu lepas MySejahtera dah hantar sms untuk mengesahkan kehadiran. Cik Timm dapat tarikh hari ni, 1 Ogos 2021 pukul 3pm. Tapi kebetulan, hari ni Cik Timm sangat full dengan appointment pregnant. 


9am - Appointment di Hospital Kulim di Klinik Pakar 1 untuk scan baby
2pm - Appointment di Klinik Kesihatan Kulim untuk check perut
3pm - Cucuk vaksin di Klinik Kesihatan Kulim

Lega juga tengok nama dah naik untuk divaksin. Tapi as long yang Cik Timm baca, vaksin untuk pregnant woman hanya boleh disuntik untuk ibu yang mengandung pada minggu ke-14 sehingga 33 sahaja. Cik Timm tanya pendapat kakak Cik Timm yang jadi sukarelawan PPV, dia pesan pergi je tempat vaksin tu. Nanti sebelum dicucuk pun kita akan berjumpa doktor untuk sesi konsultasi.

Untuk menyenangkan flow, perancangannya Cik Timm akan ke tempat cucuk vaksin selepas balik dari hospital. Senang sikit kalau ke sana awal, lagipun tempat cucuk vaksin juga di Klinik Kesihatan. Kalau check perut dulu takut terlambat untuk cucuk vaksin.

Tengah dok berfikir betapa busynya jadual hari Ahad ni, semalam ada petugas PPV dari KK telefon untuk confirmkan tarikh kandungan sekarang. Cik Timm dah 37 weeks, jadi petugas tu suruh Cik Timm cancel je appointment vaksin tu. Nanti tarikh akan disusun semula. Lega! Kalau tak sia-sia je Cik Timm nak susahkan diri beratur panjang-panjang untuk dapatkan suntikan. In the end, tak boleh cucuk vaksin pun. 

Itulah kisahnya, di mana Cik Timm terpaksa cancel vaksin tu. Lepas beranaklah Cik Timm baru akan divaksin ceritanya. Tapi memang letih sangat kalau ada appointment untuk check pregnant ni. Bukannya apa, letih menunggu. Lagipun sekarang tengah menunggu masa, setiap minggu jumpa misi di Klinik Kesihatan. 

Alhamdulillah, hari ni last day untuk jumpa doktor pakar di Hospital Kulim disebabkan #azfajunior ni dah ok. Cik Timm start kena buat appointment dengan Hospital Kulim sejak dari 21 Jun disebabkan doktor di KK detect #azfajunior ni macam kecil dari biasa. Rupanya dia cuma bersaiz comel macam ibu dia, haha! Tapi mula-mula doktor cakap baby kecil, Cik Timm menangis jugalah sebab risau. Mr Roy ni pulak tak habis-habis bising suruh Cik Timm makan banyak-banyak. Lagi Cik Timm stress sebab sejak mengandung Cik Timm tak boleh nak makan banyak, nanti perut rasa sebu sangat. 

Serius letih sangat hari ni, cuaca pula sejuk sebab hujan. Rasa nak lena awai je malam ni. Sakit belakang pun tak boleh nak bawa bincang, asyik nak baring je baru selesa. Good nite semua!
Read More

Friday, July 30, 2021

Comelnya Free Gift Nestle Coco Crunch!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hai Semua!
Semalam keluar sekejap ke pasaraya untuk topup barang-barang dekat rumah yang dah habis. Selalu memang ke Tesco dan Giant untuk cari barang. Senang sebab pasaraya besar semua ada, lagipun dekat je dengan rumah. Eh, Tesco pulak, Lotuslah! The best part kalau shopping sini guna apps Scan & Shop, memudahkan kerja dan cepat. Tak perlu beratur lama di kaunter. Lega sebab barang-barang lain macam stationary, baju-baju, semualah seksyen yang sebelum ni ditutup dengan tape kuning dah dibuka! 

Setiap bulan mesti beli Coco Crunch! Kadang-kadang bosan tak tau nak makan apa untuk snack, memang Coco Crunch ni jadi mangsa. Mr Roy ni setiap kali beli mesti nak cari toys atau apa-apa free gift dalam bijirin tu. Sepanjang kami duk membeli ni belum ada lagi any free gift. Kali ni ada FREE GIFT, bapak budak ni yang paling excited.

Koleksi Magic Painting Book


 Untuk korang yang suka mengumpul boleh beli mana-mana bijirin Nestle yang saiz kotak besar/Econo Pack. Tak tahu sampai bila Free Gift ni akan berakhir. Yang pastinya bulan ni baru ada promosi ni.


Ada 3 koleksi yang korang boleh dapatkan. Cik Timm dapat yang buku warna merah, Dinasour Magic Painting. Ingatkan buku lukisan biasa untuk kita warnakan sendiri. Rupanya anda diberi satu berus comel. Cuma gunakan air sahaja untuk warnakan buku tu. Nanti warna dia akan keluar sendiri. In the end, Cik Timm yang seronok mewarna dalam buku tu. Mr Roy pulak excited nak kumpulkan lagi dua edisi tu. Mak bapak yang excited ya dengan benda comel macam ni. 


Ada 7 page dalam ni. Semua gambar dinasour. Kertas dia pun tebal tau, memang berbaloi. Untuk sesiapa parents yang kesian tengok anak-anak boring duduk rumah tak tau nak buat apa, boleh beli. Sambil makan, dapat toys mewarna sekali. Malas nak keluar boleh beli di Shopee Nestle juga!


Tadaaa..
Read More

Thursday, July 29, 2021

Gift Untuk Si Kecil #azfajunior

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua!
Minggu lepas kawan baik Cik Timm sempat datang melawat sebelum meletup. Lama betul tak jumpa, inilah antara best friend yang stay sampai sekarang. Makin lama circle kita makin kecil betul tak? Berkawan kalau lebih dari 10 tahun maksudnya memang eternitylah persahabatan tu.


Baby kecik ni dah dapat present dari auntie-auntie gorgeous dia. Terima kasih Anis & Q. Murah rezeki betul si kecik ni, kakak ipar pun macam-macam beli barang untuk dia, baby cot, baju baby, tilam U untuk maternity pun kak ipar belikan sebab Cik Timm makin tak selesa nak tidur. Perut makin membesar, bantal 3 biji pun tak cukup. 


Lepas tu, baju baby yang lama yang boleh pakai lagi, beg-beg, dengan carrier baby pun kak ipar bagi. Jimat banyak juga, thank you Kak Melissa. Cik Timm dengan husband ada tambah barang-barang lain juga macam troli, pampers, baju, toiletteries, etc. Tunggu nanti baby keluar baru topup barang-barang lain pula. Sekarang ni prepare untuk bersalin dan berpantang je.


Kak Yu pun ada pos barang-barang untuk berpantang dan baby. Anak-anak Kak Yu memang guna produk Najla untuk famili dia. Cik Timm pun dahlah blur dengan minyak atau ubat-ubatan untuk baby. Thank you sisters! *btw kakak Cik Timm ni dah keluar wad dan beransur pulih dah. Tengah berpantang je dekat rumah tu. Nanti Cik Timm review barang beliau satu persatu. Hari tu bercuti ke Korea pun ada bawa moisturiser dari beliau juga. 


Semoga murah rezeki semua ya. Dan juga doakan Cik Timm ya untuk bulan Ogos depan. Harap Cik Timm kuat untuk menghadapi saat-saat terakhir sebagai ibu mengandung ini. 

Read More

Tuesday, July 27, 2021

Musim Buah di Rumah Mak

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hai semua!
Seperti yang dijanjikan, Cik Timm nak share cerita raya haji minggu lepas. Petang selepas zohor, kami gerak balik rumah mak di Sungai Ular. Nasib rumah mak satu daerah je. Kalau tak mesti sedih tak dapat balik beraya. 


Kami beraya makan buah je dekat luar rumah. Rumah mak ada pokok durian, pokok manggis, duku langsat, pisang, etc. Tahun ni mak tak jual pun durian sebab tak larat dah. Setiap tahun memang mak akan jual, jual pun murah-murah jer. Setakat balik modal untuk beli baja dengan garam untuk pokok.


Seronok tengok famili mertua excited makan buah manggis, rambutan dengan durian fresh. Orang bandarlah katakan, Mr. Roy pun sakan. Beliau ni sebenarnya tak makan sangat dengan durian kecuali musang king jer. Tapi dengan durian pokok mak dia punya pulun makan. Seronok dengan suasana kampung agaknya. Melepaklah kami dekat bawah pokok manggis sambil menghirup udara fresh.



Cik Timm pun walaupun duduk dekat, dah lama tak balik, takut juga dengan Covid-19 ni. Nasib baik semua dekat rumah tu dah selamat divaksin. Rezeki petang tu sebelum balik ada durian baru gugur. Makan durian yang baru gugur memang sedap tau. Beza dengan durian lama yang berhari-hari orang jual tu. Memang Cik Timm tak pernah beli durian dekat luar, makan pokok sendiri jer. Alhamdulillah rumah mak ada pokok walaupun tak banyak dah. Dulu waktu Cik Timm kecik lagi meriah. Macam-macam pokok ada, tapi masalahnya rumah kami jadi tersorok dekat dalam sebab orang tak perasan pun ada rumah dekat dalam. Sekarang ni banyak dah pokok ditebang sebab pokok dah lama pun makin rosak, ada yang kena makan anai-anai, ada yang jatuh sebab kena tolak ribut kuat, macam-macamlah. 



Kalau nak tahu, dulu arwah ayah beli tanah ni harganya RM1010 sahaja ya, itu pun tanah lelong. Zaman dulu punya harga, kalau sekarang ni tanah kampung tak dapat dah harga macam tu. Beza zaman dahulu dan sekarang. Bersyukur duduk kampung tanah sendiri, tak perlu nak menyewa luar. Itupun salah satu rezeki juga kan. 



Dulu kawasan sini penuh dengan pokok getah dan ladang sawit je. Sekarang ni macam-macam, dengan taman sekeliling kampung. Politeknik Kulim, JPJ dan sekolah pun belakang rumah sahaja. Projek baru nanti ada McD dan Starbucks drive-thru pulak sebelah JPJ tu. Tapi disebabkan PKP, semua pembinaan dihentikan sementara. 


Semoga mak panjang umur dan dimurahkan rezeki untuk merasa semua pembangunan dan dapat tengok anak cucu membesar. Amin.. 
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com