Wednesday, December 31, 2014

Wordless Wednesday @17


Jangan lupa dapatkan kek perisa terbaru dari Secret Recipe,
Chocolate Brulee!

p/s: Repost only..
Read More

Sunday, December 28, 2014

6D Motion Adventure


Alhamdulillah, dapat pegang duit sendiri. Rasa lega, seronok, excited semua ada. Teruk kan, macam tak pernah dapat duit. Agaknya sebab gaji yang diberi adalah berbentuk CASH. Seram pegang duit bebanyak, terus ke Maybank ATM cash deposit. Selamat sikit. Aku fobia peristiwa WALLET aku!!!! berulang kembali.
Benda pertama dibuat apabila dapat gaji adalah, bagi mak sikit. Walaupun tak banyak, tapi berkat. InSyaAllah. Lepas tu, malam tu juga beramai-ramai berladies night di 6D Motion Adventure di tingkat atas Kulim Landmark Central. Dengan berbekalkan seketul Almond Brownies, dapatlah harga murah untuk tiket. Harga dikira sama-sama pekerja di mall ni kan..
 Memang lawak, walaupun hanya 15 minit, masa terasa sangat lambat berjalan. Pilihan kami adalah roller coaster yang paling extreme. Sesungguhnya aku memang tak ada perasaan, tak menjerit langsung. Asyik gelak sakan tengok telatah masing-masing yang menjerit. Aduhai, tersenyum sendiri kalau diingatkan kembali. Paling scary pun sebab kerusinya hanya berbekalkan tali pinggang kecil di pinggang. Tiada handle di tangan untuk dipegang, aku seriau takut kena campak. Over betul kerusinya bergoyang. 
Keluar dari wayang, memang memasing merah muka sebab penat menjerit, letih dengan kerusi yang bergoyang, dan malu sebab ada skrin diluar yang menampakkan aksi kita! Oh my! Nasib baik beramai-ramai, tak adalah nak malu sesangat. :')
Alhamdulillah, seronok bekerja di sini dengan adanya ramai kawan-kawan yang sporting. Lagipun masing-masing sebaya je umurnya. Memang satu kepala dalam apa saja.
Kerja punya kerja, tetiba ada emel masuk dari Jobstreet. Rupanya ada interview, pertama kali dalam semua application yang aku minta, inilah interview pertama sepanjang aku habis belajar ni. 
Nasib baiklah di Pulau Pinang, sekentutlah Kulim-Penang. 
Kalau ada rezeki adalah, kalau tak ada pun aku tetap akan bekerja di Secret Recipe. Sekurang-kurangnya tak membuang masa begitu sahaja. Walaupun badan penat dengan kerja sekarang, apabila difikirkan, kerja apa yang tak penat kan? Yang paling penting pengalaman..
Esok, 29 Desember, pukul 11am aku akan ber'interview' di Secret Recipe Bayan Lepas sebagai Management Trainee. Diharap dengan 3 minggu pengalaman kerja di Secret Recipe akan membantu..
p/s: Lega kawan-kawan di Kelantan pakat-pakat balik ke rumah kerana banjir mulai surut, tak lupa juga semoga kapal terbang Airasia yang hilang dari radar dijumpai..
Read More

Thursday, December 25, 2014

Semoga arwah dicucuri rahmatNya



Al-fatihah kepada ibu saudara a.k.a mak menakan aku yang baru menghembuskan nafas petang tadi.

Semoga arwah maksu tenang di sana.

Patutlah waktu aku solat Zohor, aku rasa berdebar-debar. Ingatkan sebab terlalu penat sangat bekerja. Rupanya ada petanda lain. Sesampai aku untuk masuk kerja balik selepas solat, nampak macam abang tengah mencari-cari di restoran.

Rupanya membawa khabar berita ni. Aku pun mintalah untuk balik. Nasib baiklah tempat kerja dekat dengan rumah. Balik rumah, mandi dan tukar baju, terus ke rumah arwah maksu. Ramai lagi orang-orang kampung yang datang melawat. Semuanya makcik-makcik pakat bertanya, aku dah habis study belum, dah kerja mana? Emm, killer question..

Esok pun masuk kerja lambat sebab arwah akan dikebumikan pukul 10.00 pagi.

p/s: Jodoh kita dengan orang memang kita tak tahu, tapi Jodoh dengan AJAL memang pastinya sangat dekat dengan kita.
Read More

Wednesday, December 24, 2014

Wawa Jenal peneman setia


Di saat badan penat seharian bekerja 12 jam full semalam, terubat sekejap dengan..
..budak tecik Wawa Jenal ni..
Nak tidur pun sekenit ni bising, potpetpotpet bila aku keluar toilet.
Rupanya nak mencari tempat tidur, sampai ke Subuhlah budak tecit ni menempek tidur di kaki..
Read More

Saturday, December 20, 2014

Motivasi Kerja #1


The Only way to
Do Great Work 
is to Love
What You Do

InsyaAllah..
Read More

Souvenir dari Korea


Terima kasih kak JM aka Jari Manis untuk cenderahati dari Korea ni. Comel magnetnya! Punya sibuk dan penat sampai tak terbuka pun sampulnya. Ya Ampun, baru tadi je tengok benda apa sebenarnya isi dalam sampul tu.
Kebetulan, invitation majlis kahwin dari kawan di Johor pun sampai juga. Tahniah Dya! I'allah kalau tak ada aral melintang bolehlah aku jejakkan kaki di selatan tanah air. Pernah ke sana pun sekali, tu pun zaman kecik comei memang tak ingatlah kan. Susah pulak sebab sekarang ni dah kerja. Tapi di mana ada kemahuan, di situ ada jalan kan.

Emm, pagi tadi agak terkesima dengan pertanyaan mak. Mak tanya, aku tak nak beli motor ke? Dari soalan mak tu, aku dapat rasa mungkin mak rasa bersalah sebab selama aku belajar di Sarawak sampai sekarang, aku tak pernah minta apa-apa pun dari mak. Sampaikan sanggup bekerja part-time untuk tampung kehidupan di sana. Sedangkan sibling aku yang sorang ni walaupun dah berkahwin, mak ada tolong support.

Aku dengan cara aku, memang aku anak bongsu. Tapi aku bukan jenis anak bongsu yang spoil brat suka menyusahkan orang lain terutamanya parents dan adik-beradik. Aku akan berusaha sendiri sampai dapat apa yang aku nak. 

Tapi, sebagai ibu memang akan susah hati tengok anak-anak dia susah. "Mak, anak mak sorang ni kalau boleh tak nak susahkan mak lagi." Cukuplah mak dah gadai gelang tangan untuk bayar yuran pengajian aku di tahun akhir. Disebabkan rasa bersalah tu, boleh pulak lonjakkan pointer pulak kan. Sebelum ni, dapat PTPTN main-main kerjanya. T_T Biarlah selepas ini, aku pun dapat bantu untuk sama-sama tampung perbelanjaan harian rumah kita.

p/s: Kenapa ya aku agak touching dengan pertanyaan mak pagi tadi..
Read More

Friday, December 19, 2014

Pembelian almari dari LAZADA


Cuti Isnin lepas diluangkan untuk mengemas bilik. Alang-alang almari baru sampai petang tu, terus renovate bilik. Renovate sangat kan, rumah kampung bukan macam rumah taman yang dibuat dari batu. Bukannya dapat tukar warna bilik atau pasang wallpaper. Semuanya kayu je. Disebabkan begitu, pemilihan perabot untuk bilik pun mestilah kayu supaya nampak masuk dan klasik. Acewah..

Gara-gara abang mula memperkenalkan laman web Lazada, mata aku pun bersinar-sinar tengok barangannya. Semuanya SALE! Sebenarnya, niat dihati nak mencari rak kasut sahaja, tapi akhirnya benda lain yang dibelasah.

Selepas selesai pembelian, benda yang aku berkenan ni terus out-of-stock! Kiranya aku adalah antara pembeli yang telah clearancekan stoknya..
Guna pita pengukur rasanya almari ni taklah terlalu besar, kecik comel je kot. Bila dah sampai depan mata dan dipasang, rupanya..
Berjam-jam juga memerah idea untuk pasang almari ni. Mana tidaknya, instructions memang tak lengkap, bahasa Cina lagi, memang kirim salam jelah. Akhirnya, berkat menggunakan dua otak dan tulang 8 kerat. Almari ini siap..
Kenapa aku suka almari yang open begini? Sebab aku senang nak pantau kalau ada habuk atau haiwan-haiwan perosak lain yang nak buat sarang. Memang konsep terbuka yang lebih sesuai dengan rumah kampung..
Serius ingat almari ni kecik comei, rupanya besar gedabak jugak. Memang berat gila, nasib baik ada roda. Senang nak ubah-ubah dan senang untuk proses mencuci!

Kepada kawan-kawan blogger yang excited nak tengok almari yang aku beli dari Lazada, inilah dia almarinya. Adjustable Wardrobe with Wheel-Brown. Kepada sesiapa yang berkenan bolehlah korek dalam Lazada tahun depan. Mana tau dia nak restock balik. Harga sebenar almari ini adalah RM299, tapi SALE punya pasal, aku dapat beli dengan hanya RM199.

Berbaloi-baloi, bukan ini sahaja aku grab dari Lazada. Oven Thermometer pun aku ambil juga semata-mata untuk abang yang suka membakar kek dan mengadu nak pastikan kek kejunya menjadi. Konon nak check suhu sebenar dalam oven. Hehehe, boleh-boleh. Dah jadi birthday present dah untuk dia..

p.s: Sweetnya En. Iqbal dalam Zahira. Hari tu bukan main cenge, lanie..menyampah! Mengada-ngada nak Zahira suap roti ^^
Read More

Tuesday, December 16, 2014

Pengalaman di Secret Recipe


Teruk sangatkah kerja di restoran makanan? Adakah kami dipandang sebagai budak sekolah lepasan PMR atau orang yang tak berpendidikan? Adakah orang yang bekerja di situ tiada kelulusan? Setahu aku, pekerja di sini semuanya ada diploma, degree, dan ada yang bekerja di sini semata-mata mengumpul duit untuk menyambung Master.

Baru seminggu lebih kerja, bermacam-macam cerita dan pengalaman aku dapat di sini. Pelanggan pun bermacam-macam ragam, ada yang baik, suka buat lawak, buat sakit hati, kurang ajar pun ada. Tapi sebagai seorang pelayan memang segala makian simpan dalam hati je. Senang cerita jika anda nak dihormati, silalah hormat orang lain dulu ya. Aku bekerja kekadang sebagai service crew, kekadang sebagai kitchen crew.

Dalam kitchen pulak, memang kerja dapur. Memasak, tak sangka memasak untuk orang makan. Tak susah kerana semua perlu campak-campak, dah siap. Cuma perlu ingat step-step untuk memasak dan barang yang perlu. Memang jenuh jugak, asyik selak buku menu je. Kekadang pelanggang complain roti tak lembut, kobis bunga ada hitam. Biasalah kekadang antara berbanyak-banyak benda yang dimasak ada yang terlepas pandang. Minta maaf banyak-banyak, saya budak baru belajar.

Semalam aku bercuti, dapatlah rehat extra. Walaupun bercuti, ada kerja mengubah suai bilik sebab dah beli almari baru dari Lazada. Memang best betul salenya. Tak rugi beli almari cun tu. Nasib baik juga semalam cuti, segala barang yang diorder dari Zalora dan Lazada sampai pada hari yang sama. Senang kerja aku. Risau juga sebab kalau aku bekerja, mestilah orang pos tu nak telefon cari rumah. Lega tengok bilik sendiri, dah kemas dan sejuk mata memandang. Alhamdulillah..

p/s: Kekadang dalam membuat sesuatu pekerjaan, kita perlu anggap sedang melakukan hobi supaya kita enjoy dan tak stress bekerja :)
Read More

Friday, December 12, 2014

Tips: Menyimpan Barang


Awal pagi dah update blog, semalam terlena baguih punya depan tv. Sedar-sedar dah pukul 3 pagi, tak sempat tengok cerita Beauty & The Beast sampai habis semalam. Pagi semalam sebelum pergi kerja, sempat lagi ke Tesco untuk membeli barang offer, iaitu;
Apakah kegunaan tong ini?
Tong macam ni banyak kegunaan sangat, kita dapat simpan semua barang dengan kemas dan teratur. Kalau nak cantik, bolehlah beli tong yang transparent, tapi sangat mahal dari yang biasa. Tong ni pun ada macam-macam jenis, jenama, warna dan saiz. Pilih saja mana yang berkenan di hati. Aku beli pun hanya kalau ada offer, kalau harga biasa memang mahal.
Lagi satu, tikus, semut atau lipas tak bolah kacau barang kita. Asalkan tutup dengan rapat dan ketat. Kekadang barang yang disimpan dalam kotak biasa atau almari yang tertutup memang akan mengundang haiwan perosak ini. Sadis betul..

Jadi, kepada surirumah yang bermasalah macam diatas bolehlah cuba membeli tong ini. Senang nak menyimpan barang, agak-agak rasa tak larat, beli yang ada roda. Boleh tolak je..

p/s: Baru seminggu kerja..
Read More

Thursday, December 11, 2014

Dicucuk Typhoid


Akhirnya gambar konvokesyen dah selamat sampai dirumah dalam 3 hari lepas. Patutlah ada nombor telefon tak dikenali asyik called. Sedangkan aku memang off phone sebab bekerja, dapatlah jimat bateri. Biasalah smartphone sentiasa cepat kong baterinya. Aku takut kalau panggilan kerja, bila called balik dia cakap orang dari post office.
Hari ini aku cuti, sebab tu sempat membelek blog. Siang tadi kemalasan ditambah dengan tangan kiri yang lenguh. Lenguh sebab apa? Sebab inilah,
Disebabkan bekerja dalam sektor pemakanan, perlulah dicucuk dengan suntikan Typhoid. Suntikan ini disuntik di pangkal lengan atau paha. Imunisasi ini akan bertahan selama 3 tahun, jadi dalam masa 3 tahun kalau aku masih bekerja dalam sektor yang sama, kenalah cucuk lagi. Tak sakit pun, nurse tu seronok bersembang-sembang dengan aku, pastu dah siap cucuk dah. Cuma kesannya, selepas beberapa jam, tangan mula kebas dan lenguh-lenguh. Aku pun baru tahu wujudnya suntikan ini untuk pekerja yang mengendalikan makanan. 

Disamping itu, pekerja pengendali makanan perlulah mematuhi Akta Makanan 1983 dan Akta Kawalan Penyakit 1988 seperti yang tertulis dari sumber ini.

Walaupun dah lewat malam, masih terasa lagi kebas-kebas di tangan kiri ini. Hujan lebat malam ini mula melayukan mata..

Selamat Malam semua!

p/s: Btw, thank you so much to Kak Sal sebab bagi cenderahati dari Aussie. Muah ciked, minta maaf. Dah lama sampai, baru berkesempatan nak update..
Read More

Tuesday, December 09, 2014

CPUV Nuffnang 43-->50


Tudia, disebabkan tak sempat nak update punya pasal..
Ini adalah antara CPUV di bulan lepas iaitu, bulan November.
Ini adalah yang terbaru di bulan ini iaitu. bulan December. Wahai Nuffnang, jangan merajuk tau walaupun aku sekarang dah jarang berblog. Sekurang-kurangnya adalah income sampingan walaupun aku tak pernah sekali pun cash-out Nuffnang kecuali 8SHARE. Dah dua kali cash-out 8SHARE. 
Siapa kata, kalau selalu online tak dapat duit kan. Asalkan kita tahu dimana nak cari sumber pendapatan tu. 

Baru 4 hari aku bekerja di restoran tersebut, dah banyak juga benda yang aku belajar. Aku kena menghafal menu disebabkan aku bekerja di seksyen 'kitchen' merangkap tukang masak. Nasib baik segala benda dah siap packing, aku cuma kena panaskan je. Tapi ada juga yang kena masak. Aduhai, pertama kali dalam hidup, memasak untuk orang yang tak kenal makan. Rasa pelik pulak, mungkin sebab tak ada keyakinan kot.

Lagi satu, kelmarin aku jaga di seksyen 'floor', dimana telah meng'cramp'kan kaki. Nama pun waitress kan, kerja berjalan je ambil order. Tapi memang bagus untuk kita membina keyakinan untuk berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris. 

Kekadang sesuatu benda nampak simple, namun dapat memberi impak yang besar dalam pembentukan diri kita. Semoga aku terus tabah dan dilimpahi rezeki, i'Allah..

Lastly, aku selesa sangat bekerja di situ sebab tiada pekerja lelaki. Bukannya bermaksud diskriminasi kepada kaum lelaki. Tetapi selesa untuk selak lengan baju ke, apa ke. Tetapi nampaknya semua pekerja wanita di situ dah naik muscle sebab segala stok barang semuanya mereka angkat sendiri. Dahsyat kan?

Ok, cukuplah sampai di sini. Dah hilang sikit rindu di blog ni. Jangan bersawang sudah. Lagipun, mata memang berat. Dah lama tak rasa penat macam ni, last semasa aku bekerja di sini. Tidur malam merupakan tidur yang sangat nyenyak. Tak payah nak berangan bagai semata-mata untuk tertidur. 

Selamat malam semua!
Read More

Saturday, December 06, 2014

Part-time dulu ye..


Alhamdulillah, aku dah mula bekerja semalam. Tapi, hanya bekerja part-time dulu sementara menunggu kerja yang full-time. Sekurang-kurangnya ada juga income..

Bekerja sebagai apa, jeng-jeng-jeng. Aku bekerja di restoran makanan segera di Kulim Landmark Sentral. Kepada blogger-blogger di Kulim yang terserempak tu, hai-hai la ye :p

Semalam hujan dengan ribut dengan kilat, gugur jantung semasa break dalam pukul 3pm. Balik rumah, memang bilik aku agak banjir. Bukannya disebabkan banjir tu, tapi angin ribut yang membawa air hujan mencurah-curah dari tingkap. 

Jenuh mengemop pula lantai bilik, senang cerita bilik tu marah sebab tuan dia pemalas nak mop lantai kan. Aku tau, aku tau..

Semoga perjalanan aku selepas ini lebih baik. Doakan aku ya kawan-kawan sekalian. Masa bersama blog pun sedikit terbatas. Jangan risau, cuti nanti aku akan cuba blogwalking dan terjah blog-blog hampa tau. 

p/s: Kerja menghafal menu makanan pulak..
Read More

Friday, December 05, 2014

Resipi: Kek Keju Japanese Cotton


Semalam buat, hari ini dah selamat tinggal habuk kek je ye. Alhamdulillah, resipi ini dicilok dari buku Kek Lazat: Langkah Demi Langkah dari Norzailina Nordin. Sepatutnya kek ni tak kurus melayang macam ni, aku mengurangkan semua bahannya kepada setengah adunan sebab takut tak menjadi. Bukan senang nak buat kek keju, sebab cara penyediaannya yang agak leceh. Jadi kalau nak dapat hasil yang lebih gebu dan normal macam kek di Secret Recipe, perlu menggandakan 2 times bahan-bahan ini tau.
Bahan A
125gm krim keju
25gm mentega
50ml susu segar
30gm tepung kek/superfine flour
10gm tepung jagung
3 biji kuning telur
1/2 sudu besar jus lemon

Bahan B
70gm gula kastor (ayak dulu ye..)
3 biji putih telur
1/4 sudu teh jus lemon

Cara-caranya:
1. Dengan menggunakan kaedah mangkuk diatas periuk air yang mendidih, campurkan mentega+krim cheese+susu dalam mangkuk tahan panas. Kacaulah sampai sebati dan tak berketul-ketul lagi. *Sambil tu, panaskan jugak oven tu dalam suhu 160C.

2.  Dah siap kacau-kacau tadi, biar kejap sampai sejuk.

3. Sementara menunggu adunan tadi sejuk, sediakan Bahan B dulu. Ini kerana mixer ada satu sahaja sebab telur putih ni sensitif dengan air ke, telur merah ke, senang cerita dia memerlukan mangkuk dan mixer yang bersih dari anasir-anasir luar ye. Mengada!
Pukul telur putih dengan jus lemon sampai berbuih halus. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan putar dengan kelajuan tinggi sampai jadi gebu-gebas. *aku tak dapat gebu-gebas pun, kesilapan teknikal dan disebabkan tangan kurang berseni Dah siap adunan meringue ni, ketepikan.

4. Adunan yang sejuk tadi campurkan dengan tepung superfine+tepung jagung yang dah diayak. Kacau sebati.

5. Masukkan pula telur merah dan jus lemon. Pukul sampai adunan rata.

6. Seterusnya, masukkan adunan Bahan B tadi, kaup balik guna spatula je tau. Kita nak kek gebu-gebas dan nak memerangkap udara dalam tu.

7. Sebelum tu, dengan menggunakan loyang tin jenis 'loose tin', gunakan kertas minyak untuk menyaluti loyang tin dibawah dan ditepi. Sambil balut, sambil sapukan mentega seluruh loyang. Jangan lupa dengan menggunakan aluminum foil, balutlah loyang tu sebab kita nak rendam loyang ni dalam air panas nanti.
8. Letak loyang dalam loyang yang besar sikit, isi air panas dalam paras 1/3. Bakar selama 1 jam atau sehingga masak.

9. Apabila kek dah masak, biarkan loyang dalam oven dalam 10 minit sebelum dikeluarkan.
Tara!!!
kek keju japanese cotton, kek keju simple
Dalam gambar diatas ada yang terlebih putih dan ada yang kuning sebab berlainan kamera semata-mata. Biasalah, camera murah, hehehe. Jadi, selamat mencuba!

p/s: Good Nite semua.. :)
Read More

Thursday, December 04, 2014

Permohonan Baru BR1M


Akhirnya berjaya buka laman web BR1M. Kepada yang ingin memohon dan mengemaskini BR1M boleh ke sini:
BR1M akan diberi berdasarkan:
Aku memang baru sahaja isi untuk permohonan baru sebab sebelum ini masih belajar. Ada yang kata kalau masih belajar tak akan dapat kerana akan mendapat baucer buku, tapi tahun lepas, ada je kawan-kawan aku yang dapat sebab isi. Ramai pulak tu..
Tak pe, hidup jangan tamak. Kita perlu juga fikirkan orang lain yang susah dari kita yang betul-betul perlukan bantuan.

p/s: Berjaya buat Japanese Cotton Cake! Nantikan resipinya..
Read More

Wednesday, December 03, 2014

Tips: Whipping Cream simple


Berdasarkan buku Variasi Hidangan Berkeju, Noraini Zakaria, antara bahan-bahan untuk membuat Whipping Cream terbahagi kepada dua:
1. Krim Putar Tenusu (Dairy/UHT Whipping Cream)
Sumber: Kak Ita Masam Manis
Dikenali sebagai krim segar dan merupakan produk tenusu yang memberi rasa lemak berkrim pada kek. Ia boleh dituang terus atau diputar sehingga kembang. Whipping cream ini senang didapati di pasaraya.
Di rumah pernah guna yang warna purple dari EMBORG tu. Tapi susah sangat nak kembang sebab selalu over-pukul. Jenis ini kita kena tambahkan dengan gula dan esen vanila. Abang cakap memang sangatlah susah, dan yang pastinya asyik membazir sebab tak menjadi. Kepada yang memang pakar dan menjadi, saya salute anda! Lagipun usaha tangga kejayaan kan, hehehe..

2. Krim Putar Bukan Tenusu (Non-dairy Whipping Cream)
Dihasilkan dari bahan campuran tenusu seperti minyak sawit, gula dan sebagainya. Ia boleh diwarnakan mengikut warna kegemaran. Krim yang telah diputar boleh disimpan dalam peti sejuk selama seminggu.
 Sekarang, kami menggunakan produk RICHS untuk whipping cream. Tak perlu tambah gula, hanya putar dan sentiasa menjadi dan pastikan jangan over-pukul juga. Minggu lepas-lepas ada buat Japanese Cotton Cake, toppingnya memang menggunakan whipping cream jenis ini. Memang sedap!
Lagi satu, whipping cream jenis ini susah didapati di pasar raya, perlu beli di kedai bakeri sebab produk ini perlu disimpan ditempat sejuk beku.
Ini adalah sedikit pengetahuan aku tentang Whipping Cream, itu pun hasil dari bacaan buku memasak dan juga dari blog masakan seperti Azlita Masam Manis.

Hopefully +Cik Siti  boleh mencuba dengan menggunakan whip cream jenis ini pula :)
Mana tau, Crepe Cake Cik Siti lagi sedap!
Nak tau resipi Crepe Cake comel dari Cik Siti boleh ke sini.
Read More

Tuesday, December 02, 2014

Hadiah dari Giveaway Cik Itah


Punya peram entry dalam fikiran, akhirnya terluah jua..
Alhamdulillah, tak sangka menang dari Blogger Area Mega Giveaway .
Sumber: Husein Rider
Terima kasih kepada Cik Itah yang menganjurkan giveaway ini disamping sponsor-sponsor lain.

Cash RM50 dari Norihan Yusuf selamat dah masuk dalam akaun bank. Terima kasih mama.
Plain Wide Shawl dari Hazanis Blogspot pun dah selamat terima + dah pakai pun. Aku suka wide shawl, walaupun lembik sikit, tapi boleh je adjust-adjust di muka yang bo0lat ni.

Review blog dari Farahuda Hud pula di sini. Terima kasih sebab review blog aku..

Terima kasih kepada semua sponsor, tiada sponsor, tiadalah giveaway kan. Ini adalah kali ke-3 aku menang giveaway. First pernah dapat dari kak Dysha Sahhir, tapi sekarang blognya dah diactivate kot. Huhu, tak dapat tengok doodle secomel hasil beliau. Kedua dari Cik Kumbang.

p/s: Lunch masak lambat sebab bilah pemotong blender tak ada rupanya. Kakak yang gagah perkasa putuskan getahnya. So, tak dapat nak blend benda yang basah dan berair. Gagah la menumbuk cili kering semata-mata nak buat ikan bakar, memang gadis kampung betul hari ni..
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com