Sunday, December 28, 2014

6D Motion Adventure


Alhamdulillah, dapat pegang duit sendiri. Rasa lega, seronok, excited semua ada. Teruk kan, macam tak pernah dapat duit. Agaknya sebab gaji yang diberi adalah berbentuk CASH. Seram pegang duit bebanyak, terus ke Maybank ATM cash deposit. Selamat sikit. Aku fobia peristiwa WALLET aku!!!! berulang kembali.
Benda pertama dibuat apabila dapat gaji adalah, bagi mak sikit. Walaupun tak banyak, tapi berkat. InSyaAllah. Lepas tu, malam tu juga beramai-ramai berladies night di 6D Motion Adventure di tingkat atas Kulim Landmark Central. Dengan berbekalkan seketul Almond Brownies, dapatlah harga murah untuk tiket. Harga dikira sama-sama pekerja di mall ni kan..
 Memang lawak, walaupun hanya 15 minit, masa terasa sangat lambat berjalan. Pilihan kami adalah roller coaster yang paling extreme. Sesungguhnya aku memang tak ada perasaan, tak menjerit langsung. Asyik gelak sakan tengok telatah masing-masing yang menjerit. Aduhai, tersenyum sendiri kalau diingatkan kembali. Paling scary pun sebab kerusinya hanya berbekalkan tali pinggang kecil di pinggang. Tiada handle di tangan untuk dipegang, aku seriau takut kena campak. Over betul kerusinya bergoyang. 
Keluar dari wayang, memang memasing merah muka sebab penat menjerit, letih dengan kerusi yang bergoyang, dan malu sebab ada skrin diluar yang menampakkan aksi kita! Oh my! Nasib baik beramai-ramai, tak adalah nak malu sesangat. :')
Alhamdulillah, seronok bekerja di sini dengan adanya ramai kawan-kawan yang sporting. Lagipun masing-masing sebaya je umurnya. Memang satu kepala dalam apa saja.
Kerja punya kerja, tetiba ada emel masuk dari Jobstreet. Rupanya ada interview, pertama kali dalam semua application yang aku minta, inilah interview pertama sepanjang aku habis belajar ni. 
Nasib baiklah di Pulau Pinang, sekentutlah Kulim-Penang. 
Kalau ada rezeki adalah, kalau tak ada pun aku tetap akan bekerja di Secret Recipe. Sekurang-kurangnya tak membuang masa begitu sahaja. Walaupun badan penat dengan kerja sekarang, apabila difikirkan, kerja apa yang tak penat kan? Yang paling penting pengalaman..
Esok, 29 Desember, pukul 11am aku akan ber'interview' di Secret Recipe Bayan Lepas sebagai Management Trainee. Diharap dengan 3 minggu pengalaman kerja di Secret Recipe akan membantu..
p/s: Lega kawan-kawan di Kelantan pakat-pakat balik ke rumah kerana banjir mulai surut, tak lupa juga semoga kapal terbang Airasia yang hilang dari radar dijumpai..

6 comments:

  1. wow bestnyaaa da dapat menghulur duit untuk mak T.T akak ni belom dapat. mengharapkan mak yang hulur lagi. bagus bagus.. gudluck interview..

    ps : akak ada buat segmen. sudi sudikan join..

    ReplyDelete
  2. macam best ja, awat la kat as ni tak dak. huhu.
    pernah gak dapat iv MT secret recipe kat bayan lepas gak, tapi sebab masalah transport, tak jadi pi pun. anyway, good luck na! ^_^

    ReplyDelete
  3. dlu pernah gak p penang tp xjln2 haha..

    ReplyDelete
  4. La, ada skrin kat luar ke? Alamak! Malu laa gitu...

    ReplyDelete
  5. Heeheheh...sampai dengar kat luat uolss menjerit.

    ReplyDelete
  6. sekentutlah Kulim-Penang...ahahaah

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com