Wednesday, August 30, 2017

Review: 3D Chocolate Museum di Pulau Pinang

  Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Anda penggemar coklat macam Cik Timm tak? Ya, Cik Timm merupakan peminat tegar coklat dikala stress dan PMS. Baru-baru ini Cik Timm dan Blogger Utara berkunjung ke 3D Chocolate Museum di Pulau Pinang. 


Muzium ini mempunyai kedai coklat dan pembuatan coklat sendiri di tingkat bawah, manakala di tingkat atas menempatkan 3D Chocolate Museum. Semasa kami di sini, ada seorang pekerja yang sedang menyediakan kek. Terliur dibuatnya tengok coklat cair yang di dalam mesin.

Pelbagai barangan coklat yang dijual termasuk coklat buatan sendiri (praline) yang berkualiti. Menurut Kakak Farhana yang merupakan tour guide kami, kedai ini banyak menerima kunjungan dari pelancong luar dan pelanggan tempatan yang membeli coklat di dalam kotak / bungkusan cantik untuk dijadikan hadiah. 


Apa yang menarik, mereka turut menyediakan aktiviti membuat coklat sendiri terbuka kepada 1 dewasa dan 1 kanak-kanak dengan hanya membayar RM40 untuk satu sesi. 
Manakala, harga bayaran tiket untuk ke muzium, Dewasa RM14 dan Kanak-kanak RM10 sahaja. 

Seterusnya kami dibawa di tingkat atas iaitu Information Zone. Di sini kami didedahkan dengan sejarah buah koko dan bagaimana tamadun manusia mencipta coklat bar yang kita makan sekarang. Suasana atas ni memang best, nama pun 3D kan. Semua hiasan dia macam coklat betul. Geram tengok macam nak gigit. Muzium comel ini amat sesuai untuk pelajar sekolah dan kanak-kanak. 


Seterusnya, pembuatan coklat menggunakan alatan tradisional turut dipamerkan di Chocolate Histort & Industry Zone. Orang dulu-dulu membanting tulang tau nak buat coklat. Sekarang semua guna mesin, cepat, menjimatkan masa dan banyak produk dapat dihasilkan. 



Mesin yang sangat penting untuk setiap pengeluar coklat di dunia adalah mesin CONCHE. Semua ramuan rahsia, resipi adalah didalam mesin ini! 


Last station, Fun Zone ada banyak tempat-tempat comel untuk bergambar. Ada TV yang menyiarkan cerita tentang coklat. Boleh duduk bersantai sekejap di sini sambil berselfie. Seronok tengok siling dia tau, penuh dengan hiasan coklat. Rasanya kalau orang yang tak suka coklat tengok suasana macam ala-ala masuk dalam Candy House terus jatuh cinta dengan coklat.

Anda tau tak makan coklat bagus untuk kesihatan jantung?
- rasa coklat memang daboom
- melancarkan pengaliran darah 
- membuat anda lebih fokus
- tinggi kandungan fiber untuk sistem pencernaan dan 
- mengurangkan stress 


Pengunjung di sini juga berpeluang untuk melihat sendiri biji koko yang telah diproses untuk dibuat coklat. Kami juga dapat merasa coklat buatan sendiri. Memang berbeza dari coklat jenama biasa yang kita selalu beli. Lagi satu, semua coklat yang dijual ada tester tau. Menarik, senang untuk buat pilihan untuk membeli. Ingat baju je ada fitting room? 😃



Seronok kami dibuatnya kerana masing-masing menerima cenderahati coklat. Jenuh makan coklat minggu ni tau. Terima kasih juga kepada pihak 3D Chocolate Museum kerana sanggup menerima kunjungan kami walaupun mereka agak sibuk dengan roadshow di Sunway Carnival Mall. 

Kepada semua peminat coklat yang berdekatan, jangan lepaskan peluang pada 31 Ogos 2017 ini bersempena dengan Hari Kemerdekaan mereka mengadakan promosi MERDEKA FREE CHOCOLATE bermula 10am - 4pm 


Untuk keterangan lanjut;

Alamat: Georgetown Herittage Chocolate,
No 30, Lebuh Light,
10200 Georgetown, 
Pulau Pinang
(bersebelahan dengan Padang Kota, depan mahkamah)
Website: www.georgetownherittagechocolate.com
Facebook: Georgetown Herittage Chocolate
Tel: 04-261 0118
E-mail: penang.ghc@gmail.com
Read More

Saturday, August 26, 2017

Berbaloi-baloi Shopping Hadiah di Printcious!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Cik Timm adalah orang yang paling tak suka shopping atau membeli. Cik Timm merupakan seorang manusia yang suka pakai barang sampai lusuh atau rosak. Jadi semua barang Cik Timm memang limited edition 😁
Tapi kalau sekali shopping, memang menyesal.


Cik Timm baru sahaja menukar domain sendiri dari 'blogspot' ke '.com'. Ada perasan tak sebelum ni?Disebabkan tiada insan yang nak memberi hadiah diatas kejayaan ini kepada Cik Timm, Cik Timm nak something special kepada diri sendiri boleh tak?


Cik Timm telah memilih Printcious untuk membeli cenderahati sebagai kenangan sebagai penulis blogger. Senang tau, dihujung jari je, tekan sana, tekan sini sekelip mata settle. Tak payah nak susah-susah nak berpanas hujan ke kedai cenderahati nak memilih barang. Dah la sekarang ni kawasan utara tanah air mengalami musim hujan. Selain itu, pihak mereka juga sentiasa memberi diskaun dan potongan harga untuk semua barangan. Rugi kalau tak beli tau!


Printcious telah pun menyiapkan barang Cik Timm dengan cepat. Bila check dalam View Order memang barang dah sampai Kulim. Tapi tak bestnya, barang Cik Timm stuck di Skynet. Disebabkan Cik Timm tiada di Kedah kerana bercuti. Cik Timm call pejabat di sana dan diberitahu nombor telefon Cik Timm di packaging salah. Nampaknya Cik Timm tersilap tulis nombor telefon. Lain kali sila berhati-hati kalau beli barang online. Jangan jadi careless macam Cik Timm tau, haha!




Comel kan? Cik Timm telah mendapatkan Graphic Tee T-shirt berwarna putih. Cik Timm siap masukkan nama blog dalam t-shirt tu barulah nampak macam customize dan unik. Tapi grafik design tersebut adalah dari Printcious sendiri. Tak payah susah-susah, kita ni bukannya pandai sangat nak buat design sendiri. 


Design yang Cik Timm pilih adalah Pinky Power Girl. Oh Tidak! Cik Timm bukanlah seorang peminat merah jambu walaupun dalam bilik penuh dengan alatan merah jambu ✌

Tapi design ni memang kena dengan jiwa. Rasa macam lepas ni nak jadikan koleksi peribadi pulak. Geramnya dengan design ni. Waktu nak check-out barang, semua barang yang ada design ni pop-out dibawah. Amboi, sengaja tau!



Cik Timm memang berpuas hati dengan t-shirt tersebut. Graphic di kain t-shirt tak kembang pun, memang dah cun. Material yang digunakan adalah kapas dan sejuk dipakai. Namun, Cik Timm perlu memakai baju inner di dalam atau cardigan di luar untuk kelihatan lebih sopan. Diharap selepas ini Printcious menambah koleksi t-shirt yang lengan panjang pula supaya lebih menarik dan lebih banyak pilihan 👍

Paling penting, barangan tersebut adalah khas customize untuk kita sahaja. Lepas ni, nak cuba pula membeli barangan lain. Kali ni boleh cipta cenderahati untuk pembaca bertuah pula kan?


Teringin t-shirt comel atau barangan yang lain macam Cik Timm? Jom ke Printcious, dan anda pasti akan berpuas hati. 


"Precious Gift From Your Heart"

Untuk keterangan lanjut, anda boleh ke sini;
Website: www.printcious.com
Fb: https://www.facebook.com/printcious
IG: https://www.instagram.com/printcious
Email: ask@printcious.com
Read More

Friday, August 25, 2017

Merdeka! Merdeka! Blogger Contest dari LAZADA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Bersempena dengan Hari Kemerdekaan yang ke-60 pada tahun ini, LAZADA telah mengadakan jualan barangan sehingga 80% potongan diskaun bermula dari 25 - 31 OGOS 2017. Selain itu, kepada para blogger juga diadakan contest bermula dari 21 - 31 OGOS 2017. Hadiah berupa shopping voucher menanti anda tau!


What do you love about being a Malaysian?

Cik Timm berbangga menjadi rakyat Malaysia kerana negara Malaysia aman dan damai. Malaysia merupakan negara asia yang mampu membangun dan berkembang pesat meskipun kita baru mencapai kemerdekaan ke-60 pada tahun ini. Selain itu, kita hidup dalam masyarakat yang berbilang bangsa dan agama. Contoh paling terdekat kita dapat lihat dengan penglibatan Sukan Sea ke-29 , kita sama-sama rakyat Malaysia menyokong atlit kita dengan semangat tanpa mengenal warna kulit. Dengan sukan juga rakyat Malaysia dapat bersatu! 

My favourite local brand?

Cik Timm memang dari dulu lagi jatuh hati dengan brand KHIND. Dekat rumah pun banyak alat-alatan dari jenama yang sama macam kipas angin dan periuk nasi.


Memandangkan LAZADA sedang mempromosikan Merdeka! Merdeka! Sale, Cik Timm ada beberapa barang yang agak menarik minat Cik Timm untuk scroll tanpa kelip mata. 

KHIND Stand Mixer 
https://www.lazada.com.my/khind-stand-mixer-sm350p-red-16191660.html?spm=a2o4k.search.0.0.D7St10&ff=1

Geram betul tengok mixer ni. Warna merah terang ala-ala jenama kitchen aid yang mahal gila tu. Tapi dengan jenama KHIND, anda dapat dengan harga yang lebih murah dan berpatutan. Hari raya Korban pun dah dekat, mesti kita nak guna untuk mengadun kek atau kuih raya kan? Jenuh kalau nak uli dengan tangan. Cik Timm sendiri pun memang guna mixer je, cepat dan pantas gitu hah.

KHIND Mist Fan

Disebabkan rumah Cik Timm adalah rumah melayu tradisional, rumah banyak lubang. Kalau nak pasang air-cond memang langsung tak berbaloi. Jadi di rumah memang menggunakan kipas biasa tapi belum pernah try kipas jenis ni. Mesti rumah sejuk sebab ala-ala air-cond juga. Rekabentuk yang menjimatkan ruang membuatkan kipas ni senang untuk diletakkan di semua sudut tempat. Warna pun urban, sesuai dengan semua konsep rumah.

Jadi apa tunggu lagi, anda boleh shopping sakan sempena Merdeka! Merdeka! Sale LAZADA. Selamat membeli belah semua!

Read More

DAY 3: Melawat Masjid Putih di Pulau Perhentian

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Rasa sekejap je cuti. Tapi bagi Cik Timm percutian ke pulau sesuai 3 hari 2 malam je. Kalau lama sangat nanti jadi boring. Tapi di kawasan ni, duduk seminggu pun Cik Timm sanggup. Hari terakhir kami di sini baru berkesempatan untuk melawat masjid putih yang baru dibina atau namanya yang sebenar adalah Masjid Ar Rahman. Memang cantik warna putih, besar pulak tu.





Rasa lagi selamat stay area sini sebab ada masjid. Sekurang-kurangnya sentiasa alert dengan waktu solat. Bayangkan kami yang berehat di sini pun boleh dengar azan dari masjid ni. Time solat pun ramai geng-geng lelaki dari chalet kami ni ke sana untuk berjemaah. 
Pukul 10.30am kami dah menunggu di jeti untuk menunggu bot untuk balik. Syahdunya nak meninggalkan pulau yang cantik macam ni. 
Sampai di jeti Kuala Besut, rupanya banyak kedai cenderamata di sini. Tips, jangan beli di pulau sebab lebih mahal berbanding di jeti. Hehehe..

Dari jeti Kuala Besut boleh jalan kaki je ke stesyen bas dalam 15 minit masa berjalan. Tak payah susah-susah naik teksi, rugi jer. Kami pun nasib baik jumpa family yang sama-sama naik bot dengan kami. Cuma disebabkan tengahari, agak panas sikit untuk berjalan. 
Disebabkan tiket Cik Timm adalah pada sebelah malam, krikkrikkrik Cik Timm menunggu di situ sampai tengah malam. Nasib ada juga kedai makan sebelah tu. Duduk lepak makan dulu di situ. Itulah yang tak best sebab tiket ke Kulim cuma ada pagi dan malam je. Kalau tiket ke KL ada banyak trip. Tandas area situ pun agak ngeri. Jenuh nasib baik perut ni dapat bertahan ha..
Nak tau cerita lawak tak? Cik Timm kena tinggal bas tau! Cik Timm dah masuk dalam bas untuk letak beg semua. Tiba-tiba rasa haus pulak, Cik Timm pun turun tanpa bagitau konduktor bas tu. Memang kena tinggal jawabnya! Nasib baik ada satu lagi bas syarikat yang sama nak ke Kuala Lumpur tak silap *dah lupa. Kami jumpa di stesyen bas satu lagi, dalam 5 minit je. Hihi. Tips seterusnya, dah tau travel naik bas sorang-sorang, bagitau konduktor bas sebelum apa-apa tau! Kalau tak jadi macam Cik Timm. 
Perjalanan Cik Timm dari Kuala Besut ke Kulim dalam 7-8jam macam tu. Sampai rumah pun nak dekat subuh dah. Disebabkan puas lena dalam bas, Cik Timm balik rumah terus basuh baju, berkemas unpacking semua barang sebelum tidur sampai petang. Haha!
Sampai sekarang hari-hari Cik Timm scroll gambar di Pulau Perhentian. Memang tak dapat move on! Diharap sedikit info ni boleh membantu membuat persiapan dan menyusun aktiviti jika bercuti di Pulau Perhentian. 
Kalau korang nak tengok entry-entry lain yang berkaitan boleh ke sini ya 👇
Puasnya Bercuti di Pulau Perhentian
DAY 1: Wind Mills, Kincir Angin
Sealife Inn Pakej Penginapan Lengkap di Pulau Perhentian
DAY 2: Pengalaman Berenang Bersama Penyu dan Jerung
Read More

Tuesday, August 15, 2017

Cara Mudah Menghilangkan Kesan Calar Motosikal

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


TIDAKKKKKKKKKKK!
Nak menjerit kuat-kuat sebab motosikal bercalar disebabkan kecuaian diri sendiri. Badan letih sebab bekerja, balik pula tengah malam, hujan pulak, memang pakej.

Cik Timm boleh terbalik masa bawa motor. Nauzubillah, tak teruk pun. Hihihi..

Tak bestnya cermin sisi kena tukar sebab pecah. Aduhai, tak cukup lagi dengan masalah cermin, bahagian depan terguris di jalan. Aduhai..

Google punya google, ada juga guna cecair khas untuk hilangkan calar. Tapi, budget macam kurang bulan ni. Mana tidaknya dua orang HAMBA ALLAH tak bayar lagi HUTANG. Masalah tau kalau diri sendiri ni baik sangat, opss, out of topic.

Berbalik pada masalah yang asal, Cik Timm tengok dalam YouTube depa guna Ubat Gigi jer?
Macam tak percaya jer?


Try jangan tak try....


Memang menjadi! Yea! Lega, padan muka nak sangat motor yang warna cecomel gugurl. Satu hal pulak nak kena belai 😋

Read More

Monday, August 14, 2017

Resipi: Cheesekut Simple dan Sedap

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Ha, resipi ni Cik Timm ambil dan olah sikit dari blog Cik Epal.

Jom tengok bahan-bahan:


 500g Cream cheese Tatura
Biskut Cream Cracker
 1/2 Susu pekat 
Susu segar
Nestum
Milo

Cara-caranya:


1. Putar cream cheese sampai lembut, lepas tu masukkan susu pekat. Boleh sesuaikan rasa kalau nak kurang manis ke manis ke. Putar sampai sebati.

2. Lepas tu dah boleh sediakan bekas untuk susunkan biskut tu. Cik Timm lapik dengan plastik, nanti senang nak keluarkan.


3. Biskut tu boleh cicah-cicah dengan susu segar sebelum susun. Selepas tu, lapiskan lapisan cheese tadi, lapiskan lagi dengan nestum. Cik Timm buat selapis nestum, selapis milo. Lapisan terakhir letak cheese banyak-banyak sikit dan tabur chocolate nips.


4. Siap boleh simpan dalam peti ais, esoknya baru boleh makan. Sedap tau! 

Cik Timm buat macam-macam versi, ada yang filling chocolate, kadang-kadang guna biskut yang jual kilo. Semuanya sedap! Agaknya sebab famili Cik Timm memang gemar dengan cheese ni, semua makan berkaitan cheese sentiasa laku. Hahaha!

Selamat Mencuba! Hat ni kalau ada sesiapa kata susah jugak memang nak kena katok..

Read More

Sunday, August 13, 2017

Pameran Hari Peladang Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Kedah 2017

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

hppnk, hppnk2017, dataran kulim

Cik Timm ke sini dua kali tau, hari Jumaat dan Sabtu. Abang Cik lagi dahsyat, tiap-tiap hari dia berjalan sana. Sambutan #HPPNK di peringkat negeri Kedah ini dijalankan 4 hari bermula dari 3 Ogos - 6 Ogos 2017

Pelbagai aktiviti yang dijalankan dan banyak booth yang dibuka oleh agensi-agensi kerajaan dan swasta. Bertemakan Our Food Our Future, pertama kali pameran ini diadakan di Daerah Kulim. Sebelum ini, setiap kali ada event macam ni selalu dibuat di Alor Setar, Sungai Petani, memang ramai orang-orang kulim turun selama 4 hari ini. Excited punya pasai sebab jarang buat di sini termasuk Cik Timm.

hppnk, hppnk2017, dataran kulim

hppnk, hppnk2017, dataran kulim

Hari Jumaat tu Cik Timm mai malam, rupanya ada persembahan dari UNIC. Sempat layan sekejap sebelum jalan-jalan di booth yang menjual pokok bunga. Pameran dibahagikan kepada dua, Dataran Kulim ada booth dari agensi, pentas utama, dan gerai menjual pokok buah-buahan dan bunga. Sebelah dataran ada jualan dari peniaga Pasar Tani. Lepas tu, seberang jalan pula ada pameran Laman Ternakan Veterinar. Pelbagai haiwan ternakan dipamerkan macam lembu, kambing, ayam, kuda dan lain-lain. 

hppnk, hppnk2017, dataran kulim

Esoknya hari Sabtu Cik Timm sempat ke Jobfair di Kulim Hi-Tech dan terus ke sini untuk merasai kemeriahan pameran di siang hari. Disebabkan hujung minggu, banyak lagi aktiviti yang dijalankan. Di sebelah petang pula Lawatan Diraja dan penyampaian hadiah. Cik Timm dan Abang Cik sempat naik traktor comel untuk bawa ke seberang jalan. 

Meh le cuci mata tengok antara gambar yang Cik Timm sempat snap sepanjang jalan-jalan ke sana.

hppnk, hppnk2017, dataran kulim

hppnk. hppnk2017, dataran kulim

hppnk, hppnk2017, dataran kulim


hppnk, hppnk2017

Ni sebenarnya daun getah yang digubah menjadi bunga!

hppnk2017, hppnk, kulim

hppnk, hppnk2017

Kucing dengan arnab pun ada dijual. Tapi kucing oren tu owner dia punya. Campuran mainecoon dengan kucing kampung, besaq kan?

hppnk, hppnk2017

hppnk. hppnk2017

Comel adik ni dengan kuda padi dia, nama Eva.

hppnk, hppnk 2017

Gerai makanan pun banyak di sini. Sedap pulak tu, kami shopping juga daging itik kat sini. Food truck pun ada, barang rakyat 1 Malaysia punya lori pun ada. Syok kan? Sesuai kalau ibu bapa nak bawa anak-anak berjalan di sini. Kemudahan seperti surau juga ada disediakan. Senang kan?

Diharapkan nanti di tahun akan datang Cik Timm dapat pi lagi pameran macam ni. Memang best! 

Ada juga kawan-kawan blogger lain yang berdekatan sempat ke sini? Jom kongsi!

Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com