Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Cik Timm ke sini dua kali tau, hari Jumaat dan Sabtu. Abang Cik lagi dahsyat, tiap-tiap hari dia berjalan sana. Sambutan #HPPNK di peringkat negeri Kedah ini dijalankan 4 hari bermula dari 3 Ogos - 6 Ogos 2017.
Pelbagai aktiviti yang dijalankan dan banyak booth yang dibuka oleh agensi-agensi kerajaan dan swasta. Bertemakan Our Food Our Future, pertama kali pameran ini diadakan di Daerah Kulim. Sebelum ini, setiap kali ada event macam ni selalu dibuat di Alor Setar, Sungai Petani, memang ramai orang-orang kulim turun selama 4 hari ini. Excited punya pasai sebab jarang buat di sini termasuk Cik Timm.
Hari Jumaat tu Cik Timm mai malam, rupanya ada persembahan dari UNIC. Sempat layan sekejap sebelum jalan-jalan di booth yang menjual pokok bunga. Pameran dibahagikan kepada dua, Dataran Kulim ada booth dari agensi, pentas utama, dan gerai menjual pokok buah-buahan dan bunga. Sebelah dataran ada jualan dari peniaga Pasar Tani. Lepas tu, seberang jalan pula ada pameran Laman Ternakan Veterinar. Pelbagai haiwan ternakan dipamerkan macam lembu, kambing, ayam, kuda dan lain-lain.
Esoknya hari Sabtu Cik Timm sempat ke Jobfair di Kulim Hi-Tech dan terus ke sini untuk merasai kemeriahan pameran di siang hari. Disebabkan hujung minggu, banyak lagi aktiviti yang dijalankan. Di sebelah petang pula Lawatan Diraja dan penyampaian hadiah. Cik Timm dan Abang Cik sempat naik traktor comel untuk bawa ke seberang jalan.
Meh le cuci mata tengok antara gambar yang Cik Timm sempat snap sepanjang jalan-jalan ke sana.
Ni sebenarnya daun getah yang digubah menjadi bunga!
Kucing dengan arnab pun ada dijual. Tapi kucing oren tu owner dia punya. Campuran mainecoon dengan kucing kampung, besaq kan?
Comel adik ni dengan kuda padi dia, nama Eva.
Gerai makanan pun banyak di sini. Sedap pulak tu, kami shopping juga daging itik kat sini. Food truck pun ada, barang rakyat 1 Malaysia punya lori pun ada. Syok kan? Sesuai kalau ibu bapa nak bawa anak-anak berjalan di sini. Kemudahan seperti surau juga ada disediakan. Senang kan?
Diharapkan nanti di tahun akan datang Cik Timm dapat pi lagi pameran macam ni. Memang best!
Ada juga kawan-kawan blogger lain yang berdekatan sempat ke sini? Jom kongsi!
Bestnya dapat berjalan dekat tempat pameran macam ni. Macam-macam ada. Singgah sini jadi pembaca baru blog ni :)
ReplyDeletewow Timm smpai berkali2 pi.. best karnival2 ni part makanan lew hehe..
ReplyDeletebestnya..:)
ReplyDeleteAda karnival mcm nih memg best. Tp ada baby kecik payah sket nak bwh tpt mcm nih..kang mak die shopping xigt dunia baby terpinggir...hahaha
ReplyDelete