Peraduan #AyamFutureCreator memerlukan kumpulan kanak-kanak menghasilkan sebuah video masakan selama 1 hingga 3 minit dengan menggunakan rangkaian produk Ayam Brand dan prinsip Pinggan Sihat Malaysia #SukuSukuSeparuh, berdasarkan tutorial oleh Arianna. Kanak-kanak terlibat perlu merakam, edit, tag, meletakkan tanda pagar dan mempromosikan video mereka di laman sosial untuk mengasah kemahiran sebagai pencipta kandungan. Arianna, pasukan Ayam Brand dan Pakar Pemakanan KPJ Damansara akan menentukan para pemenang yang berpeluang memenangi pelan simpanan SSPN PTPTN yang berjumlah RM6,000.
“Sebagai langkah mematuhi SOP yang ditetapkan, kami tidak menganjurkan sebarang acara sejak tercetusnya pandemik Covid-19. Tentunya kanak-kanak amat gembira apabila kami mengaturkan acara maya #AyamBersamaMu. Mereka amat menyukai bengkel #SukuSukuSeparuh kerana dapat mempelajari perancangan pemakanan, para dewasa juga menyukainya. Mereka sukakan bengkel #AyamFutureCreator kerana kesemuanya ingin menjadi pencipta kandungan yang terkenal suatu hari nanti. Kami berterima kasih kepada Ayam Brand™ kerana menyokong pihak NGO bertahun-tahun lamanya. Kami amat gembira kerana terpilih menerima bekalan produk Ayam Brand selama dua bulan, khasnya pada ketika ini sumbangan adalah amat terhad. Kami amat menghargai Ayam Brand™ kerana sentiasa bersama kami dan menjaga kebajikan komuniti,” jelas Cik Phoebe Tan dari Pusat Jagaan Superkids.
“Saya perlu memakan lebih sayur, buah-buahan, protein dan Omega-3 untuk jadi lebih sihat, tinggi dan kuat. Saya rasa saya mampu menang pertandingan #AyamFutureCreator dan memulakan perniagaan macam Kak Ary. Terima kasih Ayam Brand kerana membantu saya menjadi pencipta kandungan!” kata salah seorang peserta.
Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan kempen CSR #AyamBersamaMu dan program #AyamFutureCreator, layari laman https://www.ayambrand.com.my atau https://www.facebook.com/ayambrandmalaysia.