Thursday, October 28, 2021

Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand 2021 di Kedah & Perlis

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Alor Setar, Oktober 18, 2021 - Pandemik COVID-19 merupakan satu tempoh yang sangat mencabar kepada semua, dengan organisasi-organisasi kebajikan merupakan antara pihak yang paling terkesan ekoran pengurangan sumbangan daripada sektor korporat dan masyarakat awam.


Ayam Brand merupakan satu jenama makanan sihat dan mudah dalam tin yang terkenal denga kualiti, tanpa penggunaan bahan pengawet dan MSG tambahan telah memberikan sokongan kepada rakyat Malaysia dengan penganjuran Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand 2021. Bertemakan #AyamBersamaMu, ia menggalakkan pilihan gaya hidup yang lebih sihat menerusi konsep 3S dalam Pinggan Sihat Malaysia, membantu kelangsungan hidup melalui program #AyamFutureCreator, juga pada masa sama menyumbang bekalan selama 2 bulan produk mereka kepada rumah-rumah amal yang mengambil bahagian.


Kempen yang diadakan dibuat secara maya dan mematuhi SOP bagi memelihara keselamatan dan kesihatan peserta. Turut dijemput adalah pakar-pakar pemakanan dari Hospital Pakar KPJ Damansara dan usahawan serta 'content creator' terkenal berusia 18 tahun, Arianna Natasya dari Arianna Kitchen untuk berinteraksi dengan kanak-kanak di seluruh negara.

Usaha ini membantu dan mendidik 1500 kanak-kanak dari 32 rumah amal di seluruh Malaysia, selain turut menyediakan 230 000 hidangan Ayam Brand. Antara penerima sumbangan berkenaan adalah 125 kanak-kanak dari Pusat Jagaan Teratak Rahmat, Perlis, Pusat Jagaan Superkids, Kedah dan Pertubuhan Kebajikan Rumah Mentari, Kedah. 


Menurut Pengurus Besar Ayam Brand, Cik Chin Lee Foon, kempen CSR yang kini memasuki tahun ke-14 itu telah menyumbang lebih 2 juta sajian sihat kepada 25 000 inidividu dari 539 rumah amal dan NGO. 

"Pandemik ini telah mengakibatkan perubahan besar dalam cara kita hidup, belajar, bekerja dan bermain. Terdapat penekanan lebih dalam menyediakan makanan kita sendiri, memberi tumpuan kepada kepentingan kesihatan tubuh dan mntal serta meneroka potensi keusahawanan dan memulakan perniagaan kecil khususnya menerusi media sosial. Pasukan Ayam Brand memberi pertimbangan terhadap faktor-faktor ini dalam membentuk kempen #AyamBersamaMu agar ia bertepatan pada masanya, bersifat relevan dan berguna kepada semua peserta dengan memberikan asas dalam amalan pemakanan yang sihat dan memberikan ilham agar berupaya menjadi pencipta kandungan yang bagus pada masa hadapan," ujar Cik Chin.

  Beliau menambah, "Menerusi kempen ini, kami memudahkan pemindahan ilmu dan kemahiran bermanfaat, memberikan kanak-kanak terlibat akses kepada latihan dan pementoran oleh pakar, dan pada masa sama menyediakan sokongan ketara menerusi sumbangan bekalan selama 2 bulan berupa produk-produk kami kepada setiap rumah amal yang mengambil bahagian. Selain itu, para peserta #AyamFutureCreator berpeluang untuk memenangi RM6000 dalam bentuk pelan simpanan SSPN Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)."

Setiap rumah amal yang mengambil bahagian menerima kit permulaan #AyamBersamaMu yang terdiri daripada peralatan dapur, aksesori pencahayaan dan rakaman serta produk Ayam Brand untuk membantu permulaan menjadi content creator. Bekalan produk Ayam Brand selama 2 bulan turut merangkumi pilihan kegemaran kana-kanak yang kaya dengan protein dan Omega-3 khasnya Tuna Mild dan Pedas Ayam Brand, Ayam Brand Saba Deli Natural serta Kacang Panggang Keju Ayam Brand. 


Pasukan Perkhidmatan Pemakanan KPJ Damansara mengelolakan bengkel maya berkenaan Pinggan Sihat Malaysia, atau juga dikenali sebagai #SukuSukuSeparuh, yang mengesyorkan setiap sajian terdiri daripada suku bahagian protein, suku bahagian karbohidrat kompleks dan separuh bahagian sayur-sayuran serta buah-buahan berdasarkan saiz tapak, genggaman dan cupak tangan. Panduan mudah ini boleh membantu amalan pemakanan sihat individu sepanjang hayatnya.

"Hospital Pakar KPJ Damansara amat berbangga kerana menjadi sebahagian daripada Kempen Prihatin Komuniti Ayam Brand 2021. Kami sentiasa percaya bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati. Oleh itu, kami komited dalam mendekati komuniti dan berkongsi pengetahuan kesihatan yang penting. Kita perlu mula mengajar golongan muda berkenaan amalan kehidupan sihat, khususnya ketika pandemik. #SukuSukuSeparuh mudah difahami dan diikuti golongan dewasa mahupun kanak-kanak untuk mereka menjalani hidup yang lebih baik. Kami dapati pendekatan secara maya acara ini membenarkan mereka yang pemalu untuk bertanya soalan di ruang chat, seterusnya memaksimumkan pemahaman mereka," kata Cik Rushada Adiba Ismail, Pakar Pemakanan Kanan di Hospital Pakar KPJ Damansara.

Pasukan Pemakanan KPJ Damansara juga mengadili pertandingan Pamerkan Pinggan Sihat Anda yang memperlihatkan pasukan-pasukan dari setiap rumah amal menyediakan hidangan sihat berpandukan konsep #SukuSukuSeparuh. Tiga pasukan teratas di setiap negeri akan menerima trofi kemenangan, sijil penyertaan  dan pek lunchbox peribadi.


Arianna Natasha, Pengasas Arianna Kitchen dan pencipta kandungan terkenal yang berusia 18 tahun, terbukti merupakan mentor yang terbaik untuk kanak-kanak terbabit. Dengan jarak usia yang tidak jauh daripada mereka, beliau telah menjadi contect creator selama 5 tahun dan mempunyai hampir 4000 pengikut atau followers di Instagram. Mempelajar kemahiran mencipta kandungan sendiri, Arianna telah memastikan bengkel #AyamFutureCreator menarik dan mudah diikuti para peserta muda. 

"Jika program seumpama ini ada ketika saya mula menjadi content creator, tentunya ia dapat membantu saya daripada membuat banyak kesilapan. Oleh itu, saya amat gembira untuk menjadi mentor kepada  content creator generasi baru dan usahawan menerusi program #AyamFutureCreator. Membentuk kandungan yang menarik melibatkan usaha keras yang memerlukan kemahiran, kesabaran dan kreativiti. Ia boleh menjadi permulaan kerjaya dan perniagaan bagi kanak-kanak ini, sekali gus membantu menjana pendapatan kepada mereka. Saya amat gembira melihat perkembangan mereka hari ini," ujar Arianna sambil memaklumkan bahawa sandwich Ayam Brand merupakan antara snek terawal beliau pelajari semasa kecil. 

Peraduan #AyamFutureCreator memerlukan kumpulan kanak-kanak menghasilkan sebuah video masakan selama 1 hingga 3 minit dengan menggunakan rangkaian produk Ayam Brand dan prinsip Pinggan Sihat Malaysi#SukuSukuSeparuh, berdasarkan tutorial oleh Arianna. Kanak-kanak terlibat perlu merakam, edit, tag, meletakkan tanda pagar dan mempromosikan video mereka di laman sosial untuk mengasah kemahiran sebagai pencipta kandungan. Arianna, pasukan Ayam Brand dan Pakar Pemakanan KPJ Damansara akan menentukan para pemenang yang berpeluang memenangi pelan simpanan SSPN PTPTN yang berjumlah RM6,000.

“Sebagai langkah mematuhi SOP yang ditetapkan, kami tidak menganjurkan sebarang acara sejak tercetusnya pandemik Covid-19. Tentunya kanak-kanak amat gembira apabila kami mengaturkan acara maya  #AyamBersamaMu. Mereka amat menyukai bengkel #SukuSukuSeparuh kerana dapat mempelajari perancangan pemakanan, para dewasa juga menyukainya. Mereka sukakan bengkel  #AyamFutureCreator kerana kesemuanya ingin menjadi pencipta kandungan yang terkenal suatu hari nanti. Kami berterima kasih kepada Ayam Brand™  kerana menyokong pihak NGO bertahun-tahun lamanya. Kami amat gembira kerana terpilih menerima bekalan produk Ayam Brand selama dua bulan, khasnya pada ketika ini sumbangan adalah amat terhad. Kami amat menghargai Ayam Brand™ kerana sentiasa bersama kami dan menjaga kebajikan komuniti,” jelas Cik Phoebe Tan dari Pusat Jagaan Superkids.


“Saya perlu memakan lebih sayur, buah-buahan, protein dan Omega-3 untuk jadi lebih sihat, tinggi dan kuat. Saya rasa saya mampu menang pertandingan #AyamFutureCreator dan memulakan perniagaan macam Kak Ary. Terima kasih Ayam Brand kerana membantu saya menjadi pencipta kandungan!” kata salah seorang peserta.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan kempen CSR #AyamBersamaMu dan program #AyamFutureCreator, layari laman https://www.ayambrand.com.my atau https://www.facebook.com/ayambrandmalaysia.



No comments:

Post a Comment

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com