Sunday, September 30, 2018

Pengalaman Setahun Sepuluh Bulan dengan Braces

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hai semua!

Lama gila tak menulis dalam ni. Terlalu sibuk sampai malas nak bukak lappy. Internet pun dah tak ada sebab Cik Timm dah terminate YES punya Broadband. Nak berjimat sikit dan nak tukar pakai telco lain pulak.

Untuk post mengenai braces kali ni Cik Timm nak rangkumkan 3 sekali appointment yang dah pergi. Dari 11 dan 27 Ogos dan 25 September 2018. 



11.08.2018 - Bulan Ogos tu dua kali sebab bulan Julai tu memang tak ada appointment sebab Doktor pi umrah kalau tak silap. Bayar setiap appointment macam biasa, memang RM200. Tukar getah baru je, ambil warna putih, baru seminggu getah dia bertukar warna kuning dah. Haha! Dah macam t**k gigi. 


27.08.2018 - Appointment kali ini cuma bayar RM100 sebab pakai powerchain dekat bahagian atas je. Bawah getah biasa. Tapi ada dua powerchain, besi twist & elastik powerchain. Memang sakit dari biasa. Lagi banyak pressure yang diletak sebab bulan depan Doktor nak pasang bracket di gigi geraham. 


25.09.2018 - The most pain ever selepas appointment ni. Walaupun powerchain atas sahaja tapi punya sakit mulut minggu ni. Sakit sebab ulser (mata ikan) dekat bibir depan bawah. Lepas tu dengan 4 bracket baru dipasang atas dan bawah gigi geraham. Memang sakit sementara nak adapt, nak makan memang susah sebab gigi geraham tu dikacau. Allahu..sabarlah..lagi 6 bulan lagi kalau paling cepat pun. 

Sakit sebab kalau ulser je mesti bibir tu bengkak macam angelina jolie. Rasa bibir tu tegang je. Sentiasa letak vaseline sebab kalau kering sangat nanti pecah & berdarah. Air suam minum dekat 3 botol pun tak jalan, rasa badan panas je. Dah la tempat kerja baru ni panasnya ya ampun, sampai rasa nak bebal!
Read More

Tuesday, September 04, 2018

3 Tempat Menarik Di SEEngapore Dengan Traveloka Promotion

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Dah lama sebenarnya Cik Timm tak cuci poket dengan bercuti atau travel. Last bercuti bulan Mac lepas di Krabi. Hari tu naik ke utara untuk bercuti, rasa macam nak turun ke selatan pula untuk bercuti, iaitu SINGAPORE! Sebelum bercuti kita mesti rancang dulu perjalanan untuk memastikan percutian kita lebih terisi dan teratur. Jom Cik Timm nak share dengan anda semua 3 senarai tempat yang wajib singgah jika bercuti di SEEngapore!


Merlion Park
Sumber: expedia.sg
Rasanya tak sah kalau bercuti di Singapura tapi tidak bergambar di Merlion Park. Apa yang menarik adalah patung singa mistik yang berekor ikan berwarna putih yang memancutkan air pancut dari mulutnya. Nama “Merlion” juga adalah combinasi dari ‘mer’ yang bermaksud laut dan ‘lion’ adalah singa. Bahagian ikan melambangkan perkampungan nelayan yang merupakan kehidupan asal Singapura pada zaman dahulu. Manakala kepala singa dari nama Singapura sendiri iaitu ‘kota singa’. Boleh dikatakan semua cenderahati yang Cik Timm dapat dari kawan yang baru bercuti di sana mesti kasi fridge magnet atau keychain yang berbentuk patung singa ni. Sekali tengok bentuk patung ni kita dah tau itu adalah trademark Singapura! Merlion Park juga terletak di One Fullterton, berdekatan dengan Central Business District (CBD).


Gardens by the Bay

Sumber: gardenbythebay.com


Tempat kedua yang unik dan wajib berkunjung adalah Garden by the Bay. Tempat ini unik kerana mempunyai bangunan atau struktur seperti di dunia fantasi. Kawasan ini merupakan taman yang terbesar yang menyediakan horikultur dan mengetengahkan seni taman dari tumbuh-tumbuhan yang tumbuh di tempat sejuk sehingga ke hutan hujan tropika. Garden of the Bay terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Bay South yang mempunyai keluasan yang paling besar yang menempatkan Flower Dome. Kedua ialah Bay East dan Bay Central yang menghubungkan antara Bay South dan Bay East.

Sumber: gardenofthebay

Bangunan yang dibina tampak seperti pokok adalah Supertree Grove. Dianggarkan mempunyai ketinggian bangunan 16 tingkat yang memberi perlindungan kepada pengunjung di waktu siang dan mengeluarkan lampu dan bunyi pada waktu malam. Selain itu, anda boleh ke OCBC Skyway iaitu jambatan yang menghubungkan supertree. Di situ anda boleh menikmati pemandangan kawasan di taman tersebut dan Marina Bay. Untuk maklumat lebih lanjut boleh ke websiteini, sebab banyak gila tempat yang menarik dekat sini.


Universal Studios Singapore
Sumber:iCosmos


Tak perlu jauh-jauh sehingga ke luar negara untuk berkunjung di taman tema filem Hollywood! Universal Studios Singapore terletak di Resort World Sentosa yang merupakan taman tema filem Hollywood pertama dibuka di Asia Tenggara. Dengan keluasan 20 Hektar persegi, terdapat pelbagai aktiviti mencabar seperti 24 jenis rides yang macam roller coaster tu, persembahan secara live, dan juga dapat bergambar karakter filem Hollywood kegemaran anda. Sesuai juga untuk golongan yang sukakan aktiviti yang mencabar. Cik Timm memang layan cerita dari Hollywood ni, dari cerita animasi sampai ke cerita seram. Memang layan! Taman tema juga menyediakan 7 zon tempat bertema dan semuanya diiinspirasikan dari blockbuster movie dan cerita televesyen. Antaranya adalah Hollywood, New York, Sci-Fi City, Ancient Egypt, The Lost World, Far Far Away (dari cerita Shrek!) dan Madagascar! Mudah kan? Dekat Singapore pun ada.


Jom ke Singapura dengan Traveloka


Traveloka merupakan satu platform yang menyenangkan kerja anda untuk bercuti. Dengan Traveloka yang menawarkan kemudahan percutian ke Singapura sebagai “one-stop travel app”. Dapatkan diskaun hebat dari Traveloka dengan RM50 flat rate discount untuk penerbangan pergi dan balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia untuk ke Singapore dengan menggunakan Traveloka sama ada melalui laman web atau aplikasi menggunakan kupon GOSG. Tawaran potongan tempahan hotel juga diberikan sehingga 20% di Singapore, malah kupon tidak diperlukan. Jangan lepaskan peluang untuk menempah di Traveloka Promotion untuk percutian ke SEEngapore!


Syarat-syarat dan Cara Membuat Tempahan

1.      Promosi MYR50 ini hanya sah untuk penerbangan pergi dan balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia dalam satu booking ID.

2.      Pilih penerbangan dan gunakan kupon kod “GOSG” sewaktu pembayaran.

3.      Pilih hotel yang mempunyai diskaun 20% dari harga asal daripada senarai hotel yang terlibat.

4.      Tempoh tempahan adalah: 1 September – 30 September 2018 (Subject to change)

5.      Tempoh perjalanan: Bila-bila masa atau ANYTIME!


Antara Kelebihan Menggunakan Traveloka

1.      Lebih banyak pilihan untuk anda memilih dan membuat perbandingan tiket kapal terbang diantara pelbagai syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines, AirAsia, Firefly, Malindo Air dan sebagainya. Route perjalanan kapal terbang juga boleh mencecah lebih 100,000 laluan di Asia Pasifik termasuk di Eropah.

2.      Tiada caj tambahan. Semua harga adalah termasuk cukai, caj dan yuran pembayaran. Dan pastinya tiada caj tersembunyi!

3.      Perisian canggih yang memastikan anda mendapat harga, tempoh bercuti, masa transit dan tiket kapal terbang yang terbaik.

4.      Transaksi pembelian online yang selamat. Portal ini memastikan online banking anda terlindung dan dikawal oleh RapidSSL AUTHORIZED TECHNOLOGY. Segala pembayaran dan transaksi anda akan dihantar terus ke email anda.

6.      Terdapat pelbagai pilihan pembayaran yang anda boleh pilih. Anda boleh menggunakan Kad Kredit atau Debit, Online Banking atau di 7-Eleven tanpa caj tersembunyi.

Jadi apa lagi yang anda tunggu, jom tempah sekarang dan rancang perjalanan cuti anda ke SEEngapore atau Kota Singa.
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com