Dah lama sebenarnya Cik Timm tak cuci
poket dengan bercuti atau travel. Last bercuti bulan Mac lepas di Krabi. Hari
tu naik ke utara untuk bercuti, rasa macam nak turun ke selatan pula untuk
bercuti, iaitu SINGAPORE! Sebelum bercuti kita mesti rancang dulu perjalanan
untuk memastikan percutian kita lebih terisi dan teratur. Jom Cik Timm nak
share dengan anda semua 3 senarai tempat yang wajib singgah jika bercuti di
SEEngapore!
Merlion Park
Sumber: expedia.sg |
Rasanya
tak sah kalau bercuti di Singapura tapi tidak bergambar di Merlion Park. Apa
yang menarik adalah patung singa mistik yang berekor ikan berwarna putih yang
memancutkan air pancut dari mulutnya. Nama “Merlion” juga adalah combinasi dari
‘mer’ yang bermaksud laut dan ‘lion’ adalah singa. Bahagian ikan melambangkan
perkampungan nelayan yang merupakan kehidupan asal Singapura pada zaman dahulu.
Manakala kepala singa dari nama Singapura sendiri iaitu ‘kota singa’. Boleh
dikatakan semua cenderahati yang Cik Timm dapat dari kawan yang baru bercuti di
sana mesti kasi fridge magnet atau keychain yang berbentuk patung singa ni.
Sekali tengok bentuk patung ni kita dah tau itu adalah trademark Singapura!
Merlion Park juga terletak di One Fullterton, berdekatan dengan Central
Business District (CBD).
Gardens by
the Bay
Sumber: gardenbythebay.com |
Tempat
kedua yang unik dan wajib berkunjung adalah Garden by the Bay. Tempat ini unik
kerana mempunyai bangunan atau struktur seperti di dunia fantasi. Kawasan ini
merupakan taman yang terbesar yang menyediakan horikultur dan mengetengahkan
seni taman dari tumbuh-tumbuhan yang tumbuh di tempat sejuk sehingga ke hutan
hujan tropika. Garden of the Bay terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Bay South
yang mempunyai keluasan yang paling besar yang menempatkan Flower Dome. Kedua
ialah Bay East dan Bay Central yang menghubungkan antara Bay South dan Bay
East.
Sumber: gardenofthebay |
Bangunan yang dibina tampak seperti
pokok adalah Supertree Grove. Dianggarkan mempunyai ketinggian bangunan 16
tingkat yang memberi perlindungan kepada pengunjung di waktu siang dan
mengeluarkan lampu dan bunyi pada waktu malam. Selain itu, anda boleh ke OCBC
Skyway iaitu jambatan yang menghubungkan supertree. Di situ anda boleh
menikmati pemandangan kawasan di taman tersebut dan Marina Bay. Untuk maklumat
lebih lanjut boleh ke websiteini, sebab banyak gila tempat yang menarik dekat sini.
Universal
Studios Singapore
Sumber:iCosmos |
Tak perlu jauh-jauh sehingga ke luar negara untuk berkunjung di taman tema filem Hollywood! Universal Studios Singapore terletak di Resort World Sentosa yang merupakan taman tema filem Hollywood pertama dibuka di Asia Tenggara. Dengan keluasan 20 Hektar persegi, terdapat pelbagai aktiviti mencabar seperti 24 jenis rides yang macam roller coaster tu, persembahan secara live, dan juga dapat bergambar karakter filem Hollywood kegemaran anda. Sesuai juga untuk golongan yang sukakan aktiviti yang mencabar. Cik Timm memang layan cerita dari Hollywood ni, dari cerita animasi sampai ke cerita seram. Memang layan! Taman tema juga menyediakan 7 zon tempat bertema dan semuanya diiinspirasikan dari blockbuster movie dan cerita televesyen. Antaranya adalah Hollywood, New York, Sci-Fi City, Ancient Egypt, The Lost World, Far Far Away (dari cerita Shrek!) dan Madagascar! Mudah kan? Dekat Singapore pun ada.
Jom ke Singapura dengan Traveloka
Traveloka
merupakan satu platform yang menyenangkan kerja anda untuk bercuti. Dengan
Traveloka yang menawarkan kemudahan percutian ke Singapura sebagai “one-stop
travel app”. Dapatkan diskaun hebat dari Traveloka dengan RM50 flat rate
discount untuk penerbangan pergi dan balik dari mana-mana lapangan terbang di
Malaysia untuk ke Singapore dengan menggunakan Traveloka sama ada melalui laman
web atau aplikasi menggunakan kupon GOSG. Tawaran potongan tempahan hotel juga
diberikan sehingga 20% di Singapore, malah kupon tidak diperlukan. Jangan lepaskan
peluang untuk menempah di Traveloka Promotion untuk percutian ke SEEngapore!
Syarat-syarat
dan Cara Membuat Tempahan
1. Promosi MYR50 ini hanya
sah untuk penerbangan pergi dan balik dari mana-mana lapangan terbang di
Malaysia dalam satu booking ID.
2. Pilih penerbangan dan
gunakan kupon kod “GOSG” sewaktu pembayaran.
3. Pilih hotel yang mempunyai
diskaun 20% dari harga asal daripada senarai hotel yang terlibat.
4. Tempoh tempahan adalah: 1
September – 30 September 2018 (Subject to change)
5. Tempoh perjalanan:
Bila-bila masa atau ANYTIME!
Antara Kelebihan
Menggunakan Traveloka
1. Lebih banyak pilihan untuk anda memilih dan membuat perbandingan tiket kapal terbang diantara pelbagai syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines, AirAsia, Firefly, Malindo Air dan sebagainya. Route perjalanan kapal terbang juga boleh mencecah lebih 100,000 laluan di Asia Pasifik termasuk di Eropah.
2. Tiada
caj tambahan. Semua harga adalah termasuk cukai, caj dan yuran pembayaran. Dan
pastinya tiada caj tersembunyi!
3. Perisian
canggih yang memastikan anda mendapat harga, tempoh bercuti, masa transit dan
tiket kapal terbang yang terbaik.
4. Transaksi
pembelian online yang selamat. Portal ini memastikan online banking anda
terlindung dan dikawal oleh RapidSSL AUTHORIZED TECHNOLOGY. Segala pembayaran
dan transaksi anda akan dihantar terus ke email anda.
6. Terdapat
pelbagai pilihan pembayaran yang anda boleh pilih. Anda boleh menggunakan Kad
Kredit atau Debit, Online Banking atau di 7-Eleven tanpa caj tersembunyi.
Jadi apa lagi yang anda
tunggu, jom tempah sekarang dan rancang perjalanan cuti anda ke SEEngapore atau
Kota Singa.
wahhh, moga kin juga berkesempatan ke sana one day. hihi
ReplyDeletesyoknya teringin nak p
ReplyDeleteWah, cantiknya! Teringin nak pi...
ReplyDeleteTimm !!!! lets go Timm.. kan kita penah plan nak jalan2 rituuu sama2 =D
ReplyDeletetahun lepas gi singapore, tapi tak masuk lagi uss tu. nak kena gi lagi ni. boleh la guna kupon ni.memang berbaloi...
ReplyDelete