Wednesday, July 30, 2014

Cerita 1 Syawal, 2014


Bukak laman sosial, semua pakat-pakat upload gambaq beraya. Sakan sungguh, aku malu nak upload banyak-banyak. Tukaq profile picture dengan cover photo pun cukuplah. Hehe..gambaq akan diutamakan dalam blog!

Selesai solat raya, ada sesi bermaafan dan bergambar. Selfie-selfie tak wujud dalam rumah ni ya..
Inilah keluarga besar arwah Haji Omar + Hajah Salma. Pertama kali beraya ramai macam ni, kecoh 1 rumah!
2 kakak + 1 abang yang dah mendirikan rumah tangga.
Keluarga yang aku ada sekarang, entah sampai bila kami dapat berkumpul sekali macam ni. Panjang umur lagikah untuk kami berkumpul di Syawal akan datang?

Beraya sungguh aku di raya pertama, seharian beraya di Penaga, rumah adik-beradik mak di Seberang Prai. Balik dari sana lalu di highway, 80% pengguna di highway semua tengah beraya. Sebab, dengan kopiahnya, baju melayunya..seronok jugak kan..

Waktu raya inilah, kita beramai-ramai melawat sanak-saudara. Dapatlah kenal dengan lebih dekat adik beradik sendiri. Hari lain memang semua pakat-pakat sibuk dengan kerja dan sekolah. Ikatan silaturrahim pun dapat dijalinkan jugak. Alhamdulillah..

Hampa semua pulak macamana beraya kali ni?
p/s: jangan lupa juga kepada keluarga seislam kita di Gaza, semoga mereka terus tabah!
Read More

Friday, July 25, 2014

Resipi: Biskut Mazola aka Biskut Kacang


biskut mazola, biskut kacang,
Bahan-bahannya:
200g tepung gandum
150g gula aising (kalau nak kurang manis, kurangkan..)
1/4 sudu teh garam
200g kacang tanah (disagai dan diblender)
140ml minyak jagung

Hiasan:
1 telur merah + 2 sudu teh air
50g kacang tanah (disagai)

Cara membuatnya:
1. Campurkan tepung gandum + gula + garam + kacang dan kacau sebati. Tambahkan minyak jagung.

2. Panaskan oven 180 darjah slsius.

3. Bulatkan comel-comel, kalau nak dapatkan sama besar, gunalah scoop buah atau sudu. Tekan dengan kacang dan beruskan biskut dengan telur merah tadi.
Aku punya biskut ni hiasan dia kacang hancur sebab terlupa nak save untuk hiasan. Abang aku pi blender semua kacang T_T
Don't worry, tak ada masalah. Boleh ja guna kacang hancur untuk hiasan. No Problem, asalkan boleh ngap masuk perut!
Selamat Hari Raya semua rakan blogger!
Maaf zahir & batin seandainya aku pernah buat kuang ajaq dengan hampa ka, entry buat hampa terasa ka, komen bukan-bukan ka..
0-0 ya..*iklan TM
Read More

Thursday, July 24, 2014

CPUV Nuffnang ke-19


Rakuten iklan melekat di blog kelmarin. Alhamdulillah, duit raya mahsyuk lagi. 

 Rakuten? Apakah itu? Sesi menggoggle sekejap, rupanya portal Online Shopping. Selamat bershopping kalau anda klik. Sebab itu maknanya anda berminat nak godek apa yang dijual betul tak?

Agak sibuk hari ni sebab nak mencuci kubur arwah ayah, tok wan, mak tok, pak long & pak su di kampung sebelah.

Bubye!

Read More

Tuesday, July 22, 2014

Review: Safi Balqis White Trilogy |Serum|Gel Pengelupasan|Pencuci Muka


Lagi beberapa hari lagi kita akan menyambut Aidilfitri! Alamak, muka burn belum lagi recover. Nasib baik ada Safi Balqis White Trilogy..*sambil buat muka excited..

Dah macam iklan daa..

Alang-alang Watson buat sale sempena raya yang bakal menjelang, dapatlah aku beli extra care produk ni. Hari tu dah janji dalam entry ini kalau ada duit lebih nak beli.
safi balqis, safi, white trilogy
Nak beli serum sahaja, tapi alang-alang ada 15% less. Dapatlah grab gel pengelupasan sekali dan aku tak pernah guna sebelum ni sebab produk dulu punya tak ada pun.

1. Pembersih Muka
Ni sebenarnya dapat free sebab beli serum. Untung dah di situ! Semua tau kan macamana nak guna pembersih muka walaupun produk berlainan.

2. Serum Pencerah
Sebaiknya serum dipakai selepas kita mencuci muka dan memakai toner. Kalau pemalas macam aku, pakai serum selepas mencuci muka sebab waktu tu, pori muka kita terbuka. Serum ni lebih efektif dari krim biasa sebab tekstur molekul dia yang kecik comei senang masuk dalam kuit kita. Sesetengah orang pulak tak suka pakai krim sebab berminyak, tapi kalau serum lebih menyerap dan langsung tak berminyak!

3. Gel Pengelupasan
Aturan penggunaan, dia kata 3 kali dalam seminggu. Senang jugak nak guna, urutkan gel ni diseluruh muka dan leher. Nanti akan keluar macam daki tau. Lepas tu, cucilah muka dengan air bersih. Disebabkan aku pemalas nak turun naik ke bilik air, aku cuci dengan toner jer. Pastu pakai serum pulak.
*sangat suka sebab kulit jadi lembut je, hilang segala gerutu macam permukaan bulan tu..hehe..

i loike this new safi!

Selamat Mencuba
Nak tengok kelebihan produk ni? Silalah ke sini

p/s: Kesan kepada pengguna berbeza tau! Kalau sesuai dengan produk ini teruskan. Kalau tak bolehlah cuba produk lain yang bersesuaian. Yang penting perlu berani mencuba!*kalau kulit anda jenis tak sensitif
Read More

Monday, July 21, 2014

Iftar di Luar yuh!


Dah dua hari direct je aku berbuka di luar dengan abang. Dasat tahun ni, berbuka kat luaq je kerjanya. Sebagai adik yang baik kan sentiasa teman abang. Hahaha!

Dua hari lepas, mencuba char kuey tiaw kat Taman Selasih. Sebelum makan di sana, singgah bazar ramadan dulu. Aku teringin kebab, tapi habis pulak! Roti John pun boleh. Bang cik pulak sambaq chicken wings.
char kue tiaw, kulim, taman selasih
Lega dapat merasa char kue tiaw yang sedap. Harganya memang harga biasa, char kue tiaw special, RM5 je. 

Selesai berbuka, kami pusing semua bazar yang buka di sekitar Kulim. Orang sentiasa ramai untuk membeli, macam-macam barang ada. Semua dijual murah! Oh My!

Semalam pulak nak beli telur ja untuk buat kuih raya. Window shopping yang lama, aduhai. Seronok tengok orang shopping sempena raya. Hari minggu pulak, memang ramai! Tapi seronok sebab banyak offer. Pusing-pusing Pacific Megamall Bukit Mertajam, AEON Bukit Mertajam. Semua buat sale sempena raya. Rambang mata dibuatnya, nasib baik tak ada apa untuk dibeli pun. Semua dah ada..
AEON bukit mertajam
Jom berbuka pula dengan The Chicken Rice Shop! Tapi, semua tempat dah full booking, teringin punya pasal, kami takeaway saja makan di Food Court.
noodle set. healthy set
Abang mengidam betul nak makan Pai Tee, ala dalam gambaq yang ada 2 ketul macam kuih tu. Memang sedap pun! Kulit dia crunchy dan sedap, ditambah dengan intinya sengkuang memang sedap! Abang ambil Healthy Meal set, aku pulak meng'try' Noodle Meal set. Inilah pertama kali aku makan  makanan The Chicken Rice Shop ni. Mee hari dia memang lain dari Secret Recipe dan Old Town White Coffee sebab mee dia kecik macam mee kolok..

Alhamdulillah, kenyang. Balik rumah dengan kepenatan dan kekenyangan..

Anda sendiri kalau berbuka di luar suka makan di mana?
Read More

Saturday, July 19, 2014

Kenderaan Pertama Untuk Dimiliki


Takziah diucapkan kepada anak-anak kapal dan penumpang MH17. Sememangnya peristiwa ni memberi tamparan hebat kepada negara Malaysia. Semoga anda kuat Malaysia. Ujian besar untuk kita sempena di bulan Ramadan ni. Setiap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya..

Semalam aku ke kedai motor Hor Hong*kedai motor legasi, dari arwah ayah aku sampai ke anak bongsu dia pun berurusan kat sini. Abang nak tukaq lampu motor pecah. Alang-alang aku nak tengok motor sekali. Saya bukanlah golongan yang ada lesen kereta + tak berminat dengan kereta pun*buat masa sekarang. Sebelum ni, memang pilihan aku, motosikal budget antara:

1. Kriss MR1 dari Modenas

kriss, motorsikal, modenas
2. MR1 Sport dari Modenas

modenas, kriss
3. E Bonus 110 dari SYM

SYM,
4. Bonus 110 SR dari SYM
sym

Pusing-pusing 1 kedai motor, rambang pulak mata aku. Fikir punya fikir, untuk ciri-ciri keselamatan, aku tolak 1 dan 3 sebab tak ada sport rim. Sport rim ni untuk elakkan tayar cepat bocor dan senang untuk dicuci+styling la jugak. Harga antara 2 dan 4 pun lebih kurang jugak. 

Tapi mata aku rambang je tengok Bonus 110 SR ni..
Hor Hong Motors, kulim

Untuk kegunaan, aku dah sambaq 1 helmet. Lepas ni keluar tak payah pinjam dari Kak Ina lagi..
motorsikal

Aku beli helmet ni sebab helmet jenis ni lah yang berjaya selamatkan aku dari bersepai gigi waktu peristiwa ini dulu. Biar mahal, asal keselamatn terjamin..

Motosikal mana yang bakal menjadi milik aku? Tunggu...
Read More

Thursday, July 17, 2014

Resipi: Puding Karamel Gula Hangus



bahan-bahan

Bahan-bahannya:
Bahan A
250ml susu sejat
250ml air
3 biji telur
4 sudu besar gula kastor / gula pasir
1setengah sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanila

Bahan B
125gm gula pasir
4 sudu besar air

Cara-caranya:
1. Mula-mula masak gula pasir (Bahan B) sampai cair sikit, sentiasalah mengacau gula ni sebab sticky sangat. Pastu, baru masukkan air. Dah siap, masukkan dalam bekas yang kita nak kukuskan nanti. Tapi letaklah mentega dulu, senang nak keluarkan nanti.
bahan-bahan
2. Pukul telur sampai kembang. Masukkan gula kastor sikit-sikit sambil kacau.
bahan-bahan
3. Masukkan susu sejat + air + esen vanila dan terus kacau rata.
4. Tuangkan dalam bekas tadi, masukkan mentega jugak kat atas.
5. Kukuskan selama 20 minit. Siap kukus, boleh masukkan dalam peti ais.

bahan-bahan
Alhamdulillah, percubaan pertama jadi. Kesian, excited tersangat, sedangkan karamel jer pun kan.

Selamat Mencuba!

p/s: paling tak best kalau buat benda ni, nak mencuci gula hangus tu..jenuh cuci dengan air panas..



Read More

CPUV Nuffnang Ke-11 --> 18


Walaupun aku dah lama tak update blog, iklan Nuffnang tak pernah putus-putus. Alhamdulillah, lap u Nuffnang*muac-muac! macam nak tampo diri sendiri
Ini dipanggil update sekaligus. Hahaha! 

Iklan 11, Tesco Delivery Lab. Macam tau-tau je sepanjang aku bercuti ni memang aku dah jadi pelanggan tetap Tesco. Pi beli barang-barang nak buat kuih rayalah. Mana tidaknya, Buttercup murah tau! Memboronglah mentega ni banyak-banyak sementara murah.

Tadi buka blog, sempatlah tengok ada iklan Dove Hairfall Rescue melekat.
Pastu, Oldtown True White Coffee. Lama dah aku tak pekena mee kari Old Town yang semangkuk besaq yang sedap tu. Slrupp..*opss, bulan puasa..terembes aiq liuq pulak

Tetiba Kastam Malaysia muncul. Yang aku tau selalu jumpa Kastam kalau di airport. Kalau nak masuk atau keluar Sarawak pun kena pi kaunter Imigresen. Lepas ni, tak ada dah. Alhamdulillah.

Woku Doku Campaign? Seriusly aku memang tak tau ni benda apa. Silalah muncul iklannya yer..

Terakhir, uMobile Prepaid Free Meal. uMobile ni rajin betul mai singgah iklan di sini. Hari tu pun dah ada jugak.

Rezeki di bulan Ramadan nampaknya. Alhamdulillah duit raya!
Read More

Wednesday, July 16, 2014

Resipi: Som Tam


som tam, makanan thailand
Som Tam ni adalah makanan dari Thailand~

Bahan-bahannya:
Betik muda / mangga muda
Lobak merah
Bawang merah besar
Bawang putih
Tomato
Cili api
Belacan
Ikan bilis (digoreng)
Gula (dikisar)
Udang kering
Sos ikan
Jus limau 
Badam / kacang tanah disagai (goreng tanpa minyak)

Cara membuatnya:
1. Betik muda + lobak merah diparut, bawang merah besar dipotong.
2. Boleh gunakan lesung batu / lesung khas dari Thailand / gaul-gaul / bahan kitar semula macam yang aku guna ni*pasu bekas simpan garam mak+rolling pin buat kuih . HAHA!
3. Ketuk bawang putih + cili padi + bawang merah besar + belacan + gula halus + sos ikan + jus limau. Agak-agak cili padi dah pecah dah, masukkan lobak merah + betik muda. Ketuk-ketuk sampai betik muda tu dah serap segala cecair dalam tu, + badam + ikan bilis + udang kering. Ketuk-ketuk..
4. Siap dihidangkan. Sedap makan dengan nasi putih panas.

som tam, thailand, makanan

Selamat Mencuba!
p/s: aku dah bertukar kepada yes! Alhamdulillah laju!
Read More

Tuesday, July 15, 2014

Rindu Mr. B


Minta maaf kepada kawan-kawan blogger sebab dah lama tak update. Semua ni punca sebab Maxis broadband ni hah. Kawasan rumah aku tak ada line langsung. 

Akhirnya setelah 3 MINGGU bersabar, aku dah potong line maxis. Aku sekarang online guna mobile broadband sahaja. Paham-pahamlah kan, bukannya nak laju macam broadband. Sekadar untuk bukak blog kalau ada komen, facebook, ..blablabla..
yes broadband
InSyaAllah dalam minggu ni aku akan bertukar kepada rangkaian broadband YES. Sebab, secara kebetulan, YES dah pasang tiang dia belakang kampung aku. Nanti aku buat review ya. Kalau tak ada line jugak aku speechlesslah gayanya..

Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran semua!

+ aku rindu kawan-kawan blogger jugak!
Read More

Tuesday, July 01, 2014

Mastura Busuk!


Selepas salam dengan mak, benda kedua aku buat, cari budak gemuk Mastura. Mastura? Siapa tu? Adik ke? Bukan..
kucing, mastura, domestic longhair cat
Makin membesaq budak ni, sedangkan dulu dialah yang paling teruk sakit + kurus..

Dia ni perangai tak suka dibelai, kecuali kalau dia sendiri yang datang meleser, baru boleh gosok-gosok. Punyalah ganas, tak padan dengan betina! Eii, tumbuk baru tau..

Grr..tiap-tiap malam, naik bilik tingkat atas untuk main lidi.
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com