Dah dua hari direct je aku berbuka di luar dengan abang. Dasat tahun ni, berbuka kat luaq je kerjanya. Sebagai adik yang baik kan sentiasa teman abang. Hahaha!
Dua hari lepas, mencuba char kuey tiaw kat Taman Selasih. Sebelum makan di sana, singgah bazar ramadan dulu. Aku teringin kebab, tapi habis pulak! Roti John pun boleh. Bang cik pulak sambaq chicken wings.
Lega dapat merasa char kue tiaw yang sedap. Harganya memang harga biasa, char kue tiaw special, RM5 je.
Selesai berbuka, kami pusing semua bazar yang buka di sekitar Kulim. Orang sentiasa ramai untuk membeli, macam-macam barang ada. Semua dijual murah! Oh My!
Semalam pulak nak beli telur ja untuk buat kuih raya. Window shopping yang lama, aduhai. Seronok tengok orang shopping sempena raya. Hari minggu pulak, memang ramai! Tapi seronok sebab banyak offer. Pusing-pusing Pacific Megamall Bukit Mertajam, AEON Bukit Mertajam. Semua buat sale sempena raya. Rambang mata dibuatnya, nasib baik tak ada apa untuk dibeli pun. Semua dah ada..
Jom berbuka pula dengan The Chicken Rice Shop! Tapi, semua tempat dah full booking, teringin punya pasal, kami takeaway saja makan di Food Court.
Abang mengidam betul nak makan Pai Tee, ala dalam gambaq yang ada 2 ketul macam kuih tu. Memang sedap pun! Kulit dia crunchy dan sedap, ditambah dengan intinya sengkuang memang sedap! Abang ambil Healthy Meal set, aku pulak meng'try' Noodle Meal set. Inilah pertama kali aku makan makanan The Chicken Rice Shop ni. Mee hari dia memang lain dari Secret Recipe dan Old Town White Coffee sebab mee dia kecik macam mee kolok..
Alhamdulillah, kenyang. Balik rumah dengan kepenatan dan kekenyangan..
Anda sendiri kalau berbuka di luar suka makan di mana?
fuhhh lama tak makan cha koteowww... terliur pulak aih TT_____TT
ReplyDeletewahh sedap sedap sedap
ReplyDeletesedapnyeeeee..char kuey tiaawwww.. i loike !!!..xpeabg nak belanja adik ..rezeki jgn ditolak..hehe..
ReplyDeletesedapnye
ReplyDeletesalam. wahhh..sedap tu...
ReplyDeletesampaikan salam dengan cik abang tu ya..hahahhah gurau :P
nk isi borg jadi kak ipaq ka? buley..hehe..
Delete