Thursday, July 17, 2014

Resipi: Puding Karamel Gula Hangus



bahan-bahan

Bahan-bahannya:
Bahan A
250ml susu sejat
250ml air
3 biji telur
4 sudu besar gula kastor / gula pasir
1setengah sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanila

Bahan B
125gm gula pasir
4 sudu besar air

Cara-caranya:
1. Mula-mula masak gula pasir (Bahan B) sampai cair sikit, sentiasalah mengacau gula ni sebab sticky sangat. Pastu, baru masukkan air. Dah siap, masukkan dalam bekas yang kita nak kukuskan nanti. Tapi letaklah mentega dulu, senang nak keluarkan nanti.
bahan-bahan
2. Pukul telur sampai kembang. Masukkan gula kastor sikit-sikit sambil kacau.
bahan-bahan
3. Masukkan susu sejat + air + esen vanila dan terus kacau rata.
4. Tuangkan dalam bekas tadi, masukkan mentega jugak kat atas.
5. Kukuskan selama 20 minit. Siap kukus, boleh masukkan dalam peti ais.

bahan-bahan
Alhamdulillah, percubaan pertama jadi. Kesian, excited tersangat, sedangkan karamel jer pun kan.

Selamat Mencuba!

p/s: paling tak best kalau buat benda ni, nak mencuci gula hangus tu..jenuh cuci dengan air panas..



16 comments:

  1. Suke jugak..sedap..wangi..lemak n manis.. tolong buatkan la ek? :D

    ReplyDelete
  2. salam. nice sharing dear..nanti kita cuba ya hehe

    ReplyDelete
  3. umr..dapnyee.mesti lembut je msuk kat ank tekek bi ..hehe

    ReplyDelete
  4. lameee tak makan puding.. panas panas ginikan.. keluar dari peti sejuk.. perhhh.. ehhh puasa. haha

    ReplyDelete
  5. Hanis suka sangat siap mintak buatkan lg..mama dia buat itu hari gula tu terlebih hangus....oait sikit tapi habis jugak, simple tp pcl pon x reti nak buat.. :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang je PCL..hehe..gula hangus tu lah yg leceh sikit..huhu..

      Delete
  6. CN suka bnda ni, tp tak pernah buat sndiri, snang jer..hehe

    ReplyDelete
  7. sedap ni..dah lama tak buat puding caramel..

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com