Wednesday, March 28, 2018

Pentingnya Tempat Penginapan Terbaik Semasa Bercuti

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua!

Cik Timm masih lagi dalam mood penat bercuti. Melampau sangat bulan Mac ni tau. Bercuti sakan, dari Lost World of Tambun, Perak. Berehat sekejap dalam 3 hari sebelum bercuti lagi ke Krabi, Thailand. Kepada yang follow Cik Timm di Instagram boleh tengok gambar-gambar menarik yang dikongsi semasa di sana. Cerita full story dalam blog masih dalam pembikinan. Tunggu sekejap ye, bagi Cik Timm fully rest baru best nak cerita!


Untuk merancang percutian, tempat penginapan merupakan list pertama untuk kita settle, betul tak? Tempat penginapan yang ada disediakan di tempat percutian termasuk jenis homestay, hotel, chalet, motel, hostel dan sebagainya. Dari pengalaman Cik Timm yang suka bercuti ni, tempat penginapan semasa kita bercuti sangatlah penting. Tempat penginapan dianggap seperti rumah kedua kita apabila bercuti. Manakan tidak, ia merupakan tempat untuk kita berehat, mandi dan tidur.


Cik Timm nak kongsikan sedikit tips memilih tempat penginapan semasa melancong;


Tips Memilih Tempat Penginapan


1.      Budget murah atau mahal
Ini memang hampa kena sepakat membawa berkat dengan kawan-kawan travel korang. Pastikan hampa dah planning berapa budget untuk tidur semalam. Lagi ramai boleh disumbat dalam bilik lebih jimat. Contoh macam Cik Timm ke Krabi tu, bilik punya besar, rasa macam rugi pulak ambil dua bilik. Satu bilik tapi request extra bed pun dah banyak save dekat situ. Tapi lebih selesa kalau tak terlalu crowded dalam satu bilik. Pokoknya hampa pakat-pakat sepakat dengan rakan-rakan travel tau.

2.      Lokasi pilihan
Sepanjang Cik Timm travel, lokasi pilihan sentiasa tepat dan memudahkan. Contohnya, kalau hampa suka pantai boleh pilih hotel yang berdekatan pantai, senang nak jalan-jalan ke pantai. Waktu di Krabi, hotel tak terlalu dekat, tak terlalu jauh dengan pantai. Sedang-sedang je, kami pilih hotel tu pun sebab dekat dengan masjid dan senang untuk mencari makanan halal di kawasan tersebut.

3.      Kemudahan yang disediakan
Hotel yang kami pilih hari tu memang tepat. Ada hotel budget yang menyediakan kemudahan basic dengan menyediakan tuala dan sabun. Selain itu, ada juga hotel yang menyediakan extra servis macam peti besi untuk menyimpan barangan penting. Cik Timm suka dengan hotel yang ada balkoni kalau nak bercuti ke pulau atau pantai. Sebab senang untuk menyidai baju yang basah tu. Orang gila pantai memang seronok nak berendam setiap masa. Baju sentiasa nak bertukar ganti sebab basah.



4.      Menempah awal
Untuk selamat, boleh menempah sebulan awal. Rajin-rajinkan juga semak laman web atau website yang membandingkan harga paling murah. Contohnya Traveloka yang sentiasa menyediakan promosi hotel atau tiket penerbangan yang murah. Selain itu, kalau waktu anda bercuti tu peak season tak pasal-pasal semua hotel full booking ataupun bilik yang anda idamkan tak dapat ditempah.

5.      Senang mencari tempat makanan
Sebaiknya kita memilih tempat penginapan yang berdekatan dengan kedai atau restoran makanan. Tambahan pula kalau bercuti di luar Negara, pemilihan tempat penginapan yang mempunyai makanan halal merupakan satu faktor penting tau. Jadi, sebelum memilih hotel, gunakan aplikasi google maps untuk senaraikan premis restoran makanan, kedai runcit, mesin ATM ataupun money changer. Selain memudahkan anda untuk merancang, ia juga dapat membantu di saat ada menghadapi apa-apa kecemasan kalau duit tak cukup ataupun tiba-tiba anda demam. Sekurang-kurangkan anda dah tau jarak perjalanan kalau nak ke sesuatu tempat.


Bercuti di dalam Negara atau luar Negara pun sama je. Asalkan kita sendiri yang pandai well-planned supaya percutian kita menjadi satu kenangan yang terindah!

Jom Cik Timm nak berkongsi salah satu tempat penginapan yang menarik dan anda berpeluang untuk merasainya jika bercuti di Melaka.
melaka

Novotel Hotel & Resort Melaka
novotel, melaka, hotel, resort


Novotel Melaka merupakan sebuah 4-Bintang Hotel yang terletak di tengah-tengah kota bersejarah Bandar Melaka. Menyediakan sejumlah 351 bilik yang menjanjikan pemandangan Selat Melaka dan sekitarnya. Selain itu, pelbagai kemudahan disediakan untuk para pengunjung seperti 4 jenis pilihan bilik, bilik mesyuarat atau meeting room, dewan ballroom yang besar untuk event perkahwinan dan juga mereka menyediakan makanan terbaik termasuk dari hidangan Baba & Nyonya.


novotel, melaka, hotel


Apa yang best dan menarik jika ingin bercuti di Melaka?

1.      Kota A’ Famosa
2.      Menara Taming Sari
3.      Melaka River Cruise
4.      The Stadthuys
5.      Masjid Selat

Sebenarnya banyak lagi tempat menarik yang boleh dikunjungi jika hampa semua bercuti di Melaka, Bandaraya Bersejarah ini. Senarai di atas tu pun antara tempat yang Cik Timm dah pernah jejak. Bercuti ke Melaka pun sekadar jalan-jalan cuti mata sebab menghadiri kenduri akikah anak saudara. Nampaknya lepas ni kena bercuti lagi sekali di Melaka sebab banyak lagi tempat menarik belum sempat dicuba! Boleh try menginap di Novotel Melaka. Review dari pelanggan pun rata-ratanya sangat berpuas hati dengan khidmat yang mereka berikan. Boleh masuk dalam list travel untuk masa yang akan datang ni!

Diharap perkongsian kali ini dapat membantu anda untuk merancang percutian. Bercuti memang menyeronokkan kalau anda pandai merancang dan menyusun aktiviti. Sentiasa semak harga promosi yang disediakan oleh website yang terpilih.

Selamat Bercuti!
Read More

Saturday, March 24, 2018

Semuanya tentang braces!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua!

Lama tak godek 'search keywords' dalam blog ni. Rupanya semua 80% berkenaan braces. 


Cik Timm bukannya pandai sangat bab braces ni. Cuma suka membaca dan tanya doktor gigi yang selalu rawat ni. Semuanya pengalaman sendiri. Cik Timm nak rumuskan sekali lagi soalan yang hampa semua cari..

Harga Braces

Setiap klinik berlainan harga, depend pada anda sendiri untuk memilih klinik yang anda rasa sesuai dan selesa. Macam Cik Timm punya rawatan, ada yang kata terlalu mahal. Lepas tu, bagitau ada klinik yang lebih murah. 

Harga braces depend pada pakej rawatan tau. Ada yang biasa dan juga yang mahal. Macam Cik Timm punya jenis 'self-ligating'. Rawatan yang lebih cepat dari braces 'conventional' yang biasa. Untuk keterangan lanjut boleh check dekat sini, Cik Timm sentiasa update setiap bulan. Bukannya apa, untuk catatan diri sendiri juga. Boleh juga dijadikan panduan untuk orang lain yang nak mencuba rawatan braces. 

Klinik Pergigian Doktor Juliana atau KPDJ dipilih sebab doktornya perempuan. Kurang segan kalau nak bukak mulut luas-luas. Semuanya bergantung pada diri anda masing-masing ya. Klinik ni pun sentiasa ramai dengan pesakit perempuan. Sebab tu kalau Cik Timm ada appointment, pukul 7.30am dah tunggu untuk beratur walaupun klinik dibuka pukul 9am. Bayangkan betapa gigihnya sebab malas nak menunggu lama. 

Cabut Gigi Sakit?

Eheh, bohong kalau kata tak sakit. Tapi tak sakit sangat pun, sakit waktu doktor nak cucuk ubat bius je. Fuh, terasa ngilu jer. Waktu cabut memang dah tak rasa apa sebab kebas. Lepas kesan ubat bius habis, ALLAHU sakit menyirap sampai ke kepala tau. Alamak, nanti lepas ni semua orang takut nak cabut gigi pulak! Nah Cik Timm kongsi tips mencabut gigi. Boleh baca dan tak payah takut lagi. Hihi..

Cara membersihkan retainer

Cik Timm masih belum pakai retainer tau. 

Sumber: google

Retainer tu apa? Retainer adalah sejenis besi atau plastik (alatan) yang dipakai pada gigi selepas rawatan braces selesai. Haa, selepas braces dibuka wajib untuk pakai retainer untuk kekalkan gigi yang dah teratur tu. Kalau tak pakai, gigi akan kembali kepada asal. Buat rugi je pasang braces memahal eh. 

Retainer tu boleh dibuka dan dipakai, bukan macam braces yang melekat dekat gigi. Mungkin maksud soalan tu cara untuk bersihkan gigi kalau berbraces kot. Cara bersihkan sama juga macam anda menggosok gigi, Cuma ada extra berus gigi comel yang anda boleh beli di drugstore macam Watsons atau Guardian. Waktu mula rawatan braces doktor ada bagi free. Tapi, sama juga macam berus gigi biasa. Kena sentiasa bertukar. 

Jangan lupa floss. Sangat penting sebab makanan sangat suka stuck di celah-celah gigi. Kadang-kadang 15 minit dok belek gigi kalau lepas makan. Extra effort sikit tau. Ada Cik Timm cerita dalam entry ini yer. 

Lama tak pakai braces ni?

Bergantung pada keadaan gigi masing-masing. Menerusi pembacaan Cik Timm, untuk seorang dewasa masa yang diperlukan untuk rawatan adalah selama 2 hingga 3 tahun. Untuk kanak-kanak atau remaja, masa yang diambil lebih cepat sebab keadaan fizikal gigi yang masih lembut dan mudah dibentuk. Jadi untuk dewasa macam Cik Timm ni ambil masa yang lama sedikit.  Cayok2!


Ada lagi tak soalan-soalan lain? InSyaAllah Cik Timm akan cuba bantu, itu pun kalau Cik Timm tau. Eheh..

Disclaimer: Cik Timm bukan seorang doktor gigi yang pakar dalam bidang ni, semuanya berdasarkan kepada pengalaman dan sumber pembacaan dari website kesihatan. Untuk keterangan lebih lanjut, sila berjumpa dengan doktor gigi ya!
Read More

Wednesday, March 21, 2018

Pengalaman Setahun Tiga Bulan dengan Braces

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



24.02.2018 - Dah bertukar kepada power chain balik. Cuba tengok perbezaan getah dekat gambar kat atas. Atas tu getah yang biasa, bawah warna hijau terang tu power chain. 

Azab pun lain, seminggu ngilu. Punyalah sengal-sengal, nasi memang tak sentuh sebab senang melekat celah-celah getah. Sekarang ni sentiasa bawak berus gigi comel tu ke mana-mana. Senang nak cuci kalau lepas makan. Malu kot kalau bersembang dengan orang, tiba-tiba ada benda asing melekat celah gigi.

Lepas tu minggu lepas gusi sebelah kiri macam bengkak sikit. Pantang berus gigi mesti berdarah. Minggu ni tengok bengkak dah surut dah. Baru ingat nak pi klinik sebab kadang-kadang sakit. 

Semoga tahun ni menjadi tahun terakhir untuk pakai braces ni. Rasa boring dah, huhu. Tadi menerusi pembacaan pun, maksimum untuk seorang dewasa mendapatkan rawatan ni dalam 24 bulan (2 tahun) sehingga 3 tahun. Tapi semua bergantung dengan individu sebab semua orang mempunyai gigi yang unik dan berlainan. 

Pejam celik pejam celik sekarang dah masuk bulan Mac, sebulan lebih sahaja lagi sebelum kita mula berpuasa. Jomlah kita pakat-pakat ganti puasa. Hihihi. 

Banyak sebenarnya benda masih pending. Aduhai, kenapa dengan Cik Timm ni! Allahu kembalikan diri ini yang sentiasa plan untuk setiap bulan punya aktiviti.

Bulan Mac tak ada appointment, terus skip bulan April. Stay Tune na!
Read More

Monday, March 19, 2018

Resipi | Mee Kari Simple ala OTWC

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hai semua, meh kita bersiaran lagi dengan #dapurciktimm . Buat masa lanie memang tak masuk dapur dah sebab kekangan masa dan badan penat tak habis-habis lagi. Asyik letih, balik kerja kadang-kadang tak makan pun. Perkara wajib adalah "TIDUR".

Bulan lepas tekak teringin sangat nak makan mee kari. Cari serata pasar malam dekat Kulim memang tak ada lagi orang jual mee kari, kalau mee kuah adalah. Mana sama mee kari dengan mee kuah. Mee kari ni selalunya sinonim dengan masakan cina kalau tak salah?

mee kari, resipi mee kari

Mai-mai Cik Timm share resepi mee kari senang gila versi campak-campak ikut tekak. Walaupun pertama kali buat, menjadi jugaklah. Itupun Abang Cik tolong sebab fail sikit Cik Timm bab-bab rempah kari ni..


Bahan-bahan;

resipi mee kari, bahan mee kari

Kuah mee kari;

2 paket kecil rempah kari daging Baba's
1 paket kecil rempah kari ayam Faiza
200gm isi ayam dipotong dadu
Sedikit leher ayam (takmau letak pun boleh)
2 ketul kiub ayam Knorr
3 sudu besar cili kisar
250ml santan pekat kotak
3 ulas bawang besar (kisar halus)
5 ulas bawang putih (kisar halus)
Sedikit halis (kisar halus)
1.5L air
Sebungkus fish cake dan fish ball digoreng sebentar sebelum dipotong bite saiz
Minyak masak secukupnya
Garam & gula


Cara-caranya;

resipi mee kari

1. Campurkan rempah dengan sedikit air.

2. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar tadi sampai naik bau.

3. Masukkan pes rempah dan cili kisar. Masak sampai rempah betul-betul masak.

4. Masukkan leher dan isi ayam dan masak sekejap.

5. Dah boleh letak garam dan gula.

6. Masukkan santan, air dan kiub ayam. Kacau sampai sebati, masak dengan api perlahan sampai mendidih.

7. Dah boleh masukkan fish cake dan fish ball. Kalau rasa kuah belum best, boleh tambahlah garam dan gula sampai rasa ok dengan tekak masing-masing.

Bahan-bahan;

Mee;

2 bungkus mee kuning dicelur
Sayur sawi dipotong dan dicelur
4 biji tomato dipotong wedges
Daun bawang dan ketumbar dipotong halus
2 biji kentang direbus sehingga empuk, dipotong dan digoreng garing
Tauhu kering dipotong kecil

mee kari, resipi mee kari

Dah siap semua, boleh ngap je. Pehh, memang mee kari ni rasa dia sama je dengan Old Town White Coffee or Secret Recipe. Terus rasa macam tak mau beli dekat luar dah. Sendiri masak pun dah jimat dan boleh makan berulang sampai kembung perut.

Kuah yang extra tu boleh buat cicah dengan roti or makan je dengan nasi. Settle, haha! Rasa macam tahun ni raya nak buat mee kari pulak. First come, first serve. Haha!

Beriya-iya sangat masak kan, sebab rasa macam loser gila bila tak reti masak. Rasa macam rendah diri pun ada sebab tak reti bab-bab dapur. Yelah, umur nak masuk 3series dah, masak pun tak reti. Mau tak risau mak tengok anak bongsu dia ni..

Disebabkan kesibukan kerja ni, Cik Timm cuma masak time weekend je. Itu pun kalau hujung minggu tu tak ada aktiviti lain. Tapi minggu ni memang tak masuk langsung. Nak goreng sebiji telur pun punya pemalas yang amat..

Apa punya turr la anak-anak dara zaman sekarang, hihi..
Read More

Sunday, March 18, 2018

Menang Souvenir dari Giveaway Kak SYM & Kak Sal

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hai semua! Lama sangat tak bersiaran dekat blog. Kelaut, kelangit, kebulan je mood mengupdate. Allahu pemalas ke?

Bukan, dah dua minggu Cik Timm sarat dengan bermacam aktiviti di hujung minggu. Sebab tu langsung tak sempat untuk buka lappy ni. Semalam punya Sabtu pun kirija, sebab tu badan lemau je sebab belum cukup rehat.




Hari tu Cik Timm ada join Giveaway dari Kak SYM dengan Kak Sal. Asalnya tak menang pun, tapi disebabkan penyertaan yang sangat meriah, depa pun menambah lagi hadiah. Cik Timm pun salah seorang yang menang.

Bertambah lagi koleksi key chain! Hari tu pernah dapat fridge magnet dari Korea juga tapi dari sis JM. Kali ni rezeki dengan mereka ni pulak, dapat key chain.

Terima kasih tau Kak SYM & Kak Sal. Niat dihati memang nak join depa ni travel jejauh. Tapi tak mampu lagi kot. Kekangan masa dan ongkos. Kena gigih menabung lagi, huahuahua! 
Read More

Sunday, March 04, 2018

Proses Membuat Passport di Imigresen

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hai semua!

Jom Cik Timm share bagaimana proses membuat pasport antarabangsa ataupun "buku merah" di Pejabat Imigresen Kulim. Kenapa Cik Timm buat pasport? Rahsia, tunggu..

Apa itu Pasport?


Pasport ialah dokumen perjalanan yang sah dan dikeluarkan oleh Kerajaan kepada warganegara bagi perjalanan ke negara-negara yang dibenarkan kecuali mendapat kelulusan khas bagi negara terlarang. -Jabatan Imigresen Malaysia-

Tahu tak pasport Malaysia adalah di tangga ke-6 paling berkuasa di dunia menerusi ranking Indeks Pasport!

Bagaimana proses membuat pasport di Pejabat Imigresen Kulim?

Cik Timm beruntung kerana tinggal di Kedah. Kebanyakan pejabat kerajaan dibuka pada hari Ahad. Disebabkan Cik Timm bercuti pada hujung minggu, Ahad lepas Cik Timm dah terpacak awal pagi di luar pejabat.


 TIPS 1: Sila datang awal. Dalam pukul 7.30am Cik ke sana. Itu pun dah ramai orang yang beratur tau. Mak aih, nasib baik datang awal. Dalam 15 minit baru Cik Timm dapat masuk ke kaunter pertanyaan untuk mengambil nombor. Bayangkan belum pukul 8am pun Cik Timm dah no. 28. Pejabat imigresen merupakan jabatan kerajaan yang paling sibuk tau. 


TIPS 2: Sediakan salinan IC (kad pengenalan). Nasib baik sebelah pejabat ni je ada kedai yang menyediakan khidmat photostat dan mengambil gambar. Selepas mengambil no. giliran, ke sebelah je untuk membuat salinan IC, RM0.30.


Menunggu memang agak lama, pukul 9am lebih baru no. dipanggil. Pegawai Imigresen cuma tanya tinggi, dan no. telefon. Kalau tak tahu tinggi, dekat situ juga ada height measurement. Tak payah susah-susah. Lepas tu, proses mengambil gambar. TIPS 3: Untuk menyenangkan orang perempuan, better pakai tudung yang gelap. Tapi ada je orang sebelum ni bertudung merah jambu ok je. Untuk non-muslim, kena pakai kot dan rambut tak boleh menutupi muka. 

Semasa menunggu tu, walaupun masa baru pukul 9.30am lebih, kalau ada yang mengambil no. tu kena datang tengahari. SILA DATANG AWAL PLEASE!

Selesai proses di kaunter, anda kena tunggu pulak untuk proses pembayaran di kaunter pembayaran. RM200 melayang untuk membuat pasport antarabangsa selama 5 tahun.


Untuk pengetahuan semua, harga untuk membuat pasport telah diselaraskan;

1) Pemohon biasa (13 tahun - 59 tahun) - RM 200

2) Warga emas (60 tahun ke atas) - RM 100

3) Kanak-kanak (bawah 12 tahun) - RM 100

4) Siswazah luar negara (bawah 21 tahun) - RM 100

5) Jemaah haji - RM 100

6) Orang kelainan upaya (OKU) - Percuma


Selepas no. dipanggil untuk pembayaran, kita akan dapat satu slip. Sejam kemudian baru pasport anda siap. Sementara menunggu, jam masih lagi awal pagi, nasib baik ada gerai sarapan kecil sebelah Pos Laju tu. Ramai yang lepak di situ sementara menunggu pasport siap. Bersarapan dulu sambil online, sebab dalam pejabat tu tak boleh guna phone walaupun sedang menunggu. Memang bosanlah kekdahnyer..

Dalam 10.45am, letak slip atas tu dalam bakul di kaunter mengambil pasport. Dalam 10min nama dipanggil dan YEA! Buku merah dah pun siap.

Balik dengan senyum sampai ke telinga.

Untuk info anda, Pejabat Imigresen Kulim (Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) waktu operasi:
Ahad - Rabu : 7.30pg - 5.30ptg
Khamis : 7.30pg - 3.30 ptg






Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com