Sunday, March 04, 2018

Proses Membuat Passport di Imigresen

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hai semua!

Jom Cik Timm share bagaimana proses membuat pasport antarabangsa ataupun "buku merah" di Pejabat Imigresen Kulim. Kenapa Cik Timm buat pasport? Rahsia, tunggu..

Apa itu Pasport?


Pasport ialah dokumen perjalanan yang sah dan dikeluarkan oleh Kerajaan kepada warganegara bagi perjalanan ke negara-negara yang dibenarkan kecuali mendapat kelulusan khas bagi negara terlarang. -Jabatan Imigresen Malaysia-

Tahu tak pasport Malaysia adalah di tangga ke-6 paling berkuasa di dunia menerusi ranking Indeks Pasport!

Bagaimana proses membuat pasport di Pejabat Imigresen Kulim?

Cik Timm beruntung kerana tinggal di Kedah. Kebanyakan pejabat kerajaan dibuka pada hari Ahad. Disebabkan Cik Timm bercuti pada hujung minggu, Ahad lepas Cik Timm dah terpacak awal pagi di luar pejabat.


 TIPS 1: Sila datang awal. Dalam pukul 7.30am Cik ke sana. Itu pun dah ramai orang yang beratur tau. Mak aih, nasib baik datang awal. Dalam 15 minit baru Cik Timm dapat masuk ke kaunter pertanyaan untuk mengambil nombor. Bayangkan belum pukul 8am pun Cik Timm dah no. 28. Pejabat imigresen merupakan jabatan kerajaan yang paling sibuk tau. 


TIPS 2: Sediakan salinan IC (kad pengenalan). Nasib baik sebelah pejabat ni je ada kedai yang menyediakan khidmat photostat dan mengambil gambar. Selepas mengambil no. giliran, ke sebelah je untuk membuat salinan IC, RM0.30.


Menunggu memang agak lama, pukul 9am lebih baru no. dipanggil. Pegawai Imigresen cuma tanya tinggi, dan no. telefon. Kalau tak tahu tinggi, dekat situ juga ada height measurement. Tak payah susah-susah. Lepas tu, proses mengambil gambar. TIPS 3: Untuk menyenangkan orang perempuan, better pakai tudung yang gelap. Tapi ada je orang sebelum ni bertudung merah jambu ok je. Untuk non-muslim, kena pakai kot dan rambut tak boleh menutupi muka. 

Semasa menunggu tu, walaupun masa baru pukul 9.30am lebih, kalau ada yang mengambil no. tu kena datang tengahari. SILA DATANG AWAL PLEASE!

Selesai proses di kaunter, anda kena tunggu pulak untuk proses pembayaran di kaunter pembayaran. RM200 melayang untuk membuat pasport antarabangsa selama 5 tahun.


Untuk pengetahuan semua, harga untuk membuat pasport telah diselaraskan;

1) Pemohon biasa (13 tahun - 59 tahun) - RM 200

2) Warga emas (60 tahun ke atas) - RM 100

3) Kanak-kanak (bawah 12 tahun) - RM 100

4) Siswazah luar negara (bawah 21 tahun) - RM 100

5) Jemaah haji - RM 100

6) Orang kelainan upaya (OKU) - Percuma


Selepas no. dipanggil untuk pembayaran, kita akan dapat satu slip. Sejam kemudian baru pasport anda siap. Sementara menunggu, jam masih lagi awal pagi, nasib baik ada gerai sarapan kecil sebelah Pos Laju tu. Ramai yang lepak di situ sementara menunggu pasport siap. Bersarapan dulu sambil online, sebab dalam pejabat tu tak boleh guna phone walaupun sedang menunggu. Memang bosanlah kekdahnyer..

Dalam 10.45am, letak slip atas tu dalam bakul di kaunter mengambil pasport. Dalam 10min nama dipanggil dan YEA! Buku merah dah pun siap.

Balik dengan senyum sampai ke telinga.

Untuk info anda, Pejabat Imigresen Kulim (Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) waktu operasi:
Ahad - Rabu : 7.30pg - 5.30ptg
Khamis : 7.30pg - 3.30 ptg






12 comments:

  1. buku merah ni pi mana nih.. hahaha

    ReplyDelete
  2. sekarang best buat passport sebab harga murah dan waktu expired lama

    ReplyDelete
  3. akhirnyaaa Timm buat passpot yeah..!! bila boleh proceed dengan plan kita ? hihi..

    ReplyDelete
  4. Nice sharing dear.. ramai lg yg xtau step by step nak buat pasport ni..hehe... entry terbaik 🤗🤗

    http://www.byshaz.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. sekarang makin pantas dan murah
    dulu2 mahal

    ReplyDelete
  6. mujur sekarang makin senang nak pegi buat.

    jmput la join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2018/02/wonderful-march-giveaway-by-raydah.html

    ReplyDelete
  7. Bila baca post ni baru teringat, passport sis dah expired tapi belum renew lagi, huhuhu..

    ReplyDelete
  8. Xpernah buat passport lagi.. Hbis kuat border pass ja p sempadan tu

    ReplyDelete
  9. aida sefamili settle da buat passport 2 sabtu yg lepas.
    buat di utc melaka.
    pepagi hari kami org ketiga terpacak dgn imigresen utc tu, ciktimm.
    8.30 baru buka. alhamdulillah kul 10.00 da settle amik passport yg da siap.

    ReplyDelete
  10. nak buat passport ni jangan gi tempat sibuk sangat. akak prnh g tgk wayang, balik tgk x sampai turn lagi sebab ramai sgt org. huhu

    ReplyDelete
  11. Nice sharing, seumur hidup belum pernah buat passport

    ReplyDelete
  12. Kat kulim ada kaunter khas utk baby x

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com