Thursday, December 29, 2016

Pengalaman Mencabut Gigi Untuk Prosedur Braces

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


DAY 36
21.12.2016 baru Cik Timm ke klinik untuk mencabut gigi. Itu pun sebab kerja shif petang. Jadi, pagi tu sempatlah ke klinik. Staff tu pun dah pesan kalau nak cabut gigi kena datang awai ke klinik. 

Walaupun baru pukul 9, waktu operasi, pesakit dah ramai tau. Tunggulah giliran dekat tempat menunggu sambil tengok tv. Dalam hati DUPDAPDUPDAP.

Iyelah, kita nak cabut gigi yang hidup tau! Bukan gigi yang rosak atau dah mati. Huwa!!


Lama juga menunggu sampai mengantuk Cik Timm dibuatnya. Waktu nama dipanggil, dah tak ramai patient menunggu. Rasa kecut perut tau.

Lepas tu, tengok atas tray doktor ada banyak kapas, jarum bius, blablabla..makin kecut dibuatnya. Jadi, tips pertama, jangan dok syiok tilik barang-barang yang doktor guna untuk cabut gigi tu.

Doktor cakap tak sakit pun cabut gigi, sebab nanti dah tak rasa apa lepas dibius. Waktu nak cucuk dengan ubat bius je rasa macam semut gigit. Ya, doktor cakap nak cabut 2 sekali gigi taring sebelah kanan. Tak silap doktor cucuk dalam 3 kali kot, dekat lelangit atas dengan gusi.

Sejuk hati setiap kali Doktor Juliana nak buat apa-apa mesti bagitau dan baca bismillah. Dalam 5 minit doktor cucuk Cik Timm dah mula rasa mulut kebas dengan ubat bius tu. Memang Cik Timm tak berani langsung tengok alat-alat yang doktor guna untuk 'perongkah' gigi tu. 

Mula-mula doktor mulakan dengan gigi bawah. Cepat pulak gigi bawah ni tercabut. Memang tak sempat Cik Timm nak rasa sakit! Tapi, dengan gigi atas, Ya Allah degilnya BELIAU nak tercabut dari soket gusi tu. Rasa tau doktor pusing-pusing playar dekat gigi yang degil ni. Tangan Cik Timm dah terketar-ketar, doktor pegang tangan, baca doa sikit. Tips kedua, relaxkan badan jangan dikeraskan badan, memang sejam la gigi tu degil! PUP terkeluar jugak. 

Doktor letak kapas dan minta gigit. Waktu tu, rasa kepala macam biul sebab mulut sebelah kanan dah kebas, macam lumpuh pulak. Klinik ini ada sediakan MC kalau cabut gigi. Tapi disebabkan tak rasa sakit, rasa boleh je kerja. ANDA SALAH!

Tips ketiga, ambillah MC dan berehat selepas cabut gigi. Memang keputusan yang salah Cik Timm masuk kerja petang tu. Bila kesan ubat bius hilang, memang baru rasa nyilu. Tambah pulak Cik Timm kerja F&B memang sengaja cari pasal. Cik Timm menyorok dalam ofis ja sebab asyik rasa nak marah. Kesannya sampai 3 hari Cik Timm masuk kerja jadi moody.

Tips keempat, doktor suruh makan aiskrim untuk stopkan pendarahan tu. Makan la satu tub aiskrim petang tu. Disebabkan lapar, makan sup je. Nasik atau benda lain tak berani telan. Rasa nyilu dan seriau je. Tips kelima, jangan rajin sangat berkumur selepas cabut gigi tu. Makin seronok darah tu mengalir keluar. 

Tips keenam, jangan makan nasi please! Bayangkan seketul nasi masuk dalam gusi kosong tu. Aduhai, jenuh sterile Cik Timm punya penyepit sebelum Cik Timm nak korek benda tu. Memang puasa seminggu tak makan nasi langsung. 

Di Klinik Doktor Juliana;
Kos cabut gigi sebatang: RM60
Kes Cik Timm, 2 batang gigi: RM60 x 2 = RM120

18 comments:

  1. akak serammmm dik oi..last seklai cabut gg tak silap darjah 3..

    ReplyDelete
  2. timm tetiba sy plak yg rs ngeri n nyiluuuu

    ReplyDelete
  3. Eh, murah tu cabut sebatang gigi rm60, kat mana ni ek?

    ReplyDelete
  4. dah lama tak cabut gigi..takleh nak bayang sakit dia camana heheh

    ReplyDelete
  5. cabut gigi hidup memang sakit dia lain macam..akak dulu mau 2 hari tak makan

    ReplyDelete
  6. timm boleh kongsikan tak berapa anggaran kos untuk braces ni mungkin ramai yang ingin tahu untuk sediakan budget

    ReplyDelete
  7. Chaiyo2 cik timm
    2 tahun sat ja hihi

    ReplyDelete
  8. akak...nk tnya...sya pon cabut gigi jugak..utk braces...gigi taring..n then lama2 gusi saya jdi wrna putih...dia jdi mcm lendir2 centuh..normal ke tu kak? ke tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba adik kumur2 dgn air garam, kalau tak ok jgk better ke klinik gigi or klinik biasa utk check up ya..

      Delete
  9. Akak, nak tnya.. Overall akak happy tak dgn outcome dia? Risau sbb tgk omputeh ramai ckp lau dah buat extraction pastu buat braces muka jadi cengkung 😭 Risau lak sbb sy da buat extraction.. Next month pasang

    ReplyDelete
    Replies
    1. for me, happy sgt dgn outcome dia..gambar kawen tantek je gigi tersusun. muka cengkung tak pasti, buat msa sekrang muka takdalah berubah sgt pun, kecuali klau cengkung sebab kurus. hihi..

      Delete
  10. Hi saya nk tnya. Memang kena mkn ice cream ke untk stop pendarahan drpd kluar? Darah saya kluar bnyak and tk brhenti.

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com