Friday, November 28, 2014

Day 7: Rezeki berjumpa selebriti


airport, kuching,
4 November 2014
Pagi-pagi selepas Subuh kami dah bersiap, check semua tempat kalau ada barangan tertinggal. Kemas segala benda yang dah digunakan dalam homestay, kutip segala sampah. Kami terus ke kampus untuk pemulangan jubah. Ramai juga diawal pagi kerana masing-masing mengejar masa penerbangan pagi ini. Nasib baik datang awal, sebab kena beratur dan ada nombor giliran lagi. 

Flight dalam pukul 11am, disebabkan menaiki Malaysia Airlines, aku dan abang akan stop di KLIA dan akan menaiki satu lagi flight ke Penang. Famili akak pula dari KLIA terus balik ke Tanjung Malim. 
mas, malaysia airlines, kapal terbang, boeing
Asyik dapat tempat emergency exit je, muka penyelamat ke ni? Hewhewhew

Sampai di KLIA, pusing-pusing semua level. Sengaja bawa Bang Cik jenjalan KLIA. KLIA 2 tak pernah nak jejakkan kaki lagi. Tunggu..
Punya syok berjalan terlupa tengok jam, nasib baik tak sempat makan di KFC lagi, sedangkan flight nak berlepas lagi setengah jam! Berlari-lari check-in. Tempat menunggu pulak punya jauh di hujung. Nasib baik sempat, lagipun kapal terbang pun baru ja sampai dan baru nak loading luggage. Di tempat menunggu, tiba-tiba ada seorang mamat chinese duduk depan aku. Bang Cik dah tengok-tengok aku sambil berbisik,
"Tu bukan Ooi Tze Liang atlet penerjun negara ke?",
Alamak! Betoilah tu, satu flightlah kiranya. Malu pulak nak bergambar. Hihihi..
mas, kapal terbang
Nasib baik flight dari Kuala Lumper-Penang masih menggunakan kapal terbang yang ada TV ni, sempatlah nak sambung tengok movie Lucy sampai habis. Tadi tengok dari Kuching-Kuala Lumpur tak sempat habis. Senonoh sangatlah disitu, dah buat macam panggung wayang.
Dalam pukul 12 tengahari kami dah sampai Penang. Tengah mencari-cari luggage, tetiba Bang Cik bisik lagi,
"Tu bukan Chef Kamarul ke?",
Pandang kiri, betul la tu! Memang dah buang rasa malu sebab semua penumpang masing-masing tekun je menunggu bagasi.
Tak pernah tengok Chef Kamarul? Ala, chef dalam rancangan masakan Cubits di TV3 setiap Ahad, 7.30pm tu. Tapi, kami tak perasan pulak chef ni di KLIA.

Seterusnya menunggu akak dan abang ipar untuk ambil di airport. Balik Kulim sempat lagi ke Pasar Malam.

Hari yang melelahkan dan sangat lega. Semua urusan selesai..

..Tamat..

Day 1: Nyaris Terlepas KTM
Day 2: Peminjaman Jubah
Day 3: Raptai & Pre-Convo
Day 4: Bersama Keluarga
Day 5: Cuti-cuti Di bumi Kuching, Sarawak
Day 5: Ahli Gryffindor sesat & Muzium Kucing
Day 6: Konvokesyen ke-18 UNIMAS
Read More

Wednesday, November 26, 2014

Giveaway Blogwalking Nuffnangger


Kalau nak join klik di SINI
Giveaway ini telah ditag oleh mama, jadi aku pun join untuk memeriahkan suasana ya.

Antara syarat-syaratnya mestilah warganegara Malaysia, dan of course I am a Malaysian!
Giveaway ini juga dikhaskan untuk ahli Nuffnang sahaja, jadi kalau rasa nak join jugak tapi bukan ahli Nuffnang, daftarkanlah diri. Sebab tak rugi, sambil menaip, sambil menambah income*propa sambil mengipas sungguh!
Pastu nak klik-klik Nuffnang di atas & sebelah kanan memang tak dapat, sebab tak keluar apa pun. Tak pasti masalah loading blog atau line aku yang hampeh..aiyakk..
Seterusnya follow ig kedai.kita. Klik link yang diberi, tapi jenuh mencari butang follow, agaknya sebab tak daftar Websta kot. Jadi bukaklah melalui phone, nasib baik jumpa. Biasalah dalam ig kekadang banyak nama yang sama.
Lastly, tag 3 orang lagi, nak tag siapa eh..emm..
Mereka yang bertuah adalah:

Kepada mereka yang ditag, aku tak paksa pun untuk join tau. Hehehe, depend kepada masa dan kudrat anda untuk join. Peace no War :)

p/s: akhirnya Japanese Cotton cake yang abang buat 2 hari lepas dah licin..yum3..siapa nak resipi angkat tangan..hewhewhew..
Read More

Tuesday, November 25, 2014

Masak secara sihat


Disebabkan dah duduk di rumah, makan dan pakai mak kena la jaga. Selama ni asyik belajar jauh dari keluarga sendiri. Jadi dengan masa yang ada inilah masa untuk menjaga mak. Walaupun mak masih lagi kuat, tak salah kalau kita mengambil alih kerja mak.

Disebabkan umur mak yang dah lebih dari 60+, pemakanan mesti kena jaga. Dah tak boleh makan makanan yang terlalu berminyak atau terlalu keras. Senang betul dengan adanya Pemanggang Ajaib dari Menang Glassware. 
Selalunya orang beli yang satu lagi yang boleh cabut jadi dua tu. Tapi berat sangatlah, tak mampu aku nak flip-flip. Hahaha! Walaupun yang ini tak boleh bukak jadi dua, pemanggang ni lebih ringan dan senang nak handle.
Antara kelebihan Pemanggang Ajaib ini:
* boleh memasak, menumis, memanggang, merebus dan menggoreng.
-Aku belum try lagi selain menggoreng dan memanggang. 

* ringan dan mudah dikendalikan.
-Sesuai untuk wanita cecomel yang susah nak mengangkat kuali yang berat dan besar. Hahaha!

* menggunakan 2 lapis non-stick di kedua permukaan bahagian dalam supaya makanan tidak hangus dan melekat.

* tangkat berpenutup magnet.

* rekabentuk ketahanan kekal dan lingkaran getah disekeliling pemanggang.
-Dapat free lingkaran getah kalau beli..
 
* mudah dicuci bersih 
-Guna jari pun boleh, sebab dia non-stick segala keruping-keruping bekas goreng senang cuci.
 
* mempunyai lubang wap serta takungan/saliran air & minyak supaya tidak melimpah keluar.
-Tapi kena berhati-hati kalau nak flip, sebab nanti dekat lubang keluar excess minyak.

* menjimatkan masa.
 -Masak sekejap je, memang menjimatkan masa dan jimat gas!

* mengelakkan pencemaran udara.
-Rumah kampung memang tak ada vakum yang hisap segala udara kotor kalau memasak, memang tak ada lagi asap waktu memasak. Wap udara je keluar dari lubang sebab makanan macam kena stim. Yum-yum-yum.
 
* selamat dan baik untuk kesihatan.
 -Guna sesudu minyak je untuk menggoreng, tak payah nak makan makanan deep fry selalu, tak elok sangat makanan berminyak ni. Bak kata Gordon Ramsay, makanan bergoreng deep fry boleh dimakan seminggu sekali sahaja tau.

* mudah dibawa ke mana-mana.
-Nak bawa pi mana pemanggang tu..

Lunch tadi pun, goreng ikan dengan sesudu je minyak. Sekadar nak crispykan bahagian luar ikan. Apabila kita biar ikan masak dalam pemanggang tu, isi diluar crispy, isi didalam lembut sangat. 
Kekadang tak rugi kalau kita melabur dengan membeli barangan yang berguna dan baik untuk kesihatan.
Kesihatan tak dapat dibeli dengan wang ringgit kan..

Jadi, kepada anda yang teringin nak membeli pemanggang ini, belilah yang original. Dah berlambak dipasaran menjual pemanggang ajaib ni, bermacam-macam brand ada. Asalkan beli yang original sebab yang tiruan pun banyak juga.

p/s: Hujan je sekarang ni, simpati kepada kawan-kawan di Terengganu yang banjir. Sabaq bebanyak no, ujian Allah..
Read More

Monday, November 24, 2014

Day 6: Konvokesyen ke-18 UNIMAS


 3 November 2014
Pusing punya pusing entry, akhirnya dah sampai ke kemuncak cerita di bumi Sarawak. Awal pagi kami ke kampus, abang ipar dan si kenit Widad drop by kami di kampus. Diorang pulak berjalan-jalan ke Semenggoh Wildlife Centre dan Jong's Crocodile Farm. Lagipun budak kecik tak boleh masuk dalam dewan. Aku bawa Bang Cik & Kak Pah makan-makan dulu di Student Pavillion. Tempat aku cari makan dulu sebagai cleaner. Auntie-auntie di pavillion pakat-pakat belanja aku makan. Alhamdulillah, rezeki. 
Dalam pukul 12pm kami dah masuk dewan. Aku ke Dewan Delima untuk mendaftar dan berkumpul di situ. Ramai gila sebab petang itu adalah sidang yang paling ramai sekali, 900+. Mentang-mentang sidang terakhir kan..
Selepas solat Zohor, kami beratur beramai-ramai mengikut nombor masing-masing. Dalam pukul 2pm, kami dah berjalan masuk ke dalam Main Hall DeTAR.
 Kami sedang berjalan masuk, macam-macam rasa waktu ni. Family pun duduk tempat terbaik punya. Betul-betul depan pentas.
 Haha! Muka cuak tambah gemuruh.


Selepas sejam lebih, baru acara Penganugerahan Ijazah dimulakan, itu pun bermula dengan Fakulti Sains Sosial. Memang kematulah bontot menunggu.
Akhirnya masanya dah tiba, alhamdulillah. Bang Cik dah pening mana satu sebab ramai yang pakai baju dan tudung biru.
Majlis berakhir dengan tangisan kerana wakil pelajar yang membuat ucapan tiba-tiba sebak. Disebabkan kami adalah sidang terakhir, suasananya berbeza dari sidang-sidang yang sebelum ini. 
Majlis berakhir dan kami beratur untuk keluar dewa, fuh suasananya macam artis keluar untuk acara red carpet. Dapatlah perasan sekejapala-ala retis. Hohoho.. Selepas bergambar beramai-ramai dengan geng-geng akuatik aku ke tepi dewan untuk berjumpa skuad yang sudah menunggu.
Walaupun tak semua yang ada, kehadiran depa yang ada ni pun cukup menggembirakan aku. Kawan susah senang kot selama 3 taun asyik kena lanyak sampai lunyai. Hahaha!
Secara tak sengaja, terserempak pulak dengan lecturer aku. Kanan sekali Prof Shabdin, Prof Hadi (co-supervisor) dan sebelah aku adalah supervisor, Prof Othman Bojo. Tak sangka pulak boleh jumpa sebab hari Jumaat lepas melilau-lilau di fakulti untuk berjumpa lecturer. Alhamdulillah, terima kasih sebab banyak membantu dan memberi segala ilmu sepanjang aku di bumi yang asing ini, iaitu Sarawak.

Kalau nak tengok video sidang aku, iaitu Sidang ke-5 bolehlah ke sini.
 
Selepas selesai majlis, family solat di Pusat Islam dan kami terus ke Kuching, semata-mata nak bergambar di patung Kucing yang famous-amous tu.
Sempat juga makan-makan di Top Spot, antara tempat makan seafood yang terkenal di Kuching.
 Orang memang tak putus-putus datang.
Sempat tangkap gambar umai obor-obor je, yang lain laju ja masuk dalam perut. Masing-masing kelaparan. Malam ini adalah malam terakhir untuk berjimba di Kuching. 
Alhamdulillah, semua urusan disini sudah selesai..

..bersambung..

Read More

Saturday, November 22, 2014

Kata-kata Hikmat Seorang Lelaki



Golden Wise Words by a Wise Man
  1. "if you want to change the world, do it when you are a bachelor. After marriage, you can't even change a TV channel."
  2. "listening to wife is like reading the terms and conditions of website. You understand nothing, still you agreed..."
  3. "chess is the only game in the world reflects the status of the husband. The poor King can take only one step at a time.. While the mighty Queen can do whatever she likes."
  4. "all men are brave. Horror movies don't scare them.. But 5 missed calls from a wife.. Surely dead..."
Sumber: Group Whatsapp

Amboi diorang ni, asyik nak hentam perempuan je. Tumbuk baru tau. Hewhewhew.. 
Macamana pula dengan pendapat wanita di luar sana yang lebih arif?

p/s: layan hindustan di TV3 petang-petang Sabtu ni..
Read More

Friday, November 21, 2014

Drama Zahira BEST!


Setelah dah lama tak melayan drama dari TV3, akhirnya semalam tertengok cerita menarik. Itu pun semata-mata sebab Zara Zya berlakon, kalau tak memang tak tengok dah. Cerita terbaru Akasia pukul 7.00pm pun macam kurang menarik sebab jalan cerita slow sangat. Letih mata pula aku tengok. Tapi bagus juga, sekurang-kurangnya solat maghrib tak lewat. Hewhewhew..

Kekadang tu, dalam episod 1 pun kita dah jatuh hati untuk tengok drama tu sampai habis. Cerita yang dimaksudkan adalah Zahira. Lakonan gandingan Adi Putra dan Zara Zya. Kanak-kanak perempuan comel yang melakonkan watak anak Adi Putra pun pernah berlakon sebelum ini dalam Azam Ramadan Su.

Sinopsis dari sini:
 Drama ini mengisahkan perjalanan seorang gadis bernama Zahira (Zara Zya) yang tersungkur akibat terlampau mencintai kekasihnya Sufian (Ryzal Jaafar) dan akhirnya kecewa. [Sufian ni dalam episod 1 pun dah buat jahat, ada ke patut dia curi idea Zahira untuk mendapatkan kerja di syarikat Software. Maksudnya Zahira mempunyai ijazah dalam bidang IT.] Zahira akhirnya bangkit dengan semangat baru untuk membantu ibu angkatnya, Mak Ani membayar hutang lama keluarga. Meskipun terpaksa menjadi pengasuh dan melupakan segala ijazah yang dimiliki namun dia jujur dalam menjalankan kerjanya. Iqbal (Adi Putra) seorang yang kaya dan merupakan pemilik hotel. Dia seorang yang kaya dan tegas. Dia juga mempunyai dua orang anak, seorang perempuan (Nur Qistina Raisah) dan seorang lelaki (Habiel Lutfillah Durrani) yang mana mengalami dyslexia. Watak lakonan (Fazren Rafi) belum keluar lagi..

Kalau rasa macam teringin nak tengok, saksikan drama Zahira setiap hari Rabu dan Khamis, jam 10.00PM. Semestinya di TV3!
Read More

Thursday, November 20, 2014

Day 5: Ahli Gryffindor sesat & Muzium Kucing


..bersambung dari sini..
Kengkonon nak buat suspense, sebenarnya dah malas nak sambung entry. Wahai sifat pemalas, pergi kau! Puh-Puh-Puh!
Tiba-tiba muncul ahli Gryffindor tengah-tengah pantai. 
Terover pula. Maafkan daku kerana begitu excited kat situ. Sedangkan orang sekeliling dah usha pelik je, reject nak buat menantu!
Selepas bersnap-snap disini, kami pun beransur pulang.
Balik sangat kan, sekali abang ipar bawa ke Dewan Bandaraya Kuching Utara. Eh, apa pula buat dekat dewan bandaran yang cantik dengan landskap menghijau ni, nak jumpa kawan abang ipar yang kerja di sinikah? 

 Rupanya, ada Muzium Kucing yang tersembunyi disini. Tiada bayaran masuk yang dikenakan, cuma bayaran untuk camera atau telefon bimbit untuk mengambil gambar. Untuk seketul kamera aku ni, bayaran RM4.
Bukan setakat patung kucing disini, sejarah dan info tentang Kuching pun ada. Mengikut sejarah, dulu memang banyak kucing-kucing di tepi Sungai Sarawak. Sebab tu orang panggil Kuching. Sebab-sebab lain pun ada juga dari nama Kuching ni, nak tau kena la mai sendiri^^
Beberapa koleksi pengumpul barangan kucing serata dunia pun disimpan di sini.
 Bahagian depan yang menceritakan sejarah Kuching, Sarawak. Pasal Gunung Santubong pun ada. Mengikut lagenda, Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang bergaduh untuk berebut seorang jejaka*dah lupa nama apa. Disebabkan masing-masing melanggar syarat supaya tak bergaduh, depa disumpah jadi gunung. Begitulah yang aku faham. Kalau ada orang Sarawak kat sini mungkin boleh betulkan apa yang salah^^,
Satu-satunya spesis Kucing Merah yang hanya wujud di Borneo. Ini satu-satunya spesimen di dunia yang dapat dipasang.

Dalam gua yang mengaum dengan bunyi-bunyian kucing.
 Koleksi Hello Kitty! Kegilaan waktu di zaman sekolah rendah.
 Koleksi barangan kucing dari orang-orang besar di Sarawak, rupanya Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pun suka dengan kucing.
Segala peralatan kalau orang yang betul-betul sayang kucing!
Pada pendapat aku, tempat ini sesuai dengan orang yang suka kucing, obses dengan kucing, penggemar kucing dan juga pembela kucing. Kalau orang yang takut atau tak suka memang akan rasa tempat ini sangat boring dan tak menarik. Tapi kalau nak datang juga apa salahnya, free je pun. Cuma tak boleh ambil gambar sajalah.
Pemandangan di sini sangatlah cantik dan mendamaikan sebab diatas bukit. Kiranya kita dapat tengok seluruh pelusuk Bandar Kuching disini. 
 Ada replika rumah kampung comel pintu depan.
Antara beberapa pemandangan yang cantik disini. Aku pernah ke Dewan Bandaraya Kuching Selatan sebelum ini untuk menyiapkan assignment. Tapi bahagian utara belum pernah lagi, memang ini adalah kali pertama aku ke sini. 

Balik homestay, semua kepenatan. Pakat-pakat pening kepala sebab panas. Dinner macam biasa, masak sendiri, ada ayam masak merah, telur dadar dan sup sayur.
Selesai makan, semuanya tidur kepenatan. Letih dengan jalan-jalan dan jetlag. Boleh camtu? 
Tiba-tiba rasa berdebar untuk hari esok. Segala baju untuk esok dah di'iron' dan disiapkan untuk esok..

*nak buat skroll box dalam entry macam diatas? silalah ke sini

..bersambung..

Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com