..bersambung dari sini..
Kengkonon nak buat suspense, sebenarnya dah malas nak sambung entry. Wahai sifat pemalas, pergi kau! Puh-Puh-Puh!
Tiba-tiba muncul ahli Gryffindor tengah-tengah pantai.
Balik sangat kan, sekali abang ipar bawa ke Dewan Bandaraya Kuching Utara. Eh, apa pula buat dekat dewan bandaran yang cantik dengan landskap menghijau ni, nak jumpa kawan abang ipar yang kerja di sinikah?
Rupanya, ada Muzium Kucing yang tersembunyi disini. Tiada bayaran masuk yang dikenakan, cuma bayaran untuk camera atau telefon bimbit untuk mengambil gambar. Untuk seketul kamera aku ni, bayaran RM4.
Bukan setakat patung kucing disini, sejarah dan info tentang Kuching pun ada. Mengikut sejarah, dulu memang banyak kucing-kucing di tepi Sungai Sarawak. Sebab tu orang panggil Kuching. Sebab-sebab lain pun ada juga dari nama Kuching ni, nak tau kena la mai sendiri^^
Beberapa koleksi pengumpul barangan kucing serata dunia pun disimpan di sini.
Bahagian depan yang menceritakan sejarah Kuching, Sarawak. Pasal Gunung Santubong pun ada. Mengikut lagenda, Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang bergaduh untuk berebut seorang jejaka*dah lupa nama apa. Disebabkan masing-masing melanggar syarat supaya tak bergaduh, depa disumpah jadi gunung. Begitulah yang aku faham. Kalau ada orang Sarawak kat sini mungkin boleh betulkan apa yang salah^^,
Satu-satunya spesis Kucing Merah yang hanya wujud di Borneo. Ini satu-satunya spesimen di dunia yang dapat dipasang.
Dalam gua yang mengaum dengan bunyi-bunyian kucing.
Koleksi Hello Kitty! Kegilaan waktu di zaman sekolah rendah.
Koleksi barangan kucing dari orang-orang besar di Sarawak, rupanya Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pun suka dengan kucing.
Segala peralatan kalau orang yang betul-betul sayang kucing!
Pada pendapat aku, tempat ini sesuai dengan orang yang suka kucing, obses dengan kucing, penggemar kucing dan juga pembela kucing. Kalau orang yang takut atau tak suka memang akan rasa tempat ini sangat boring dan tak menarik. Tapi kalau nak datang juga apa salahnya, free je pun. Cuma tak boleh ambil gambar sajalah.
Pemandangan di sini sangatlah cantik dan mendamaikan sebab diatas bukit. Kiranya kita dapat tengok seluruh pelusuk Bandar Kuching disini.
Ada replika rumah kampung comel pintu depan.
Antara beberapa pemandangan yang cantik disini. Aku pernah ke Dewan Bandaraya Kuching Selatan sebelum ini untuk menyiapkan assignment. Tapi bahagian utara belum pernah lagi, memang ini adalah kali pertama aku ke sini.
Balik homestay, semua kepenatan. Pakat-pakat pening kepala sebab panas. Dinner macam biasa, masak sendiri, ada ayam masak merah, telur dadar dan sup sayur.
Selesai makan, semuanya tidur kepenatan. Letih dengan jalan-jalan dan jetlag. Boleh camtu?
Tiba-tiba rasa berdebar untuk hari esok. Segala baju untuk esok dah di'iron' dan disiapkan untuk esok..
*nak buat skroll box dalam entry macam diatas? silalah ke sini
..bersambung..
Singgah pagi lawat Cik Tim...First gambar tu memang rare..he..he
ReplyDeletecamera apa ye yg digunakan tu utk msk muzium tu?
ReplyDeleteCT pegi sana 8-10 nov.. ada samakah trip kita ? memula masukkan muzium kucing ni jugak tapi sebab kes kena saman jadi berkelana mencari polis station habis program tergendala..
ReplyDeleteamboi, pi berjalan pun usung baju konvo ka?semangat betoi. hehe.
ReplyDeletepenat2 pun rajin betul masak sendiri noh. ^_^
Brcita2 juga ni nak ke cna insyallah
ReplyDeletekonvo ekk...tahniah dikkkk!! :)
ReplyDeleteBestnya kalau dapat pergi sana. Banyak.tempat menarik.
ReplyDeletecantik view bandar kucing wpun x nampak semuanya ...
ReplyDeletetahniah dik..
ReplyDeletejenjalan sini dan follow.tq
Bestnyer pergi makan angin yer...
ReplyDelete