Disebabkan dah duduk di rumah, makan dan pakai mak kena la jaga. Selama ni asyik belajar jauh dari keluarga sendiri. Jadi dengan masa yang ada inilah masa untuk menjaga mak. Walaupun mak masih lagi kuat, tak salah kalau kita mengambil alih kerja mak.
Disebabkan umur mak yang dah lebih dari 60+, pemakanan mesti kena jaga. Dah tak boleh makan makanan yang terlalu berminyak atau terlalu keras. Senang betul dengan adanya Pemanggang Ajaib dari Menang Glassware.
Selalunya orang beli yang satu lagi yang boleh cabut jadi dua tu. Tapi berat sangatlah, tak mampu aku nak flip-flip. Hahaha! Walaupun yang ini tak boleh bukak jadi dua, pemanggang ni lebih ringan dan senang nak handle.
Antara kelebihan Pemanggang Ajaib ini:
* boleh memasak, menumis, memanggang, merebus dan menggoreng.
-Aku belum try lagi selain menggoreng dan memanggang.
* ringan dan mudah dikendalikan.
-Sesuai untuk wanita cecomel yang susah nak mengangkat kuali yang berat dan besar. Hahaha!
* menggunakan 2 lapis non-stick di kedua permukaan bahagian dalam supaya makanan tidak hangus dan melekat.
* tangkat berpenutup magnet.
* rekabentuk ketahanan kekal dan lingkaran getah disekeliling pemanggang.
-Dapat free lingkaran getah kalau beli..
* mudah dicuci bersih
-Guna jari pun boleh, sebab dia non-stick segala keruping-keruping bekas goreng senang cuci.
* mempunyai lubang wap serta takungan/saliran air & minyak supaya tidak melimpah keluar.
-Tapi kena berhati-hati kalau nak flip, sebab nanti dekat lubang keluar excess minyak.
* menjimatkan masa.
-Masak sekejap je, memang menjimatkan masa dan jimat gas!
* mengelakkan pencemaran udara.
-Rumah kampung memang tak ada vakum yang hisap segala udara kotor kalau memasak, memang tak ada lagi asap waktu memasak. Wap udara je keluar dari lubang sebab makanan macam kena stim. Yum-yum-yum.
* selamat dan baik untuk kesihatan.
-Guna sesudu minyak je untuk menggoreng, tak payah nak makan makanan deep fry selalu, tak elok sangat makanan berminyak ni. Bak kata Gordon Ramsay, makanan bergoreng deep fry boleh dimakan seminggu sekali sahaja tau.
* mudah dibawa ke mana-mana.
-Nak bawa pi mana pemanggang tu..
Lunch tadi pun, goreng ikan dengan sesudu je minyak. Sekadar nak crispykan bahagian luar ikan. Apabila kita biar ikan masak dalam pemanggang tu, isi diluar crispy, isi didalam lembut sangat.
Kekadang tak rugi kalau kita melabur dengan membeli barangan yang berguna dan baik untuk kesihatan.
Kesihatan tak dapat dibeli dengan wang ringgit kan..
Jadi, kepada anda yang teringin nak membeli pemanggang ini, belilah yang original. Dah berlambak dipasaran menjual pemanggang ajaib ni, bermacam-macam brand ada. Asalkan beli yang original sebab yang tiruan pun banyak juga.
p/s: Hujan je sekarang ni, simpati kepada kawan-kawan di Terengganu yang banjir. Sabaq bebanyak no, ujian Allah..
bla nk ajak sy mkn plka? ;-)
ReplyDeleteMmg ada je ... Tpi jrang pula guna.. Hehe...
ReplyDeletekat rumah ni pun sejak pakai pan tefal tak guna minyak banyak dah. macam timm gak, guna satu sudu minyak pun dah okay. cuma dia tak macam pemanggang ajaib ni la, boleh flip2. hehe
ReplyDeleteAkak pun ada satu kat rumah tapi jarang guna sebabnya tak rajin masak..hehehe
ReplyDeleteAwak jadi mangsa tag akak http://mama3farhanah.blogspot.com/2014/11/giveaway-blogwalking-nuffnangger.html
Kat umah ada benda alah ni, tapi tak guna-guna lagi. Hehe.
ReplyDeletekat uamh ni ada jenama amway tapi guna elektrik la ... tgk jer abg ipar buat bbq ... sis tukang mkn jer ... heh heh
ReplyDeleteWah, teringin gak nak Beli pemanggang ajaib nie...
ReplyDeleteSelalu guna ni..senangkan cik Tim..
ReplyDeletepemanggng ni pelbagai guna..dah lama nk beli
ReplyDeletewajib adeeee pemanggang ni. healthy food. senang nak masak macam macam..
ReplyDelete