30 Oktober 2014
Tepat pukul 5am, aku bertolak ke KLIA dengan menumpang abang ipar yang otw ke Kuala Lumpur untuk bekerja. Usai azan Subuh berkumandang, kami berhenti solat di R&R Dengkil. Cantik surau yang disediakan. Luas dan bersih lagi, memang selesa.
6:30am aku dah sampai KLIA. Tak perlu tunggu lama, aku terus berjumpa dengan 4 lagi rakan coursemate aku yang lain. Kami memang plan untuk ke sana bersama-sama disebabkan tambang Malaysia Airlines yang murah.
Sesampai disana, terpapang banner yang menyambut kedatangan kami. Selepas menyimpan segala barang-barang di Kolej Rafflesia. Kami terus ke DeTAR Putra untuk proses meminjam jubah. Sangatlah stress hanya Allah sahaja yang tahu. Dengan orang yang memotong barisan, dan pengurusan yang tak efisyen. Maaf, ini adalah apa yang aku dan juga rakan-rakan lain rasa. Mungkin juga disebabkan tahun ini tersangatlah ramai graduan, jadi staff yang bertugas agak kelam-kabut.
Petangnya, ramai dah sakit perut sebab masuk angin. Nasib baik dalam flight pagi tadi aku makan nasi lemak, sekurang-kurangnya dah dialas perut dengan nasi. Kami menumpang tidur di rumah adik-adik junior sementara menunggu family. Malamnya, perut memang tak tahan, memang sangatlah lapar. Semua kedai makan di Kuching agak penuh, rasanya penuh dengan orang dari semenanjung yang ke sini. Kami ke kedai makan Pak Somet, walaupun belum pernah cuba.
Bolehlah makanan di situ. Asalkan perut terisi. Masing-masing kelaparan disebabkan stress siang tadi. Malam masih lagi muda, selepas menghantar seorang rakan di rest room, kami mengambil angin di Waterfront. Sambil-sambil, berpre-convo pula tepi Sungai Sarawak..
Balik hostel, semua tidur lena kerana kepenatan. Terima kasih adik-adik kerana sudi menumpangkan kami di sini. Susah-susah je, siap bagi tilam. Terharu T_T
..bersambung..
dah dapat bygkan bagaimana keadaan tu . alhamdulillah , masa sis konvo dulu x de masalah mcm tu ...
ReplyDeletetahniah..dh nk kovo
ReplyDeletemasa konvo dulu tak ada pulak guna nombor. beratur macam biasa ja sebab urusan pinjam jubah tu kat dalam dewan. pre-convo pun tak buat, post convo ada la. hehe
ReplyDeletesaya pergi ambil jubah time tak ramai orang. nasib baik.. kalau tak senak jugak lah kepala ni agaknya..
ReplyDeleteZumal masa nak ambil jubah konvo, seharian kena menunggu...
ReplyDeleteump kira okay lah jgak kecuali masa kaunter pertama. berebut2. student kemain ramai, dibukanya dua kaunter jeee. adeii
ReplyDeleteheee...selero tgk mknn..mknn kt sane best x? >_<
ReplyDeleteSiap pakai nombor nak amik jubah. Akak dulu pakai redah jer..hehehe
ReplyDelete