Thursday, January 30, 2014

Dessert Day


Hari ni aku dengan abang cik buat percubaan nak buat dessert guna buah-buahan untuk kenduri kahwin anak angkat mak long next-next week. Ala, nak letak atas meja pengantin. Kena la buat comei-comei sikit..

Bahan-bahan:
Buah tembikai
Buah epal
Buah anggur

Cara-cara:
Buah tembikai potong dua. 
Buah epal potong kiub.
Buah tembikai korek guna melon baller.
Buah yang dah comel dipotong tu cucuk dengan lidi yang dah diraut tajam. Senang sikit nak cucuk, buah pun tak rosak.

Tara..


Buah topping coklat
Muffin topping coklat
Buah salut coklat dengan aiskrim
Jus tembikai soda

Yang ni ja nak buat letak atas meja pengantin.
 Untuk meja pengantin nanti yang atas ni saja. Yang lain tu sekadar suka-suka nak habiskan bahan di dapur. Hari ni aku kenyang makan buah saja. Tengok buah pun aku rasa tak lalu dah..

Untuk meja pengantin sebenar, nak tambah:
-Buah kiwi
-Buah oren
-Buah dragonfruit
-Buah strawberi
Baru la meriah sikit berwarna-warni kan.

Tips kalau nak minum jus yang sedap, tak kira tembikai ke, epal ke, carrot ke, waktu blender tu kan, campur dengan air soda. Pehh! Memang terangkat!

Silalah try yer..
Read More

Sunday, January 26, 2014

Review: The Best Cinema!


Akhirnya, setelah beberapa lama aku terperap+terceruk dalam rumah, dapat jugak keluar jalan-jalan. Yea!! Tima kaceh kepada anda yang sudi bawak cek jalan-jalan.

Destinasi berjalan-jalan di Megamall Penang, tengok wayang kat sana. Memang pertama kali aku tengok wayang dekat sini. Sungguh 'perak' aku tengok sekeliling. Sebelum ni pernah mai sekadar pusing-pusing dekat bawah ja. Banyak yang dah berubah sudah..

Aku sangat impress dengan wayang di sini, sebab besaq, cantik, luas, dan ada banyak koleksi barang comel! Nak tau benda apa?

Check this out:

Kung Fu Panda bear! Comelnya!
Koleksi buku nota filem wayang!
I like to move it! Move it! Madagascar! Chicken Little!
Replika Iron Man..
Suka sangat! Tongkat Harry Potter!
Siapalah agaknya pengumpul barang-barang ni. Ataupun diorang memang dapat free benda-benda ni eh? Memang hebat sangat! Bukan senang nak cari benda limited macam ni.

Tujuan asal datang sini nak tengok wayang cerita "I, Frankenstein". 



Review:Cerita macamana Frankenstein dapat nama. Walaupun hero (Aaron Eckhart) dia tak hensem sangat, tapi scene lawan dia agak best. Geng jahat memang geli aku tengok. Ketua yang jahat ni pelakon dia (Bill Nighy) memang asyik kena jadi syaitan ja, dulu berlakon jadi syaitan jugak dalam Ghost Rider. Kisah cinta dalam cerita ni tak da pun, sekadar heroin (Yvonne Strahovski) ni doktor neurologi yang bekerja dengan syaitan untuk hidupkan mayat. Tapi, dia pun tak tau dia bekerja dengan orang jahat. 

Bagi aku, sedang-sedang ja cerita ni. Aku nak bagi 3 bintang dari 5. Cewah..

p/s: Excited nak tengok Robocop sebab dalam wayang dia tunjuk trailer. Cerita ni selalu aku layan dulu, tak silap kat TV3, pukul 9 pm. Ingat pun sebab dulu arwah ayah dengan aku ternganga depan tv tunggu cerita ni. Nantikan Robocop 30 Januari ni!
Read More

Thursday, January 23, 2014

Hebahan Keputusan Sementara Peperiksaan Akhir


Tak tidur aku semalam sebab menunggu tarikh 23 Jannuari 2014. Kenapa? Sebab bermula dari 23 Januari - 30 Januari adalah keputusan hebahan sementara peperiksaan akhir semester ni.

Takut punya pasal, check guna handphone jer. Semata-mata sebab kecik sikit, tak da la sampai aku nak pengsan nanti..
.
.
.
.
.
.
.
.
Check punya check..
.
.
.
.
.
.
.
.
Dup dap.. Dup dap..
.
.
.
.
.
.
.

Alhamdulillah! 

Tak rugi aku stay UNIMAS lagi walaupun sepatutnya aku dah graduate sekarang ni..*saya mengaku saya extend! 
Tak rugi membayar kelas repeat & baiki..*melayang RM180
Tak rugi aku berpenat lelah study..*study smart NOT study hard!
Tak rugi naik bas UNIMAS yang macam tin sardin..
Tak rugi aku berkongsi ilmu & jadi tutor English orang..
Tak rugi berhujan panas berjalan kaki ke kelas..*jarak antara kelas jauh macam kutub utara & kutub selatan

Alhamdulillah! Aku dapat lebih dari apa yang aku expect!

Alhamdulillah! 
Allah dah makbulkan doa hambaNya yang;

kadang-kadang lalai dengan kesibukan dunia
kadang-kadang terikut dengan telunjuk hawa nafsu..

 

InsyaAllah, semester depan adalah semester terakhir untuk aku hidup di Sarawak. 3 subjek lagi untuk  dihabiskan. Semoga aku dapat menjalani kehidupan semester depan dengan lancar..

Amin..
Read More

Wednesday, January 22, 2014

Aku Pengomen Gedik!


Acece, tajuk macam nak kena bagi penampar sebijik..

Cek dapat masuk entry belog Wan Hazel. Seronok macam budak-budak dapat lali'pop'. Terima kasih bebanyak Wan. Aku start ikut belog Wan sejak dari 2 tahun lepas time berpraktikal di USM, Pulau Pinang. Time ni aku rajin gila menggodek+skodeng belog orang. 

Dah lama kenal, tau-tau Wan ni blogger yang duduk Sarawak. Adik dia pun menuntut di UNIMAS, sama dengan tempat aku belajar sekarang. Selalu pulak Wan ni mai UNIMAS. Tapi hampeh, aku tak pernah nampak*budget aku busy macam pak menteri..

Belog Wan Hazel ni la buat aku kenal dengan doodle, photoshop, grafik designer, photo manipulation, bla, bla. Kalau nak tau tulisan header aku yang 'TMAH OH TMAH' tu hasil tutorial Wan la punya sifunya..

Nak tau lagi lanjut?
Singgahlah ke belog Wan Hazel!




Read More

Monday, January 20, 2014

Aktiviti Petang di Kampung



Aktiviti:
* makan rambutan
*main kucing
*berjogging dengan mama dottie
*pusing-pusing depan rumah cari buah durian..

Apa aktiviti hampa semua di petang hari?

Read More

Sunday, January 19, 2014

Ali Setan [Dulu & Sekarang]


Banyak kali dah aku tengok Ali Setan, tapi tetap best. Tiba-tiba TV3 tayang balik pulak, cepat-cepat bukak TV!

Pengarah: Jins Shamsuddin
Tarikh tayangan: 16 Februari 1985
Antara pelakon-pelakonnya:
1. Azmil Mustapha
2. Fauziah Ahmad Daud
3. Izi Yahya (meninggal dunia pada 25 Jun 2007)
4. Liza Abdullah
5. Shah Rezza
6. Sheila Majid
7. Ebby Saiful





Ada sesetengah pelakon ni dah tak muncul lagi di layar perak, ada yang masih berkecimpung dalam dunia seni. Sekejap je masa berlalu kan.

Azmil Mustapha dah bergelar pendakwah bebas, Kak Ogy dah pakai tudung dan still dalam dunia seni, paling aku ingat sebagai pengkritik tetap Akademi Fantasia. Izi Yahya pulak yang aku ingat dulu berlakon cerita Embun jadi askar Jepun. Agaknya sebab mata beliau sepet kot. Liza Abdullah sekarang selalu berlakon jadi mak-mak. Makin cantik pulak tu. 

Shah Rezza ni rupanya perunding perkahwinan tau! Sekarang ni Dato' yer, paling glamour beliau pernah menjadi perunding perkahwinan Dato' Siti Nurhaliza! Sheila Majid pun sekarang makin cantik. Awet muda sungguh, suara dia pun still merdu, lagu best yang aku ingat, 'Sinaran'. Ebby Saiful pulak menyepi je dari dunia seni..

Pastinya pelakon kat atas ni semua legend!
Read More

Giveaway Birthday Azhafizah


First segmen untuk tahun 2014 oleh BELOG akak Azhafizah!

http://www.azhafizah.com/2014/01/giveaway-birthday-azhafizah.html

Syarat-syaratnya:
1. Buat entry bertajuk "Giveaway Birthday Azhafizah".
2. Letakkan Banner giveaway di atas dan backlink ke entry tuan blog.
 3. Follow tuan blog [da lama da follow blog akak ni..]
4. Like fan page [pun da lama liked!]
5. Follow Instagram Azhafizah [maap akak, ig timm da prob meh..]
6. Publish dan tinggalkan details seperti berikut di ruangan kotak komen entry tuan blog

Nama : untuk di tulis di calendar
URL Blog : untuk di tulis di calendar
URL entry giveaway :
email :
Kalau tak nak tulis nama,nak buat ayat pun boleh

Hadiah dan pemenang yang akan dipilih:

TOP REFERRAL 1
Full Design Blog

TOP REFERRAL 2
Header Blog

TOP REFERRAL 3
Watermark

ENTRY KREATIF
Vector Potrait x 3 pemenang[Soft Copy only]

Setiap penyertaan blogger akan menerima softcopy calendar 2014 desktop wallpaper [resolution :1152x864] yang unik ni.Selain sebagai wallpaper desktop boleh tengok calendar sekali. Penyertaan bermula pada 7:00 am 13 January 2014 dan akan berakhir pada 11:59 pm 7 February 2014. Senarai peserta akan diupdate 8 Februari ni..
 
Omey! NAK3!
Jom beramai-ramai join jom!
Read More

Saturday, January 18, 2014

I'M HOME KULIM!


Alhamdulillah, aku dah sampai semenanjung hari Rabu (15 Januari) lepas. Balik semenanjung dengan Malaysia Airlines sebab nak bawak balik barang. Nanti semester depan dah habis, tak kan nak sekali angkut. Kalau duduk semenanjung senang mengangkut. Masalahnya duduk di Sarawak..

MAS, flight, Malaysia Airlines

Pemandangan dari tingkap flight..
Kali ni aku check-in guna handphone. 

Macamana nak check-in menggunakan telefon bimbit?

Kemudahan ni disediakan untuk nak mempercepatkan proses check-in tanpa perlu beratur panjang dan cepat. Aplikasi ni untuk pengguna telafon pintar je ye..

1. Log on ke flymas.mobi.
2. Pilih check-in.

3. Masukkan nama akhir & 5 digit booking reference.

4. Nanti barcode & segala info akan diberi melalui sms di handphone anda.


Sampai Penang pukul 12 lebih, terpaksa tunggu di airport sampai pukul 4pm. Kakak aku busy dengan meeting, lepas abang ipaq ambil aku di airport. Aku stay rumah diorang dulu. Malam selepas Isyak, baru balik ke Kulim.

It's good to be home..
Read More

Tuesday, January 14, 2014

Salam Maulidur Rasul



Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1423H / 2014

*semoga adik Najwa yang hilang semenjak 5 hari dijumpai dengan keadaan selamat..amin..
Read More

Thursday, January 09, 2014

Tips: Jika Merindui Seseorang


Kalau mula merindukan seseorang, cuba kita berdoa:

"Ya Allah, Aku merindukannya keranaMu Ya Allah. Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu. Aku semakin mengerti, jarak ini bukan untuk menghukumku, tetapi jarak ini untuk menjaga aku dan dia.."


  • Dengan JARAK ini, aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik.
  • Dengan JARAK ini, aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi.
  • Dengan JARAK ini, aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya.
  • Dengan JARAK ini, aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi.
  • Dengan JARAK ini, aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai.

Sweetnya ayat-ayat ni. Sebijik macam apa yang aku rasa sekarang ni..


Read More

Wednesday, January 08, 2014

Wordless Wednesday @8



Read More

Sunday, January 05, 2014

Fenomena Awan di Ruang Angkasa?


Awan Aneh di Luar Sistem Suria
Los Angeles: Ahli kaji bintang mengesan awan aneh di atmosfera dua planet di luar sistem suria, dengan dua kertas penyelidikan menunjukkan jenis mendung di dunia asing itu mungkin sebenarnya fenomena biasa berbanding yang disangka sebelum ini.

Namun ia bukanlah awan yang sama dengan yang ada di Bumi dan besar kemungkinan terhasil daripada bahan seperti zink sulfida atau potassium klorida. 
Awan di Bumi, sebaliknya mengandungi gabungan titisan air dan ais. 

Dua pasukan penyelidik berasingan memeriksa data daripada Teleskop Angkasa Lepas Hubbel berkaitan dengan planet luar sistem suria GJ 1214b dan GJ 436b.

Terletak 42 tahun cahaya dari Bumi, GJ 1214b adalah contoh utama planet super-Bumi manakala GJ 436b pada jarak 36 tahun cahaya adalah Neptun panas.


Biasa wujud

Super-Bumi adalah planet dengan jisim antara Bumi dan Neptun manakala Neptun panas, seperti namanya, adalah versi panas planet Neptun. Ia mengekalkan orbit dekat dengan bintang tidak sampai satu unit astronomi secara kasar jarak purata dari Bumi ke matahari, atau sekitar 144 juta kilometer. 
“Kami tahu awan mesti ada untuk sebahagian planet, tetapi kini kami ada keputusan menunjukkan awan itu sebenarnya biasa wujud,” kata pakar astronomi di Institut Teknologi California di Pasadena, Heather Knutson, yang juga penulis utama kajian mengenai GJ436b kepada Space.com.


Kaji komposisi planet

Komposisi planet dikaji apabila ia melalui bintang. Apabila transit itu berlaku, molekul yang membentuk atmosfera eksoplanet itu menghalang bahagian berbeza spektra cahaya.

Dengan merakamkan seksyen mana yang membuat laluan dan yang mana tidak, pakar astronomi boleh menyimpulkan apa yang membentuk planet berkenaan. 

Bagi GJ 1214b, pemerhatian itu diketahui kerana tidak mendedahkan petanda sebarang atmosfera langsung.

Ia bermakna awan tebal menghalang cahaya atau planet berkenaan dihasilkan daripada molekul berat seperti air, dengan graviti menekan bahan itu menjadi lapisan nipis dan mampat. AGENSI


Perbezaan saiz antara Bumi
An artist's interpretation shows a cloudy exoplanet with its home star in the background. Data from the Hubble Space Telescope show that warm Neptune GJ 436b and super-Earth GJ 1214b may have high-altitude clouds covering their atmospheres. (Space Telescope Science Institute)



Subhanallah, Bumi kita ni pun belum habis teroka. Inikan pulak di ruang angkasa..
Sumber: [sini] & [sini] & [sini]
Read More

Saturday, January 04, 2014

Jodoh Berdua by Hafiz Hamidun


Hari ini aku sangat rajin sebab tak tidur balik selepas subuh. Akhirnya, kalau tak..pukul 10am nanti baru bangun. Sila jangan tiru behavior ni adik-adik sekalian.

Back to the topic, jom dengar lagu baru dari Hafiz Hamidun bertajuk Jodoh Berdua :


Komen : Melting cek dengaq lagu ni pagi-pagi, cek bagi 10/10 bintang kepada beliau!

Dulu selalu dengar Hafiz Hamidun nyanyi dalam UNIC je, lepas tu beliau bergerak solo pulak. Beliau pernah keluarkan album Zikir Terapi Diri. Sedap dengar zikir tu sebab dia lagukan balik. Kita kan senang hafal kalau jadi arrangement lagu. Dapat pahala tau!

Lepas tu, beliau pernah datang Unimas tau sempena Konsert Kembara Sufi 2013. 

Aku tak update pun pasal ni sebab kemalasan melampau!
Enjoy the song!
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com