Alhamdulillah, aku dah sampai semenanjung hari Rabu (15 Januari) lepas. Balik semenanjung dengan Malaysia Airlines sebab nak bawak balik barang. Nanti semester depan dah habis, tak kan nak sekali angkut. Kalau duduk semenanjung senang mengangkut. Masalahnya duduk di Sarawak..
Pemandangan dari tingkap flight.. |
Kali ni aku check-in guna handphone.
Macamana nak check-in menggunakan telefon bimbit?
Kemudahan ni disediakan untuk nak mempercepatkan proses check-in tanpa perlu beratur panjang dan cepat. Aplikasi ni untuk pengguna telafon pintar je ye..
1. Log on ke flymas.mobi.
2. Pilih check-in.
3. Masukkan nama akhir & 5 digit booking reference.
4. Nanti barcode & segala info akan diberi melalui sms di handphone anda.
Sampai Penang pukul 12 lebih, terpaksa tunggu di airport sampai pukul 4pm. Kakak aku busy dengan meeting, lepas abang ipaq ambil aku di airport. Aku stay rumah diorang dulu. Malam selepas Isyak, baru balik ke Kulim.
It's good to be home..
senangkan check in thru phone...hanya dengan click..semuanya beres...
ReplyDelete