Saturday, January 31, 2015

CPUV Nuffnang 58 --> 62 (Januari)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 
Disebabkan kekangan masa, Nuffnang akan diupdate sebulan sekali je ye. Betapa pemalasnya nak up entry. Kekadang balik kerja, tengok je cik lappy dari jauh. Sangatlah malas. Diharap Nuffnang tidaklah malas macam aku. 
 
Tengok earning adalah naik sikit walaupun tak banyak. Sikit-sikit menjadi bukit. Kiranya macam menabung zaman sekolah rendah la kan. Dah naik zaman dewasa, nak menabung pun pemalas. Aparaa..
 
Pi mai, pi mai, esok dah masuk bulan Februari. Tiba-tiba terfikir azam tahun 2015. Alhamdulillah sudah pun terlaksana, iaitu;
  •  Membayar PTPTipu PTPTN 
     
    Azam seterusnya adalah mendapatkan kerja full-time yang lebih baik sikit belum tercapai. Pelan-pelanlah kan. Kekadang meluat dengan kerenah dan pandangan custumer yang pandang aku macam budak sekolah yang tak habis belajar. Kekadang tak padan dengan student yang makan pun guna PTPTN, makan tempat mahal sikit dah berlagak diva. Wau, nak makan kaki ke? 
     
    Lagi satu, custumer memanglah Always Right sesangat kan. Tapi tak reti membaca ke, restoran tutup pukul 10. Jadi, tak kanlah awak tu nak melepak sampai pukul 10. Ingat segala pinggan mangkuk awak tu boleh berjalan masuk dapur dan cuci sendiri ke? Dah tak reti nak balik ke? Setiap kali nak closing, itulah dilema setiap hari. Ya Allah, sabarkanlah hati kecilku untuk sentiasa dilindungi oleh perasaan sabar ini..
p/s: Zaman bekerja memang berbeza dengan zaman belajar..tanggungjawab adalah dibahu sendiri..
Read More

Wednesday, January 28, 2015

Berjumpa Ustaz Kazim Elias

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 
Kekadang segala niat yang baik walaupun sedikit sahaja terdetik dalam hati, Allah akan aturkan untuk kita dapat pahala free tu. Sama macam jadi pada aku Sabtu lepas. Otw ke tempat kerja nampak banner Ustaz Kazim di jalan, dia nak datang bagi ceramah di Dataran Putra. Biar betul? UKE nak mai Kulim?
 
Dalam hati memang teringin nak bersua face-to-face dengan UKE. Selalu tengok dalam forum perdana, kalau dah jodoh, etc. Banyak rancangan UKE ni. Alhamdulillah aku tengok jadual kerja, hari Sabtu kerja 10am-7pm je, dapatlah pergi. Nasib ada sorang staff SR pun nak pergi. Cuma dia cuti hari Sabtu. Jadi, aku bawak baju dan solat di mall. Kawan datang terus ambil aku ke sana. Kami memang antara yang paling awal datang ke sini. Dapatlah duduk di kerusi bawah khemah. Skrin layar besar pun depan kami. 
Ceramah Bersempena dengan Maulidur Rasul, tajuknya "Perpaduan Nadi Transformasi Negara" anjuran Majlis Perbandaran Kulim. Nasib baiklah depa nak buat kat sini, sebab dah lama aku nak datang ke sini cuma tak berkesempatan dan malas sebab depa kata ni tempat maksiat. Hurmm, diharap selepas adanya ceramah macam ni, bersihlah 'klon I-City' ni..

Sementara menunggu UKE, ada kumpulan nasyid Ibnu Sina dari Sekolah Tahfiz Taman Kenari berzanji dan berselawat. Dalam pukul 9 baru UKE sampai, rupanya beliau tersesat tak jumpa lokasi.
Dari dataran yang kosong, terus dipenuhi dengan umat manusia. Sangat-sangatlah ramai! Nasib baik kami datang awal. Ucapan aluan sekejap je oleh Pengarah MPKK, dia tau kami semua tak zabarr nak dengar ceramah UKE. Hehehe..
 Antara sedutan UKE yang best adalah menyanyi, siap berdiri lagi tau. I'allah, penggemar ceramah agama dalam radio akan dengar juga ceramah ni. Mak cakap memang akan disiarkan, cuma lambat je..

Majlis diakhiri dengan selawat beramai-ramai dan juga doa oleh UKE. Memang tak rugi walaupun sampai jam 11:30pm. Sentiasa bergelak ketawa disamping banyak ilmu yang baru. Semoga selepas ini, UKE datanglah lagi ke Kulim. 

p/s: Cepat la Amni besaq, nak belikan aksesori comel ni..
Read More

Mini GiveAway Kiss Proof Lipstik

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 
Dah lama x join giveaway, disebabkan hari ini aku bercuti bolehlah curi-curi masa sekejap berblogging. 
 
#1 Sesiapa nak join klik image dibawah ye..
http://www.opzzpinky.my/2015/01/mini-giveaway-kiss-proof-lipstik.html
Syarat nak join pun sangatlah simple mimple, rugi kalau hampa tak join. 
2# Dah lama menjadi follower blog Cik Sha ni..

# Baru nak follow instagram
 # Like Fanpage
3# Rambang mata nak pilih warna apa, emm..
Nombor 4

Diharap penyertaan ini dapat memeriahkan lagi Giveaway Sha ye. Dan tq jemput dalam komen.

p/s: Golek-golek kemalasan, mementang cuti hari ni..
Read More

Tuesday, January 27, 2015

MONrods Sekali Sekala

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Ini kisahnya apabila duit BR1M dah masuk. Bukannya apa pun, saja gadis-gadis SR nak makan beramai-ramai makanan western. Hari tu dapat gaji kami ber'6D Motion Adventure. Lepas ni, dua orang lagi tu nak berhenti kerja dah. Sedihnya, walaupun singkat perkenalan, tapi semua dah rapat sebab sebaya. 
Malam tu baru aku tau MONrods ni owner dia melayu. Kekadang sefamily owner tu datang SR untuk makan-makan. 
Menu yang dicuba adalah Blackpepper Chicken Chop. Emm, bagi aku ayamnya terlalu banyak tepung dan kering. Nasib baik coleslawnya sedap..
 
Tempat ni agak menarik kalau orang nak jamming ke, sebab kekadang depa jemput penyanyi buat show kecil-kecilan di sini. Kami pun antara pelanggan yang terakhir. Selepas habis kerja, kami beramai-ramai konvoi ke sini. 
Tempat masaknya memang terbuka, boleh tengok chef-chefnya memasak.
 
Kepada warga Kulim yang nak ke sini;
Restoran MONrods Kulim,
692, Lebuh Bandar 2,
Bukit Putra Kulim,
09000 Kulim, Kedah.
 
Senang nak cari sebab atas bukit dan sebelah Dewan Putra Kulim. Nak tengok detail lagi bolehlah ke Facebook mereka Restoran MONrods Kulim. Bukan setakat makanan western, makanan kampung macam ubi rebus, cucur kodok pun ada. Nanti bolehlah nak try menu lain pulak. Tunggu..
Read More

Monday, January 19, 2015

Jualan Gudang Marcoco Furniture

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 
Tak sengaja terjumpa post yang orang share dalam group @Kulim di Facebook. Ada jualan gudang perabot dari kilang. Tengok dari gambar macam menarik, secara kebetulan aku bercuti, abang cik pun bercuti sebab demam.
 
Dia tengok je post tu, laju pulak suruh bersiap nak survey barang perabot yang dijual di sana. Sesampainya disana, mulut terlopong tak nak boleh tutup. Mata pun bulat bersinar-sinar~
Kegilaan tengok segala barang, banyak juga barang yang dijual dan telah pun SOLD OUT! Tengok bahagian dalam lagilah nak pengsan, lagi cecantik!
Kengkonon nak survey SAHAJA, tapi memandangkan harga terlalu affordable dan murah dari yang selalu dijual di pasaran, sanggup berWhatsapp dengan kakak sulung yang dah lama nak cari meja makan untuk 8 orang di rumah mak. Family kami kan ramai, sekarang pun dah bertambah seorang lagi ahli baru kan, kan-kan-kan.
Pusing punya pusing, jeng-jeng-jeng, set meja makan ni kami grab!
Set meja makan untuk 8 orang ini kami dapat dengan harga RM1600+. Berbaloi-baloilah, lagi berbaloi untuk orang yang boleh bawak balik barang ni sendiri. Kami terpaksalah ambil perkhidmatan delivery. Bayaran dibuat dengan pembayaran 30% dari harga barang. Nak menggunakan debit card tak boleh sebab diorang tak sempat nak sediakan perkhidmatan swipe-swipe tu. Jadi semuanya dengan menggunakan pembayaran CASH. 
Dengan duit yang kami tak bawa banyak, punya korek duit singgit-singgit dalam wallet kami dua. Alhamdulillah cukup! Berkat tau walaupun kami bayar dengan duit singgit-singgit. Orang lain bayar dengan duit seratus-seratus tau. Hehehe, buat muka selamba je asalkan dapat barang yang kami nak. 

Jadi kepada warga disekitar Bukit Minyak bolehlah berkunjung ke;
Marcoco Furniture Industries Sdn. Bhd.
Plot 252,
Jln Perindustrian Bukit Minyak 3,
14100 Bukit Minyak,
Seberang Perai Tengah,
Pulau Pinang.
Jadi jangan lupa singgah di sini kerana jualan ini bermula dari 16 Januari - 5 Februari 2015 sahaja tau.

Selamat Bershopping!

p/s: pepagi subuh dah bangun menghantar Kak Ina ke tempat kerja. Hopefully kes motosikal yang kena curi tu selesai dengan cepat. Susahlah motosikal jadi bahan bukti kecurian ni..hmpp..dugaan Allah bagi.. :)
Read More

Siapakah Caliph Buskers?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 
Tahniah kepada semua pemenang AJL 29 semalam. Aku pun tengok cikit je. Tapi sanggup korek youtube pulak untuk cari Caliph Buskers yang menyanyikan lagi Roman Cinta bersama MOJO. Memang ternganga dan seram sejuk aku dengar suara vokalis busker ini yang sangat sedap! 
Memang the vast kan?

Antara senarai pemenang AJL 29
Juara: Apa Khabar, Joe Flizzow & Sonaone
Naib Juara: Masih Aku Cinta, Shila Amzah
Ketiga: Di Pintu Syurga, Dayang Nurfaizah
Vokal Terbaik: Di Pintu Syurga
Persembahan Terbaik: Mojo & Caliph Buskers
Rupanya kumpulan Caliph Buskers memang dah terkenal di kalangan buskers di ibu kota. Itu pun sebab aku tengok di laman Facebook mereka sendiri iaitu Caliph Buskers. Semoga kumpulan mereka terus berusaha dan selamat berjaya! Malaysia Hari Ini pun ada membicarakan topik mengenai orang kurang upaya (OKU) yang hebat dan masih mempunyai keyakinan diri. 

p/s: Rindu sangat dengan awak En. Blog :)
Read More

Monday, January 12, 2015

Resipi: Penkek Simple

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 
Menjeruk resipi penkek ni dalam buku nota comel. Sebelum aku terlupa, baik aku share dalam ni. Sedap makan waktu panas-panas time hujan tau.

Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
2 sdt serbuk penaik
2 sudu makan gula
secubit garam
1 cawan susu segar
1/2 sdt cuka
1 biji telur
minyak/butter/marjerin

Cara-caranya:
1. Gaul sebati tepung gandum+serbuk penaik+gula+garam.
2. Susu segar campurkan dengan cuka dan dibiarkan seketika sebelum dicampurkan dengan telur.
3. Gaulkan adunan kecuali minyak/butter/marjerin dan rehatkan adunan selama lebih kurang 30 minit.

Dengan menggunakan pemanggang ajaib, penkek menjadi dan senang dicuci sebab tak melekat. Lepas tu gunakan butter untuk sedap dan melemakkan penkek.


Dengan muka confident bukaklah peti ais, ingatkan ada lebihan madu. Rupanya tak ada! Nak makan dengan apa penkek ni. Nampak ada setin susu pekat manis. Bolehlah jugak dicicah dengan penkek. Sedap jugak..

Selamat Mencuba!

p/s: template blog baru untuk tahun 2015. mungkin akan ditukar lagi sebab tak puas hati ada beberapa part yang belum kemas..
Read More

Thursday, January 08, 2015

CPUV Nuffnang 51-->57

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 
Ini adalah antara CPUV Nuffnang terakhir di tahun 2014.
 Tudia, punya pemalaih nak update kan. Kesian Nuffnang, jangan merajuk pulak ye. Kalau tengok susu Marigold ni, teringat kalau buat kek. Memang selalu guna susu jenama Marigold sebab lagi murah dari jenama susu lain. Maybank semestinya merupakan bank yang menyenangkan kerja kalau nak buat apa-apa urusan berkaitan online banking, contohnya nak beli tiket flight atau online shopping. Dah lama tinggalkan sifat online shopping. Duit perlu disimpan untuk urusan lain yang lebih penting!

CPUV terakhir adalah Maggi Royale seperti Beli Maggi Royale free buku masakan. Dah lama pulak tak pekena maggi, yum-yum-yum. 

Tengok akaun Nuffnang aku, baru je mencecah RM50. Perlu banyak berusaha lagi ni. Walaupun sedikit, asalkan ada juga dari membuang masa berblog ye dak? Walaupun 1 post tetap mendatangkan hasil, sebab itulah cuti macam ini masanya untuk berblog habis-habisan. Hohoho.

Baiklah, nak makan ubat dan tidur. Esok bekerja seperti biasa..
Read More

Blog dalam proses Construction

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 
Hari ini aku cuti. Sepatutnya hari Ahad depan, nasib baik ada rakan sekerja yang baik. Sanggup tukar cuti disebabkan aku demam. Sangatlah teruk jugak sebab aku belum biasa kerja di tempat fully air-cond kot.
Semalam aku ke klinik Safiya 24 jam untuk mendapatkan ubat. Aku mesti sihat kalau nak terus bekerja. Sebab tak selesa sangat dengan hingus meleleh, lagi pun sekarang aku bekerja sebagai Service Crew. Sentiasa kena amik order customer, layan orang, cashier, susah sangat nak bekerja dengan keadaan sakit.Waktu rehat aku sempat melelapkan mata, sampai mengigau. Agaknya sebab badan panas, otak kita mula merapu..
Punya mengantuklah dengan kesan ubat selesama dan ubat batuk. Bangun ja, alhamdulillah hidung tak tersumbat, tekak dah kurang sakit. Syukur.
 
Waktu cuti barulah sempat check email dan blog. Minta maaf ya aku lambat reply email anda. Maaf sesangat. Tengok blog mula rasa boring, rasa nak merajinkan diri untuk menukar template. Semuanya buat sendiri berbekalkan tutorial sifu-sifu. 
 
Jadi, minta maaf kalau anda semua masuk ke sini dan tengok banyak benda berterabur..
Read More

Tuesday, January 06, 2015

Berita Gembira di Akhir Tahun 2014

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 
Sebenarnya dah lama aku nak share berita ini. Tapi asyik penat dengan kerja, memang balik rumah sentiasa tidur je. Nak buat macamana, demi sesuap nasi kan. Kerja susah dicari sekarang ni. Jadi, tolonglah jangan memilih dan kerja mana ada senang kan, tambahan pula untuk fresh graduate macam species aku. 
 
Berita gembira yang dimaksudkan adalah,
Kak Yu aku selamat melahirkan baby perempuan seberat 2.9kg pada pukul 1.30pm bertarikh 31 Disember lepas. Alhamdulillah, walaupun dilahirkan secara pembedahan sebab tetiba blood pressure akak naik. Sepatutnya jadi baby tahun baru. tapi jadi baby akhir tahun pulak.
Kekadang semua yang terjadi dalam hidup telah diaturkan dengan cantik perjalanannya oleh Allah S.W.T. Contohnya, secara kebetulan, aku cuti pada 1 Januari, selalunya kerja macam aku ni susah nak bercuti pada cuti umum. Tapi, semuanya telah dipermudahkan. Abang Cik pun cuti pada hari yang sama. Dapatlah kami melawat baby dan akak di Hospital Pulau Pinang.
Walaupun dengan motosikal, kami hentam kromo je ke sana. Lagipun Kulim-Penang memang sekentut je disebabkan Daerah Kulim adalah sempadan diantara Kedah-Pulau Pinang. Siap aku guna google maps lagi takut tersalah jalan. Itulah 10 kebaikan penggunaan smartphone. Rupanya wad bersalin iaitu bangunan D tengah renovation. Nasib abang ipar ada, tak adalah tersesat di situ. 
Kesian betul dengan Nur Amni Raihanah ni, disebabkan rushing beranak, segala baju dengan peralatan baby semua tak bawak! Baju baby pun belum beli! Kakak sulung, Kak Pah dari Lembah Beringin, Hulu Selangor terus balik ke Kedah. Diborongnya segala macam benda di pasaraya The Store. Nak harapkan kami yang bujang ni memang blurlah nak membeli barang apa..
Paling penting, baby dan ibunya selamat. Tak sabar nak menunggu Kak Yu yang akan berpantang dirumah.
p/s: Bertambahlah anak saudara seramai 11 orang..
Read More

Monday, January 05, 2015

Hadiah Template Bloglist dari Cik Kumbang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 
Yea! Hadiah dari Cik Kumbang dah dapat. Cuma aku sahaja belum berkesempatan untuk memasangnya di dalam blog. Akhirnya ada juga perubahan dalam blog sempena tahun baru ini. InSyaAllah aku rasa nak tukar template sikit, nak tukar warna, boring kan kalau setiap masa tengok benda yang sama.
 
Hadiah yang dimaksudkan adalah Template Bloglist dari Giveaway 2014 Cik Kumbang. Alhamdulillah, baru je aku pm Cik Kumbang, esoknya terus dah siap pasang. Meh aku nak kasi teasers sikit,
Selepas ini, tak ada lagi bloglist yang bersepah-sepah di blog. Bolehlah dikemaskan blog dengan adanya bloglist ini. Sesiapa nak blogwalking termasuk tuan blog sendiri pun lebih senang dan mudah.

Terima kasih Cik Kumbang walaupun lambat. Rupanya beliau tengah sibuk dengan preparation perkahwinan! Tahniah sekali lagi Cik Kumbang! Dah tak boleh panggil 'Cik', selepas ini maybe 'Puan Kumbang'??

p/s: Disebabkan balik awal dari kerja, dapatlah buat Apam Susu! Yum-yum-yum..
Read More

Thursday, January 01, 2015

Top Commentator Disember 2014

Assalamualaikan & Salam Sejahtera
Disebabkan bulan ini aku kurang nak blogwalking dan terjah ke blog orang lain, maka pageviews menurun, komen pun apatah lagi kan. Maafkan tuan blog ini ya, kesempitan masa disebabkan komitmen bekerja menjadikan blog ini sedikit terabai. Ampun semua!
 
Namun, masih ada yang baik hati nak meninggalkan secebis jejak di blog picisan ini. Jangan risau, dengan adanya bloglist setiap bulan untuk top commentator, aku akan rajin menerjah blog hampa kalau ada kelapangan.
 
CT Humairah | Cik Fafa | KhaiRin: Anies | Zumal | Anizz Annisa | Belog Santai | Asha Lya | Cetusan Minda | Time Traveller | Maria Firdz
 
 Terima kasih semua! 
Tanpa anda, siapalah blog aku. Mesti sunyi macam rumah yang tiada tetamu datang. Tak ada tetamu datang maksudnya rezeki pun tak ada. Tetamu kan pembawa rezeki :)
Read More

Till Then 2014

Assalamualaikan & Salam Sejahtera
 
Sekejap sahaja 2014 telah pun melabuhkan tirainya tadi. Mercun, meriam segala mak nenek semua ada tadi. Nasib baik berbunyi, kalau tak sampai esok pagi baru aku mandi. Sekarang dah habit suka tertidur. Pukul 12 malam baru bangun untuk mandi. Orang tua-tua tak bagi mandi lewat malam kan?

2014
Terlalu banyak kenangan manis dan pahit yang berjaya dilalui, alhamdulillah. Di mana aku telah berjaya menghabiskan pelajaran, bergraduasi, dan sekarang bekerja.

2014
Semoga segala memori yang terindah sentiasa tersemat di dalam hati. Memori pahit pula dijadikan pengajaran dan sempadan supaya tidak berulang kembali.

Diharap perjalanan hidup aku di tahun baru akan membawa sinar baru. Semoga aku akan lebih dekat dengan-Nya dan tidak hanyut dibuai kenikmatan dunia. 

2015
Aku akan memegang umur 24 tahun pada tahun ini! Wah! Tapi selagi belum masuk bulan September aku masih lagi 23 ya. Punya tak nak mengaku kan. Ada apa dengan nombor. Age is just a number right?

2015
Mesti bertambah ramailah rakan-rakan aku yang lain akan mengorak langkah ke jinjang pelamin. Alhamdulillah, aku tumpang gembira. Nak join sekaki tak ada calon pulak kan. Mana boleh hentam kromo sebab nak ikut orang lain yang berkahwin jugak kan. Pemikiran aku masih lagi belum matang untuk memikirkan tentang perkahwinan. Agaknya disebabkan keluarga aku memang trend berkahwin lewat dan aku adalah anak bongsu. Memang sampai ke sudah aku tak fikir..

p/s: Di manakah agaknya jodohku? Macam geli jer..hahaha! Seronok terlebih tengah-tengah malam ni sebab...
wait till next entry ya,,
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com