Friday, December 28, 2012

Year End Giveaway By Cik Bunny



Sila klik banner dia atas kalau nak sertai!

So, meh la join ramai-ramai kalau nak dapat hadiah comel beliau!

p/s: gila ke apa aku ni..Study..Study..Study..

Tarikh tutup: 3 Januari 2013 (11:59pm) (mungkin diubah pada bila bila masa) 


Read More

Segment : King Follow Back by Amercorner



Kawan-kawan yang nak join klik banner di atas ya!

Jumlah follower sekarang:
Meh la join ramai-ramai. Antara syarat-syaratnya tekan la banner kat atas tu sendiri. He-He-He.
Read More

Thursday, December 27, 2012

Bowling Time


Berita gumbira! Berita gumbira! Alhamdulillah masalah K.U.T.U. dah selesai. Aku sudah bebas dari "Kutu Durjana". Kalau nak tau cerita pasai kutu, mai la ke entry [INI]. Kalau aku berjangkit lagi memang aku nak mengamuk macam orang Histeria la..

Hari ini adalah ubat stress aku yang kedua. Nak tau ubat stress yang pertama? Sila ke entry [INI]. 

  • Aktiviti: Bowling
  • Tempat: UNIMAS Bowling Centre, BHEP
  • Tarikh: 27 Dec. 2012
  • Masa: 2pm-4pm
  • Bayaran: 1 Game=RM3+KAD MATRIK. Kasut=RM1.
Besaq jugak tau..
Kalau nak tau, UNIMAS merupakan satu-satunya universiti yang menyediakan pusat bowling sendiri di dalam kampus. Dalam ini juga disediakan permainan snooker untuk menambahkan bahan penghilang stress. Dulu pusat karaoke pun ada, tapi sekarang dah takdak. Aku ni dah masuk tahun 3 pun baru jejakkan kaki dalam pusat bowling ni. 

Bola aku saiz 8 (small) yang kaler oren. Hehehe.
Nak tunjuk perempuan yang main, malu pulak. Semua dalam posisi t_nggek. Letak gambaq aku sendiri sudah la kot (budget terror main di situ..). Asyik ke longkang je bola aku. T_T

FOUL!! Kaki tu cecah garisanlah! Alamak..
Apo kono eh Timah..hehehe..

Tak cukup 1 round, 2nd round pulak main. Di join dengan pak cik berbaju putih ni ha! (pemain bowling kolej ni...).
Gaya profesional (cehh..)
Kak Maz, pemain pro jugak ni..
Aimi, Eikyn n Kak Pah.

Geng profesional nie..

Game 3rd round pulak, mai lagi sorang pemain handalan dari fakulti. Kahar bersweater hitam!

Cewah, dah dapat rentak mainan..
Terror gak ni, diam-diam ubi berisi!
Eley, macho la tu kan.. =. .="
Anda BERANI menyahut cabaran kami!
Nak jadi duta sat..
Stress hilang+duit aku pun melayang RM10. Lagipun ni pun salah satu bentuk senaman kan. Tak kanlah dalam minggu study week nak duduk depan meja study je kot. Betul tak?

Jom Senaman!


Read More

Tuesday, December 25, 2012

Hamster Comel!


Haiwan kecil dan comel berupaya untuk menghilangkan stress. Betul tak?
Semalam dengan kerajinan yang tinggi, aku pi rumah kawan dekat blok sebelah. Tengok hamster yang sangat comel. Ada kawan suruh depa jagakan. Bukan setakat hamster ada dalam rumah depa ni, ikan puyu, kucing..

Dua-dua jantan! Eh, tunjuk bontot lak yang kaler coklat ni..
Sambil makan pun boleh tidoq..

Tikus! Tikus! Comel kan. Susah nak duduk diam!
Asyik tidoq ja yang putih nie..

Nak tengok video macamana hamster makan kuaci? Saksikan..
 

Cak! Mimi pun ada. Tengok ja tau..Dalam hati tu geram tuh!
Stress, tak dapat hamster.
Buat la muka comei macamana pun, tak dapat punya hamster tuh! Tengok kat balang tu, ikan puyu pun nak cakap Hai!
Ikan puyu kat belakang tu asyik rempuh balang ja. Nak masuk entry jugak ka? Esok-esok pulak na aku cerita pasai hang. Hilang stress aku tengok budak-budak ni. Macamana dengan hampa semua? Boleh hilang stress ke tengok? Atau geli? He=He=He
Read More

Monday, December 24, 2012

Limited Edition GiveAway by Dysha Sahhir


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjIsAL2yJhUH3bvYdgYzLBZijKWOCLkjagVJ-T1WTljclZDwvN0tXPR-NfEDbDK5uv2o-bhfczrQ524WLaDBb38o1gBsWQXRSydJTTINTW_imBYrvB7Rzl5zgORgy5y8Oh94tm2-tgJbML9/s1600/nannaerGAdysha.png
Mai la join ramai-ramai. Kalau ada yang nak join, klik banner kat atas saja na.
Walaupun sekarang ni minggu study week, tangan sentiasa gatal nak bukak belog ni. Aduhai..
Gewdiksss..

Kopi & Pasta dari blog beliau:
Bahan-bahan:
  • Copy Banner dan backlink ke entry GA ini
  • Buat entry "Limited Edition GiveAway by Dysha Sahhir" atau
  • kalau korang tak nak buat entry korang klik share kat bahagian bawah entry ne..
  • FOLLOW blog DYSHA
  • kalau suka tekan la LIKE :) 
  • kalau korang buat entry letak link entry korang kat ruang komen entry GA ini,
  •  kalau korang share entry ini korang letak komen korang share guna apa.. 
  • cth: saya join FB share, atau saya join G+ share dan tinggalkan link blog korang!!! huhu:)
  • Due date 22.12.2012- 31.12.2012

p/s: Doakan aku boleh menjawab final exam dengan superb!!
Read More

Friday, December 21, 2012

K.U.T.U

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Bayangkan benda diatas merayap-rayap atas kepala. Berjalan-jalan, hisap darah sampai kepala gatal-gatal. TIDAKKKKK!!!!

Apakah simptom-simptom anda dijangkiti kutu?
  • Gatal-gatal pada kulit kepala dan belakang telinga dan leher.
  • Tergaru-garu sehingga menyebab ruam yang kelihatan di belakang telinga.
  • Terjumpa bintik-bintik putih pada rambut iaitu telur kutu! (especially belakang leher).
  • Nodus limfa yang bengkak di sebalik telinga dalam keadaan yang teruk.
  • Kalau jangkitan yang terlalu teruk, jangkitan lain seperti bakteria sekunder mungkin berlaku pada kawasan kulit yang pecah akibat digaru dengan kuat.
 Kehidupan Kutu
Kutu kepala ialah parasit yang hidup pada rambut manusia! Panjang mereka kira-kira 2-4mm dan hidup dengan menghisap darah manusia. Kegatalan di kepala berpunca daripada air liurnya semasa menghisap darah. 
Kutu kepala betina dapat membiak dengan menghasilkan 6 biji telur setiap hari. Telur ini akan menetas dalam masa 1 minggu. Paling penting! "Tidak semestinya kutu kepala memilih rambut yang kotor!" (JANGAN SALAH SANGKA OK!)

Cara penyebaran kutu:
  • Tinggal "sebilik" atau " serumah" bersama pembawa kutu.
  • Berkongsi tuala, tudung, bantal, helmet, etc.
Cara menghapuskan kutu:
  • Gunakan shampu kutu kepala. Keringkan rambut dan buangkan kutu yang mati dan telur kutu menggunakan sikat kutu. Lebih senang jika minta tolong rakan anda. Ulang rawatan sekali seminggu sehingga semua kutu yang menetas dapat dibunuh! 
  • Untuk menyenangkan proses membuang telur kutu, celupkan sikat kutu ke dalam cuka suam.
  • Semua sikat atau barang yang digunakan harus direndam dalam losyen kutu atau alkohol selama beberapa jam, dicuci dan dikeringkan.
  • Cadar, telekung, sarung bantal, selimut dicuci dengan air panas dan dikeringkan dibawah terik matahari.
  • Periksa semua ahli "housemate" anda!
  • Anak tudung atau topi perlu sentiasa dicuci.
Kesan kutu kepada individu:
  • Berasa rendah diri.
  • Mengasingkan diri dari kawan-kawan kerana malu atau bimbang menjangkiti orang lain. 
  • "Kalau orang yang ada kutu still tergedik-gedik buat tak tau, tu masalah mental kot..."
Sumber: efarmasi.com.my
Read More

Wednesday, December 19, 2012

Striking Green Shoes

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia


Kalau kita confident dengan diri kita, apa saja yang kita pakai orang yakin dan kita tak nampak pelik!


Read More

Saturday, December 15, 2012

"Holothuria" comel

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Kali ni aku nak tunjuk "holothuria" yang aktif dekat hampa semua. Nama melayu dia gamat. Nama scientific dia holothuria leucospilota
Kenalkan 'anak-anak' lab mate aku. Dia buat PTA pasal gamat. HO=HO=HO
Meh la klik --> sini




Comel dak? Atau anda dah meremang kegelian? Nak tengok video dia gerak tak? Ni bukan aku cepatkan pergerakan dia. Dia sendiri yang tergedik-gedik main dengan pam air tu. 


Comel kan? He-he-he. Hopefully PTA semua student akuatik batch ni berjaya dengan jayanya. Selamat Ber"PTA" Kawan-kawan!
Read More

Happy Birthday Mioi!

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Aktiviti: Sambutan surprise birthday
Lokasi: My Chicken Restaurant

Rajin pulak aku join depa ni sambut birthday. 

Happy Matured Day Mioi! Kek aiskrim!
Ni dia birthday boy..
Kalau Amin ni ada memang gamat la tempat tu..
Makan semua!
Elele, control hensem la tuh..
Apakah yang dilakukan Kahar?

Kepada Amirul:
Happy Birthday! 
Selamat menempuh hari-hari tua, dah 21 tahun sudah. Kiranya hang ni adik aku la. Alamak!
Kalau macam tu tak bolehlah nak buli aku. Kena hormat sebagai 'kakak' (tua bulan je pun..)
Harap lepas ni Mirul menjadi seorang yang lebih matang (takyah la nak K-Pop sangat no..)
Good luck in final exam!
Read More

Friday, December 14, 2012

Titian Gemilang Orkestra RTM-UNIMAS

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Aktiviti: Titian Gemilang Orkestra RTM-UNIMAS
Tarikh: 12 Dec. 2012 (Rabu)
Tempat: DeTAR PUTRA
Tema: Black Tie
Jemputan: 


Sumber: Borneo Post online
Kita layan gambaq-gambaqnya na. Tak dak mood nak tulih panjang-panjang. Maaf no, gambaq semua dah ada watermark. Sebab aku mula perasan ada macam ada yang menggunakan gambaq  dari blog aku buat harta sendiri (maaf sesiapa yang berkenaan terasa.masih dalam siasatan..). 

Suasana dalam DeTAR, lain sebab pentas warna hitam yang ditambah..
Rehearsel pengacara..
Siaran langsung flash mob di ruang legar DeTAR.
VVIP disambut dengan tarian flash mob.Gangnam Style pun ada. Kareografinya oleh seorang penari lelaki famous (aku LUPA nama dia..)
Kumpulan Koir UNIMAS
Sesi pemotongan kek sebagai simbolik kek lapis terpanjang, tercatat dalam Malaysia Guiness Book Of Records!
Segmen pertama, biduan negara menyanyi..
Duet dengan Pemenang Bintang Klasik Nasional


Bentuk badan, suara macam P.Ramlee!


Segmen yang ditunggu-tunggu. Asmidar yang sangat cantik! Dah kurus dia!
Tomok sangat kurus dan botak!
Dayang sangat best! Suara dia dasat!
Azharina, terkezut tengok rambutnya
Alyah cantik dengan gaun ikan duyung tu!
Dasat konduktornya, Dato' kot! Main piano diiringi Dayang nyanyi..
 
Persembahan kebudayaan dari UNIMAS
Alatan muzik yang dimainkan pemain profesional
Cinta Yang Di Akhir Garisan.......
Semua tukaq baju dah..
Kalau tak zoom macam ni la gambaqnya..
Punya lama depa dok mengacara, baru aku ambik gambaq depa..Muaz Mohamad dari RTM & Pn. Dayang Nurhajijah dari UNIMAS..
Habis ada nyanyian lagu Negaraku
Masa untuk kami pulak bergambaq!
Nak merasa Red Carpet..
Pintu masuk Arena Gemilang
Tuan Izwan pun join..
Eish, bebudak nie..
Kek lapis yang dipacking untuk dijual..
Jom "MERASA"..konon..
Sesiapa kehilangan anak, silalah ambil di sini ya..
GADIS-GADIS CINDERELLA? he-he-he
Balik sangat penat. Terus tidoq. Esok ada presentation Environmental Law, alhamdulillah tak dak masalah presentation tadi! =)

Makin naik tahun 3 yang busy ni, makin banyak benda gila yang aku buat. Kaki ringan sungguh jalan merata-rata. Takmau diam! Agaknya stress kot, benda macam ni boleh hilang stress. Lagipun rugi jugak tak join event macam ni. Habis graduation, fikir kerja ja. Takdak dah buat-buat rajin dengan benda-benda macam ni. Dekat sini ada akak housemate yang sekepala. Makin menjadi la. Jumaat ni. 14 Dec ada Konsert Lagenda pulak. Tunggulah aku update nanti ya!

Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com