Kumpulan 2 yang MANTAP! |
27 Apr 2011
WAH! Hari ini merupakan latihan terakhir utk latihan tempatan. Emm, pagi2 lagi aku dan akak2 housemate bgn untuk menanak nasi. Hari ini semua kadet Palapes Udara Unimas akan pergi berkhelah di Pantai Permai. Beznya, dapat mandi pantai!
7am - Kami bertolak dari Unimas selepas mengangkat semua brg2 ke dalam bas. Bas yang pertama dinaiki senior dan inter, manakala bas kedua dinaiki oleh junior iaitu kami.. Ye la, kami terlalu ramai. ini yang seronoknya dalam skuad kami. Selalu bersama-sama. LOVE U Skuad!
8am - Dah sampai di Pantai Permai. Selepas berunding dengan pihak pengurusan, kami perlu membayar RM8 seorang. Sarapan pgi ini ialah nasi lemak. Emm, mmg terbaik. Hehe. Selepas bersarapan, sukaneka pertama dimulakan, iaitu Futsal Pantai.
Futsal pantai |
Denda |
Tetapi, kebanyakan mereka masih meneruskan pengajian selama 4 tahun. Jadi, kami masih boleh berjumpa, cuma bukan sebagai senior, sabagai Leftenan Muda pula.
Bola beracun |
Ombak yang agak kuat |
Menu lunch kami ialah nasi dengan ayam bakar, hot dog bakar ngn sos black pepper. Kalau di pantai memang asyik lapar nak makan.. Hehe..
Kak Mizan dan Sabri |
Sewaktu tengah makan, ada pula sekumpulan memerang yang naik di pantai. Eh? Memerang tinggal di laut ke?? Confius2??
Permainan ketiga, mencari gula2 dalam tepung. Habis suma muka orang yang dah sedia burn dibakar matahari dipenuhi tepung pula. Haha.. Entah macam mana aku terjoin kumpulan Koperal pula..Hahaha.. Sungguhpun begitu, kumpulan kami menang untuk kali kedua. Tahniah!
Dari kiri belakang : Tuan Hirzan, Kak Mizan, Kak Tasha, Mieja, Mei, Chang dan | Haniff |
Selepas itu, kami diberi kebenaran untuk mandi laut sehingga pukul 4.15pm. Selepas menukar pakaian dan mengemas peralatan yang dibawa, kami bergerak keluar menunggu bas datang.
Di dalam bas, semuanya dibuai mimpi kerana terlalu penat..ZZZzzz..