Monday, May 21, 2018

Suka dengan Label Kuning di Tesco

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Hai semua! Baru 5 hari kita berpuasa kan? Minggu lepas dah ke Tesco Kulim untuk membeli barang-barang runcit. Memang suka shopping dekat sini sebab semua ada, senang untuk membeli. Lagipun dekat jer, bukannya jauh pun.

Cik Timm dengan Bang Cik kalau ke sini seronok pusing satu Tesco tengok jualan murah yang ada. Benda paling best, "Label Kuning". Label kuning dekat Tesco tu selalu untuk barang-barang diskaun. Barang diskaun tu kadang-kadang Stok Akhir ataupun tarikh luput dah dekat. Jadi semua barang di macam dilelong la dengan harga murah. Tapi tak semestinya tau! Kadang-kadang diorang naikkan dulu harga tu before letak murah. Kiranya tu sebenarnya harga sebenar! Jadilah seorang pengguna bijak tau.



Memang suka sangat dengan label kuning, selalu benda wajib beli salad butterhead dengan susu segar. Butterhead memang sedap kalau buat salad. Letak tomato, mayonis, cheese, itu pun dah cukup sebab butterhead ni manis! 

Susu segar memang mahal, tambah kalau yang diimport dari luar negara. Tapi kalau ada label kuning, memang seronok beli sebab harga asal memang mahal. Lagipun susu segar memang favourite mak. Kejap je habis. Sekarang ni seronok pulak beli susu segar dari jenama Summerfield. Sedap sangat, macam-macam perisa pulak tu. Hari tu shopping ada coklat dengan original. Hari ni ada flavour bandung dengan teh tarik. Aumm! Nanti nak beli untuk try. Boleh buah agar-agar untuk buka puasa, memang umphh.

Sebab tu kadang-kadang kalau dah list barang untuk shopping, mesti juga ada terlebih satu dua barang. Ehehe, siapa yang sama jugak macam Cik Timm? Angkat tangan cepat!

Selamat Berpuasa semua 💗

12 comments:

  1. kalau pi tesco mmg cari label kuning tu dulu, baru pandang yg lain.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. ngeh2, kite pun sejak mula mmbeli brg2 runcit sendiri baru amik tau, hihi..

      Delete
  3. Dah lama tak masuk Tesco sejak Perlis dah ada Giant...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kite either g giant or tesco, tgk mna yg murah serbu situ dulu..hehe

      Delete
  4. jarang ke tesco.. mydin tmpt borong tak pun econsave hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mydin ngn econsave jauh sgt dri umah kite, hihi..

      Delete
  5. mn yang murah mmg wajib lah grabkn hihih

    ReplyDelete
  6. mesti masuk je Tesco tengok label kuning tu macam memanggil2 Timm.. come and get me.. come and get me hehe..

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com