Sunday, May 06, 2018

Hiking di Taman Negara Pulau Pinang, Teluk Kampi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

taman negara pulau pinang, teluk kampi

Hai semua!
Cuti hari Selasa minggu lepas Cik Timm hiking lagi di Pulau Pinang. Last hiking bulan lepas di Bukit Bendera. Kali ni cuba mencabar diri untuk cuba menawan Teluk Kampi di Taman Negara Pulau Pinang.

taman negara pulau pinang

Taman Negara Pulau Pinang ini merupakan salah satu dari tarikan di Pulau Pinang dengan semua aktiviti "back to nature". Taman ini mempunyai keluasan 1266 hektar meliputi dipterokarpa, tanah tinggi, paya bakau, pantai dan persisiran pantai berbatu. Actually, Cik Timm ke Teluk Kampi ini kategori merentas hutan, bukanlah hiking sebab kita bukannya duduk atas puncak bukit pun. Cuma perjalanan merentas hutan memang berbukit dan memang agak ekstrem perjalanan kali ni. Untuk ke Taman Negara Pulau Pinang, cuma cari je signboard ke Batu Feringghi dan ke Teluk Bahang. 

Sumber: nre.gov.my

Sebelum Subuh Cik Timm & Bang Cik dah bertolak dari Kulim. Kami Subuh dulu di Masjid Terapung Tanjung Bungah. Cantik masjidnya, tapi pagi tu cuaca kurang baik sebab hujan lebat. Jadi, kami pun lepak sarapan dulu di Belimbing Cafe yang menyediakan Roti Jala Special, memang terbaik roti jala dia!

taman negara pulau pinang

Nasib baik hujan mula stop, baru kami bertolak ke Taman Negara Pulau Pinang. Dah dekat pun, bukannya jauh sangat. Memang ramai dah orang ke sini, semuanya berkumpulan. Kami pun semuanya 10 orang yang join, lelaki 6 orang dan perempuan 4 orang. 

Toilet pun ada juga dalam ni, sebelum hiking memerut dulu.

taman negara pulau pinang

Sebelum masuk kita kena daftar nama dulu di kaunter. Nanti depa akan tanya, kita nak ke mana. Bolehlah tanya kalau tak sure kalau pertama kali ke sini. Yes, Cik Timm pertama kali ke sini. Dalam kumpulan ni ada yang dah pernah ke sini. Jadi, senang sikit kan? 

pos pengawal


Berayun-ayun titi gantung ni.


taman negara pulau pinang


Kami memulakan perjalanan dalam pukul 9am. Ada rumah guard dan jalan masuk pun berturap dengan batu sambil berjalan di tepi pesisiran pantai. Selepas melalui titi gantung, kita dah boleh mula merentas jalan hutan. Trail dia masih lagi simple dan tak memenatkan, cuma adalah sikit-sikit kena mendaki tangga berbatu. Masih hujan rintik-rintik lagi sebenarnya, tapi sebab duduk dalam hutan, cuma dengar bunyi je. Memang jatuh cinta dengan hutan ni. Sentiasa dengar bunyi air mengalir, rasa tenang sangat. 

taman negara pulau pinang


taman negara pulau pinang


taman negara pulau pinang
Orang dulu-dulu guna cangkul je buat laluan ni.

Kalau penat, pondok pun banyak untuk berehat sebentar. Papan informasi pun ada di sepanjang jalan, macam-macam info yang dikongsikan. Signboard pun banyak, insyaAllah tak sesat kalau masuk hutan ni. Kumpulan kami dah mula berpecah kepada dua. Cik Timm duduk di kumpulan belakang. Mana tak belakang, mengambil gambar je non-stop. Kau ghase, memang kena tinggal lar..

teluk kampi


taman negara pulau pinang


Taman Negara Pulau Pinang




taman negara pulau pinang, pantai kerachut, teluk kampi

Syok punya syok ambil gambar, akhirnya Cik Timm dengan sorang kawan terlepas terus ke belakang. Lepas tu confius, kumpulan kita ni nak ke Pantai Kerachut atau Teluk Kampi? Dengar macam orang sembang-sembang dekat depan, kami pun menonong ke Pantai Kerachut. Rupanya suara orang yang berkhemah dekat sini. Alang-alang dah sampai sini, ambil dulu selfie seketul dua sebelum patah balik, 5 minit je.

pantai kerachut, taman negara pulau pinang

Untuk ke Teluk Kampi agak ekstreme! Sebab perlu mendaki bukit untuk sampai ke pantai seberang. Fuh, memang kalau ingat balik, dahsyat jugak track dia. Sini jalan dia semua ada tali, pokok pun banyak yang ditanda dengan cat merah dan kuning. Disebabkan kami dua je, agak gelabah sebenarnya, gelabah takut depa yang depan tu risau kami kat belakang ni. Berpenat mendaki bukit, jumpa lagi dua orang, Yana dengan Fairuz. Jadi kami berempat pulak, lega sikit sekurang-kurangnya dah betul dah jalan kami lalu ni.



taman negara pulau pinang

Dugaan belum stop lagi, track kami tu ada pokok yang tumbang. Nasib baik ada pendaki lain yang tunggu dekat situ. Memang dahsyat jugak sampai kena melalui pokok tumbang yang besar, jenuh ghabat masuk dalam pokok. Kami mula menonong ikut anak sungai pulak. Nasiblah kawan lelaki sorang ni ada. Kalau tak confirm kami sesat dalam hutan. Dah jumpa track yang betul baru lega. Semuanya disebabkan pokok yang tumbang tu betul-betul atas tali track yang disediakan. So, kita tak nampak jalannya.

teluk kampi, taman negara pulau pinang


teluk kampi, taman negara pulau pinang

Pukul 11am, akhirnya sampai di tempat yang dituju. Yea! Leganya, masuk dekat Teluk Kampi ni ada tempat "campsite". Memang sesuai untuk berkhemah sebab tapak khemah semua ada. Sinki ada, toilet ada. Sampai tepi pantai memang sunbathing terus sebab kasut basah. Jalan sikit sampai hujung pantai ada berbatu-batu besar. Cantik ambil gambar! Sambil jalan di gigi pantai tu nampak ada anak sungai terus ke laut. Anak-anak ikan sembilang pun banyak betul tepi pantai. Kusangkakan berudu, ihiks..

taman negara pulau pinang


teluk kampi, pantai, taman negara pulau pinang
Tu ada anak sungai masuk laut.


teluk kampi, taman negara pulau pinang

Sambil main tepi batu, berendam la juga dengan air laut. Segar je rasa, macam tak percaya berjaya. Macam Cik Timm kata hiking kali ni tak dapat view atas bukit, tapi view laut Selat Melaka yang ohsem! Tiba-tiba ada jumpa memerang laut yang tengah berjemur naik dari laut. Comel betul, tergedik-gedik dia lari masuk laut balik bila nampak kami nak ambil gambar dia. Dari laut dok usyar kami panas je sebab kacau dia agaknya. 

teluk kampi, taman negara pulau pinang


taman negara pulau pinang, teluk kampi


teluk kampi, taman negara pulau pinang

Makan sekejap bekal yang dibawa, pukul 12.40pm kami dah bersiap nak balik. Cik Timm, Bang Cik & 3 orang kawan lelaki hiking untuk patah balik. Yang lain semua naik bot untuk balik. Adik yang baik kan, mengekor ja abang walaupun mula-mula tadi kena tinggal. Nak balik lagi galak bergambar sini sana. 3 orang kawan tu dah ke depan dah. Nak balik dah ok sebab tau jalan. Pukul 2.30pm dah sampai tempat keluar. Kawan-kawan yang naik bot setengah jam pun dah sampai. Turun bawah kena daftar keluar pulak tau. Cuma tulis masa keluar je.



Akhirnya, ada juga aktiviti berfaedah sempena cuti Hari Pekerja. Settle semua, Cik Timm lunch nasi campur di Kedai Makan Lidiana depan Masjid Terapung Tanjung Bungah. Recommended sebab sedap dan murah! Sebelum balik Kulim singgah dulu rumah kakak dekat Tanjung Tokong. Tunggu petang-petang sikit baru balik selepas lepas rindu dekat dua bradik tu, Amni & Adam.

Next destinasi hiking?
Belum tau lagi, ada suggestion?

9 comments:

  1. wah..bestnya..Cik Nor kat cni xde geng la nak join..:)

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak hiking, tengok gambar ni terus rasa nak ikat tali kasut. :D

    ReplyDelete
  3. Best kannn cuma part kena tnggai xbest hahaha

    ReplyDelete
  4. bagusnya Timm..keep up the good work!

    ReplyDelete
  5. pergh.. sampai teluk kampi.. jarang org pi sampai sana.. hebat

    ReplyDelete
  6. Rindunya nak hiking walaupun nyawa dah hujung tanduk tapi harap dapat juga hiking lagi...

    ReplyDelete
  7. Hujan2 bahaya x if pi hiking sana? Licin x treak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sya ke sana beberapa bulan lepas time cuaca elok, hehe..trek dia ok tak licin, mmg selamat..

      Delete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com