Sunday, May 20, 2018

Review: FREEMAN Clay Mask + Scrub Cleansing Apple Cider Vinegar

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Hai semua!
Selamat berpuasa diucapkan kepada semua kawan-kawan yang beragama Islam. Semoga ibadah puasa anda diberkati dan kutiplah amal bebanyak dalam masa sebulan ni.

Cik Timm nak share satu produk mask+scrub yang sangat best. Dah lama tak pakai clay mask dengan scrub, kulit muka mula menggerutu semacam. Tahu tak scrub penting dalam rutin penjagaan wajah.

Kelebihan scrub:
> Membuang kulit mati
> Memastikan penyerapan produk yang dipakai meresap ke wajah
> Meremajakan kulit
> Mengurangkan pori-pori liang roma tersumbat
> Menghilangkan parut

Dulu Cik Timm guna clay mask dari Garnier, tapi sekarang dah tak ada produk tu. Sobsobsob. Maka berjalan-jalan di Watsons & Guardian untuk cari clay mask yang lebih kurang sama. Ada dua option masa tu, Clay Mask dari Loreal atau dari Freeman. Disebabkan jenama Freeman ni lebih murah, dan juga packaging dia sangat comel, Cik Timm pun decide untuk cuba!


Packaging dia dalam bentuk tube yang memudahkan kita untuk guna, cuma picit di tapak tangan sebelum sapu di seluruh muka. Banyak juga sebab dalam kuantiti 175mL satu tiub. Cik Timm dapatkan di Guardian dengan harga RM26.40. 

Sebelum kering


Claims;
This multi-tasking foaming clay mask cleans, scrubs, tones & absorbs oil. Kaoling & Bentonite clays clear out oils & debris from within pores. Pumice exfoliates to clear away dead skin cells while Apple Cider Vinegar tones for radiant, flawless finish. Perfect for all skin types.

Directions;
Apply mask to face & neck. avoiding contact with eyes. Leave on for 3-5 minutes, no more than 10 minutes. Rinse with warm water. Discontinue if irritation or redness occur. 


Selepas kering


Cik Timm guna seminggu sekali sebab tak rajin. Kalau rajin, 2 kali seminggu. Memang best sebab bau dia wangi sangat, buah epal! Lembut je kulit lepas guna, jangan pakai lama-lama clay mask, nanti kulit bertambah kering pulak. Lagi satu, scrub yang ada berbiji ni kurang sesuai untuk orang yang berjerawat teruk. Nanti luka pulak..

Macam-macam ada dekat Guardian!


Btw, Freeman ada banyak lagi produk yang lebih kurang sama yang Cik Timm guna ni. Memang rambang mata masa nak memilih. Lastly pilih yang ni sebab bau sedap. Macam nak kunyah-kunyah. Eh, puasa tau! Lagipun semua packaging dia warna vibrant, comel & eye-catching. Produk dari Freeman ni 'not tested with animals' dan bukan dari Malaysia, memang direct terus dari USA. 

Anda bolehlah dapatkan produk ni di Guardian atau Watsons. Online portal pun ada juga dijual, tapi tak syok sebab tak boleh tengok, pegang & bau sendiri produk yang kita nak beli betul tak. 

Untuk keterangan lanjut mengenai produk ni boleh ushar laman sosial yang ada:

https://freemanbeauty.com/
https://instagram.com/freemanbeauty
https://facebook.com/freemanbeauty

p.s. this is not a sponsored post tau ❤

8 comments:

  1. Wah menarik produk ni, boleh try untuk tampil segak di aidilfitri nanti...

    ReplyDelete
  2. tak pernah guna lg setia dengan himalaya. mana tau scrub habis nanti boleh try

    ReplyDelete
  3. kiteee suka benda2 bau apple tembikai lemon2 ni.. skrang akak guna St Ives apricot scrub. lepas habis tu boleh cuba yang ni pulak ke..

    ReplyDelete
  4. Mcm mna cara pemakaian? Bole pkai masa tidur tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, jgn pkai msa tidur syg, dia pakai sekejap je dlm 15 min lepas basahkan sikit muka, lepas tu terus cuci..sbb scrub mask cmni mengeringkan kulit sikit..

      Delete
  5. Untuk kulit kering ssuai tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi wak, kite kulit combi..boleh tapi jgn pakai lma sgt dekat muka takut nanti lagi kering, lepas pkai better letak moisturiser pulak, selamat mncuba!

      Delete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com