Saturday, September 30, 2017

Officially 26 yo!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua!
Selamat Hari Lahir untuk tuan blog ni!


Terima kasih untuk semua wish anda! I'Allah diharap tahun-tahun akan mendatang membawa rezeki yang melimpah-ruah, dapat kerja yang lebih baik, berjumpa dengan 'my other half' dan sentiasa happy bersama keluarga tercinta!

Cerita untuk tahun ini?

Birthday kali ini memang tak sambut pun. Masing-masing busy dengan masalah keluarga yang tiba-tiba timbul. Hahaha! Masalah kecil je pun. 

Tapi Cik Timm dah mula bekerja. Kerja biasa je di area Kulim. Senang, 15 minit dari rumah pun dah sampai. Kerja pun office hour, lega. Tiap-tiap weekend cuti, cuma dalam sebulan ada juga hari Sabtu kena kerja. Masa dengan keluarga pun lebih banyak. Alhamdulillah, tak tau kenapa nak duduk dekat & rapat je dengan keluarga. Dah tak mau jadi macam dulu, suka duduk jauh-jauh.
Sementara mak ada, inilah masa untuk membalas semua penat lelah mak selama membesarkan Cik Timm selama 26 tahun ni. 


26 tahun?

YES!
Cik Timm dah officially 26 tahun. Sorok umur? Tidak sama sekali, sebab umur langsung tak terpancar di muka sebab nampak muda. Hahaha! Satu famili memang macam ni. Muda dari usia sebenar, genetik agaknya. Masuk tempat kerja baru semua tak percaya dengan umur sendiri. Agaknya sebab fizikal Cik Timm yang kecik ketot ni hah!

Btw, kita doakan yang baik-baik sahaja. Semoga Cik Timm lebih kuat untuk menghadapi cabaran yang akan mendatang. Cik Timm juga mendoakan kawan-kawan semua sentiasa sihat sejahtera dan panjang umur & murah rezeki!
Read More

Monday, September 25, 2017

Apa itu Sindrom Stockholm?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua!
Pernah dengar tentang Sindrom Stockholm? Cik Timm mula tau pun sebab semalam Cik Timm melayan cerita Labor Day di TV3. Menangis Cik Timm layan sorang-sorang sampai pukul 2.30 pagi. 


Sindrom ini merupakan masalah psikologi di mana tebusan penculikan/mangsa jatuh simpati dan setia kepada penculik/penderanya tanpa mempedulikan bahaya atau risiko lain. Sindrom ini mendapat nama dari kejadian rompakan Sveriges Kreditbank di Stockholm tahun 1973. 


Pelik kan?
Ada yang sampai berkahwin dengan penculik atau penjenayah tu. Antara cerita melayu lain yang ada contoh sindrom ini Andainya Takdir. Masalah keganasan rumahtangga antara Fatihah seolah-olah terlalu redha dengan Airil walaupun selalu disakiti dan dipukul. Cerita ni memang sangat-sangat meletup kan. Rupanya cerita ini adalah adaptasi dari kisah sebenar. 

Mungkin kejadian begini juga berlaku di sekeliling kita, cuma kita yang tidak sedar. Terdapat 1200 kes penculikan yang berlaku di Amerika Syarikat, 8% dari mereka menunjukkan sindrom ini. Mereka tidak membantu dalam penyiasatan.

Situasi ini berlaku apabila mangsa merasakan penjenayah mempunyai tindakan yang mulia apabila mereka tidak dicederakan atau dibunuh. Apabila mereka terselamat, perasaan takut bertukar kepada terhutang nyawa.

 Selalunya mangsa akan menjalani penilaian pakar psikologi selepas diselamatkan. Mereka seolah-olah tidak dapat membuat keputusan sendiri dan menyangka masih berganting kepada pendera. Mangsa sendiri perlu memikirkan kebajikan diri sendiri sebelum mengutamakan nasib penjenayah yang ditangkap.

Kepada kawan-kawan diluar sana, jika terjumpa orang sekeliling mempunyai masalah sebegini, anda patut mengesyorkan mereka berjumpa pakar!


Sumber: Wikipedia | Utusan Malaysia
Read More

Sunday, September 24, 2017

Berpeluang Untuk Menjawab Peperiksaan Online LHDN 2017

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua!
Alhamdullillah Cik Timm diberi kesempatan untuk menjawab peperiksaan dari SPA. Cik Timm mula-mula dapat tahu dari pesanan ringkas SMS, selepas (2) hari baru mereka hantar jemputan melalui email. 


Peperiksaan ini terbahagi kepada (3) seksyen. 

Seksyen A : PENGETAHUAN AM
Seksyen B : DAYA MENYELESAIKAN MASALAH (matematik)
Seksyen C : KEFAHAMAN BAHASA MELAYU & BAHASA INGGERIS


Setiap kali selesai menjawab satu seksyen, ada break sekejap. Cik Timm buat exam di meja makan dapur. Seronok sikit sebab luas. Mulut pula mengunyah keropok la, minum air teh la. Memang semak meja makan tu dibuatnya, HAHAHA! 


Itulah format kalau menjawab, soalan objektif di sebelah kiri. Bulat-bulat tu nombor soalan di sebelah kiri. Warna putih menunjukkan kita belum buka lagi soalan tu, warna hijau kita dah menjawab soalan, warna kuning kena jawab semula soalan, warna oren jawapan belum disimpan (server pening) & warna merah soalan yang kita tengah jawab. 

Boleh tahan soalannya tau, matematik laju je jwab. Seksyen lain lambat sebab geram dengan server. Dah jawab soalan pun warna jadi kuning dengan oren, tak hijau-hijau pun. Eh, sakit pulak hati ni. Memang berserah & redha je menjawab..


Ramai kan yang dapat panggilan exam ni? Rata-rata semua kawan Cik Timm pakat dok update stress dengan peperiksaan ni. Hahaha, including me! 

Kita hanya berusaha, dan tawakal. Lain-lain semua Allah yang tentukan rezeki kita masing-masing. Btw, setelah 2 bulan Cik Timm bercuti honeymoon. Cik Timm dah mula bekerja di tempat baru. Baru je seminggu. Walaupun kerja & gaji langsung tak setimpal dengan Cik Timm yang ada degree, Cik Timm redah je. Asalkan ada juga income, lagipun kerja di tempat yang 15 minit je dari rumah. Kerja office hour, cuti Sabtu & Ahad 

Good Luck kepada semua kawan-kawan di luar sana ye.
Read More

Saturday, September 23, 2017

Pesta Food Truck di Kulim Central

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua, buat apa hujung minggu ni. Cik Timm first time kerja yang cutinya Sabtu & Ahad. Sepatutnya Cik Timm ada open interview di Pulau Pinang anjuran Mau Kerja. Tapi dengan keadaan hujan pagi tadi, penat bekerja juga buat Cik Timm malas. 


Apa kata kepada sesiapa yang tinggal berdekatan Kulim ke Pesta Food Truck di Tapak Parkir Kulim Central bermula dari 12-24 September 2017


Esok last day dah tu. Cik Timm sempat singgah semalam pekena Coconut Shake Special lori paling hujung disebelah kanan. Memang cenggini 👍 coconut shake mak cik ni.

Kulim Landmark Central ni pun dah banyak perubahan. Dah tukar kepada Kulim Central je. Cantik juga shopping kompleks yang baru ni. Tingkat bawah sekali (tempat parking) telah diubah untuk menempatkan banyak kedai. Kiranya semua ruang di bangunan telah digunakan sepenuhnya. Kedai shop lot yang baru pun ada yang belum dibuka. Bagi Cik Timm, memang perubahan yang baik!


Selamat Bercuti dihujung minggu semua!
Read More

Sunday, September 17, 2017

Tiba-tiba Rasa Takut dengan Badut

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


IT

Mengisahkan tentang kanak-kanak penduduk tempatan yang hilang di pekan Derry di Maine. Pada cuti musim panas, 7 kanak-kanak dikenali sebagai The Losers Club bekerjasama untuk menyelesaikan masalah ini. Mereka perlu menentang badut jahat, Pennywise yang sentiasa membunuh kanak-kanak setiap 27 tahun. 

Klasifikasi: 18 tahun ke atas
Genre: Seram
Durasi: 2jam 15minit
Pengedar: Warner Bros Pictures
Pengarah: Andres Muschietti

Sumber: Cinemas Online | IMDb

Cik Timm bukanlah penggemar cerita seram sebenarnya. Tapi tengok banyak review semua best je movie ni. Cik Timm pun berkesempatan menonton IT di TGV Gurney Plaza. 


Memang rasa macam agak fobia dengan badut selepas ni. Takut jugak cara dia kejar budak-budak tu. Cik Timm memang dah tutup muka dengan tangan. Badut ni sebenarnya pandai bermain dengan ketakutan atau fobia budak-budak 7 orang ni. Setiap kanak-kanak ini ada cerita sendiri. Masing-masing ada fobia, pandai badut tu. Dah la muka menakutkan, huwa!


Paling Cik Timm tak boleh belah, badut tu keluar dari skrin waktu budak-budak tu tengah tengok gambar dalam garaj waktu nak cari di mana badut tu tinggal. Why so creepy!


CikTimm bagi 4/5 bintang! 
Sebenarnya movie ini adalah dari novel dan penulisnya Stephen King. Selain itu, movie ini juga remake dari IT pada tahun 1990. 

Antara beberapa scene yang Cik Timm tak perasan sepanjang menonton boleh baca di sini.

Hampa pun mesti ada movie seram yang buat kita asyik terbayang juga kan? Kongsikan!
Read More

Saturday, September 16, 2017

Resipi | Ikan Siakap 3 Rasa Simple

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Tekak teringin makan ikan siakap. Selalu makan di kedai tomyam je. Apa kata kita buat sendiri sebab simple sangat bahannya, kena cari ikan siakap je. Abang Cik yang tolong belikan, kami makan ikan siakap yang kecil je, yang besar yang selalu dijual kurang selera sebab besar sangat 😌
Bahan-bahan:


Ikan siakap - kelar dan lumur dengan tepung jagung
1 biji bawang besar - dipotong dadu
1 biji tomato - dipotong dadu
Sebiji nenas - dipotong dadu
3 -4 helai daun limau purut - buang tulang tengah
Minyak untuk menggoreng dan menumis
Garam dan gula secukup rasa

Tumis;
4 ulas bawang putih -diketuk
6 tangkai cili padi - potong halus
1 inci halia - hiris halus
1 batang serai - diketuk
Sos;
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan


Cara-caranya:
1. Ikan dibersihkan dan pastikan kering sikit. Lumur dengan tepung jagung semua bahagian ikan. Panaskan minyak sampai panas, disebabkan saiz ikan comel, minyak untuk menggoreng pun tak banyak pakai. Goreng ikan sampai betul-betul garing.


2. Panaskan minyak untuk menumis pula. Tumiskan bahan tumisan sampai bawang putih naik bau dan kuning, masukkan bahan sos dan daun limau purut.


3. Lepas tu, masukkan bawang besar, tomato dan nenas. Masukkan sikit air.

4. Akhir sekali, masukkan garam dan gula secukup rasa. Rasa macam tak confident, masukkan sedikit cukup rasa.


5. Biarkan kuah membuak-buak kejap dan boleh tutup api.

6. Nak makan baru curahkan pada ikan, so ikan tu masih garing lagi. Memang sedap makan dengan nasi panas + kailan ikan masin.

Selamat Mencuba! Resipi ini dari AzieKitchen, TQ akak! Cik Timm selalu buat blog akak ni rujukan untuk memasak. 
Read More

Friday, September 15, 2017

Menenangkan fikiran di Tree Top Walk Sungai Sedim

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hai semua! Cik Timm nama je duduk Kulim, tapi belum pernah jejakkan kaki di Tree Top Walk Sungai Sedim. Kalau berkhemah di Sungai Sedim pernah juga semasa menyertai kem motivasi di zaman sekolah menengah dulu. 
Cik Timm dan keluarga kakak sulung sempat berkunjung di sini. Lagi satu, otw ke sini Cik Timm disajikan dengan pemandangan hijau berbukit bukau. Ada beberapa kampung yang perlu dilalui, di sini terkenal dengan Kampung Lindungan Raja, di mana Raja dahulu bersembunyi di sini semasa zaman Jepun. Memang ada rumah raja yang telah dijadikan muzium. Kami tak singgah pun, cuma lalu sahaja.
Bayaran masuk untuk parking di sini adalah RM3. Memang ada orang jaga depan ni, tapi jalan masuk memang sempit, satu kereta je boleh lalu. Jenuh reverse kalau kereta bertembung. Selepas parking, perlu jalan sikit ke atas untuk ke Tree Top Walk. Di kaunter tiket,  anda perlu membayar RM10 untuk dewasa, dan RM6 untuk kanak-kanak berusia 7-17 tahun. 

Di kawasan kaunter tiket ini pun ada peta kawasan yang dibangunkan dan alatan-alatan yang digunakan untuk membina top walk ini. Bayangkan bagaimana depa boleh bawa semua besi-besi masuk dalam hutan ni tanpa merosakkan pokok-pokok di sini.

Siapa yang gayat, memang akan rasa sedikit seram. Makin lama makin curam ke atas! Kita juga akan berjalan merentasi sungai yang jernih airnya! Bukan senang nak tengok air bersih fresh dari bukit sekarang ni. 

Sejuk sangat walaupun macam panas terik, seronok ambil angin di atas pucuk pokok. Monyet pun ada di sini, tapi langsung tak mengganggu. Excited tengok pokok liana yang merayap atas setiap pokok. 
Pokok liana adalah pemanjat berkayu yang melilit dan hampir setiap pokok di Hutan Hujan Tropika pokok ini ada. Biji benihnya bercambah di lantai hutan. Batangnya yang panjang semasa membesar akan naik ke kanopi dengan membelit pada pokok yang lain. Selain itu, pokok ini juga memerlukan sinaran matahari dan akan mengeluarkan bunga dan buah.

Waktu kami ke sini, hanya kami yang naik top walk ni. Seronok bergambar sebab kami jer. Dalam 15 minit je, kami dah habis pusing tree top walk.


Selepas turun, kami berendam kaki di tepi sungai. Ramai bermandi manda di sini. Dalam planning tak ada pun nak mandi. Ruginya tak bawa tuala atau bekal untuk berkelah. Seronok rendam kaki, sejuk betul airnya! Menggigil kalau mandi ni. So, tips kalau nak ke sini bawa je tuala dan makanan, paling tidak pun bungkus fast food. Lepas tu, boleh termenung mengenang nasib diri ala-ala layan perasaan. Memang best! 


Balik dari sini, kami singgah makan di gerai Nasi Ayam Periuk Besar. Di sini adalah kedai yang mula-mula dibuka sebelum mereka membuka banyak cawangan lain di sekitar Kulim. 

Tapi sekarang ni musim hujan, jadi Cik Timm tak recommend anda datang waktu macam ni. Tunggu cuaca macam panas sikit, baru berkunjung di sini ok!

Terima kasih sudi baca. Tempat anda ada kawasan rekreasi yang seronok macam ni? Kongsikan juga!

Read More

Monday, September 11, 2017

Takziah Ayahanda Sultan Kedah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Cuaca hari ini bagaikan turut meratapi pemergian Almarhum Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Baginda mangkat pada usia 90 tahun pada 2.30 petang tadi.

Jenazah Almarhum akan disembahyangkan pada esok pagi. Tempoh perkabungan adalah selama seminggu bermula 11 - 17 September 2017. Esok, 12 September adalah cuti kelepasan am bagi seluruh negeri Kedah.

Al-fatihah

Cik Timm masih ingat lagi, Cik Timm sempat melawat ke istana baginda sewaktu Cik Timm sekolah dulu. Itu pun sebab arwah ayah dapat pingat JPK, dapatlah Cik Timm masuk pusing-pusing istana tengok haiwan ternakan beliau. Mak Cik Timm cakap hobi baginda suka membela haiwan yang berwarna putih 😄

Read More

Sunday, September 10, 2017

Jom Cantik dengan Simple Workouts!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

seberang jaya, jogging, taman tunku

Cik Timm sekarang dah mula rajin bersenam. Sebelum ni memang pemalas. Bukannya apa, sebab tak ada kawan, macam krikkrikkrik kalau jogging sorang-sorang. Lagipun kesibukan kerja sebelum ini membataskan aktiviti Cik Timm.

bukit to'kun, bukit mertajam, hiking

Cik Timm jumpa dua kawasan rekreasi yang menarik kalau nak bersukan. Pertama di Taman Tunku, Seberang Jaya dan kedua di Bukit To'kun, Bukit Mertajam. 
Jadi kalau jumpa Cik Timm disana jangan lupa hello-hello ye!


Apabila usia kita makin bertambah, metabolisma pun makin menurun. Buat masa sekarang ni Cik Timm memang la seronok kalau makan banyak sebab berat tak akan naik. Tapi, apa yang jadi pada badan untuk di masa akan datang? Mencegah lebih baik dari mengubati tau!

Di sini Cik Timm nak berkongsi simple work out yang simple dan senang untuk dibuat. Tak payah menggunakan masa yang panjang, dalam 5 minit pun boleh siap!



Maaf kalau gambar agak seksi. Jangan tengok lama-lama!

Sumber: Twitter | Facts Of Workout

Bahagian perempuan yang paling kritikal adalah dari perut sampai paha, betul tak? Selalunya bahagian yang paling senang naik memang part tu je kan? Bukannya apa, Cik Timm tercabar betul dengan seorang kawan lelaki ni, pinggang dia 28cm kot! Dah la body cantik, tak masuk gym pun. Haha! 

Di harap Cik Timm pun istiqamah nak bersenam ni. Jangan hangat-hangat tahi ayam pula. Banyak lagi senaman yang lain-lain. Tapi bagi Cik Timm kita try dulu yang basic. Rasa dah boleh buat, cari yang lagi advance pula. 

Good luck untuk Cik Timm & sesiapa yang mencuba!
Read More

Friday, September 08, 2017

Jom Menang Peraduan Pakej Umrah dengan Power Root!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

powerroot, tunaikan hasrat umrah, alif satar,

Hai semua!
Pada 3 September 2017, Ahad lepas Cik Timm berpeluang untuk bertemu Alif Satar sempena kempen #TunaikanHasratUmrah di Mydin Taman Batik, Sungai Petani. Alif Satar juga merupakan duta kepada AliCafe dibawah syarikat #Powerroot

powerroot, mydin sungai petani, tunaikan hasrat umrah

Sebenarnya kempen ini diadakan selama 3 hari dari 1 - 3 September 2017 di Ruang Legar Mydin. Pelbagai barangan Power Root yang dijual seperti AliCafe, AliTea, Pea'l, dan Oligo. Kalau anda penggemar kopi boleh try minum Power Root sebab tester untuk semua produk ada tau. 

power root, tunaikan hasrat umrah, produk power root

tunaikan hasrat umrah, power root

Selain itu, dengan pembelian barangan Power Root bernilai RM10 anda mendapat 1 kupon. 
3 Kupon = Anda boleh join putar & menang & bergambar bersama Alif Satar!
Maksudnya makin banyak anda kumpul kupon, banyak lagi aktiviti menarik yang anda dapat sertai iaitu karaoke bersama Alif Satar, dapat duduk di kerusi VIP hadapan pentas dan sesi beramah mesra bersama VVIP. 

tunaikan hasrat umrah, alif satar, mydin sungai petani

Cik Timm dan rakan-rakan Blogger Utara dapat beramah mesra dengan Alif Satar untuk sesi bersama media. Pertama kali jumpa, beliau memang seorang yang sangat ramah dan sporting. Kami yang malu-malu ni pun rasa selesa. 

Beliau sekarang sibuk dengan pengacaraan Clevel Girl dan nantikan drama terbaru di Astro Ria, iaitu Red Velvet adaptasi novel bersama Neelofa! Penat betul tengok beliau menguruskan diri antara kerjaya dan keluarga. Tetapi masih lagi boleh bagi full komitmen. Bayangkan Cik Timm tengok Alif layan peminat dia sambil menyanyi, sambil layan bergambar dari pukul 2 - 5pm. Langsung tak berhenti, Cik Timm tengok pun penat. Lepas tu rehat dalam 15 minit untuk solat asar sebelum sambung semula sampai sesi bergambar habis. 


Baiklah, mesti tertanya-tanya Peraduan apalah yang Cik Timm sebut dari tadi. Power Root Berhad telah melancarkan peraduan "Tunaikan Hasrat Umrah" dengan membantu 36 orang rakyat Malaysia yang bertuah untuk menunaikan umrah. Program ini telah pun dilancarkan bermula dari 1 Mei sehingga 15 September, tetapi telah DILANJUTKAN sehingga 1 Oktober 2017. Take note ya!



Usaha ini juga adalah projek mereka untuk menyumbang semula kepada masyarakat dan para pelanggan beragama Islam yang tidak mampu menunaikan umrah. 

Anda boleh menyertai peraduan ini melalui dua cara;

peraduan tunaikan hasrat umrah, power root

Cik Timm juga sertai peraduan ini. Gigih menggunting logo pek tu tau. Mana tau kalau ada rezeki kerana hadiahnya adalah Pakej Umrah Premium berjumlah RM20,000 untuk seorang pemenang. Pemenang juga boleh membawa seorang lagi peneman. Pakej yang disediakan juga adalah kerjasama bersama Tabung Haji Travel & Services

peraduan tunaikan hasrat umrah, power root,

Anda juga boleh sertai banyak penyertaan dalam satu borang. Contoh macam di bawah ni ya,

power root, tunaikan hasrat umrah
power root, tunaikan hasrat umrah

Akhir sekali, terima kasih kepada PR Bee yang sudi menjemput kami ke event ni. Dapat kami merasa berjumpa artis Alif Satar. Dan juga tak lupa kepada Blogger Utara yang banyak membantu memberi pendedahan awal cover event macam ni. Cik Timm rasa macam dikelilingi dengan family sendiri kalau dengan depa ni tau. 

power root, tunaikan hasrat umrah

Untuk keterangan lanjut, anda boleh ke sini;

Website: www.powerroot.com.my
Facebook Power Roothttps://www.facebook.com/powerroot
Facebook Alicafehttps://www.facebook.com/alicafe.my/
Facebook Per'lhttps://www.facebook.com/perlmalaysia/


Read More

Tuesday, September 05, 2017

LANAFIRA | Butik Online Muslimah Terbaik!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua readers! Anda suka online shopping? Kini terdapat pelbagai butik muslimah online shopping yang ada di Malaysia. Namun, adakah semua baju tersebut kena dengan selera anda? Di sini Cik Timm ingin berkongsi dengan anda satu butik muslimah online iaitu LANAFIRA!


TRENDY, AFFORDABLE & QUALITY

LANAFIRA menyediakan pakaian muslimah yang trendy, berkualiti dan banyak pilihan untuk muslimah di luar sana. Bertepatan dengan tagline "A Style for Every Story". Selain itu, mereka akan memastikan dapat memberi servis yang terbaik, pembelian yang cepat dan pantas serta harga yang murah dan berpatutan. 

kebaya, long dress, peplum moden
Jom kita ushar-ushar antara baju yang disediakan di sini. 

LANAFIRA menjual 3 jenis baju muslimah utama iaitu kebaya, long dress dan modern peplum. Harganya semua mampu milik antara RM60 - RM140. 

Antara koleksi dari Alana Kebaya

Melissa Long Dress

Sofea Modern Peplum


Umur macam Cik Timm ni setiap kali cuti sekolah, bersusun-susun kenduri kahwin. Mesti boring kan kalau asyik pakai baju yang sama. Takkan nak ber'ootd' baju yang sama je kan, haha! Lagi satu, trend sekarang ada bridesmaid ramai-ramai, mesti nak cari baju yang sedondon. Selain dari itu, fesyen bajunya yang simple dan tidak terlalu fancy sesuai digayakan secara kasual untuk ke pejabat. 
Rambang mata sebenarnya kalau tengok baju-baju online ni. Nak buat pilihan pun susah. 


Ha, anda peminat program realiti Clever Girl? Salah seorang peserta Hani Nazrina dari negeri Perlis juga menggayakan salah satu baju Sofea Moden Peplum (Maroon Batik Klasik) dari LANAFIRA tau! 

lanafira, butik muslimah, butik online, pakaian muslimah

Cantik baju jenis kebaya peplum kan, menurut pembacaan Cik Timm dari website ini, terdapat cara yang betul untuk memilih baju peplum supaya sesuai dipakai.

Baju peplum mempunyai 3 jenis potongan;

1. Potongan labuh hingga paha atau lutut
2. Potongan pendek atas pinggang
3. Potongan paras bawah punggung

TIPS | Badan kurus dan langsing
Semua potongan di atas sesuai. Namun elakkan memilih warna yang gelap kerana menampakkan pemakai terlalu kurus. Lebih banyak ilusi kembang pada baju pulak menampakkan badan seimbang dan cantik.

TIPS | Badan gempal
Tidak memakai potongan terlalu pendek diatas pinggang. Potongan yang sesuai adalah di bawah pinggang tetapi tidak labuh ke lutut. Alunan kembang juga dikurangkan dan elakkan menggunakan colour block. Elakkan juga memilih corak berbunga besar atau corak melintang.

TIPS | Badan sederhana
Anda harus mengelakkan alunan kembang yang banyak supaya saiz tidak nampak terlalu besar. Boleh juga kenakan tali pinggang simple dan bersaiz sederhana untuk nampak lebih bergaya. 


Jadi tunggu apa lagi, jom online shopping di LANAFIRA. Cik Timm pasti memang berbaloi.

Untuk keterangan lanjut, anda boleh ke sini; 

Website: www.lanafira.com
Instagram: https://www.instagram.com/lanafiraofficial/
Facebook: https://www.facebook.com/lanafiraofficial/
WhatsApp: 019 5231203

Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com