Monday, September 25, 2017

Apa itu Sindrom Stockholm?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua!
Pernah dengar tentang Sindrom Stockholm? Cik Timm mula tau pun sebab semalam Cik Timm melayan cerita Labor Day di TV3. Menangis Cik Timm layan sorang-sorang sampai pukul 2.30 pagi. 


Sindrom ini merupakan masalah psikologi di mana tebusan penculikan/mangsa jatuh simpati dan setia kepada penculik/penderanya tanpa mempedulikan bahaya atau risiko lain. Sindrom ini mendapat nama dari kejadian rompakan Sveriges Kreditbank di Stockholm tahun 1973. 


Pelik kan?
Ada yang sampai berkahwin dengan penculik atau penjenayah tu. Antara cerita melayu lain yang ada contoh sindrom ini Andainya Takdir. Masalah keganasan rumahtangga antara Fatihah seolah-olah terlalu redha dengan Airil walaupun selalu disakiti dan dipukul. Cerita ni memang sangat-sangat meletup kan. Rupanya cerita ini adalah adaptasi dari kisah sebenar. 

Mungkin kejadian begini juga berlaku di sekeliling kita, cuma kita yang tidak sedar. Terdapat 1200 kes penculikan yang berlaku di Amerika Syarikat, 8% dari mereka menunjukkan sindrom ini. Mereka tidak membantu dalam penyiasatan.

Situasi ini berlaku apabila mangsa merasakan penjenayah mempunyai tindakan yang mulia apabila mereka tidak dicederakan atau dibunuh. Apabila mereka terselamat, perasaan takut bertukar kepada terhutang nyawa.

 Selalunya mangsa akan menjalani penilaian pakar psikologi selepas diselamatkan. Mereka seolah-olah tidak dapat membuat keputusan sendiri dan menyangka masih berganting kepada pendera. Mangsa sendiri perlu memikirkan kebajikan diri sendiri sebelum mengutamakan nasib penjenayah yang ditangkap.

Kepada kawan-kawan diluar sana, jika terjumpa orang sekeliling mempunyai masalah sebegini, anda patut mengesyorkan mereka berjumpa pakar!


Sumber: Wikipedia | Utusan Malaysia

4 comments:

  1. uishh..boleh pulak ye. Menakutkan juga sindrom macam ni

    ReplyDelete
  2. seram juga kes cmni..

    blh dtgkan bahaya.

    ReplyDelete
  3. Akak tahu pasal sindrom ni masa tengok citer Criminal Mind. Masa tu macam tak percaya je. Boleh jadi camni ke? :)

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com