Sunday, September 10, 2017

Jom Cantik dengan Simple Workouts!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

seberang jaya, jogging, taman tunku

Cik Timm sekarang dah mula rajin bersenam. Sebelum ni memang pemalas. Bukannya apa, sebab tak ada kawan, macam krikkrikkrik kalau jogging sorang-sorang. Lagipun kesibukan kerja sebelum ini membataskan aktiviti Cik Timm.

bukit to'kun, bukit mertajam, hiking

Cik Timm jumpa dua kawasan rekreasi yang menarik kalau nak bersukan. Pertama di Taman Tunku, Seberang Jaya dan kedua di Bukit To'kun, Bukit Mertajam. 
Jadi kalau jumpa Cik Timm disana jangan lupa hello-hello ye!


Apabila usia kita makin bertambah, metabolisma pun makin menurun. Buat masa sekarang ni Cik Timm memang la seronok kalau makan banyak sebab berat tak akan naik. Tapi, apa yang jadi pada badan untuk di masa akan datang? Mencegah lebih baik dari mengubati tau!

Di sini Cik Timm nak berkongsi simple work out yang simple dan senang untuk dibuat. Tak payah menggunakan masa yang panjang, dalam 5 minit pun boleh siap!



Maaf kalau gambar agak seksi. Jangan tengok lama-lama!

Sumber: Twitter | Facts Of Workout

Bahagian perempuan yang paling kritikal adalah dari perut sampai paha, betul tak? Selalunya bahagian yang paling senang naik memang part tu je kan? Bukannya apa, Cik Timm tercabar betul dengan seorang kawan lelaki ni, pinggang dia 28cm kot! Dah la body cantik, tak masuk gym pun. Haha! 

Di harap Cik Timm pun istiqamah nak bersenam ni. Jangan hangat-hangat tahi ayam pula. Banyak lagi senaman yang lain-lain. Tapi bagi Cik Timm kita try dulu yang basic. Rasa dah boleh buat, cari yang lagi advance pula. 

Good luck untuk Cik Timm & sesiapa yang mencuba!

3 comments:

  1. bukit tok kun view dia cantik , saya ada tag cik timm nih

    http://thezafirahnazri.blogspot.com/2017/09/segmen-bloglist-oktober-disember-2017.html

    ReplyDelete
  2. alaa timm dh comel tuu..
    yui pun lama tak senam kat luar. kena rajin

    ReplyDelete
  3. aida skang cuba sedaya upaya aerobik kat umah aje, cik tim.
    nak kuar, mcm jauh. pastu sensorang... takot ler plak.
    buka utube. terkinja-kinja la aida sensorang kat ruang tamu ha ha ha :)

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com