Tuesday, September 05, 2017

Tips | Penjagaan Rambut Bagi Wanita Bertudung

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Siapa di sini yang tak sayang rambut. Cik Timm sendiri mempunyai masalah kegatalan kulit kepala. Mana tidaknya, dengan keadaan kita yang bertudung, rambut menjadi lebih tertutup dan kepam!

chillis, gurney, pulau pinang

Di sini, Cik Timm kumpulkan antara tips dan petua penjagaan rambut untuk muslimah yang bertudung;


Mencuci rambut 2 atau 3 kali sehari
Ini memang betul, sejujurnya Cik Timm memang malas nak mencuci rambut setiap hari kecuali kalau rutin hari tu Cik Timm ada bersukan. Memang lama dalam bilik air dibuatnya. Jika anda nak berjalan ke mana-mana, boleh cuci rambut 2 jam sebelum memakai tudung. Pastikan kering secara semulajadi. Cik Timm kalau nak rambut cepat kering memang suka balut dengan tuala, sedangkan cara Cik Timm ni salah rupanya 😵


Memilih kain/material tudung yang sesuai
Boleh pilih fabrik yang lembut untuk mengelakkan haba terperangkap di kepala. Cik Timm sebelum ni beli tudung tak pernah pulak terfikir hal ni. Main sebat beli je asalkan selesa, lagipun banyak koleksi tudung Cik Timm kawan-kawan hadiahkan. Kalau ikut dari tips yang dibaca, dia tidak menggalakkan memakai serkup kepala. Bagi Cik Timm, serkup kepala adalah benda paling penting kalau pakai tudung. Untuk mengelakkan tudung lari, rambut pun kemas tak terkeluar kan? Kalau difikirkan balik, serkup kepala zaman mak-mak kita bagus sebab sejuk je kalau pakai kerana banyak lubang. Serkup urban sekarang ni material yang agak panas, lepas tu tekan telinga, betul tak?


Memilih trend/gaya tudung nipis
Maksud Cik Timm pilih gaya atau variasi tudung tak lebih dari 4 ikatan. Lebih tebal anda belit kepala, lagi sukar rambut nak bernafas. Oh my!


Merehatkan rambut
Sebaik sampai di rumah Cik Timm akan buka segala ikatan rambut. Biarkan rambut berehat sebentar. Kulit kepala kita juga ingin bernafas. Jangan terus mandi setelah sampai di rumah.


Memilih produk yang sesuai 
Sekarang terdapat pelbagai shampu khas untuk kita yang bertudung. Cik Timm zaman sekolah dulu guna Sunsilk yang warna hijau tu. Dah mula bekerja, Cik Timm bertukar kepada Tsubaki. Memang wangi sangat shampu Tsubaki ni, harga je agak mahal. jenuh tunggu kalau ada offer baru boleh beli. Cik Timm tak boleh guna Rejoice, nanti rambut jadi keras macam berus sental baju. Pendek kata, jangan takut untuk bereksperimen dengan produk sampai anda jumpa yang paling sesuai. 


Rajin menyikat rambut
Rajinkan diri mengikat rambut jika tidak memakai tudung. Mengikat rambut membantu pengudaraan kulit kepala dan akar rambut. 


Mempunyai rutin penjagaan rambut teratur
Rutin yang paling penting untuk penjagaan rambut Shampoo--> Conditioner --> Serum. Cik Timm pakai semua brand lain-lain. Asalkan sesuai. Shampu Tsubaki, Conditioner Watsons & Serum Loreal.


Itulah 7 tips yang Cik Timm nak berkongsi dengan pembaca semua. Ada lagi tak tips lain? Jom kongsi!


Sumber: jelita.com | kemarahanpaklong.com | 

4 comments:

  1. hehehe kita sukala gambar tu.. kena plan lagi ni lepak2 ngan adik2.. hehe..

    ReplyDelete
  2. eh lupa komen pasal entry hahaha.. so far kalo shampoo dove ngan head n shoulders sesuai. kalo ada budget lebih sket beli yang body shop..

    ReplyDelete
  3. lagi kita bertudung, lagi la kita kena jaga rambut, kan.
    if not, pening!!!
    tq for sharing, cik tim :)

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com