Saturday, September 23, 2017

Pesta Food Truck di Kulim Central

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua, buat apa hujung minggu ni. Cik Timm first time kerja yang cutinya Sabtu & Ahad. Sepatutnya Cik Timm ada open interview di Pulau Pinang anjuran Mau Kerja. Tapi dengan keadaan hujan pagi tadi, penat bekerja juga buat Cik Timm malas. 


Apa kata kepada sesiapa yang tinggal berdekatan Kulim ke Pesta Food Truck di Tapak Parkir Kulim Central bermula dari 12-24 September 2017


Esok last day dah tu. Cik Timm sempat singgah semalam pekena Coconut Shake Special lori paling hujung disebelah kanan. Memang cenggini 👍 coconut shake mak cik ni.

Kulim Landmark Central ni pun dah banyak perubahan. Dah tukar kepada Kulim Central je. Cantik juga shopping kompleks yang baru ni. Tingkat bawah sekali (tempat parking) telah diubah untuk menempatkan banyak kedai. Kiranya semua ruang di bangunan telah digunakan sepenuhnya. Kedai shop lot yang baru pun ada yang belum dibuka. Bagi Cik Timm, memang perubahan yang baik!


Selamat Bercuti dihujung minggu semua!

3 comments:

  1. Dah merata ada food truck ni. Tapi tak pernah nak merasa lagi. Asyik tengok ramai orang, malas nak berhenti

    ReplyDelete
  2. Wah..meriah lah orang Kulim dapat makan macam-macam. Sediakan je duitnya sebelum datang sini :)

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com