Saturday, September 16, 2017

Resipi | Ikan Siakap 3 Rasa Simple

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Tekak teringin makan ikan siakap. Selalu makan di kedai tomyam je. Apa kata kita buat sendiri sebab simple sangat bahannya, kena cari ikan siakap je. Abang Cik yang tolong belikan, kami makan ikan siakap yang kecil je, yang besar yang selalu dijual kurang selera sebab besar sangat 😌
Bahan-bahan:


Ikan siakap - kelar dan lumur dengan tepung jagung
1 biji bawang besar - dipotong dadu
1 biji tomato - dipotong dadu
Sebiji nenas - dipotong dadu
3 -4 helai daun limau purut - buang tulang tengah
Minyak untuk menggoreng dan menumis
Garam dan gula secukup rasa

Tumis;
4 ulas bawang putih -diketuk
6 tangkai cili padi - potong halus
1 inci halia - hiris halus
1 batang serai - diketuk
Sos;
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan


Cara-caranya:
1. Ikan dibersihkan dan pastikan kering sikit. Lumur dengan tepung jagung semua bahagian ikan. Panaskan minyak sampai panas, disebabkan saiz ikan comel, minyak untuk menggoreng pun tak banyak pakai. Goreng ikan sampai betul-betul garing.


2. Panaskan minyak untuk menumis pula. Tumiskan bahan tumisan sampai bawang putih naik bau dan kuning, masukkan bahan sos dan daun limau purut.


3. Lepas tu, masukkan bawang besar, tomato dan nenas. Masukkan sikit air.

4. Akhir sekali, masukkan garam dan gula secukup rasa. Rasa macam tak confident, masukkan sedikit cukup rasa.


5. Biarkan kuah membuak-buak kejap dan boleh tutup api.

6. Nak makan baru curahkan pada ikan, so ikan tu masih garing lagi. Memang sedap makan dengan nasi panas + kailan ikan masin.

Selamat Mencuba! Resipi ini dari AzieKitchen, TQ akak! Cik Timm selalu buat blog akak ni rujukan untuk memasak. 

6 comments:

  1. Memang sedap dan puas makan kalau buat sendiri... :D

    ReplyDelete
  2. Wahh bestnya.. nampak sedap dan menyelerakan. Next time leh la jemput makan hehee. Nice sharing :)

    ReplyDelete
  3. kalau gi memancing bawa balik siakap masak 3 rasa fuhhh lagi puas nak makan...

    ReplyDelete
  4. Apapun mesti makan sampai habis kan sebab masak sendiri

    ReplyDelete
  5. sedaplah siakap 3 rasa nak pulak kalau masak sendiri lagi bertambah sedap

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com