Monday, September 04, 2017

Apa yang Perlu Anda Tahu Mengenai Kentang US

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

kentang us

26 Ogos 2017, Sabtu lepas Cik Timm sempat menyertai Food Review bertempat di The Wembley, A ST Giles Hotel, Pulau Pinang. Dengan bertemakan "Healthy Delicious Dishes with US Potatoes", Cik Timm didedahkan tentang khasiat kentang yang kita tak pernah sedar sebelum ini. Selain itu, demo masakan dan juga sesi mengenyangkan perut pun ada juga tau.

kentangUS

Sesi pertama, kami dapat makan makanan ringan dengan mencuba typically kentang goreng biasa yang kita selalu beli iaitu kentang goreng.

Anda tahu tak tentang US Potatoes atau kentang US? Baiklah, selalunya kentang US ini Cik Timm guna dalam resipi barat seperti mash potato, shepherd pie, dan sebagainya. Ini kerana rasa kentangnya lebih manis dan berlemak! Tapi tahu tak selain dari rasanya yang sedap itu, terkandung pelbagai lagi kebaikannya. Kami diberi pengetahuan baru tentang kebaikan kentang dan cara pemakanan yang betul dari Ms Khoo An Jo yang merupakan seorang dietitian dari hospital swasta di Pulau Pinang.
kentang US

Kentang US ini mempunyai kualiti yang lebih baik dan mempunyai kadar nutrisi seperti potasium paling tinggi mengatasi pisang, brokoli atau tomato. 

Selain itu, kentang US juga ada pelbagai-bagai variasi dan setiap satunya mempunyai ciri-ciri dan kebaikan yang tersendiri. Antaranya;

-Russet Potatoes
-Yellow Potatoes
-Red Potatoes
-White Potatoes
-Purple Blue Potatoes
-Fingerling Potatoes
-Petite Potatoes

kentang US

Seterusnya, demo masakan dari Chef Audee Cheah, yang merupakan Presiden Penang Chef Association. Semerbak bau bilik banquet kami dengan 4 masakan yang simple dengan hanya menggunakan kentang US. 

kentang US

1. U.S. Potato & Prawn Kerabu
-Sedap, macam makan kerabu maggi / somtam sebab dia letak sos ikan. Syok kunyah-kunyah depan TV ni.

2. Curry Chicken Stuffed U.S. Potatoes
-Tak sempat rasa! Takpe, nanti Cik Timm dah buat sendiri guna 4 ketul kentang yang dapat free dalam goodies bag. Hihihi..

3. Kimchi Seaweed U.S. Lattice Cut Fries
-Saiz mouth-bite, sesuai kalau buat koktail party ke. Lebih berkhasiat sikit makan dengan cara gini  dari goreng dekosong jer.

4. Chilli Flavoured U.S. Potato Wedges in Lettuce Cup
-Favourite Cik Timm, memang Cik Timm tak malu dok tambah jer. Sedap sangat dan kenyang. Cik Timm kan suka dengan sayur lettuce ni, memang 2 thumbs UP!

kentang US
  
Selepas ini, dapatlah memvariasikan masakan dengan menggunakan kentang US ni. Kami juga berkesempatan bergambar bersama Chef Audee yang sporting.
kentang US

Seronok betul adik-adik Abang Long #BloggerUtara ni bergambar. 
Buat anda diluar sana yang ingin mendapatkan kentang US, boleh ke pasaraya yang berdekatan. Anda boleh cari yang berjenama Simplot atau LambWeston untuk yang jenis sejuk beku atau, jika anda nak kentang fresh boleh cari di Tesco, dia tulis US potato. Selalunya dijual dalam RM4 sekilogram.
kentang US

Ha! Kan betul harganya, siap ada offer lagi tu. Jangan lepaskan peluang untuk membeli kentang US!

kentang US
Terima kasih kepada pihak penganjur PotatoesUSA yang sudi menjemput dan menyediakan cenderahati goodies bag yang comel. Cik Timm dah guna tau setiap kali shopping barang runcit. Kentang US tu pun dah dimasak ala-ala Chef Audee cuma diolah supaya sesuai dengan tekak keluarga. Memang sedap! Kalau nak resipi nanti Cik Timm up entry lagi ok 😋
Untuk keterangan lanjut;

Website: http://www.potatoesusa-malaysia.com/
Alamat: 3-G Jalan OP 1/6, Pusat Perdagangan One Puchong,
47160 Puchong,
Selangor
Tel: 603 8070 7216
Email: eddie.saw@totalms.com.my

2 comments:

  1. Timm pernah dengar x 'potato gonna potate ?' haaaa pasal kentang2 tu hihi.. dapnye tingin plak hashbrown..

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com