Friday, September 15, 2017

Menenangkan fikiran di Tree Top Walk Sungai Sedim

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hai semua! Cik Timm nama je duduk Kulim, tapi belum pernah jejakkan kaki di Tree Top Walk Sungai Sedim. Kalau berkhemah di Sungai Sedim pernah juga semasa menyertai kem motivasi di zaman sekolah menengah dulu. 
Cik Timm dan keluarga kakak sulung sempat berkunjung di sini. Lagi satu, otw ke sini Cik Timm disajikan dengan pemandangan hijau berbukit bukau. Ada beberapa kampung yang perlu dilalui, di sini terkenal dengan Kampung Lindungan Raja, di mana Raja dahulu bersembunyi di sini semasa zaman Jepun. Memang ada rumah raja yang telah dijadikan muzium. Kami tak singgah pun, cuma lalu sahaja.
Bayaran masuk untuk parking di sini adalah RM3. Memang ada orang jaga depan ni, tapi jalan masuk memang sempit, satu kereta je boleh lalu. Jenuh reverse kalau kereta bertembung. Selepas parking, perlu jalan sikit ke atas untuk ke Tree Top Walk. Di kaunter tiket,  anda perlu membayar RM10 untuk dewasa, dan RM6 untuk kanak-kanak berusia 7-17 tahun. 

Di kawasan kaunter tiket ini pun ada peta kawasan yang dibangunkan dan alatan-alatan yang digunakan untuk membina top walk ini. Bayangkan bagaimana depa boleh bawa semua besi-besi masuk dalam hutan ni tanpa merosakkan pokok-pokok di sini.

Siapa yang gayat, memang akan rasa sedikit seram. Makin lama makin curam ke atas! Kita juga akan berjalan merentasi sungai yang jernih airnya! Bukan senang nak tengok air bersih fresh dari bukit sekarang ni. 

Sejuk sangat walaupun macam panas terik, seronok ambil angin di atas pucuk pokok. Monyet pun ada di sini, tapi langsung tak mengganggu. Excited tengok pokok liana yang merayap atas setiap pokok. 
Pokok liana adalah pemanjat berkayu yang melilit dan hampir setiap pokok di Hutan Hujan Tropika pokok ini ada. Biji benihnya bercambah di lantai hutan. Batangnya yang panjang semasa membesar akan naik ke kanopi dengan membelit pada pokok yang lain. Selain itu, pokok ini juga memerlukan sinaran matahari dan akan mengeluarkan bunga dan buah.

Waktu kami ke sini, hanya kami yang naik top walk ni. Seronok bergambar sebab kami jer. Dalam 15 minit je, kami dah habis pusing tree top walk.


Selepas turun, kami berendam kaki di tepi sungai. Ramai bermandi manda di sini. Dalam planning tak ada pun nak mandi. Ruginya tak bawa tuala atau bekal untuk berkelah. Seronok rendam kaki, sejuk betul airnya! Menggigil kalau mandi ni. So, tips kalau nak ke sini bawa je tuala dan makanan, paling tidak pun bungkus fast food. Lepas tu, boleh termenung mengenang nasib diri ala-ala layan perasaan. Memang best! 


Balik dari sini, kami singgah makan di gerai Nasi Ayam Periuk Besar. Di sini adalah kedai yang mula-mula dibuka sebelum mereka membuka banyak cawangan lain di sekitar Kulim. 

Tapi sekarang ni musim hujan, jadi Cik Timm tak recommend anda datang waktu macam ni. Tunggu cuaca macam panas sikit, baru berkunjung di sini ok!

Terima kasih sudi baca. Tempat anda ada kawasan rekreasi yang seronok macam ni? Kongsikan juga!

2 comments:

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com