Sunday, September 17, 2017

Tiba-tiba Rasa Takut dengan Badut

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


IT

Mengisahkan tentang kanak-kanak penduduk tempatan yang hilang di pekan Derry di Maine. Pada cuti musim panas, 7 kanak-kanak dikenali sebagai The Losers Club bekerjasama untuk menyelesaikan masalah ini. Mereka perlu menentang badut jahat, Pennywise yang sentiasa membunuh kanak-kanak setiap 27 tahun. 

Klasifikasi: 18 tahun ke atas
Genre: Seram
Durasi: 2jam 15minit
Pengedar: Warner Bros Pictures
Pengarah: Andres Muschietti

Sumber: Cinemas Online | IMDb

Cik Timm bukanlah penggemar cerita seram sebenarnya. Tapi tengok banyak review semua best je movie ni. Cik Timm pun berkesempatan menonton IT di TGV Gurney Plaza. 


Memang rasa macam agak fobia dengan badut selepas ni. Takut jugak cara dia kejar budak-budak tu. Cik Timm memang dah tutup muka dengan tangan. Badut ni sebenarnya pandai bermain dengan ketakutan atau fobia budak-budak 7 orang ni. Setiap kanak-kanak ini ada cerita sendiri. Masing-masing ada fobia, pandai badut tu. Dah la muka menakutkan, huwa!


Paling Cik Timm tak boleh belah, badut tu keluar dari skrin waktu budak-budak tu tengah tengok gambar dalam garaj waktu nak cari di mana badut tu tinggal. Why so creepy!


CikTimm bagi 4/5 bintang! 
Sebenarnya movie ini adalah dari novel dan penulisnya Stephen King. Selain itu, movie ini juga remake dari IT pada tahun 1990. 

Antara beberapa scene yang Cik Timm tak perasan sepanjang menonton boleh baca di sini.

Hampa pun mesti ada movie seram yang buat kita asyik terbayang juga kan? Kongsikan!

7 comments:

  1. Filem baru ni tak sempat tengok lagi tapi filem yang lama dulu pernah tengok. Masa tu kecik lagi, memang takut sangat kalau nampak badut.

    ReplyDelete
  2. menantikan cerita ni. Nak tengok juga dalam masa yang sama takut juga..huhu

    ReplyDelete
  3. Huhuhu citer ni dulu buat akak adik beradik benci badut :)

    ReplyDelete
  4. sian la kan dia. sedih...
    then si abang usaha cari adik.
    pas tgk citer ni, ada la few times aida takut2 kan izzat.
    "jgn jalan tepi longkang lagi tau, nanti badut tarik ijat masuk dlm. bu tak boleh carik ijat lg"

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com