Thursday, August 30, 2018

Review: My Beauty Mask dari MyProductCo produk 100% Korea

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hai semua!
Cik Timm sekarang memang suka gila dengan mask muka. Disebabkan muka Cik Timm jenis yang sesuai dengan semua produk, Cik Timm try mask korea dari My Product Co. 

Ada 3 mask muka yang boleh dicuba;


→ Red Ginseng Gold Hydrogel Mask

→ Ginger Gold Hydrogel Mask
Gold Hydrogel Mask mempunyai 99.9% emas asli untuk antioksidan dan mengelakkan kulit cepat berusia dari usia sebenar!

→ Rice Sheet Mask
Rice sheet dapat juga membantu mengelakkan kedutan dan mencerahkan kulit wajah!

Apakah kandungan dalam setiap mask?

Ekstrak madu semulajadi yang kaya dengan vitamin, amino asid, mineral dan tinggi kandungan antioksidan yang akan melindungi kulit. 
Selain itu, produk ini terhindar dari 8 bahan kimia,


Apa yang menarik dengan Gold Hydrogel Mask ini?



Rice sheet mask dia sama macam mask yang Cik Timm selalu pakai sebelum ni. Mask warna putih yang selalu kita tampalkan di muka. Tetapi yang paling menarik adalah mask Gold Hydrogel. Mask dia macam agar-agar atau jelly yang lembut dan lembik. Perlu hati-hati kalau nak letak di muka takut pecah. Tapi waktu pakai memang best sebab rasa sejuk sangat, kekadang sampai terlena. Saiz mask pun memang sesuai dengan bentuk muka Cik Timm. Esoknya memang akan rasa kulit lembut dan segar. 

Cara penggunaan mask.
Mask muka boleh dipakai seminggu 2 kali untuk kesan yang maksimum. Anda hanya perlu koyak, dan keluarkan mask dari sampul plastik. Mask itu ada 2 perlindungan plastik untuk memastikan mask itu tak rosak. Lebihan cecair dari mask jangan buang tau. Simpan dalam bekas comel dan boleh apply sebagai krim malam. 

Untuk maklumat lanjut;
Website: www.myproductco.com
Instagram: http://www.instagram.com/myproductco
Read More

Monday, August 20, 2018

Flower Chimp Menerima Pelaburan Berjumlah RM6 JUTA Berikutan Prestasi Cemerlang di Asia Tenggara

Assalamualaikum & Salam Sejahtera




KUALA LUMPUR, 15 Ogos 2018 - “Ucapkan dengan bunga!” Kepesatan industri e-dagang di
peringkat global telah memacu perkhidmatan penghantaran bunga dan membolehkan
pengguna mencipta kenangan indah bersama insan tersayang. Bayangkan, betapa mudahnya
anda boleh memilih jambangan bunga kegemaran anda dan merancang penghantaran
semudah di hujung jari sahaja.



Daripada pilihan jambangan sempena hari lahir hingga ke kiriman bunga sebagai tanda ucapan
tahniah, titipan istimewa sempena sambutan Hari Kekasih dan Hari Ibu, Flower Chimp akan
memenuhi keperluan bunga-bungaan anda dari harga serendah RM89 sahaja. Melangkah
setapak ke hadapan berbanding pesaing mereka, Flower Chimp menawarkan perkhidmatan
penghantaran ke seluruh negara yang meliputi lebih daripada 80 daerah di dalam Malaysia,
termasuk di Sabah dan Sarawak. Dengan rangkaian meluas seperti itu, tidak hairanlah
perkhidmatan penghantaran bunga dalam talian tersebut menjadi pilihan utama pelanggan yang
turut menikmati penjimatan menerusi penghantaran secara percuma ke atas semua
tempahan tanpa had perbelanjaan minima. Malah, pelanggan juga boleh menjadualkan
penghantaran pada hari yang sama bagi semua tempahan yang dibuat sebelum pukul 1
tengah hari untuk mengejutkan insan tersayang mereka.



“Walaupun kami masih baharu dalam perniagaan penghantaran bunga ini, Flower Chimp telah
berkembang hingga menjadi jenama terkemuka dalam industri ini. Dalam tempoh kurang
daripada dua tahun, kami telah menjadi pilihan nombor 1 dalam perkhidmatan penghantaran
bunga secara dalam talian di Malaysia, Indonesia dan Filipina dengan rekod pertumbuhan
lima (5) kali ganda berbanding tahun lepas,” kata Maximilian Lotz, Pengasas Flower Chimp.



Berikutan prestasi memberangsangkan mereka dalam perkhidmatan penghantaran bunga
secara dalam talian, Flower Chimp berjaya menambat pelaburan berjumlah RM 6 juta daripada
sekumpulan pelabur termasuklah Asia Venture Group (AVG), sebuah syarikat persendirian
yang telah menilai potensi besar Flower Chimp menerusi model perniagaan dan strategi
pemasaran mereka yang unik. Syarikat yang sama turut membuat pelaburan dengan syarikat
lain seperti iMoney, Happy Fresh dan iPrice. “Kami mensasarkan untuk mengembangkan
rangkaian kami di Singapura menjelang pertengahan bulan Ogos 2018 dan di negara Asia
Tenggara yang lain termasuklah Vietnam, Thailand dan Hong Kong pada tahun 2019,” tambah
Lotz.



Lotz dan rakan kongsi/Ketua Pegawai Operasi, Niklas Frassa yang mendalami sendiri
perniagaan bunga-bungaan berhasrat untuk menggunakan pelaburan yang diterima untuk
mengukuhkan operasi mereka di Indonesia dan Filipina, di samping meningkatkan infrastruktur
teknikal untuk memanfaatkan pelanggan kami dengan ciri-ciri pintar termasuklah sistem
penjejakan secara langsung bagi setiap pesanan. “Dalam masa yang sama, kami menjalankan
kajian ke atas pasaran semasa secara berterusan dalam mencari idea untuk produk dan
promosi baharu untuk pelanggan kami yang kembali untuk mencari sesuatu yang bersesuaian
dengan keperluan mereka,” kata Frassa.



Kata Frassa lagi, “Dengan kuasa pemasaran dalam talian dan media sosial, kami mahu
mengukuhkan penjenamaan kami dan menjadi pilihan pertama dalam kalangan pelanggan
yang semakin lama semakin bijak mengendalikan perkata berkaitan teknologi. Kami yakin,
dalam tempoh dua belas (12) bulan akan datang, dari Suku Keempat (Q4) 2018 hingga ke
Suku Keempat (Q4) 2019, Flower Chimp akan berkembang sehingga tiga (3) kali ganda
menerusi sumbangan daripada empat pasaran utama iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia dan
Filipina”.
Untuk maklumat lanjut boleh ke link di bawah ni tau;

Flower Chimp di Malaysia
Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.com/
Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpMY/
Instagram: @flowerchip

Flower Chimp di Indonesia
Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.co.id/
Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpID/
Instagram: @flowerchimp.id

Flower Chimp di Filipina
Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.com.ph/
Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpPH/
Instagram: @flowerchimp.ph
Read More

Wednesday, August 15, 2018

Aiq Nyoq Sedap di Kulim!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua!

Hari ni Cik Timm nak share salah satu air kelapa (aiq nyoq) yang sedap di Kulim. Harga pun tak terlalu mahal dan memang berbaloi beli. Semalam settlekan urusan RHB dan ASB terus singgah dulu gerai ni sebelum balik. Kebetulan memang cuaca sekarang ni yang agak panas. Cik Timm pulak penunggang motosikal tegar, berpinau mata dan kering anak tekak!


Kali ni dah masuk kali kedua Cik Timm beli aiq nyoq dia. Tak pernah beli yang kecil, beli yang besar je. Puas hati boleh share dengan family. Lepas tu memang tak nak ais, harga RM5.00. Paling Cik Timm suka aiq nyoq dia tak letak gula. Manis semulajadi dari buah nyoq. Yummeh!


Kalau tengok senarai atas tu coconut shake pun ada. Tapi Cik Timm tak pernah try lagi. 

Lokasi gerai ni sebelah D'Pelangi Warisan Kak Ros ataupun orang sini panggil Kedai Kak Ros. Kedai Kak Ros ni pun tempat berbaloi kalau nak makan nasi campur. Lauk dia macam-macam ada, sedap pulak tu. Harga murah! Paling win daging masak hitam dia memang umphh. Dulu kakak kahwin pun order daging masak hitam untuk kenduri kahwin dia. Bayangkan lauk daging ni laku sampai tuan rumah pun tak sempat nak makan, hahaha! Kalau tak jumpa juga gerai ni cari di Restoran Nasi Kandar Dinas. 


Cakap pasal kenduri dah lama rumah ni tak buat kenduri. Eh, lain macam pulak kan, haha!

Cuaca agak panas sekarang ni. Disarankan minum air masak dengan kuantiti yang bersesuaian dengan individu ye. Lagi sedap kalau dapat air kelapa ☺
Read More

Sunday, August 12, 2018

Kelemumur Hilang Hanya Guna 2 Produk ni je!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua!
Rasanya hampir semua wanita mengalami masalah kelemumur betul tak? Tanda kelemumur bila suka gatal-gatal di kepala, kalau kita selak rambut tu nampak ada flakes putih macam keping-keping. Serius Cik Timm ada masalah ni tau. Wanita bertudung ni kadang-kadang tak keringkan rambut sebelum pakai tudung, lepas tu pulak kita pakai dua layer, serkup kepala dengan tudung. Memang terkurung rambut dalam tu.

Macam-macam dah buat untuk hilangkan kelemumur. Treatment pun pernah buat, tapi sekejap je sebelum jadi balik. Dah la kelemumur, rambut gugur lagi, stress owh sampai dah potong rambut pendek sebab bebal. 

Produk jangan cakaplah, macam-macam pernah try dekat Watsons tu. Dove, Pantene, senang cerita semua yang untuk kelemumur tapi tak jalan. Malu kot sebagai perempuan ada masalah macam ni.

Try punya try macam-macam produk, akhirnya dah jumpa kombinasi produk yang sesuai dengan masalah kelemumur ni! Serius kelemumur tu boleh control & hilang. 

Apa yang Cik Timm guna;



 Shampo : L'OREAL PARIS ELSEVE Fall Resist 3x Anti-Dandruff



Serum : L'OREAL PARIS ELSEVE Extraordinary Oil Dry Hair



Rutin harian untuk rambut;

Cik Timm hanya shampo rambut dua kali sekali je. Kecuali kalau hari tu ada aktivitu luar macam bersukan or hiking. Balik tu mesti shampo sebab berpeluh kan. Kepala Cik Timm ni jenis suka keluar sebum banyak tau, itu yang penyebab kelemumur tu. 

Lepas rambut nak kering sikit selepas bershampo Cik Timm akan urut serum tu dekat kulit kepala. Dulu serum tu tersalah guna, sapu dekat hujung-hujung rambut je. Lepas tu ada baca satu tweet ni, serum tu kena guna dekat kulit kepala baru betul! Cik Timm tak letak kat kulit kepala takut dia buat kulit kepala lagi berminyak, tapi serum dia jenis menyerap tak berminyak pun. Lepas guna dengan cara yang betul, kelemumur hilang dan rambut wangi je kalau bukak tudung!

Shampo untuk kelemumur ni macam kuat sikit dan suka keringkan rambut. Jadi Cik Timm guna shampo lain untuk lembutkan rambut, TSUBAKI Extra Moist warna merah dari Shishedo. Shampo ni memang dah lama guna. Cuma tak efektif untuk kelemumur. Guna selang seli antara dua shampo ni. Dah la wangiiii!

Tips untuk rambut kelemumur;

Teruskan mencuba produk sampai jumpa yang sesuai. Kalau ada income lebih sikit boleh ke salun buat treatment untuk kelemumur. Tapi agak mahal sikit sebenarnya. lagi satu pergi salun yang sediakan mesin untuk check kulit kepala. Dekat situ kita tau kulit kepala kita ni macam mana. 

Kalau ada yang nak cuba, bolehlah try cara Cik Timm ni. Mana tau berhasil kan? Sebab lain orang lain penerimaannya dengan sesuatu produk tu. Jangan takut untuk mencuba asalkan jangan sampai memudaratkan diri sendiri atau kesihatan.

p.s. this is not a sponsored post tau ❤

Read More

Friday, August 10, 2018

DAY 3: Pakej Emerald Pool & 1st Time Tunggang Gajah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua!
Terlalu lama sangat cerita percutian ke Krabi tak keluar. Malas sepasal, lepas tu macam dah mula lupa. Allahu, lagi lama lagi lupa, Cik Timm akan cuba habiskan minggu ni juga InSyaAllah. 

Krabi Trip

Hari ke-3, 9 Mac 2018, Jumaat

krabi, ao nang beach, holiday krabi, restaurant krabi
Gambar ni ambil waktu kami balik dari jalan-jalan sebab Kak Azma tertinggal sweaternya. Depa simpan lagi tau.

Sarapan yang berbaloi sangat!



8am: Hari ni kami breakfast di kedai makan depan hotel, Original Thai Food. Kami makan bubur ala-ala McDonald, tapi lagi sedap! Bubur kosong yang dilimpahi dengan rencah lain macam isi ayam, daun bawang, etc & telur separuh masak sebiji. Gila tak kenyang, memang healthy breakfast gila. Lepas tu ada cucur kembung aka cakoi yang dicicah dengan krim masam (kot..). Berani makan pun sebab makcik yang buat bubur ni orang islam. Serius anda semua wajib TRY! Kami berempat makan 4 mangkuk bubur & kuih cakoi tu dalam 210THB.

Pakej Emerald Pool

Aktiviti kami hari ni dari pakej yang kami beli semalam dengan harga 850THB seorang. Macam biasa ada banyak booth yang menjual pakej, rajin-rajinkan diri anda untuk tawar menawar untuk mendapatkan harga yang murah. Dalam pakej ni ada 4 aktiviti, Hot Spring, Emerald Pool, Elephant Trekking & Tiger Temple. Pada pendapat Cik Timm, Emerald Pool je yang best. Yang lain semua emm, so-so jer. Lagi satu, better tak payah ambil yang ada gajah-gajah ni sebab kesian sebenarnya. Tempat kami pi tu tak ada pulak tengok depa dera gajah tu, but maybe tempat lain ada yang buat macam tu. Kesimpulannya, tak payah ambil pakej yang ada gajah okey.

Berendam Kaki di Air Panas di Hot Spring Waterfall



Ada van yang ambil kami depan hotel, kami cuma tunggu je selepas breakfast tu. Van memang selesa gila, better dari van yang kami naik dari Hatyai-Krabi. Dalam van tu ada juga orang lain, orang putih & orang Korea. Pukul 10am macam tu kami sampai di sana. Banyak van yang parking, maksudnya ramai juga pelancong lain. Dari pintu gerbang depan kena jalan masuk sikit untuk ke air terjunnya. Dekat sini ada banyak kolam-kolam lain macam ala-ala Ulu Legong, Baling tu. Tapi ramai yang ke air terjun semulajadi di hujung sinun.



Punya ramai manusia dekat sana! Penuh kolam tu dengan orang, memang air panas. Rasa tenang dan sedap je berendam. Kami pun rendam kaki je, tak rajin pulak nak mandi manda. Nanti nak naik van ke destinasi lain pula. Paling penting bergambar jangan kalah hokehh! Abang-abang yang ke sini sila tutup mata memasing sebab seksi meksi pelancong dekat sini. Semua berbikini jer. Sebelum naik van ke destinasi seterusnya, buang air dulu dekat toilet sini sebab jauh sikit aktiviti kedua.

Mandi Manda di Emerald Pool

Sedap betul, masih terasa ayam gajus dia, yumss..

Kedai tepi jalan pun banyak dekat area sini.



11am: Di sini kami lunch dulu di Ruen Marakot Restaurant, tak payah bayar sebab dah termasuk dalam pakej. Jangan risau memang halal, pekerja restoran ni memang baik gila & ramah. Dah la makanan sedap, boleh tambah pulak tu. Kami punya makan bertambah-tambah. Tak malu da aih, nasi dekat Thailand ni macam berhantu tau, memang sedap! Menu kami ada tomyam, ayam gajus, sayur campur & buah tembikai. Kami makan punya kalut sebab nak masuk tempat ni awal, but kami kena tunggu dulu geng sepakej siap makan baru boleh masuk sekali. Buat penat makan kalut-kalut tau. 


Nampak tu ular!


Dekat sini ada dua jalan untuk sampai ke Emerald Pool, by trekking dekat jalan berbatu atau trekking hutan. Kami ke sana dengan laluan hutan, seronok sebab kita lalu dekat tepi air dia yang jernih sangat-sangat! Tapi kan, kami jumpa ular tau duduk berlingkar dekat pokok. Panjang dan boleh tahan besar! Emerald Pool ni terkenal dengan kolam air mineral semulajadi yang airnya terus dari gua batu kapur. Selain itu, tengoklah air dia, seindah nama tau..

Sesuai dengan nama, macam glass jer air dia.


Lalu dekat laluan ni redup je, sambil ditemani bunyi air di kolam. Jalan punya jalan kami sampai di Sra Kaew a.k.a Glass Pool. Memang jernih gila air dia sampai nampak ikan terkodek-kodek bawah tu. Jalan lagi sampai jumpa pelancong ramai-ramai bertenggek tepi kolam biru, Emerald Pool! Hati-hati sebab batu dia semua licin, keceburrrrrr masuk dalam kolam dia kalau silap langkah. Air dia sangat jernih sampai nampak ke dasar kolam. Serius lama gila kami berendam dekat sini, lagipun masa tak lama pun diperuntukkan di sini. Itulah yang tak best kalau ikut pakej sebab ikut masa yang dah ditetapkan. 

Air dia mengalir dari lantai yang warna kuning tu, licin sesangat.

Dekat belakang tu punca air dia yang mengalir masuk ke kolam ni, kolam semulajadi.


Mandi punya mandi sampai kami tak sempat nak ke Blue Pool. Cuma kena jalan sikit je dari Emerald Pool. Kalut jugak nak keluar dari sini, balik kami lalu di laluan berbatu. Bosan sikit pemandangan dia, tak macam laluan mula-mula tadi. 

Jernih sangat air dia sampai nampak dasar kolam tu.


Map, kami jenjalan sampai Emerald Pool jer.


Terlelap sekejap di Tiger Temple

Banyak patung dekat sini.


2:30pm: Kami ke aktiviti seterusnya di Tiger Temple. Dekat sini terkenal dengan tapak tangan harimau di gua, patung Buddha yang besar dan tangga yang tinggi gila untuk ke puncak. Serius bosan gila, tapi nak masuk sini kena pakai baju yang sesuai, tak boleh seksi-seksi. Macam masuk masjid negara tu, sama je undang-undangnya. Dekat sini Cik Timm je jalan-jalan pusing tengok apa yang ada. Ada banyak monyet dekat sini, takut jugak. Boleh juga beli makanan untuk bagi dekat monyet ni. Lepas tu kalau rajin boleh naik tangga naik ke atas, tapi sangat-sangat tinggi. Cik Timm naik separuh je pastu turun balik. Pi kedai runcit beli aiskrim cendol sebab panas. Hahaha! 

Monyet banyak!

Tangga Cik Timm naik separuh je pastu turun balik cari aiskrim.


Nak ambil gambar dekat sini pun macam tak proper sangat sebab banyak patung je. Nama pun temple kan, betul tak? Walaupun bosan, dekat sini paling lama sampai kami boring tak tau nak buat apa. In the end, tido sekejap sambil menunggu aktiviti last.

Pertama kali Menunggang Gajah

Anak gajah.

Kami pusing-pusing sini jer..


4.00pm: Aktiviti terakhir untuk pakej ini adalah Elephant Trekking. Mula-mula kami tengok persembahan dari baby elephant. Taklah baby sangat, besar jugak. Comelnya, pandai betul dia. Kawan siap beli buah untuk gajah tu sebab kesian. Pandai pulak gajah ni tunjuk-tunjuk tabung untuk diorang. Ada video show dia, nanti Cik Timm upload dalam Youtube. 


Gayat tu sebab gajah ni tinggi.


Lepas tu, kami naik gajah besar pulak. Sekor gajah naik 2 orang, gayat jugak oih. Tinggi betul, Cik Timm naik gajah betina, kawan dua orang lagi naik yang jantan. So yang jantan akan lead gajah lain. Tapi kami pusing-pusing area tu jer. Macam tak ke mana jer, pakej lain ada yang sampai masuk sungai semua. Yang ni memang tak ada apa langsung.. Bolehlah dari tak ada, lepas tu adalah orang ambil gambar kita atas gajah tu. Cik Timm beli jer, 150THB. Tapi puas hati sebab gambar dia sebesar kertas A4! 

Romantik kan suasana dia.


5.00pm: Aktiviti settle dan kami dah sampai di hotel. Mandi-mandi segarkan badan dulu. Disebabkan motor skuter sewa masih ada lagi tempoh sampai pukul 8pm, kami nak ronda-ronda dulu. Kami menikmati sunset di pantai Ao Nang dan statue ikan todak yang famous kalau bercuti di sini. 

Berurut benda Wajib kalau di sini


Banyak kedai yang sediakan khidmat urut ni, pilih je mana yang berkenan.


Settle kasi motor skuter dekat penyewa, kami berurut pulak dekat SP Hammer Massage (200THB). Cik Timm amik yang paling simple je sebab tak suka orang nak pegang badan ni. Hahaha! Simple pun nak terbang juga Cik Timm dibuatnya. Aduhai, lega jugak badan tu. 

Emm, sambil buat entry ni sambil makan aiskrim jugak, haha!


Next, cari makanan untuk isi perut. Mula dengan dessert dulu tau. Fried ice cream rolls, ala dulu famous & viral dekat sini. Sekarang dah kurenggg kan. 80THB untuk saiz kecil. Walaupun kecil, banyak kot portion dia. Fuh, kenyang kot! Nasib baik tak tamak ambil saiz besar. 

Shopping souvenir di depan Masjid Aonang


Marbeles tomyam!


Dinner Cik Timm makan di Barakat Halal Food, gerai kecik je. Pastinya jauh dari pantai sebab murah sikit. Bihun tomyam dengan harga 60THB jer. Malam ni baru kami shopping cenderahati. Cik Timm beli keychain bebanyak untuk agih dekat kawan-kawan (250THB). Lagi satu Cik Timm ada tukar duit dekat sini. Tidak digalakkan tau sebab mahal lah tukar duit kat Krabi ni, better di Hatyai ye. Cik Timm tukar RM150 dapat 1155THB jer. 

Keychain & fridge magnet yang dah berjaya disauk.

Pukul 12pm dah Zzzz..

Bersambung for the next entry!

Cerita Krabi yang lain;

5 Tips Sebelum ke Krabi

DAY 1: Trip Solo ke Hatyai, Thailand

DAY 2: Island Hopping dengan Pakej Phi Phi Island
Read More

Tuesday, August 07, 2018

Geramnya dengan Lotter's Box

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hai semua!

Cik Timm pasti geng-geng wanita ni geram dengan benda cecomel kan? Sama la dengan Cik Timm pun, hashtag dalam instagram semuanya #planneraddict #clearstamp, etc. Lepas tu jatuh hati dengan barangan kraf dari blog kak Farraf MF

And then, Cik Timm dah mula pandai membeli dari Shopee ni. Barang dia memang best sebab murah-murah. Nampak tu, dah curang dengan Lazada tau. 

Kelebihan shopping barang dari Shoppe;


1. Customer boleh terus direct contact dengan seller. Ada butang 'Chat' dengan penjual tu, boleh tanya semua benda berkenaan barang yang kita nak beli. 

2. Pembayaran akan hold selagi kita tak dapat barang tu. Cik Timm hari tu ada beli satu barang ni, tapi barang tu rosak & tak boleh hantar. So, penjual tu cancel dan Cik Timm dapat balik duit tu! Cepat pulak tu prosesnya, settle.

Shopping barangan kraf dari Lotter's Box


Disebabkan suka dengan barangan cecomel dan kraf, Cik Timm shopping dari Lotter's Box. Semua yang dibeli dekat atas tu tak sampai RM50 pun. Itu pun rasa tak cukup, nak beli lagi. Tapi cukuplah nak buat diri sendiri happy. 


Bagusnya beli dengan diorang ni, packaging dia kemas sangat. Barang dia semua wrap dengan buble wrap dan ada kotak yang dibalut sekali supaya wrapping paper tu tak terkepak atau terlipat. Serius puas hati dengan servis diorang. Lepas tu dapat lagi kupon kalau nak shopping lagi dapat washi tape free. Wehuu! 

Kalau nak tau apa benda yang Cik Timm beli tu, boleh ke blog kak Farrah MF. Serius kalau Cik Timm ke blog dia memang susah gila nak EXIT. Melekat je kat blog dia. Dah la semua barang kraf dia buat cute je, geram! 

Tau tak kenapa rajin sangat layan benda ni? Sebab Cik Timm tengah bercuti. Cuti yang sangat lama sementara mencari kerja yang baru. Senang cerita tengah tanam anggur ni. Dengan bangganya boleh mengaku tau. Hahaha! 

Kalau ikut tarikh hari ni, 12 hari dah menjadi penanam anggur terhormat. Hahaha! Cik Timm dah pi beberapa interview. InSyaAllah kalau ada rezeki.

..pray the best for me okeh ❤..

Kalau ada kawan-kawan yang nak beli dari Lotter's Box boleh ke sini tau;

Shopee : https://shopee.com.my/lootersbox
Read More

Sunday, August 05, 2018

Sedapnya Sushi King!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

sushi, sushi king, sushi king malaysia


Hai semua!
Lama mengidam sushi, tempat yang Cik Timm pasti tak ragu-ragu nak makan sushi adalah Sushi King. Kebetulan ada urusan di Juru Auto-City, settle semua urusan singgah je di sana untuk dinner. 

sushi king, sushi king malaysia


Lama juga tak singgah sampai nak order pun dah reti. Dulu ada butang untuk tekan kalau nak panggil waiter untuk order. Sekarang ni cuma guna Ipad yang dah disediakan di setiap meja. Cik Timm tak sure kaedah ni dekat sesetengah outlet or semua macam tu? Senangnya nak order, tekan-tekan je dalam tu. Kalau sushi je kena order direct dari waiter. Minuman atau menu lain macam set semua order dari Ipad jer. 



Disebabkan sebelum keluar dah makan nasi, kami makan sini suka-suka je sambil menyembang. Makan sushi beberapa ketul je. Tapi, 1st time try makan yang kacang tu ataupun edamame/green beans. Lepas tu dua-dua blur tak tau makan macamana. In the end, kami makan kacang yang dalam tu je. Nasib baik cara yang betul rupanya, haha! Walaupun betul, sebelum tu kami memasing dah makan kulit luar tu sekali. Sedap tau kacang tu sebenarnya, selepas ni kalau ke Sushi King memang nak ambil je kacang ni. Lemak manis je!

sushi king, sushi king halal


Minuman Cik Timm ambil ice green tea je, murah dan banyak pulak tu airnya, dalam botol besar. Tau pun sebab tengok ada sorang akak blogger ni minum yang sama. Walaupun pahit tapi favourite Cik Timm memang teh berbanding kopi. Untuk  Abang Cik, Cik Timm orderkan Mango Matcha Float. 

Sembang punya sembang, berpinggan jugaklah sushi atas meja tu tapi tak sampai RM40 pun bilnya. Ha, kalau anda nak buat sushi sendiri, boleh ke entry ini tau. Cik Timm pernah buat sendiri dulu. Jimat dan makanlah sepuas hati!

Happy Weekend semua! 
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com