Wednesday, August 15, 2018

Aiq Nyoq Sedap di Kulim!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua!

Hari ni Cik Timm nak share salah satu air kelapa (aiq nyoq) yang sedap di Kulim. Harga pun tak terlalu mahal dan memang berbaloi beli. Semalam settlekan urusan RHB dan ASB terus singgah dulu gerai ni sebelum balik. Kebetulan memang cuaca sekarang ni yang agak panas. Cik Timm pulak penunggang motosikal tegar, berpinau mata dan kering anak tekak!


Kali ni dah masuk kali kedua Cik Timm beli aiq nyoq dia. Tak pernah beli yang kecil, beli yang besar je. Puas hati boleh share dengan family. Lepas tu memang tak nak ais, harga RM5.00. Paling Cik Timm suka aiq nyoq dia tak letak gula. Manis semulajadi dari buah nyoq. Yummeh!


Kalau tengok senarai atas tu coconut shake pun ada. Tapi Cik Timm tak pernah try lagi. 

Lokasi gerai ni sebelah D'Pelangi Warisan Kak Ros ataupun orang sini panggil Kedai Kak Ros. Kedai Kak Ros ni pun tempat berbaloi kalau nak makan nasi campur. Lauk dia macam-macam ada, sedap pulak tu. Harga murah! Paling win daging masak hitam dia memang umphh. Dulu kakak kahwin pun order daging masak hitam untuk kenduri kahwin dia. Bayangkan lauk daging ni laku sampai tuan rumah pun tak sempat nak makan, hahaha! Kalau tak jumpa juga gerai ni cari di Restoran Nasi Kandar Dinas. 


Cakap pasal kenduri dah lama rumah ni tak buat kenduri. Eh, lain macam pulak kan, haha!

Cuaca agak panas sekarang ni. Disarankan minum air masak dengan kuantiti yang bersesuaian dengan individu ye. Lagi sedap kalau dapat air kelapa ☺

9 comments:

  1. Ehhh..macam kena ada kenduri je lepas nii...huhu..mesti pure kan

    ReplyDelete
  2. nampak macam sedap. harga pun berpatutan.

    ReplyDelete
  3. sekarang mmg panas sangat. kadang malas nak jejak kaki kat tanah hahahahaha sedap tu air kelapa tapi jauh pulak

    ReplyDelete
  4. Alahai lama dah tak minum ayaq nyoq

    ReplyDelete
  5. Aduhaaaii ssdap tu diminum cuaca panas2 nii

    ReplyDelete
  6. Sejuk tekak tu walaupun xde ais...hee

    ReplyDelete






  7. Feveret time pregnant air kelapa..klu dtg perak ada satu port
    air kelapa die sedap sungguh di area lumut manjung.memg puas hati


    https://www.mentorsihatcantik.com/tips/tips-atasi-sembelit-dengan-cepat-dan-berkesan/?preview=true

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com